Pages

Laluan Ramadhan.






Keindahan hidup sebagai manusia yang mempercayai bahawa Allah SWT itu ialah Tuhan yang Satu dan Dia sahaja yang layak untuk di sembah, diserikan dengan suatu perintah Allah SWT yaitu berpuasa sepanjang bulan ramadhan. Bukan sahaja melaksanankan ibadah berpuasa, tetapi juga ibadah- ibadah yang lain seperti solat sunat tarawih, qiamulail, bersedekah dan berzikir.

Sebelum tibanya, bulan ramadhan. Bulan rejab bertandang terlebih dahulu, kemudiannya bulan syaban hadir sebagai tanda bulan ramadhan akan tiba. Kehadiran bulan ramadhan, memberi peluang yang tidak ternilai kepada umat islam untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. Takwa secara asasnya bermaksud, taat pada perintah Allah SWT sesungguhnya dengan penuh keikhlasan.

Peluang berada di bulan ramadhan, adalah satu anugerah yang tidak ternilai. Allah SWT membuka seluasnya rahmatnya keatas orang- orang islam tanpa mengira dosa- dosa mereka lakukan sebelum ramadhan. Dosa apa yang tidak terampun oleh Allah SWT? Melainkan mensyirikanNya. Pada bulan ini, orang islam mempunyai peluang untuk mensucikan hati daripada amalan yang tidak baik, perbuatan- perbuatan dosa dan peluang untuk meningkatkan tahap keimanan kepadanNya.

Walaupun di bulan Ramadhan kumpulan syaitan di rantai. Tetapi dugaan untuk melaksanakan ibadah juga masih berat. Hal ini disebabkan, nafsu sudah menguasai diri, nafsu sudah bertakhta di hati dan sikap diri sudah terbiasa dengan sikap yang tidak baik seperti dengki, mengumpat dan malas. Kebiasan diri mengikuti nafsu telah menjerat ramai manusia.

Oleh itu, sebelum datangnya bulan ramadhan dan insyaAllah masih hidup lagi, di bulan rejab ini dan bulan syaban yang akan datang sebelum bulan ramadhan. Sebaiknya, kita harus melakukan sesuatu sebagai persediaan untuk mensucikan hati dibulan ramadhan. Antara persediaan yang boleh diamalkan sebelum kedatangan ramadhan ialah ;

1. Mengurangkan kuantiti makanan. Kurangkan kuantiti makanan, amalkan pemakanan sekadar untuk mengisi perut kosong. Selain itu, cuba bersarapan awal, sebolehnya sebelum solat subuh. Hal ini kerana, akan memudahkan kita untuk melaksanakan ibadah puasa.

2. Membaca Al- Quran pada masa- masa terluang, walaupun sekadar satu muka surat. Tidak perlu menunggu masa sesuai untuk membaca Al-Quran, tetapi jika ada masa terluang, bacalah Al-Quran ataupun baca tafsir Al-Quran dan ambil masa 2 - 5minit untuk menghayati maksud ayat tersebut. Hal ini kerana, setiap saat di bulan Ramadhan amat bernilai dan teramat rugi jika dibiarkan berlalu begitu sahaja.

3. Berdiam diri, sebaliknya dalam diam amalkan zikir. Berdiam diri itu bermaksud, tidak banyak berkata- kata. Dan bersuara jika ada hal yang penting sahaja. Bercakap banyak tetapi kosong, itu hanya merugikan apatahlagi, bercakap banyak tetapi membicarakan hal- hal yang mengundang dosa seperti mengumpat dan menipu. Hal ini kerana, di bulan ramadhan kita digalakkan untuk berzikir dan tidak banyak bicara soal kedunian.

Selain daripada 3 perkara ini, banyak perkara lagi harus diamalkan seperti memperbanyakkan solat sunat dan sedekah. Namun, tiga perkara asas diatas mampu membantu kita untuk menghadapi bulan puasa dengan baik. Semoga, kita semua diberi peluang untuk menunaikan ibadah puasa wajib di bulan ramadhan.

Cinta Dia Cinta Aku.

Cinta tidak terhenti disitu sahaja. Kedugaan tidak dapat ditampung begitu lama, kerana ianya amat menyeksa jiwa dan membuat hati tidak tenteram. Kegilaan apakah yang terjadi apabila awalnya cinta yang terjalin dengan bibit-bibit kasih murni tetapi akhirnya terkandas simpang kemurungan. Sungguh, amat sukar untuk meramal permainan cinta yang dimainkan oleh manusia. Kemanisan bibir lelaki dan kelembutan hati wanita menjadi rempah ratus makanan iblis. Manusia tiada pilihan, melainkan meneruskan perasaan cintanya, melayari lurah dan corong onak duri demi mencari teman penganti agar tidak kesepian mengharungi kehidupan. Tidak kira wanita atau lelaki, keduanya sama mempunyai hati dan emosi yang memerlukan belaian kasih sayang daripada pasangan masing- masing. Bagi hati dan emosi, kegagalan dalam percintaan adalah mainan takdir hidup dan kehidupan mesti di teruskan.

Kenangan lalu akan terluput dan sisa- sisanya hanya sekadar bayangan igaun dalam ingatan. Irama dan rentak guraun peristiwa lalu akan datang menghantui kehidupan. Ianya ibarat manusia zombie, dah di tanam tetapi muncul jua. Kerana permainan emosi tidak dapat dibendung oleh akal dan selalu sahaja menganggu kedamaian jiwa. Kelelahan terasa dan keluhan terlontar, percubaan demi percubaan untuk menghapuskan bekas itu, namun kepedihanan terampai di hati. Jika difikir dan dibiarkan peristiwa itu bersua, pasti akan menyeksa jiwa.

Amat dasyat kehadiran cinta kepada kita, disangka bahagia namun sekian kali terluka. Hati yang tercipta pada tubuh, banyak menyimpan rahsia yang hanya Tuhan sahaja tahu. Perhiasaan tawa, kemanisan cinta nampaknya hanya mengambil kesempatan keatas ruang hidup yang akhirnya berkubur terbenam jauh di telan masa. Apalagi hendak dilakukan, ketika jiwa terseksa menghadapi kemalangan cinta? Jika menanti keajaiban datang menyulam kedugaan lalu, sesungguhnya penantian itu merupakan penyeksaan seterusnya. Melainkan, sayang baru harus dicari bagi mereka yang mencari dan menerima bagi mereka yang dicari.




Setelah mendapat pengganti, cepat-cepat jiwa menghembuskan memori dahulu untuk membuka ruang kepada cinta baru bersemi di hati dan pengharapan yang sama akan terus diharapkan. Janji- janji akan berputik kembali, ladang yang gersang akibat kemarau dahulu, bakal disemai dengan detik - detik manis bersama yang baharu. Tidur akan lena dibuai cinta baru yang tidak diketahui lagi penamatnya. Lemahnya, manusia mengharungi kegagalan cinta, telah mengubah landskap hati dan hampir sahaja cinta dahulu dan cinta baru tidak dapat dikenal pasti perbezakan hitam dan putihnya.

Dengan penuh harapan, langkah kaki berentak seiring menuju mahligai kebahagian. Cahaya baru menyinari kegelapan dahulu, tiada lagi kedukaan lalu melainkan ianya hanya sekadar cakaran pada hati sebagai alasan untuk terus hidup bahagia. Masing- masing menyimpan hempedu lalu dan jika di ungkapkan dikhuatiri akan merosakkan cinta baru. Yang pasti, masing- masing merayu kelukaan dahulu bersama pasangan sebelumnya dan memohon agar kelukaan itu diubati dengan kebahagiaan yang akan direncenakan.

Pautan kasih dan bahtera cinta terus berlayar. Jika dia berniat untuk sampai ke mahligai cinta abadi tetapi aku hanya sekadar untuk melepaskan kedukaan lalu, penghujungnya hanyalah sekadar nyalaan api merah yang akan membakar jiwa. Tetapi, jika aku dan dia mempunyai niat yang sama untuk bahagia, tiupan angin terus menerus menghantar kapal percintaan itu ke pantai persandingan. Namun, jangan difikir lautan itu tenang dan landai, sebaliknya ombaknya amat tinggi dan dasarnya amat dalam. Nyaris, ketika aman di pantai, lautan membadai dan memisahkan dia dan aku.



~Qazar~

Artikels1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...