Pages

Guraun emosi


Kali pertama bercinta, bukan bermaksud itu terakhir. Suatu hari, pasti yang pertama itu apabila ditanya oleh cinta kedua, pasti jawapannya “Itu cinta monyet lah! “. Tidak pun, jawapannya “Masa itu belum matang lagilah!” Lelaki atau perempuan, bila lidah sudah tajam, syair pun bole jadi mentera sihir.


Oleh kerana, emosi kehadapan daripada akal. Kematangan hati untuk bercinta menjangkau usia, akal terperangkap dalam kandang mainan emosi yang dipelihara oleh cinta. Dibelai sehingga jinak dan manja dengan emosi cinta, lihat sahaja keadaan budak sekolah rendah sekarang. Umur Setahun Jagung, Darah Setampuk Pinang tetapi sudah berangan berdiri diatas pentas pelaminan untuk memotong kek perkhawinan yang bertingkat – bertingkat tingginya. Kerancakan bercinta terus bermain dengan emosi dan akhirnya samaada selamat maruahnya ataupun pembukaan kepada lorong dosa-dosa.


Cinta amat meluas skopnya, definisinya merentasi benua, rentaknya sedalam lautan. Jikalau dibahaskan cinta, senaskah buku tidak dapat menerangkannya, adapun penerangan itu matlamatnya mengajak kepada cinta ilahi, cinta yang abadi. Cinta abadi itu umum, budak tadika pun tahu mencintai Tuhan itu wajib dan mencintai manusia berlandaskan syariat Allah SWT itu ialah jalan benar. Namun, tipisnya iman dan rapatnya bisikan syaitan, berapa ramai diantara kita yang menuruti jalan itu? semuanya kelaut.


Dek kerana drama bersiar pada paparan kaca di rumah, banyak romantiknya. Jadinya, tercuit emosi dengan lakonan cinta yang bersiar itu, walaupun mata melihat tetapi fikiran sudah terbang melayang merentasi gunung lalu jatuh ke lembah keghairahan cinta. Seterusnya, jiwa merelakan keberadaan rasa cinta itu meracuni akal sihat dan bakal merebak dengan pantas terus ke lubuk hati yang paling dalam. Keberkesanan lakonan emosi cinta yang dimainkan oleh pelakon drama, telah berjaya merasuk hati. Apabila jiwa sudah terusik, manisnya madu tidak dapat menandingi manisnya cinta.


Permulaan duka pada cinta monyet itu, ialah amaran daripada guraun emosi. Pada peringkat pertama, amaran tersebut tidaklah merobek jiwa. Sekadar alasan kepada kegagalan keserasian perhubungan cinta yang sedang terjalin ketika itu. Namun, gurau senda emosi tidak terhenti, tetap dan terus membuak bagaikan luapan centusan gunung berapi yang lavanya terus menerus mengalir membalut tubuh gunung sehingga tidak kelihatan lagi struktur batuannya. Begitu juga pada hati manusia, akar – akar cinta terus membalut hati, mengenggam jiwa dan bakal mencerut nafsu. Tidak mungkin, duka pertama itu parah, kerana emosi cinta akan terus menghambat jiwa. Pasti, jiwa lara pada duka pertama itu terus mengangan-angankan kebahagiaan cinta. Hasrat itu, bakal menyapa kedukaan yang kedua, ketiga, seterusnya.. dan kehampaan yang sekian kalinya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...