Pages

BANJIR & TANGGUNGJAWAB MASYARAKAT.


Saban tahun negara kita dilanda banjir dan sering kali berlaku dikawasan yang sama. Namun, penduduk setempat dikawasan tersebut hanya mampu menanti bantuan keselamatan dan kerugian harta benda terus berlaku. Secara kasarnya, keadaan hujan lebat yang berterusan dan takungan air yang penuh mendadak adalah tanda-tanda kedatangan banjir besar. Acapkali, kehadiran banjir mengakibatkan kerosakkan harta benda seperti peralatan elektrik, kenderaan dan perabot rumah. Juga tidak kurangnya, kepada para petani yang tanah perusahaan dan haiwan ternakan mereka musnah dan mati akibat pukulan arus banjir yang deras.

            Banjir merupakan fenomena alam yang tidak dapat dikawal keadaannya, kuantiti isipadu air yang banyak serta kelajuan pergerakkan air yang deras ialah antara punca sungai dan tadahan air seperti longkang gagal mengawal pergerakkan air. Punca banjir bukan sahaja daripada kesan hujan deras yang berterusan, aktiviti penerokaan hutan seperti pembalakan dan pembukaan kawasan pembinaan juga adalah punca banjir.

            Menurut, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, sistem saliran longkang jalan yang tidak efisien adalah punca aliran air tersekat sehingga menyebabkan banjir kilat di Kuala Lumpur. Selain itu, seperti yang berlaku di Cameron highland Pahang, pembangunan kawasan pertanian secara mendadak yang tidak sistematiik punca pergerakkan aliran air hujan ke sungai tersekat dan menyebabkan banjir, seperti dilaporkan oleh Datuk Seri G.Palanivel. Pepatah Melayu, sediakan payung sebelum hujan, individu atau masyarakat haruslah berkerjasama untuk mengambil langkah-langkah proaktif menghadapi bencana alam seperti banjir. Secara umumnya, kedatangan banjir besar dapat diramalkan. Tetapi, terdapat segelintir masyarakat tidak mengambil tindakan yang sewajarnya.

            Justeru itu, masyarakat harus mengambil pendekatan yang bersesuaian untuk mengurangkan risiko banjir. Tindakan usaha sama antara masyarakat dan pihak berkuasa merupakan solusi yang terbaik dalam permasalahan ini. Oleh itu, antara langkah-langkah untuk mengurangkan risiko banjir ialah seperti berikut.


1. Membersihkan sistem perparitan.

Masyarakat setempat, khususnya mereka yang tinggal dikawasan taman perumahan atau tanah persendirian, perlu mengambil tindakan bersama untuk memeriksa sistem perparitan sedia ada dikawasan sekeliling. Dan melaksanakan aktiviti seperti membuang sampah yang menyangkut dan terbenam di dalam longkang dan membuat sesuatu peralatan untuk menghalang sampah sarap berkumpul di struktur longkang. Serta, membuang mendapan tanah ditapak longkang, kerana mendapan tanah akan mengurangkan kapasiti longkang untuk menampung aliran air.



Sumber : Google


2. Menanam pokok di sekeliling kawasan perumahan.

Air merupakan sumber utama flora, tanpa air bumi kita akan seperti gurun sahara di utara afrika. Landskap hijau seperti menanam pokok atau bunga-bungaan di sekeliling kawasan rumah dan di sekitar taman perumahan, dapat mengurangkan risiko air bertakung. Hal ini kerana, fungsi tumbuh hijau yang menyerap air. Disamping itu, risiko tanah runtuh dapat dielakkan dan seterusnya, mengurangkan risiko banjir.



Sumber : Google


3. Membina kolam takungan.

Membina kolam takungan air adalah solusi yang terbaik untuk kawasan banjir. Selain untuk menampung air, kolam takungan ada potensi besar untuk aspek ekonomi dan pelancongan. Seperti, menternak ikan dan membina kelengkapan riadah untuk pengunjung. Namun, masyarakat harus berkerjasama untuk membeli tanah atau mewakafkan tanah untuk pembinaan kolam serta berganding bahu menampung kos pembinaan kolam tersebut.



Sumber : Google


4. Membina rumah bertiang di kawasan tanah rendah.


Sebelum merancang untuk membina rumah, eloklah mengenalpasti terlebih dahulu latar belakang kawasan tersebut. Jika tanah itu berada pada aras rendah ataupun terdapat laluan air, adalah lebih baik untuk mendirikan rumah bertiang. 



Sumber : Google





TEMPIAS DOSA

adam, terus melangkah,

" Hai adam!" tegur izat.
" eh... izat, long time no see bro! how are you? where have you been?." 
"amboi adam, speaking pulak dah... hahaha"

adam terhenti disitu dan mereka gelak bersama, manakan tidak dua sekawan ini sudah lama terpisah. Mereka terus bercerita dan masing-masing bertanyakan perihal kehidupan sebelumnya.

" wehh adam, aku nak sangat hidup kat bandar lah. Best tak? Bosan do duk kampung ni" luahan izat kepada adam.

selepas tamat pengajian SPM, izat tidak berganjak daripada kampung, lantaran membantu bapanya mengusahakan pertanian keluarga mereka, tambahan pula, izat bukanlah seorang pelajar yang cemerlang. Pergi sekolah pun, hanya sekadar untuk menghilangkan rasa bosan dalam dirinya. Bapa nya amat mengenali perangai adam, yela! bapa mana yang tidak mengenali anaknya?. Beliau berfikir, jikalau izat diizinkan pergi belajar keluar negeri. Alamatnya, dia bakal dikurung di dalam kotak besi berbantalkan konkrti.

" Hmmmmm.......... memang best bro, tapi kau tahulah hidup ditempat orang macam mana" balasan adam dengan nada rendah dan sedikit mengeluh.

semasa diperingkat SPM, adam antara pelajar cemerlang dan bekas ketua pelajar yang segak, dunia ibarat terbalik ketika itu, ya. Sebab perempuan yang tackle adam. Nasib baik ketika itu, iman adam setinggi gunung ,sekental batu.

adam dah lupa niat awalnya sebentar tadi.

mereka berdua melangkah bersama, bagaikan ada tali mengikat kaki mereka. Lihat sahaja apabila askar berkawat dengan rentak kaki kanan kiri. Begitulah langkah mereka berdua.

Hari sudah senja, anak muda yang berusia 26 tahun itu bersalaman tangan dan mengucap selamat tinggal. Ada satu janji adam pada izat yang terakam pada waktu itu.

-\\-

"adam, kau dari mana! kata 20 minit, 4 jam kot! . esshhhh" 
"sorry puteri. aku bersua dengan budak kampung aku tadi, dah 8 tahun tak jumpa"

masing-masing dengan wajah bengis dan nada keras

" hah kau! mula lah. Ada je alasan. Mana barang aku?!" sahut puteri.

adam terpinga-terpinga sesaat. "Aduhhhhh. Lupa!"

" Anjing kau adam. Bagi aku cepat barang kau tu"

Huh, puteri nampak je ayu, manis bak sakura. Tapi lidah, lidah ifrit. Hati? Tuhan je tahu. 
-/-
Azan subuh berkemundang syahdu, laungan Allahukhbar Allahukhbar, terbit dari lidah izat. Walaupun budak bodoh di sekolah. Tetapi, izat ni terkenal dengan kesyahduhan laungan azannya. Bila dah jadi bilal, solat 5 waktu sehari semalam sempurna dilaksanakannya.

" Assalammualaikum" sapaan adam kepada pak abraham.

"Waalaikumsalam, Allah.. adam, mari masuk" senyuman lebar nampak gigi pak abraham, menjerinihkan suasana pagi itu.

Ketika itu, izat bin abraham sedang membajak tanah. Leka dengan kerjanya sehingga dia tidak sedar adam bertandang ke rumahnya dan dia dah lupa akan janjinya semalam bersama adam di gerai pak ayub.

"adam sihat? pakcik dengar kamu dah tamat pengajian dari UM"

"ya pakcik, alhamdulillah dah tamat, sekarang tengah menunggu panggilan kerja. Pakcik bagaimana sekarang? sihat ?"

" alhamdulillah, macam biasalah adam. Kehidupan seorang petani kampung, kerjanya menuai padi sahaja, ada padi cukuplah makan," balasan pak abraham dengan senyuman. "kejap ya, pakcik panggil izat"

" adam!, " sapaan izat. Tak sempat dipanggil, budak ni dah naik atas.

"pakcik, semalam saya ada berbincang dengan izat, izat berhajat ikut saya ke bandar untuk mencari kerja di sana" adam terus melamparkan hajat kedatangannya kepada pak abraham.

" hmmmmmm..pakcik bukan tak bagi izat ikut adam ke bandar. Pakcik tidak ada pembantu jika izat keluar dari rumah ni"

izat membalas dengan nada sedih dan penuh harapan " alah abah, izat bukannya pergi selamanya dari rumah ni, lagipun izat pergi mencari rezeki. Pak mail kan ada teman abah usahakan padi tu"

" adam berjanji pakcik, adam akan bantu izat dan tolong dia cari kerja yang bergaji tinggi di bandar"

pak abraham, membuka kopiahnya, mengusap-usap rambutnya. Baru semalam, dia mendengar perbualan cerita, adam membawa puteri balik ke rumahnya, walaupun mereka belum bernikah. Sehingga ibu adam jatuh sakit kerana bergaduh dengan adam mengenai puteri. Dan lagi merisaukan, pak ali, abang kepada ayah adam, memberitahu bahawa, adam dan puteri sentiasa berkurung di dalam bilik dan pak ali pernah terhidu bau yang amat meloyakan dari bilik adam & puteri.

"adam, kamu baik. pakcik tahu kamu mampu jaga izat." 

"izat, malam ini kita bincang dengan ibu izat. ok"

~~~~~~~~~~~~~~~ bersambung.
endingnya ibarat drama melayu. (Takda ending, agaklah sendiri ok)
* Ni cerpen pertama saya, minta tolong komen. Terima kasih.

-qazar yusop-



Merenung Hidup.


Sepanjang kehidupan manusia di alam ini, kita dapat melihat suatu peninggalan yang tidak dapat dilupuskan apatahlagi di sembunyikan. Acap kali, kita mendengar berita kematian dan menerima jemputan untuk menghadiri majlis pengemubumian manusia yang mati itu. Memberi penghormatan terakhir, menatap wajah buat yang terakhir dan melaksanakan sesuatu perbuatan baik untuk manusia yang mati itu seperti, mendirikan solat jenazah baginya dan memberikan sedekah atas namanya. Usai sahaja majlis itu, kita akan bersama-sama saudarannya, rakannya dan hartanya untuk mengusung dia ke suatu tempat yang menghimpunkan manusia-manusia yang telah mati iaitu tanah perkuburan. Inilah tempat yang tidak dapat dilupuskan dan disembunyikan.

Manusia daripada latar belakang berbeza disatukan dan dihimpunkan di kawasan itu. Kuburan mereka disusun mengikut baris menghadap kiblat dengan selang jarak kurang daripada 1 meter, tidak kira bekas seorang panglima, pengarah dan professor, mereka yang telah meninggal itu tidak ada keistimewaan seperit lot khas ataupun pondok khas di tanah perkuburan. Pada kubur mereka, diletak satu atau dua batu atau kayu yang terukir nama mereka dan tarikh kematian mereka sebagai penanda bahawa itu kubur mereka dan untuk memudahkan manusia yang hidup menziarahi kubur mereka. Menangisi kepergian manusia meninggalkan bumi, itu adalah lumrah manusia. Orang yang menyangi dan menyanjungi mereka yang telah mati, pasti memberi impak kepada jiwa dan emosi orang tersebut, dan ini adalah normal. Melalui tanah-tanah perkuburan, kita dapat melihat kuburan yang sudah berusia puluhan tahun, bahkan ratusan tahun. Ada yang umur hidupnya hanya kurang daripada 60 tahun tetapi kuburannya sudah berusia 80 tahun daripada hari kematiannya. Begitu lama manusia yang telah mati itu diperkuburan. Apakah nasib mereka dan apakah sedang berlaku kepada mereka.

Merenung kembali kehidupan ini, setiap manusia melalui kehidupan yang sama tetapi berbeza pada hal pribadi. Berkerja untuk membeli makanan untuk meneruskan kehidupan, semua manusia melakukannya. Menyimpan harta tetapi tidak dapat dinikmati lagi selepas kematian. Orang yang disayangi tidak dapat lagi dtatap selepas kematian.

Dikala kita menjalani kehidupan, hampir seluruh qudrat kita, kita gunakan untuk mencari wang. Ayah dan Ibu berkerja keras mencari wang untuk menyara anak-anaknya. Wujud juga manusia, berkerja keras mengumpul wang untuk membeli apa yang dia hajati, seperti kereta mewah dan rumah mewah. Tidak lupa juga, manusia yang bergadai maruah dan harga diri demi wang.  Hampir semua manusia itu sama, berkerja dan melakukan sesuatu untuk penghasilan wang. Mana kan tidak, no money no talk! kerja menyampaikan ilmu pun kena bayar tau. Bukan murah kerja tu, sejam Ringgit Malaysia 200 tu harga biasa. Tidak ada silap tidak ada salah, masing-masing empunya hati untuk berniat dan tangan yang berkerja.

Namun, apabila mati, manusia yang berkerja keras untuk wang, bagaimana kehidupan mereka di kuburan sana kelak.

Apa yang kita percayai, bahawa kehidupan kubur ialah permulaan kepada kehidupan yang sebenarnnya. Mengikut akal logik kita, akal kita tidak dapat sampai ke tahap dapat mengetahui dan mengesahkan apa yang sebenarnya berlaku dialam kubur. Semuanya, setiap penganut agama, mempercayai kehidupan kubur berdasarkan kepercayaan masing-masing.

Saya, sebagai penganut islam mempercayai bahawa kehidupan alam kubur adalah kehidupan yang realiti. Berdasarkan kitab suci Al-Quran dan Hadis yang disampaikan oleh Rasulullah SAW, bahawa kehidupan di kubur, suasananya ialah berdasarkan amal perbuatan semasa kehidupan di dunia ini. Bagi mereka yang melakukan perkara yang tidak baik dan mati tanpa bertaubat atas perbuatannya yang tidak baik itu, maka kehidupannya di kubur adalah kehidupan yang menyesakkan. Jikalau dikubur sudah terseksa, apatahlagi di akhirat nanti? Hari dimana Tuhan membangkitkan seluruh manusia untuk pengadilan.



Gambar : Sumber ( http://www.jejakwaris.com/sejarah.html)


Mengimbas kembali, mengenai perihal kita yang berkerja keras demi wang itu. Adakah ianya satu perbuatan baik?

Menurut Hadis rasulullah SAW yang bermaksud;

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab R.A. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu." (Hadis shahih)

Apa yang pernah saya pelajari bahawa, niat kita sentiasa perlu diperbetulkan pada awal perbuatan, pertengahan perbuatan dan akhir perbuatan. Apabila, Niat sudah lari, maka cepat-cepat beristighfar kepada Allah, memohon keampunanNya.

Namun ,

Habib Ali Zainal Abidin, menjelaskan mengenai hal niat tidak menghalalkan cara,

“ Niat Tidak Menghalalkan Cara , kita boleh mengambil iktibar daripada sejarah peperangan Uhud yang mana dalam peperangan uhud seramai 700 orang muslimin melawan 3000 tentera musuh dari kaum musrikin. Ketika peperangan Uhud, Rasulullah saw telah memerintahkan kepada 50 orang pemanah supaya tidak berganjak dari bukit Uhud. Oleh kerana 50 orang pemanah melupai perintah Rasulullah, sebahagian besar pemanah berganjak dari bukit iaitu turun dari bukit Uhud untuk mendapatkan harta rampasan perang yang mengakibatkan pasukan Muslimin dikepung dan kalah. Seramai 70 tentera Muslimin mati syahid. Namun Allah telah memaafkan mereka.
Cuba bayangkan peristiwa ini, jika Allah berikan kemenangan kepada tentera Muslimin pada ketika itu, apa yang terjadi? Ya memang menang, tetapi kesan yang buruk untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, pengajaran yang Allah ingin tunjukkan kepada kita ialah Islam tidak boleh menang dengan pelanggaran dan kemungkaran.

Sebab itulah, dalam Islam apa-apa hal yang berkaitan Islam jangan harap kita mencapai kemenangan dengan cara munkar, dengan cara kebatilan, Allah telah tunjuk buktinya dalam peperangan Uhud.
Tidak kiralah ketika dalam politik, pemerintahan, membuat atau melakukan tujuan yang baik, menjawab peperiksaan, dan sebagainya. “Tujuan untuk mencapai perkara yang benar mesti menggunakan wasilah yang benar”. Barulah kita akan mencapai keredhaan Allah. Jika tetap menggunakan wasilah yang salah, namun kemenangan tercapai juga, ingatlah kemenangan itu tidak akan kekal lama, kerana Allah tidak benarkan mereka mencapai tujuan yang baik dengan cara yang salah.” 

sumber : ( https://youtu.be/aKrA49M6ysc?list=PLFLKZVxBkICyZeaT7jtYxylrEt26GZ7kO )


Sampai di sini sahaja saya akhiri, jika anda benar-benar ingin mengetahuinya secara mendalam, sila lah pergi berjumpa orang yang lebih memahami perihal kubur dan kehidupan selepas mati.

Qazar Yusop

Niat Tidak Menghalalkan Cara ᴴᴰ | Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...