Pages

Antara Nilai Yang Bercanggah Dengan Nilai Islam



1.       Menderhakai ibu bapa.

Abdullah Bin Amru Al As melaporkan, Rasulullah saw menerangkan, “ Antara dosa besar adalah menyeketukan Allah, menderhakai ibu bapa, membunuh orang, dan bersumpah bohong”. ( Hr Bukhari)


2.       Melanggar perintah Allah SWT & Rasulnya.

Al- Buruj : 12
“Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang yang ingkar) terlalu berat.”


3.       Bergaul secara bebas.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, ia berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Tiga jenis orang yang Allah tidak mengajak berbicara pada hari kiamat, tidak mensucikan mereka, tidak melihat kepada mereka, dan bagi mereka adzab yang pedih: Orang yang berzina, penguasa yang pendusta, dan orang miskin yang sombong,” (HR Muslim)


4.       Lelaki menyerupai wanita.

Riwayat Abu Hurairah bahawa, “Rasulullah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian orang perempuan, dan orang perempuan berlagak seperti orang lelaki”. 
(Hr Bukhari)


5.       Meniru cara hidup orang kafir.
Mahfum sabdaan Rasulullah saw. “Sesiapa yang menyerupai suatu golongan itu,
 maka ia tergolong daripada golongan berkenaan.”
 Riwayat imam abu daud.

6.       Wanita tidak menutup aurat.

Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah saw bersabda “ ada 2 golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka.  …..Keduan Perempuan yang berpakaian tetapi telanjang…”
 (Hr Muslim)

7.       Tidak bertaubat.
“Dan hendaklah kamu memohon ampun kepada Allah.
 Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” 
An nisaak: 106

Mohd Qazar Bin Yusop Al-Zainal abidin

Kawalan Minda.

Minda manusia sering dipengaruhi oleh lima pancaindra utama, menurut pemerhatian saya, yaitu.

1. Fikiran.
2. Mata.
3. Telinga.
4. Lidah.
5. Hati.

Dan berdasarkan ilham saya, mata merupakan kompenan utama yang mempengaruhi minda, mata yang memandang setiap sudut suasana akan ditafsirkan oleh minda. Berdasarkan surah an nur ayat 30 surah yang ke 24 dalam Kalamullah, diseru Muhammad Saw untuk memperingatkan kepada orang lelaki yang beriman agar mereka menundukkan pandangan (mata) mereka daripada memandang perkara yang haram dipandang, dan memelihara kehormatan mereka.



Terdapat dua perintah disini, yaitu, 1. memelihara pandangan (mata) & 2. memelihara kehormatan. Mengikut urutan, mata disebut terlebih dahulu. hal ini kerana, ada hikmahnya, antara hikmah diseru memelihara mata terlebih dahulu yaitu,

1. Mata merupakan komponen yang bebas memandang tanpa melalui apa-apa tapisan, ini dapat kita lihat daripada sikap manusia apabila ia bangun daripada tidur, matanya terbuka ia akan terus memandang ke sudut-sudut keadaan tanpa seberang rintangan di mata tersebut.

Apabila mata, menandang secara bebas. Maka apabila suasana haram itu dipandang, suasana tersebut akan ditafsirkan oleh minda, dan mengalirkan aliran cas negatif ke hati, dan akan dipertimbangkan oleh akal. Pendapat saya, disinilah titik awal dan permulaan para remaja yang suka melakukan aksi kurang bermoral, seperti berzina. Apabila berzina, maknya kehormatannya sudah tercemar, mengikut hukum islam remaja yang berzina wajib menjalani hudud yakni sebatan ke tubuh. hukuman hudud yang dikenakan, bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada para remaja bahawa zina itu haram, tetapi pernikahan ini halal. (Perbuatan yang sama, namun ketegori berbeza, sudah pasti zina itu dosa, nikah ini pahala).

2. Mata secara langsung mempengaruhi akal fikiran.

Disebabkan mata tidak dipelihara dengan baik, tidak dipelihara daripada memandang perkara-perkara yang haram. Apabila keadaan ini berlaku, dan terus berlaku, secara automatik akal akan terbentuk berdasarkan apa yang dipandang tersebut. Akal fungsinya hanya menafsir apa yang mata pandang, akal tidak tahu bagaimana suasana keadaan tersebut,warna keadaan tersebut dan lain-lain, akal pandangannya terletak di mata, begitu juga hati.

Antara salah satu langkah untuk mengawal masalah moral dikalangan remaja, adalah menahan mata mereka daripada menonton hal-hal yang haram yang disiarkan oleh syarikat terlibat, dengan tidak menyangkan hal-hal tersebut.

Mata adalah satu anggota yang harus dipelihara sebaik mungkin, dipelihara daripada melihat perkara yang haram. Orang yang tidak dapat mengawal matanya daripada terus memandang perkara yang haram, ia sedang merosakkan hati dan akalnya, tidak lama lagi keharaman tersebut akan mempengaruhi dirinya. Kegunaan mata seharusnya, diaplikasikan dengan sebaik mungkin, dengan melihat perkara yang dapat membantu peningkatan kearah keadaan luaran dan dalaman yang positif.

Jaga Mata,
Diri Terpelihara....

~~~~~ mohd.qazar.b.yusop.
tweet on @czar_im

Kedudukan Senaman Yoga Di Kalangan Umat Islam

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 yang bersidang pada 22 - 24 Oktober 2008 telah membincangkan Kedudukan Senaman Yoga Di Kalangan Umat Islam. Muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang muslim.
Oleh itu, Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam dingatkan wajib berhati-hati dalam berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim.
Seperti yang sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:
(1) kepercayaan atau keyakinan di hati.
(2) menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah.
(3) perbuatan.
Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka dari terhakis
Keterangan/Hujah: 
 
  1. Pengajaran Yoga berasal-usul daripada kitab suci agama Hindu ‘Bhagavad Gita’. Menurut kitab ini ‘Yoga’ memerihalkan satu pandangan bersatu, ketenangan fikiran, kemahiran bertindak, serta keupayaan untuk mengekalkan penyesuaian dengan kemuliaan Diri (Atman), dan yang mempunyai intipati yang sama dengan asas Kewujudan (Brahman). Tujuan Yoga (nirvana moksha) adalah untuk melepaskan diri daripada kitaran penjelmaan semula melalui kesedaran perpaduan dengan kebenaran muktamad.
     
  2. Tidak wujud yoga menurut agama Islam tetapi yoga wujud di dalam agama Hindu, Buddha, Yahudi dan Kristian.
     
  3. Maksud istilah yoga sendiri telah menjelaskan bahawa ia mengandungi unsur-unsur Hinduism. Masyarakat Hindu mengamalkan yoga sebagai satu cara untuk mendapatkan ketenangan dan bersatu dengan tuhan-tuhan mereka.
     
  4. Unsur-unsur pengaruh hindu yang dipromosikan secara halus melalui Trancendental Meditation dalam amalan yoga merupakan mantera agama hindu yang disebarkan untuk kegunaan semua penganut agama.
     
  5. Agama Islam yang disyariatkan oleh Allah s.w.t. telah menyediakan berbagai kaedah kerohanian kepada umatnya untuk mencari atau mencapai ketenangan diri dan umat Islam tidak perlu merujuk atau mengikut kepercayaan atau amalan agama lain.
     
  6. Amalan yoga adalah salah satu dakyah halus yang digunakan untuk mengembangkan pengaruh hindu.
     
  7. Yoga ini pada awalnya diperkenalkan di negara-negara barat kerana masyarakat sentiasa mengalami stress. Apabila ketenangan dapat dicapai melalui yoga, mereka mendapati produktiviti kerja semakin bertambah baik dan atas dasar ini yoga dianggap antara kaedah terbaik memulihkan kesihatan dan memajukan diri.
     
  8. Mengandungi unsur-unsur falsafah agama lain dan kesyirikan, adalah haram bagi umat Islam mengamalkannya.
     
  9. Singapura walaupun hanya mempunyai minoriti umat Islam telah mengharamkan yoga atas dasar mengandungi unsur-unsur syirik yang boleh merosakkan akidah orang Islam.
     
  10. Adalah wajar umat Islam dilarang daripada melakukan apa jua amalan atau senaman yang mempunyai kaitan dengan unsur syirik atau pemujaan agama lain.

Merokok Dari Pandangan Islam

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawamerokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Keterangan/Hujah: 
 

1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
 
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
 
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
 
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
 
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
 
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
 
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
 
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
 
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”.(Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
 
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
 
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
 
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
 
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
 
Antaranya seperti berikut:
 
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
 
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
 
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
 
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
 
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyahmenyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
 
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.

e-fatwa.

SYIAH bukan daripada jalur al-quran dan as-sunnah

SYIAH merupakan satu kelompok yang hampir kepada asas islam, namun secara langsung SYIAH BUKAN ISLAM, kerana asas-asas SYIAH bertentangan dengan jalur as-sunnah dan al-quran.

Malahan SYIAH telah menolak mushaf Al-Quran yang disepakati oleh jemaah islam (mushaf utsmani). Dengan mendakwa bahawa berlaku penyelewangan oleh para sahabat semasa pengumpulan Al-Quran. Oleh itu, seorang ulama syiah yang bernama  Al-Haji Mirza Hussain bin Muhammah Taqie An-nuri At-tabrasi, telah mengarang sebuah kitab yang diberi nama "Kata pemutus untuk membuktikan berlaku penyelewengan Kitab Suci Tuhan" di dalam kitab tersebut, ulama syiah berkenaan telah mengumpulkan beratus-ratus nas dan text tulisan serta pendapat para alim ulama dan mujtahid syiah dari berbagai zaman mengatakan bahawa kitab suci Al-Quran telah terlibat dengan penambahan dan pengurangan.

Di antara hujah yang dikemukan oleh At-Tabrasi mengenai berlakunya pindaan ke atas Kitab Suci Al-Quran itu ialah huraiannya di dalam halaman 180 kitab berkenaan dalam mana beliau telah mengemukakan suatu surah yang selalu disebut-sebut oleh orang syiah sebagai surah Al-Wilaayah.

Selain itu, SYIAH memiliki sebuah kitab hadis, yang mereka anggap setaraf dengan kitab hadis shahih Al-Bukhari, yang dikenali sebagai kitab hadis Al-Kaa-Fi.

SYIAH ini terkenal dengan sifat At-Taqiyyah (tipu muslihat), sebab itu lah tidak ada persefahaman yang dicapai dengan SYIAH. sifat ini dijadikan sebagai suatu kepercayaan dan pegangan hidup beragama yang membolehkan mereka menunjukkan sikap lahir yang berlainan daripada apa sebenarnya terpendam didalam hati dan jiwa mereka.

Hal ini, dapat kita lihat apabila mereka sendiri tidak mengikut imam yang mereka utamakan yaitu Sayyidina Ali kw. Sayyidina Ali kw merupakan khalifah umat islam selepas sayyidina Usman, bermaksud disini, pengumpulan Al-Quran berlaku semasa beliau belum lagi menjadi ketua pemimpin umat islam. Kesimpulannya, jikalaulah benar bahawa Al-Quran yang dikumpul oleh sayyidina usman itu berlaku dan terdapat penyelewengan dan pembohongan. Sudah pasti, sayyidina Ali akan menentangnya dan akan menghapuskannya disaat beliau menjadi khalifah. Terbukti disini, bahawa para ulama syiah lah yang melampaui batas.

Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar merupakan sahabat kanan Rasulullah SAW, yakni sahabat yang paling rapat dengan baginda, selain itu. Sayyidina Abu Bakar merupaka sahabat yang terawal memeluk islam dan beliau dikenali sebagai as-siddiq, kerana beliau membenarkan kata-kata Rasululullah semasa awal kerasulan sehinggalah baginda wafat. Dan beliau adalah khalifah umat islam selepas kewafatan rasulullah saw. Sayyidina Umar juga sama seperti Sayyidina Abu Bakar, sehingga rasulullah saw bersabda:

Telah menceritakan kepada kami Salamah bin Syabiib : Telah menceritakan kepada kami Al-Muqri’, dari Haiwah bin Syuraih, dari Bakr bin ‘Amru, dari Misyrah bin Haa’aan, dari ‘Uqbah bin ‘Aamir, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam : “Seandainya setelahku ada nabi, niscaya ia adalah ‘Umar bin Al-Khaththaab” [As-Sunan, no. 3686].

Dan beliau merupakan khalifah ketiga selepas kewafatan baginda rasulullah SAW.

Namun, SYIAH MENGHINA sahabat ini. malah mengutuk 2 khalifah ini. Mereka memanggil 2 khalifah ini dengan panggilan "Al-Jibt" ataupun "Syaitan" dan taghut. Malah ulama mereka berkata bahawa sesiapa yang menghormati dan mengiktiraf Sayyidina Abu Bakar & Sayyidina Umar sebagai pemimpin dan pemerintah yang sah bagi kaum muslimin, maka dia adalah seorang Naasib yang memusuhi kaum keluarga Rasulullah SAW.

Lihatlah betap teruknya mereka ini, dengan berlandaskan nafsu berkata sedemikian, sedangkan 2 sahabat ini merupakan manusia yang paling rapat dengan baginda Rasulullah SAW, dan Rasulullah SAW memuliakan mereka. Mereka ini merupakan orang mukminin. Orang yang beriman kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Bagaimana mereka ini boleh mengeluarkan perkataan sedemikian sedangkan Rasulullah SAW tidak bercakap mengenainya?. Inilah dia SYIAH!

Mereka ini mendakwa sebagai pencinta keluarga rasulullah SAW. Tetapi mereka ini melanggar suruhan Rasulullah SAW sendiri.

Rasulullah SAW telah berpesan,
Dari Thabit bin Dhahhak ra meriwayatkan bahawa baginda Nabi SAW bersabda : Melaknat seorang mukmin seperti menumpahkan darah. (Hr muslim).

Terdapat banyak pegangan-pegangan SYIAH yang bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Disini saya hanya memberi keutaman kepada hal mengenai mereka SYIAH melaknat para sahabat.
Sebagai seorang muslim maka ini adalah tanggungjawab saya untuk membela saudara muslim saya, Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar adalah sauadara muslim saya.

Dari Abu Darda ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :" Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah Taala untuk menghalang dia daripada api neraka jahanam pada hari kiamat kelak . (Hr Musnad Ahmad.)

Dari Muas bin Anas Juhani ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda :" Barangsiapa menghalang kehormatan saudaranya yang muslim daripada kejahatan orang munafik, Pada hari kiamat nanti Allah akan mengutuskan seorang malaikat untuk menjaga dirinya daripada api neraka. Dan barangsiapa menjatuhkan nama baik orang islam dan dia akan ditangkap ketika melintasi titian sirat, sehinggalah dia membersihkan segala tuduhannya. "(Hr Abu Daud)

Cukuplah dua hadis ini, untuk orang-orang islam, dan terutamanya SYIAH. wahai SYIAH sesungguhnya, semua orang islam wajib mencintai Rasulullah saw dan keluarganya. tidak tertumpu kepada satu golongan sahaja.

Sentiasalah berdoa kepada Allah SWT agar diberi petunjuk, dan pergilah menuntut ilmu kepada para ulama yang berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-sunnah.






Ahlul Hadith.






Sahabat Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم yang paling banyak meriwayatkan hadits:

Abu Hurairah- 5374 hadits

Ibnu Umar- 2630 hadits

Anas bin Malik- 2286 hadits

Aisyah- 2210 hadits

Ibnu ‘Abbas 1660- hadits

Jabir bin ‘Abdullah- 1540 hadits

Abu Sa'id Al-Khudri- 1170 hadits

Ibnu Mas'ud- 848 hadits

Ibnu 'Amr bin Ash- 700 hadits

Abu Dzarr Al- Ghifari- 281 hadits

Abu Darda'- 179 hadits


Hadith ditakrifkan sebagai perkataan, perbuatan, ketetapan (akuan), sifat (sama ada jasmani atau pun rohani) dan hal-ehwal Rasulullah s.a.w (sebelum atau selepas menjadi Rasul).


Baginda s.a.w. bersabda:

إذا حدّثـتكم حديثا، فلا تزيدن علي

Maksudnya: Bila aku sabdakan kepadamu sebuah hadith maka janganlah kamu menambahnya ke atasku. (Muslim)

Sumber: Talqih fahum ahli al-atsar karya Ibn Jauzi.

hisap shisha, haram.

Hukum hisap shisha

Assalamualaikum ustaz,
Apa hukum menghisap shisha? Adakah sama dengan hukum menghisap rokok? Dan adakah kesannya sama dengan rokok? syukran ustaz..

Jawapan:
 
الحمدلله والصلاة والسلام علي رسول الله وعلي آله وأصحابه أجمعين ، أما بعد
 
Sebenarnya soalan seperti di atas pernah ditanya kepada bekas mufti Arab Saudi, iaitu Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz.  Jadi di sini saya memilih untuk menjawab soalan di atas dengan menterjemah jawapan yang telah diberi oleh bekas mufti Arab Saudi. Terjemahannya adalah seperti berikut:
 
Soal: Apa hukum menghisap shisha? Adakah hukumnya sama dengan hukum merokok? Adakah shisha dan rokok termasuk dalam dadah yang diharamkan?
 
Jawab: Menghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap shisha dan rokok). Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan berwaspada daripada perbuatan tersebut kerana firman Allah swt: 
 
يسئلونك ماذا أُحل لهم قل أُحل لكم الطيبات 
 
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Muhamad), "Apakah yang dihalalkan bagi mereka"? Katakanlah, "Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik. (al-Maidah: 4)
 
Dan firmannya lagi:
 
ويحل لهم الطيبات ويحرم عليهم الخبائث
 
Maksudnya: Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (al-A'raf: 157)
 
Dan kesemua jenis rokok dan shisha termasuk dalam perkara buruk yang memudaratkan manusia. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram berdasar dengan dua ayat al-Quran di atas apabila diperhati maksud kedua-duanya. Kita memohon kepada Allah swt memberi petunjuk kepada orang Islam mengenai apa yang baik dan yang dapat menyelamatkan mereka. Juga memohon agar Allah melindungi mereka daripada perkara-perkara yang memudaratkan mereka di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat memohon. (tamat jawaban bekas mufti Saudi)
 
Saya juga sempat bertanya kepada doktor pakar, Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin mengenai kesan buruk menghisap shisha. Adakah kesan menghisap shisha sama dengan kesan menghisap rokok? Jawaban ringkasnya, kesan menghisap shisha adalah sama atau lebih buruk bergantung kepada bahan perasa atau tambahan yang digunakan semasa menghisap shisha.
 
Sebagai kesimpulan, menghisap shisha adalah haram sepertimana haramnya menghisap rokok dan kesan mudarat menghisap shisha adalah sama atau lebih buruk daripada kesan menghisap rokok mengikut bahan perasa atau bahan tambahan yang digunakan.
 
Sekian والله أعلم
 
 
Rujukan:
1) Website: http://muntada.islamtoday.net/t61245.html
2) Soal jawab dengan Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin
 
 
Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha Muis

Malaikat Suka Duduk dalam Majlis Zikir



Dari Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Allah Tabaraka wa Taala mempunyai para malaikat yang ditugaskan mencari majlis zikir, sebaik saja mereka menjumpai majlis zikir, maka mereka akan duduk bersama orang-orang yang sedang berzikir serta memanggil malaikat-malaikat yang lain. Mereka akan datang berkerumun mengelilingi orang-orang yang sedang berzikir itu dengan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang antara mereka dengan langit dunia.

Apabila majlis berzikir itu tamat, maka para malaikat akan naik kembali ke langit. Lalu Allah SWT bertanya mereka: "Wahai para malaikatKu, dari manakah kamu semua?" Berkata para Malaikat: "Ya Tuhan kami, kami baru saja pulang dari memeriksa hamba-hambaMu di bumi, mereka bertasbih, takbir, talil dan tahmid serta memohon kepadaMu." Sebenarnya Allah SWT lebih mengetahui tentang perbuatan mereka dan semua makhluk ciptaannya. Setelah Allah SWT mendengar kata-kata para malaikatNya, maka Allah SWT pun berfiman: "Wahai para malaikatku, apakah yang mereka minta kepadaKu?" Berkata para malaikat: "Hamba-hambamu itu memohon syurga dariMu." Allah SWT bertanya lagi: "Pemahkah mereka melihat akan syurga itu?" Berkata para malaikat lagi: "Mereka tidak pernah melihat syurga itu."
Berfiman Allah SWT: "Hamba-hambaKu memohon syurga padahal mereka tidak melihatnya dan apalagi kalau mereka melihat syurga itu." Berkata para malaikat: "Mereka juga memohon kebebasan." Allah SWT bertanya: "Mohon bebas dari apa?" Berkata para malaikat: "HambaMu itu memohon kepadaMu supaya mereka itu dibebaskan dari neraka jahanam." Allah SWT bertanya para malaikat lagi: "Pernahkah hamba-hambaKu melihatkan nerakaKu itu?" Berkata para malaikat: "Tidak ya Allah." Allah SWT berfirman: "Hamba-hambaKu itu tidak pemah melihat neraka jahanam, tapi mereka memohon supaya dibebaskan darinya, apalagi kalau mereka melihatnya."

Kemudian para malaikat berkata lagi: "Ya Allah, hambaMu itu memohon ampun kepadaMu," Allah SWT berfiman: "Dengarlah wahai para malaikatKu, Aku mengampuni mereka itu dan aku akan memberi apa yang mereka minta serta membebaskan mereka dari api neraka yang mereka takut itu." Berkata malaikat lagi: "Ya Allah, di antara mereka itu terdapat seorang hamba yang penuh dengan dosa, dia melalui majlis itu lalu duduk bersama mereka yang sedang berzikir." Allah SWT berkata: "Orang itu pun Ku ampuni, begitu juga dengan setiap orang yang terlibat dalam majlis zikir itu, tidak ada yang celaka."

(kitab shahih Muslim, bab ad-Dzikr wa ad-Du’a wa at-Taubah wa al-Istighfar)

Tanggungjawab Menyampaikan Dakwah Kepada Non Muslim.

Allah SWT berfirman,

"Katakanlah : "Hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai Tuhan selain Allah" Jika mereka berpaling Maka katakanlah kepada mereka : "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah) ..Ali imran :64.

Ayat ini dimulakan oleh Allah SWT dengan perkataan (Qul) yang membawa erti katakan atau beritahu mereka. Nabi Muhammad saw diperintahkan oleh Allah SWT untuk mengajak orang-orang ahli kitab iaitu Kristian dan Yahudi agar bersama-sama mentauhidkan Allah SWT dan tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu. Dengan kata lain Nabi Muhammad SAW diperintahkan berdakwah kepada ahli kitab agar mereka menerima islam berdasarkan ayat ini. Maka setelah kewafatan baginda kewajipan ini tetap berlaku ke atas setiap individu muslim untuk menyampaikan dakwah islam terhadap umat kristian dan yahudi.

Antara ayat Al-Quran yang memerintahkan kita agar menyampaikan ajaran islam kepada non muslim, antaranya :

"Wahai ahli kitab, janganlah kamu melampui batas dalam agamamu. dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al-Masih, Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan ) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasul Nya dan janganlah kamu mengatakan : "( Tuhan itu) tiga", berhentilah (daripada ucapan itu). (itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya, cukuplah Allah menjadi Pemelihara.

An nisa :171.

Ayat ini jelas mengajak umat kristian agar tidak mempercayai konsep triniti dan tidak mempertuhankan Nabi Isa AS. Siapakah yang akan menyampaikan isi kandungan ayat ini kepada mereka kalau bukan kita umat islam kerana mereka sekali-kali tidak akan membuka Al-Quran.

Untuk melaksanakan kewajipan yang terkandung di dalam ayat-ayat di atas, seorang pendakwah memerlukan ilmu tentang islam dan sedikit sebanyak pengetahuan tentang agama kristian.

"Siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: "Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?."

Fussilat : 33.

"Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka [1154], dan katakanlah : "Kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepadamu ; Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu, dan kami Hanya kepada-Nya berserah diri."

Al ankabut : 46.

[1154]. yang dimaksudkan dengan orang-orang yang zalim ialah : orang -orang yang setelahh diberikan kepadanya keterangan-keterangan dan penjelasan-penjelasan dengan cara yang paling baik, mereka tetap membantah dan membangkang dan tetap menyatakan permusuhan.

Harus beramal dengan hadith da`if.

Mereka yang berpegang dengan pendapat ini sependapat dengan pendapat pertama di mana tidak boleh beramal dengan hadith da`if dalam perkara akidah dan hukum. Sebaliknya tidak sependapat dengan golongan pertama, apabila mereka membolehkan beramal dalam perkara fada`il al-a`mal, pengajaran dan kisah.

Pendapat ini terbahagi kepada dua :

a. Harus beramal dengan hadith da`if dalam perkara fada`il dan akhlak yang mulia secara mutlak. Ini merupakan pendapat kebanyakan ulama` muhaddithin al-mutaqaddimin seperti Ahmad, Ibn al-Mahd, Ibn al-Mubarak, Sufyan al-Thawri, Sufyan al bin `Uyaynah, Abu Zakariyya al-Anbari. (al-khatib al-Baghdadi,) Dan al-Sakhawi daripada kalangan mutaakhirin. (al-qasimi).

b. Harus beramal dengan hadith da`if dalam perkara fada`il dengan beberapa syarat. Syarat beramal dengan hadith da`if dalam perkara fada`il tidak diperincikan oleh para ulama` sebelum Ibn Hajar seperti Ibn al-Salah dan al-Nawawi, walaupun syarat tersebut sudah wujud di kalangan muhaddithin. Ibn Hajar telah memperincikan syarat-syarat tersebut. :

i. Hadith itu tidak terlalu lemah.

Riwayat perawi yang berdusta dan dituduh berdusta, yang meriwayatkan secara bersendirian adalah tidak diterima, begitu juga yang banyak kesilapannya. Syarat ini dikatakan telah sepakat para ulama` seperti yang dipetik oleh Abu Sa`id al-`Ala`i. (adib al-salih)

Perlu disebut di sini, ulama` yang mengharuskan beramal dengan hadith yang terlalu lemah. Ternyata syarat ini bukanlah suatu yang asing, malah hampir sama dengan yang disebut oleh madhab kedua diatas.

ii. Termasuk di bawah dasar umum yang diterima pakai.

Ini terjadi sama ada hadith tersebut diriwayatkan melalui banyak jalan, tidak memadai hanya satu jalan atau dua jalan sahaja, yang boleh menyokong hadith yang da`if tersebut atau ia selari dengan semangat hadith sahih atau bertepatan dengan zahir al-Quran. (al-tazi).

iii. Tidak beriktikad semasa beramal dengannya yang hadith tersebut benar-benar bersumber daripada Rasulullah s.a.w. Malah hadith tersebut diamalkan semata-mata sebagai ihtiyat (hati-hati) sahaja. Ini adalah untuk mengelakkan daripada terjadinya menyandarkan sesuatu kepada Nabi perkara yang disabdakan.

Menurut al-Suyuti, syarat ini disebutkan oleh Izz bin Abd al-Salam daripada ibn Daqiq al-`Id sebelum Ibn Hajar, di mana Ibn Hajar memetik daripada kedua-duanya (al-suyuti) antara berpegang dengan pendapat ini ialah Ibn Hajar dan Abu Hassan bin Qattan. (al-tazi).

-Ulum al-Hadith-

Harta pusaka Ketua pemimpin kita. (Nabi Muhammad saw)

Walaupun Nabi Muhammad saw adalah rasulullah dan manusia pilihan Allah swt. Namun Allah swt telah memerintahkan kita untuk mengikuti cara Rasulullah saw dalam semua aspek. Even kita ni manusia yang biasa namun kita wajib juga mengikuti Rasulullah saw.

Ikut kemampuan dan perlu diusahakanlah, kita usahakan dengan bersungguh-sungguh, kerana benda baik ni tidak datang bergolek depan mata. Perlu kita usahakan, dan kesungguhan kita dalam mengusahakan mengikuti sunnah Rasulullah saw yang akan jadi pengukur sejauh mana keimanan kita kepada para Rasul.

Inilah bentuk ujian kepada umat akhir zaman, dimana seluruh umat perlu mengamalkan sunnah rasulullah saw, yang diamal bertentangan atau bukan sunnah rasulullah saw @ khulafa ar-rasyidin maka ia dipangil Bidaah.

Dalam memahami bidaah pula kita perlu berbincang dengan ulama ahli sunnah wal jamaah, seperti Syeikh Nuruddin al-banjari. terdapat video beliau yang menerangkan tentang Bidaah.

Disini saya hanya nyatakan 2 hadis mengenai harta pusaka Rasulullah saw. Yang disalin dari kitab Shamail Tirmidih.

Hadith 1.

Amr Bin Harith ra , abang kepada Ummul Mu`minin Juwairiyyah ra berkata bahawa harta peninggalan Rasulullah saw cuma berupa alat senjata. Seekor baghal tunggangan dan sedikit tanah yang Baginda telah istiharkan sebagai sadaqah. (Sahih Bukhari & Sunan Nasai.)

Ulasan (Shaikhul hadith hadzrat maulana muhammad zakariyya kandhalawi rahmatullah alaihi)

Oleh kerana ia telah diistihar sadaqah maka mereka tidak lagi terikat dengan hukum harta pusaka. Pakaian Baginda tidak disebut kerana nilainya tidak seberapa.

Hadith 2.

Aishah ra berkata, "Rasulullah saw tidak meninggalkan Dinar dan Dirham mahupun kambing atau unta. Perawi (hadith ini Zir Bin Hubaisy) berkata daku tidak pasti samada beliau ada menyebut hamba lelaki atau hamba perempuan." (Shahih Muslim,Sunan Abu Daud & Nasai)

Ulasan (Shaikhul hadith hadzrat maulana muhammad zakariyya kandhalawi rahmatullah alaihi)

Salah seorang dalam rangkaian perawi ini ragu adakah Rasulullah saw ucap perkataan tadi atau tidak. Maka ianya disebut disini. Di dalam riwayat yang lain ada disebut bahawa baginda tidak meninggalkan hamba lelaki atau perempuan.

Bentuk Umum Hadith



Dari segi hakikatnya terbahagi kepada 3 bentuk :

1. Hadith Qawli : Iaitu sabda dan kata-kata yang keluar daripada mulut Nabi s.a.w selain daripada al-Quran. Seperti sabdanya :

Terjemahan :
Sesungguhnya sesuatu amalan itu berdasarkan niat. (al bukhari & muslim).

Jenis ini merupakan yang paling banyak didapati. Semuanya merupakan perkataan daripada Rasulullah s.a.w yang ditujukan kepada manusia terutamanya kepada yang beriman dan menjelaskan apa yang diperlukan oleh mereka.

2.Hadith Fi`li : iaitu apa yang datang daripada Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh sahabatnya dalam perkara perbuatan, tingkah laku,perundangan dan sebagainya. Contohnya, cara baginda beribadat, seperti solat, haji dan lain-lain. Termasuk juga apa yang diberitahu oleh isterinya mengenai amalan dan perbuatan baginda seperti perbuatannya mencium isterinya sedangkan baginda berpuasa .(al bukhari & muslim).

3. Hadis Taqriri : ialah perlakuan Rasulullah s.a.w sama ada secara terus terang bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh sahabatnya atau secara diam dan tidak menampak tanda-tanda bantahan terhadap perbuatan tersebut. Contohnya :

Ibn `Umar meriwayatkan yang Rasulullah s.a.w bersabda kepada kami semasa kepulangan kami dari Peperangan Ahzab. "Jangan sesiapapun di kalangan kamu bersolat Asar kecuali di perkampungan Bani Qurayzah." (al-bukhari & muslim) .Waktu asar masuk semasa mereka dalam perjalanan. Para sahabat yang melihat larangan itu dalam bentuk asal, mereka tidak bersolat kecuali setelah sampai di perkampungan  Bani Qurayzah walaupun waktunya telah luput. Sebahagian sahabat memahami yang larangan tersebut bertujuan untuk mendorong supaya bersegera dan tidak berlengah, lalu mereka solat asar dalam waktunya dan semasa dalam perjalan. Setelah diberitahu kepada Rasulullah s.a.w, baginda memperakui tindakan yang diambil oleh kedua-dua golongan tersebut.

Contoh lain : Perakuan baginda terhadap orang Habsyi yang memperlihatkan latihan perang di masjid, (al bukhari) perakuannya terhadap Aishah yang bermain dengan patung permainan (al bukhari) perakuan baginda terhadap Khalid al-Walid yang memakan dab yang diletakkan bersama juadahnya (al-bukhari & muslim) dan apa yang diriwayatkan oleh  Abdullah bin Umar katanya : Kami berkata sedangkan Rasulullah s.a.w masih hidup dan orang yang paling afdal selepasnya adalah Abu Bakr, Umar dan Uthman, Rasulullah mendengarnya dan tidak membantah terhadap (kata-kata) kami itu. (al bukhari & abu dawud).

Di segi statusnya, hadith terbahagi kepada beberapa bahagian dengan melihat beberapa aspek yang telah digariskan oleh para muhaddithin. Di mana mereka telah melihat hadith itu daripada beberapa sudut, seperti jalan @ thuruq al-hadith, sudut kekuatan, dan kelemahan hadith, kesudahan sanad satu-satu hadith dan lain lain. Dari sinilah lahirnya bahagian dan klasifikasi hadith.

-Ulum Al-Hadith-

Kewajipan mempelajari ilmu tajwid Al-Quran.

KEWAJIBAN BAGIMU ADALAH BELAJAR MEMBACA AL-QUR’AN


Oleh
Syaikh Shalih bin Fauzan Al-Fauzan





Pertanyaan.
Syaikh Shalih bin Fauzan Al-Fauzan ditanya : Sesungguhnya saya sering membaca Al-Qur’an Al-Karim, namun tidak bagus (menerapkan) hukum-hukum (tajwid)-nya, sering keliru dalam membaca. Apakah saya berdosa dengan melakukan perbuatan itu ?

Jawaban

Merupakan suatu kewajiban atas setiap orang muslim mempelajari cara tilawah Al-Qur’an sampai dia mengusai dan membacanya sesuai dengan apa yang diajarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan sesuai dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada RasulNya. Dia membacanya sesuai dengan kemampuan, bila memungkinkan membacanya dengan tenang dan diulang-ulang sehingga betul-betul benar, maka dia mendapat dua pahala, sebagaimana yang telah dikabarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, dengan sabdanya.

“Artinya : Orang yang membaca Al-Qur’an dan dia tersekat-sekat didalamnya serta dia mengalami kesulitan, dia itu mendapat dua pahala..”[1]

Maka anda wahai saudaraku, bersabarlah dan tenang, ulang-ulanglah per kata beberapa kali sampai anda mampu mengucapkannya sesuai dengan apa yang semestinya, meskipun anda mengalami kesulitan, karena pahalanya sangat besar. Janganlah anda coba-coba untuk tergesa-gesa dan melantunkan Al-Qur’an dengan tidak peduli apakah salah atau benar, hal seperti ini termasuk menghina firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dan kita mengetahui bahwa ini adalah firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, Allah Subhanahu wa Ta’ala berbicara dengannya sebagaimana kita membacanya dengan huruf-huruf dan harakat-harakat ini dan Jibril Alaihis salam menerimanya dari Allah Subhanahu wa Ta’ala kemudian Jibril menyampaikannya (melalui wahyu) ke dalam hati Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam seperti apa yang diterima dari Allah.

Sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

“Artinya : Dan sesungguhnya Al-Qur’an ini diturunkan oleh Tuhan semesta alam, dia dibawa turun oleh Ar-Ruh Al-Amin (Jibril), ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan, dengan bahasa Arab yang jelas” [Asy-Syu’ara : 192-195]


[Disalin dari buku 70 Fatwa Fii Ihtiraamil Qur’an, edisi Indonesia 70 Fatwa Tentang Al-Qur’an, Penyusun Abu Anas Ali bin Husain Abu Luz, hal. 41-43 Darul Haq]
_________
Foote Note
[1] Hadits Riwayat Muslim dari Aisyah Radhiyallahu ‘anha no. 244-(896), Kitab Shalah Al-Musafirin wa Qashruha bab 38

Menjaga ketaqwaan kepada Allah.. Wasiat Rasulullah saw.

Dari Abu Najih Irbadh bin Sariyah Rodhiallohu`anhu dia berkata,

"Rasulullah saw pernah menasihati kami dengan nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan air mata. Kami bertanya, "Wahai Rasulullah, seperti ini adalah nasihat perpisahan, kerana itu berilah kami nasihat.".Beliau bersabda, "Aku wasiatkan kepada kalian untuk tetap menjaga ketaqwaan kepada Allah `azza wa jalla, tunduk taat (kepada pemimpin) meskipun kalian dipimpin oleh seorang budak habsyi. Kerana orang-orang yang hidup sesudahku akan melihat berbagai perselisihan, hendaklah kalian berpegang teguh kepada sunnah Khulafar Rasyidin yang diberi petunjuk (Allah). Peganglah kuat-kuat sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah ajaran-ajaran baru (dalam agama) kerana semua bid`ah adalah sesat."

(Hr .Abu Dawud dan Tirmizi, ia berkata, Hadits ini hasan shahih).




Mendengar dan taat.

mendengar dan taat sama dengan bai`at. Bai`at kepada penguasa muslim yang sah hukumnya wajib. Kewajiban di sini selama bukan dalam kemaksiatan. Yaitu dalam hal-hal yang mubah/harus . Kerana kalau imam memerintahkan sesuatu yang wajib maka hakikatnya adalah mendengar dan taat kepada Allah. Dengan demikian perintah imam terbahagi dalam tiga bentuk yaitu :

1) Perintah tersebut merupakan kewajiban syar`i, maka ketaatan disini merupakan ketaatan kepada Allah.

2)Perintah tersebut sesuatu yang muqabah maka wajib ditaati kerana ini merupakan haknya.

3)Perintah tersebut merupakan kemaksiatan maka tidak boleh ditaati.


Dimana OIC?


BANGKOK - Myanmar telah melancarkan kempen pembersihan etnik ke atas etnik Rohingya beragama Islam, lapor Human Rights Watch (HRW) yang mengaitkan wujudnya perkuburan besar-besaran dan pengusiran melibatkan puluhan ribu etnik tersebut.

Etnik Rohingya yang dinafikan kerakyatan mereka itu berdepan dengan jenayah kemanusiaan seperti pembunuhan, penganiayaan dan pengusiran, jelas HRW yang berpangkalan di New York.
Para pegawai pemerintah Myanmar, pemimpin komuniti dan sami Buddha telah menganjur serta menggalakkan samseng-samseng yang dilindungi oleh pihak berkuasa negeri untuk melakukan serangan terancang ke atas perkampungan Islam di negeri Rakhine Oktober tahun lalu.

"Pemerintah Myanmar terlibat dalam kempen pembersihan etnik Rohingya yang berterusan hingga ke hari ini dengan menyekat bantuan dan pergerakan mereka," kata Timbalan Pengarah HRW Asia, Phil Robertson.
Jurucakap Presiden Myanmar, Ye Htut bagaimanapun menegaskan pemerintah tidak akan memberi perhatian terhadap laporan yang bersifat sebelah pihak itu.


Pemerintah Myanmar sebaliknya menunggu laporan kajian suruhanjaya rasmi yang ditubuhkannya untuk menyiasat keganasan tersebut. Namun, pendedahan laporan itu sudah ditangguh beberapa kali.




Di Rakhine, lebih 125,000 orang etnik Rohingya dan penganut Islam lain telah diusir. Mereka juga disekat daripada menerima bantuan kemanusiaan dan dilarang pulang ke rumah masing-masing

AFP.



Dikejutkan lagi dengan penghapusan etnik islam Rohingya, tak cukup dengan penghapusan etnik islam bosnia. Tidak mampu kita membacanya & mengamati penderaan keatas etnik islam rohingya, bukan setakat di halau dari tanah mereka, malah dibunuh,dibakar,diperlakukan seperti binatang. Apatah lagi untuk merasai keperitan yang mereka hadapi. 

-Sampai satu masa, kita akan mengangkat senjata bersama imam mahdi, buatlah persediaan.-

Terampun atas sebab tertentu.

Dari Ibnu Abbas Rodhiallu`anhu bahawa Rasulullah sholallhu `alaihi wa sallam bersabda ,"Sesungguhnya Allah mengampuni beberapa perilaku umatku, yakni (kerana) keliru, lupa dan terpaksa."
(hadist hasan diriwayatkan oleh ibnu majah, baihaqi, dan lain-lain).




Kehidupan zaman akhirat adalah pasti, buktinya setiap manusia pasti akan mati walaubagaimanapun kekuatan yang dia ada. Mari kita timbulkan persoalan disini, jikalau seseorang manusia itu mati, dan dia banyak melakukan kejahatan kepada kita atau kebaikan kepada kita atau terdapat beberapa perkara yang harus diadili antara kita dan dia, apakah setelah kematiannya maka semua perkara tersebut akan lenyap?

Bukan kah ini tidak adil? sifat kita manusia lumrahnya sentiasa nak keadilan, betul?. Maka benarlah hari pembalasan yang akan berlaku dizaman akhirat. Setiap perkara akan diungkit,dipersoalkan & ditanya kepada kita, termasuklah hal-hal yang belum selesai didunia ini oleh Allah swt.

Allah swt adalah Rabb kita, yakni yang menciptakan kita & yang akan mengadili kita di zaman akhirat pada hari pembalasan kelak. Maka benarlah perihal hadis ini, yakni Allah swt mengampuni beberapa kesilapan kita, dan bersesuian dengan sifat Allah yakni Ar-rahman & Ar rahim.


Mari kita dengar komentar ilmuan mengenai hadis ini.

Kesalahan yang dimaafkan

Allah swt memaafkan kesalahan hamba-Nya akibat tersalah (keliru atau tidak sengaja), lupa atau dipaksa. Maaf disini dalam bererti tidak berdosa. Namun hukum ini terkait dengan hukum taklifi. Adapun terkait hukum wad`i atau dalam muamalah maka jika membuat kerugian pada pihak lain dengan sebab tersalah atau lupa tetap harus menanggungnya, meski tidak berdosa akibat perbuatannya tersebut.

Assalamu’alaykum, Namaku Raquel.

Kisah masuk islam bekas polis AS di detroit.

Muslimahzone.com -  Bila Allah menghendaki, Allah akan membuka hati seseorang untuk berlapang dada menerima Islam. Dan tak ada yang dapat menghalangi Kehendak Allah Subahanahu wa Ta’ala.
Hidayah Islam telah menyapa seorang wanita yang memiliki pekerjaan sebagai perwira polisi Amerika Serikat (AS) di Detroit. Dalam sebuah wawancara di Youtube pada  September 2011, ia menceritakan bagaimana ia memeluk Islam. Berikut adalah singkat cerita tentangnya yang diterjemahkan dari trasnkrip Onislam.
***
Assalamu’alaykum, Namaku Raquel. Aku masuk Islam sepekan yang lalu. Aku adalah seorang perwira polisi di kota Detroit. Aku bekerja di sana dari 1996 hingga 2004, dan aku ditembak pada tahun 2002. Aku ditembak ketika sedang bekerja pada pekerjaan itu. Aku hampir meninggal dan aku tahu bahwa aku memiliki sebuah awal baru dan sebuah hidup baru.
Aku agaknya tidak tahu bagaimana untuk mengikuti Tuhan. Aku hanya tidak tahu agama apa untuk diyakini hingga aku bertemu beberapa teman Muslim yang benar-benar berbicara padaku dan menjelaskan banyak hal kepadaku. Hal itu sangat mengubah hidupku dan aku tidak takut mati lagi.
Satu-satunya hal adalah kita untuk takut kepada Allah dan kita tidak pernah tahu kapan hari berikutnya bagi kita, jadi lebih baik kita mengatakan Syahadat sekarang dan memiliki iman itu, karena hanya ada satu Tuhan, dan aku tahu itu.
Aku benar-benar hampir mati, dan jika aku telah mati pada hari itu, aku tidak tahu apakah aku akan pergi ke Neraka atau tidak. Tetapi sekarang, aku telah memiliki kepercayaan diri dan kedamaian serta kebahagaian yang aku tahu kemana aku akan pergi jika sesuatu terjadi padaku hari ini.
Sebelum aku menjadi Muslim, aku benar-benar tidak memiliki pendapat yang kuat sejauh ini tentang umat Islam. Aku bukan seorang yang pro-Muslim atau anti-Muslim atau apapun semacamnya. Aku selalu menjadi tipe orang yang seperti itu, aku benar-benar open-minded (berpikiran terbuka). Dan itu adalah satu hal yang sangat berbeda tentangku dari keluargaku, bahwa aku sangat open-minded dan aku menghormati orang-orang atas apa yang mereka yakini.
Aku sebenarnya marah dalam pekerjaanku sebagai seorang polisi karena orang-orang menyerang Muslim di Detroit atas kesalahan yang tidak ada alasannya sama sekali, terutama setelah serangan 9/11.  Dan itu sangat menyakiti hatiku untuk melihat semua ini dan benar-benar setelah itu aku menjadi sangat tertarik dengan keyakinan Islam setelah 9/11 karena aku sangat terganggu oleh hal-hal yang aku lihat sebagai petugas polisi di jalanan. 

Menjadi Seorang Muslim Baru di Las Vegas

Raquel yang kemudian tinggal di Las Vegas sebagai seorang Muslim yang baru, berusaha untuk mempelajari Islam lebih dalam dan berusaha menunjukkan sikap baik seorang Muslim.
Aku di sini di Las Vegas di Masjid ku dan aku memberikan beberapa pakaian kepada orang-orang yang membutuhkan. Apa yang kita lakukan adalah hanya meninggalkannya di atas meja untuk mereka dan mereka datang serta berharap mereka dapat mendapatkan sesuatu yang mereka sukai. Jadi aku hanya pergi untuk meninggalkan pakaian-pakaian untuk lingkungan sekitar dan mereka dapat mengambil apa yang mereka butuhkan, dan berharap ada beberapa sweater yang bagus di sini yang mereka dapat gunakan karena di Vegas cukup dingin.
Sebagai seorang wanita yang baru saja menjadi Muslimah sepekan (ketika itu), Raquel masih belum lancar mengucapkan do’a-do’a atau surat yang harus ia baca ketika shalat. Sehingga ia membaca dari kertas apa-apa yang harus ia baca (yang telah ia salin ke dalam tulisan latin) ketika shalat. Ia hanya belajar melalui internet dengan mendengarkan audio, kemudian ia mencari kalimat yang bertuliskan latin dan terjemahan bahasa inggris. 


Aku tahu bagi beberapa orang mungkin berkecil hati untuk belajar bahasa baru. Pada dasarnya ini adalah sebuah budaya. Ini (Islam) bukan hanya sekedar agama, ini adalah jalan hidup. Bagiku, ini tidak menakutkan. Hanya saja bahwa aku ingin belajar lebih cepat dan aku ingin bisa melakukannya sendiri. Tetapi sulit karena aku di rumah sendiri dan aku belajar hampir semuanya melalui internet, bahkan bagaimana aku mengikat (memakai) kerudungku dan segalanya. Aku harus belajar semuanya sendiri. Tetapi ini telah menjadi pengalaman sangat indah dan ada banyak kedamaian padanya dan banyak kebahagiaan yang kalian tidak pernah pelajari dan mendapatkannya. ini adalah sebuah pengalaman yang luar biasa!

Aku sepenuhnya tahu bahwa aku melakukan hal yang benar. Aku telah mempertimbangkannya selama dua tahun. Aku memiliki banyak teologi dan pengetahuan tetapi aku belum pernah mengalaminya. Akut tidak pernah pergi ke sebuah Masjid dan tidak juga berpengalaman, tetapi aku memiliki banyak teman Muslim dan bahkan aku memilik seorang teman kerja Muslima di pasukan kepolisian yang menjelaskan (tentang Islam) banyak kepadaku.
Dalam video itu, Raquel melakukan sholat dengan membaca bacaan-bacaan sholat dengan masih terbata-bata, namun ia terlihat menikmatinya.
Ketika aku sholat, meskipun aku tidak begitu mengerti do’a-do’a itu, apa yang aku lakukan ada di internet, aku mengetahui beberapa situs di mana setelah ada bahasa Arabnya, aku akan mendapatkannya dalam bahasa Inggris (tulisan latin) juga. Jadi aku akan membacanya dalam versi Inggris (maksudnya dalam tulisan latin -red) dan ini begitu kuat dan aku merasa dilindungi, dan aku tahu bahwa di dunia ini tidak ada yang harus aku takutkan kecuali Allah. Sangat menyenangkan. Ini baru dalam hidupku dan aku baru saja mengenal kedamaian dan sebuah kebahagiaan baru yang datang padaku.

Hal yang paling utama yang aku sukai tentang Islam adalah aku benar-benar tertutup (menutup tubuh), aku lakukan. Jujur saja aku benar-benar menikmatinya, terutama di sini di Las Vegas karena para pria melihat kepada wanita dengan sangat menyeramkan dan aku benar-benar merasa aman. Satu hal lainnya yang aku suka adalah bahwa aku belajar banyak. Aku belajar banyak dan aku senang belajar. Dan aku selalu yakin bahwa kehidupan adalah sebuah pengalaman belajar. Dan aku sangat mencintai tentang ini (Islam), aku belajar sesuatu yang baru setiap hari.

Ada banyak kedamaian dan banyak kebahagaiaan yang aku tidak pernah rasakan sebelumnya.

(muslimahzone.com)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...