Pages

Rujukan- Rujukan Kitab Fadhilat Amal,


Rujukan- Rujukan Kitab Fadhilat Amal,
  
Karangan Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullah`Alaihi (Syaikhul Hadith Mazahir`Ulum). 

Terjemahan, Lujnah Terjemahan Madrasah Miftahul `Ulum Seri Petaling.

Diterbitkan Era Muslim.Sdn.Bhd

Kitab- kitab rujukan.

  1. Ahkam al-Quran yang dikarang oleh Abu Bakr Ahmad bin cAli Razi al-Jasasi.
  2. cAini Syarah Bukhari oleh Badaruddin Abu Muhammad bin Ahmad cAini.   
  3. al-Kāmil oleh cAeizuddin cAli bin Muhammad Ibn Athir Jazuri.
  4. al-Qaul Badīc Fī Şalāh cAlā Habībī hasil karya Syamsuddin Muhammad al-Sakhāwī.
  5. al-Zawājir oleh Imam Ibn Hajar al-Makkī al-Haithami.
  6. al-Eişābah oleh Imam Hafiz Ibn Hajar al-cAsqalānī al-Syaficī
  7. al-Muwaţa oleh Abu cAbdullah Malik bin Anas bin Malik.
  8. Asād al-Ghābah oleh cAllamah Ibn Athir Jazuri.
  9. Asyhur Masyahīr Islām oleh Rafiq Bāqī al-cAzīm.
  10. al-Syifā oleh Qadhī cIyādh bin Musa al-Husainī.
  11. al-Targhīb wa al-Tarhīb oleh cAbd cAdhim bin cAbd Qawī al-Mundhirī.
  12. al-Ţabaqah oleh Muhammad bin Sacid Katībī al-Waqidī.
  13. cAaw al-Macbud oleh Abu cAbd al-Rahman Syarīf.
  14. Awjaz al-Masālik oleh Maulana Muhammad Zakaria al-Kandahlawi.
  15. Sunan Baihaqi oleh Abu Bakr bin Husain bin cAli al-Baihaqī.
  16. Bayan al-Quran olehMaulana Asyraf cAli Thanwi.
  17. Badzl al-Majhud oleh Maulana Khalīl Ahmad Muhajīr Madānī.
  18. Bukhārī Syarīf oleh Abu cAbdullah Muhammad bin Ismacil.
  19. Dirāyah oleh Hafiz Ibn Hajar cAlaih al-Rahmah.
  20. Dur al-Manthur oleh cAllamah Jalaluddin Suyuti.
  21. Fatāwā Alamghirī oleh Ulama Hindustan, Hazrah Alamghiri.
  22. Fath al-Bari oleh Abu Fadhl Ahmad bin cAli bin Hajar cAsqalānī.
  23. Harzuts  Thamin Fī Mubasyirah Nabi al-Amin oleh Syah Waliyullah Dahlawi.
  24. Hishn Hashin oleh Syamsuddin bin Muhammad al-Jazuri.
  25. Hilyah Aulia oleh Abu Nucaim Ahmad bin cAbdullah Asbahanī.
  26. Hujjatullah al-Balīghah oleh Syah Waliyullah.
  27. Ibn Hibban oleh Muhammad bin Hibban bin Ahmad.
  28. Ihya cUlumuddn oleh Imam alGhazalī.
  29. Iqāmah al-Hujjah oleh Maulana cAbd Hayyi Lakhnawī.
  30. Irwah Thalathah tartib Maulana Zuhri al-Hasan.
  31. Isticāb oleh Hafiz Ibn cabd  Bar Maliki.
  32. Ithaf  Sadah Muttaqin oleh Muhammad bin Muhammad al-Zubaidi.
  33. Jamc al-Fawaid oleh Muhammad bin Muhammad Sulaiman.
  34. Jamal oleh Syeikh Sulaiman al-Jamal.
  35. Jamic al-Shagir oleh cAbd al-Rahman Jalaluddin Suyuti.
  36. Kanz al-cUmmal oleh cAllamah cAli Burhan Puri.
  37. Kaukab al-Durrī oleh Syeikh Zadu Majdah.
  38. Khashaish Kubrā oleh cAllamah Sayuti.
  39. Kitab al-Amwal oleh Imam Abu cAbi al-Qasīm bin Salam.
  40. Kitab al-Ummah wa Siyāsah oleh cAbdullah bin Muslim.
  41. Majmac al-Zawaid oleh Hafiz Nuruddin al-Haithami.
  42. Maqāsid Hasanah oleh Syasuddi Muhammad bin cAbd al-Rahman.
  43. Masyir al-cAzam oleh Jamaluddin Abd al-Rahman bin al-Jauzi.
  44. Mazhahir al-Haq oleh Nawab Qatbuddin Khan Bahdur.
  45. Mirqah Syarah Misykah oleh Nuruddin cAli bin Sulţān Muhammad Harwi.
  46. Misykah Syarif oleh Waliyuddin Muhammad bin cAbdullah.
  47. Musamirah oleh Syeijh Akbar Ibn cArabī.
  48. Muşannif oleh cAbdullah bin Muhammad Ibn Abī Syaibah.
  49. Musnad Abu cAwānah oleh Yackub bin Ishaq bin Ibrahim Naisaburi.
  50. Musnad Abu Yacla oleh Ahmad bin cAli bin al-Nathna al-Muwaşal
  51. Musnad Ahmad oleh Ahmad bin Muhammad bin Hambal.
  52. Musnad al-Firdaus oleh Abu Mansur al-Dailamī.
  53. Musnad Bazzar oleh Abu BarAhmad bin cUmar al-Bazarī.
  54. Musnad Hakim oleh Muhammad bin cAbdullah bin Muhammad.
  55. Musnad Ibn Khuzaimah oleh Muhammad bin Ishaq Ibn Khuzaimah.
  56. Mustadrak Hakim oleh Muammad bin cAbdullah al-Naisaburī.
  57. Nazha Bsatin oleh cAbdullah bin Ascad Yaminī Yaficī.
  58. Qashaid Qasimī oleh Maulana Muhammad Qasim Nanatwi.
  59. Qiyam al-Lail oleh Muhammad bin Ahmad bin cAli Marwaz.
  60. Qurrah al-Acyun oleh Syeikh Abu Laith Samarqandī.
  61. Rahmah al-Muhtadah oleh Abu l-Khair Nur al-Hasan wa al-Husaini.
  62. Raudh al-Faiq oleh Syeikh Syucaib al-Harifaisyī
  63. Raudh al-Riyahin oleh cAbdullah bin Ascad Yamanī Yafici.
  64. Şahīh Muslim oleh Abu Hasan Muslim bin al-Hajjaj.
  65. Sunan Abu Daud oleh Abu Daud Sulaiman bin Asycath Sujastanī
  66. Sunan Dārimi oleh Abdullah bin Abdurrahman Darimi.
  67. Sunan Dar al-Qutnī oleh Abdul Hassan Ali bin cUmar bin Ahmad.
  68. Sunan Ibn Majah oleh Muhammad bin Yazid al-Qardinī.
  69. Sunan al-Nasai oleh Ahmad bin Syucaib bin cAli.
  70. Sunan al-Ţabranī oleh Abdul Qasīm Sulaiman bin Ahmad bin Ayub.
  71. Sunan al-Tirmidhi oleh Muhammad bin cIsa bin Surah al-Tirmdhi.
  72. Syamail  al-Tirmidhi oleh Muhammad bin cIsa bin Surah al-Tirmdhi.
  73. Syarh al-Sunnah oleh Husain bin Mascud al-Farail.
  74. Tadhkirah ak-Hufaz oleh Syamsuddin Muhammad bin Ahmad Zaibi.
  75. Tafsir Kabir oleh Imaduddin Abd al-Fadai Ismail bin Umair bin Kathir.
  76. Tafsir Khazin oleh Alauddin Ali bin Muhammad bin Ibrahim.
  77. Tafisr cAzizi oleh Syah cAbd al-cAziz Dahlawi.  
  78. Tahdhib  al-Mustadhib oleh Ahmad bin cAli bin Hajar al-cAsqalani.
  79. Talqih Fuhum Athir oleh Jamaluddin Abd al-Rahman bin al-Jawazi.
  80. Tanbih al-Ghafilin oleh Syeikh Abu Laith Samarqandī.
  81. Tarikh Khamis oleh Syeikh Husain Muhammad Ibn al-Hasan.
  82. Tarikh al-Khulafa oleh Allamah Jalaluddin cAbd al-Rahman Suyuţī.
  83. Yusuf Zulaikha oleh Maulana cAbd al-Rahman Jamic.
  84. Zad al-Sacid fī Dhikr Nabiyyil Habib oleh Hadhrah Aqdas Thanwi.

Khalifah Umar Bin Khattab

Khalifah Umar Bin Khattab


Beliau adalah Khalifah kedua sepeninggal Rasulullah S.A.W beliau lahir dari pasangan seorang ayah bernama Khattab Bin Nufail Al-Qurasy Al-`Adwi dan ibunya Hantamah Binti Hisyam. Pada zaman jahiliyah (sebelum islam) Umar Bin Khattab adalah termasuk orang yang berkedudukan teratas di Suku Quraisy, yang mana beliau ikut mengurus masalah kesukuan.
Beliau juga terkenal sebagai ahli perniagaan yang amanah dan bermuamalah dengan baik. Kerjaya sebagai peniaga tetap beliau jalankan hingga pada ketika beliau dinobatkan sebagai khalifah.
Pada zaman jahiliyah Umar Bin Khattab dikenal sebagai orang yang tegas, terhormat, keras terhadap kesalaahan, lalu Allah memuliakan kaum muslimin dengan member hidayah padanya melalui keislamannya. Orang- orang islam pada awalnya menjadikan hunian Al-Arqom (Darul Arqom) tempat berkumpul dengan sembunyi- sembunyi kerana takut terhadap kekejaman orang- orang Quraisy.
Setelah umar menyatakan keislamanannya, beliau berkata kepada Rasulullah Saw : “wahai Rasulullah, atas dasar apa kita sembunyi- sembunyikan agama kita, sementara kita adalah benar, sedangkan mereka yang kita waspadai adalah salah?”
Mendengar yang demikian Rasulullah Saw. Menjawab : “kita sedikit, dan engkau sendiri sudah menyaksikan penderitaan yang kami terima”. Umar  menjawab : “demi yang telah mengutus engkau atas kebenaran, nanti tidak ada lagi tempat yang mulanya engkau datangi selama ini dengan tidak menampakkan keimanan, sekarang engkau terang- terangan menyatakan keimanan”.
Kemudia Rasulullah Saw berjalan dengan didampingi dua orang sahabat; Hamzah Bin Abu Thalib & Umar Bin Khattab hingga mereka berdua masuk kelingkungan Ka`bah. Orang- orang Quraisy melihat ada Hamzah dan Umar bersama Rasulullah Saw, yang membuat mereka tercengang dan merasa sangat kesal. Semenjak hari itu Rasulullah menggelar Umar dengan nama Al-Farouq yang ertinya seorang pemisah, yakni yang berani menyatakan dengan tindakan perbezaan yang hak dan batil. Orang-orang musyrik hanya pandai berkata, “Orang- orang kita telah terbagi dua”
Umar Bin Khattab termasuk sahabat Rasulullah Saw yang sangat tulus dalam menolong perjuangan beliau dan juga termasuk teman paling setia bagi Rasulullah. Beliau sangat kuat membela islam. Ini merupakan sikap yang tidak meungkin ada kecuali bagi orang yang dibukakan Allah dadanya lebar- lebar menerima islam dan beliau dipenuhi cahaya dari Tuhannya.

BICARA IMAN


BICARA IMAN

Allah telah memuliakan kita dengan IMAN
IMAN ini menjadikan kita bernilai disisi Allah
IMAN yang Allah berikan kepada kita sangat tinggi nilainya.


Jika kita kembali kepada Allah dengan membawa IMAN sebesar
Zarah nescaya Allah akan menukarkan iman itu dengan syurga yang seluas 10 kali ganda dunia ini.


Kalimah IMAN jika ditimbang dengan 7 petala bumi dan 7 petala langit, nescaya berat lagi kalimah IMAN.

IMAN inilah yang akan kita bawa apabila kita tinggalkan dunia ini.
Semua milik kita akan kita tinggalkan melainkan IMAN.


Di saat- saat genting kita hendak meninggalkan dunia ini IMAN sangat- sangat diperlukan.
Hanya yang mati dengan kalimah IMAN akan selamat dan berjaya.


Soalan pertama didalam kubur ialah mengenai IMAN.
Di neraca timbangan kalimah IMAN akan memberatkan neraca kebaikan.
Di titian siratul mustaqim kalimah IMAN akan mencayahai kegelapannya.
Nilai syurga adalah IMAN.



Rasulullah SAW telah dihantar ke dunia ialah untuk usaha atas IMAN manusia.
Selama 13 tahun para Sahabat Ra usaha  atas IMAN dengan pengorbanan.


Rasulullah Saw adalah guru IMAN yang terbaik
Para Sahabat Ra ialah murid IMAN yang terbaik.


Jika kita usaha atas IMAN, IMAN akan meningkat.
Tanda IMAN meningkat ialah amal kita akan meningkat
Jika IMAN kita lemah, amal kita juga lemah.


Didunia syaitan dan nafsu berusaha merosakkan IMAN kita.
Untuk itu kita harus wujudkan mauhul IMAN.
Bila ada mauhul IMAN, umat akan muda ta`at perintah Allah.
Mauhul IMAN akan hidup dengan 5 amal.


1.         Tiga hari setiap bulan (72 jam duduk dalam suasana usaha atas IMAN)
2.       Dua gash setiap minggu ( 1 ditempat kita, 1 di tempat jiran)
3.       Dua taklim setiap hari (1 di rumah kita, 1 di masjid)
4.       Dua setengah jam setiap hari ( buat usaha bina mauhul iman di tempat/ masjid kita.)
5.       Fikir harian. (fikir bagaimana wujudkan/ kuatkan mauhul IMAN)

Dan pada malam hari kita bangun berdoa menangis ke hadrat ilahi memohon IMAN dan diwujudkan mauhul IMAN di tempat kita dan di seluruh alam.

Mutiara Para Dai, Abu Basyir Ad-Daiki Al-Jawi


******Iman amat bernilai dan berharga pada kita semua, iman ini lah yang menentukan masa depan kita. Jikalau cerah iman kita, mantap iman kita dan suci iman kita, maka segala perkara- perkara baik akan datang pada kita.





Jika saudara / saudari tidak dapat duduk dalam 5 amal buat lah dakwah, jumpa manusia dan cerita kebesaran Allah, kehebatan Allah dan keagungan Allah.. bangunlah time tengah malam doa dan nangis depan Allah minta Allah beri kita hidayah dan taufik… insya Allah…
Allah sentiasa mendengar rintihan hamba- hambaNya dan mengkabulkannya. Yakin lah pada Allah, nescaya kamu akan rasa 1 hal yang luar biasa pada hati kamu dan kehidupan kamu..



Kesempurnaan Akal Fikiran Rasulullah SAW



KESEMPURNAAN AKAL FIKIRAN NABI SAW

Akal yang sempurna, adalah pokok pangkal segala sifat terpuji dan pendoroang kepada tingkah laku yang terpuji dan pendorong kepada tingkah laku yang terarh, dengan petunjuk akal, dapat dibezakan antara yang baik dan yang buruk, serta membawa seorang mencapai sesuatu yang lebih utama. Sebagaimana kisahmasuknya Khalid bin walid ke dalam agama islam, tatkala ia dating menghadap nabu saw setelah ia mengucapkan salam, berkata : yaa rasulullah, aku menyasikkan bahawa tiada tuhan selain Allah, dan bahwa engkau adalah utusannya, nabi lalu mempersilakannya masuk dan duduk, kemudian nabi berkata kepadanya; segala puji bagi allah yang telah member petunjuk kepadamu, memang aku melihat engkau seorang yang berakal sihat, maka aku harap kiranya akal itu tidak akan membawamu melainkan kepada segala baik.

                At- Thabarani Meriwayatkan dari Gurrah Bin Hurairah bahawa tatkala Khalid datang menghadap Nabi Muhammad Saw berkata kepadanya : Kami yang selama ini: menyembah berhala sebagai tuhan, berseru memanggilnya namun benda itu mati, tidak sanggup menjawab, dan kami mencuba meminta daripadanya, akan tetapi tidak pernah ia memberi sesuatu kepada kami, lalu Allah memberi petunjuk dan hidayatNya, kami sekarang menyembah hanya kepada Allah semata -mata, maka Nabi menyambut dengan sabdanya: Bahagia benar siapa yang dikurniakan akal oleh Tuhan.

Dan bahawa akal fikiran Nabi Muhammad Saw telah mencapai puncak kesempurnaan yang tidak pernah dicapai oleh siapapun juga, sebagai nikmat kurnia Tuhan kepadanya hal itu telah ditegaskan oleh Allah dalam Firmannya :
Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis, berkat nikmat Tuhanmu,(Muhammad) sekali- kali bukan orang gila.
 (Al-Quran surah Al-Qalam 1-2)

Ertinya engkau wahai Rasulullah, akal fikiranmu berada di tingkat yang tertinggi, tuhan yang bersumpah dengan Nun, yang bererti limpahan kurnia ilahi, dan bersumpah lagi dengan Al-Qalam, pena yang berada di alam tertinggi, dan pernah suaranya didengar oleh nabi, tatkala menuliskan segala sesuatu, yang ada, yang sedang, dan yang akan terjadi, Allah bersumpah dengan makhluk- makhluk yang agung itu, untuk menegaskan kelas dan cerdas akal fikiran Nabi Saw dan bahawa baginda jauh daripada sifat hilang atau kekurangan akal.

                Dia adalah yang berakal sempurna, berilmu yang luas, betapa tidak bukanlah Allah memberikan kepadanya nikmat dan kurnia kenabian dan kerasulan, dan kepadanya Al-Quran wahyu ilahi yang penuh berisi segala ilmu pengetahuan yang tidak mungkin diemban melainkan oleh yang dikurnai tuhan sesempurna- sempurna akal dan fikiran.

Oleh kerana ia bukan seorang yang kehilangan atau kekurangan akal fikiran, ayat itu dengan tegas dan jelas membantah apa yang dituduhkan oleh lawan- lawanya, yang kafir dan ingkar kepadanya, kerana sungguh tidak logik dan tidak dapat digambarkan, bahawa seorang yang datang membawa Al-Quran yang penuh berisi Hikmat, Ilmu, dan pengetahuan itu sedang ia sendiri tidak berakal dan berfikir sempurna.

Waheb bin muhabbih, seorang tabi`in, dan dari padanya, Al-Bukhari dan Muslim, juga menerima riwayat beberapa hadis, bahawa ia berkata : aku telah membaca tujuh puluh satu kitab, yang diturunkan Allah dahulu kepada para nabiNya, dalam semuanya, aku dapati bahawa perbandingan akal fikiran yang dikurniakan Allah kepada manusia, dengan akal fikiran Muhammad S.A.W, ibarat sebutir dibandignkan dengan pasir- pasir yang ada di dunia ini, demikianlah yang tersebut dalam Syarhul Mawahib.

Dan kesempurnaan akal Nabi Saw serta pandangan yang jauh, jelas terlihat, dalam sikapnya menghadapi masyarakat sekelilingnya, yang tengah dilanda kemelut jahiliah dalam semua segi kehidupannya, akal manusia yang telah sesat itu, tidak mudah diubah menjadi akal budi yang lurus, benar, dan sihat, untuk itu memerlukan seorang pimpinan yang berpandangan jauh, berfikiran jernih, dan tidak ragu lagi bahawa ajaran yang ditegakkan oleh baginda itu, bersumberkan wahyu Tuhan seru sekalian alam, akan tetapi ajaran tuhan itu mencukupi akal fikiran yang cemerlang, dan sudah disempurnakan secara khusus bagi yang mengembangkan tugas berat itu.

Kesempurnaan akal Nabi Saw juga terlihat, pada cara baginda berdialog dengan penyembah- penyembah berhala, dan dalih- dalih mantap yang dikemukakan terhadap golongan Yahudi dan Nasrani, yang tidak terbantahkan dan tak sanggup disangkal atau dingkari.

Demikian juga akal fikiran baginda, terbukti kesempurnaannya dalam cara pengarahannya kepada pemuda yang datang, meminta izin agar ia diperkenankan melakukan zina atau perbuatan terlarang, Nabi Saw lalu bertanya kepadanya, sukakah perbuatan keji itu dilakukan orang terhadap ibumu? Atau terhadap saudara perempuanmu? Atau puterimu sendiri? Pemuda itu menjawab tegas tidak, demikian juga setiap orang tidak ada yang menyukai perbuatan itu dilakukan terhadap keluarganya, sambung Nabi Saw menjelaskan, maka timbullah kesedaran dan keinsafan dalam hati pemuda itu, kemudian ia berkata: Saksikanlah ya Rasulullah, bahawa aku benar- benar bertaubat, dari perbuatan durjana itu!

Dan kesempurnaan akal fikiran Nabi Saw tampak juga dalam mengambil sesuatu keputusan secara tepat dan bijaksana, seperti yang terjadi ketika suku Quraisy terlibat dalam pertentangan dan saling sengketa, tentang siapakah yang berhak melatakkan hajar aswad ke tempatnya semula di ka`bah Baitullah?

Hubairah bin waheb menceritakan peristiwa itu sebagai berikut : setelah suku Quraisy, selesai memugar Ka`Bah, maka timbullah perselisihan siapakah yang paling layak mengembalikan Hajar Aswad ke tempatnya semula? Setiap kabilah dan setiap kelompok sama mengingininya, kerana hal itu dipandang sebagai kehormatan dan kemulian yang tiada taranya, sehingga terjadi persahabatan dan pertentangan yang sengit, bahkan suasana semakin panas, dan mengarah kepada suatu pertumpuhan darah dan perang saudara, dengan segala akibatnya yang menyedihkan, suasana yang semakin lama semakin tegang itu, berlangsung empat atau lima hari, kemudian mereka bermusyawarah di Masjid Al Haram, dan bersepakat bulat, memutuskan : Bahawa siapapun yang datang pertama kali dan memasuki masjid hari itu dialah yang akan diserahkan untuk memutus perkara yang pelik itu, dan semuanya sama berikrar dan berjanji, akan mematuhi keputusan itu, secara kebetulan Nabi Saw lah yang pertama datang dan masuk pintu masjid hari itu, maka semua merasa gembira, dan serentak berkata : Tepat sekali dialah seorang yang jujur (Al-amien), kita semua akan menerima dengan senang hati, segala keputusan yang akan diambilnya, maka Nabi Saw mengambil sehelai serban yang dibentang dan meminta agar setiap ketua kabilah, memegang hujung serban yang telah terbentang itu, dimana Hajar Aswad sudah diletakkam di atas rentangan serban, kemudian serban itu diangkat  bersama-sama, setelah sampai dekat tempatnya semula, maka baginda sendiri meletakkannya, dengan keputusan yang bijaksana itu, maka kemulut yang nyaris membawa kemusnahan dan pergaduhan itu dapat diselesaikan, memutuskan semua pihak yang berselisih, dan diterima dengan perasaan lega.



Kami merinduimu YA RASULULLAH
di adaptasi dan sumber dari kitab Insan Kamil (Muhammad SAW) karangan As-sayyid muhammad alwy al-maliki.

Keindahan Nabi Muhammad SAW


Keindahan Nabi Muhammad SAW


Bahawa sudah cukup jelas, bahawa nabi kita Muhammad SAW di kurniakan Allah Azza Wajallah, seluruh sifat- sifat yang indah dan terpuji, namun semua sifat- sifat yang indah itu sangat bertalian dengan dua hal yang besar, pertama Keagungan dari sifat- sifat itu. Dan kedua Pancaran cahaya yang meliputinya,
kerana itu keindahan paras muka Baginda yang bersinar itu, tidak membawa akibat negative, bagi yang melihatnya.

Imam Ali Ka pernah berkata : Siapa yang melihatnya sepintas lalu. Pasti akan terpegun kerana kewibawaannya.


Sedang sahabat- sahabat lain berkata: Adalah Rasulullah Saw yang paling tenang, penuh wibawa, bila berada di suatu majlis. Menurut riwayat Abu Daud.


Ibnu Majah meriwayatkan, bahawa seorang datang menghadap Nabi Saw dengan menggigil ketakutan, maka berkata tidak mengapa, tenanglah hati anda..


Tatkala Amer Bin Ash menghadap Nabi untuk pertama kalinya ia berkata: Tak sanggup aku menatap wajahnya, kalau sekiranya orang bertanya kepadaku, tentang sifat- sifat beliau, rasanya tak sanggup aku menceritakannya, kerana mataku tak sepenuhnya dapat melihatnya. (Riwayat Muslim)


At- Tirmizi meriwayatkan dari Ibnu Abi Halah, bahawa bila Nabi S.a.w tengah berbicara, maka semua sahabat yang berada sekelilingnya tenang, sambil menundukkan kepala seolah- olah kepala mereka sedang di hinggapi burung.


Memang sahabat Nabi, tidak dapat memandang wajah Baginda dengan tajam, kerana keagungan dan wibawanya, yang dapat menceritakan dan mengambarkan sifat dan rupa beliau, adalah mereka yang masih kecil atau yang berada di bawah asuhannya sebelum masa kenabiannya, seperti Hindun Bin Abi Halah, dan Imam Ali ka.
Kerana keagungan dan kewibawaan itulah kirannya, maka siapapun yang duduk mendampinginya akan berdebar hatinya, terpengaruh oleh kewibawaan yang memancar dari pribadi agung nya, dan sebab itu, beliau selalu beramah tamah dan bersikap lemah lembut. Sekadar menenangkan dan menteramkan hati mereka.


Seorang wanita bernama Qiblah Binti Makram. Bercerita : Pernah aku melihat Rasulullah Saw duduk dengan tekunnya, tiba- tiba rasa takut menyelinap dalam hatinya. dan aku pun menggigil, kemudian terdengar suara orang berkata, Ya rasulullah kasihan benar wanita itu, ia menggigil takut akan engkau, maka beliau tampa melihatku, kerana aku berada di belakangnya berkata : kasihan benar ia, tenangkanlah hatimu; setelah ku dengar itu, segera lenyap rasa takut dari hatiku.


Dan Abi Mas`Ud Albadriy, menceritakan apa yang pernah dialaminya, ia berkata : Tatkala aku sedang mengajar(memarahi) seorang budakku tiba- tiba aku dengar suara dari arah belakang, mulanya aku tidak mempedulikannya, kerana amarahku sedang meluap. Rupanya itulah Rasulullah Saw dan ku melihatnya, maka cemeti yang ku pegang jatuh ke tanah, dan beliau berkata kepadaku : Demi Allah, tuhan dapat berbuat kepada dirimu, lebih dari apa yang engkau lakukan sekarang, maka dengan suara terkedu aku berkata : ya Rasulullah demi Allah aku tidak akan mengajar(merotani) lagi budakku sesudah ini.


Adapun pancaran nurani yang menghias Keindahan dan Keagungan Nabi Saw sebagai yang tersebut pada sifat- sifat dan gambaran wajahnya, maka itupun dalam erti yang hakiki, dan cahaya baginda adalah pertama yang dijadikan oleh Allah, seperti yang diriwayatkan oleh Hadis Jabir, dan menurut Azzarqani, hadis itu juga diriwayatkan oleh Al-Naihagiy, dan tidak bertentangan dengan hadis riwayat At-Tirmizi, bahawa makhluk pertama yang dijadikan Allah adalah Alqalam sebab antara keduanya dapat disesuaikan pengertiannya, Hadis Jabir yang meriwayatkan, bahawa Nur Muhammad lah yang pertama dijadikan oleh Allah, bererti bahawa Allah yang menjadikan segala jenis cahaya, menciptakan Nur Muhammad, sebelum cahaya- cahaya lainnya.





Dan yang dapat memperkuatkan tentang Nur Muhammad ini, ialah hadis yang diriwayatkan oleh Ali Bin Husain Ra dari ayahnya Ali Bin Abi Thalib Ra bahawa Nabi Saw bersabda :


“Dahulunya aku ini cahaya di hadapan Tuhanku”. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnul Qathaan, seorang ahli dalam ilmu hadis yang terkenal sangat cermat dalam meneliti riwayat dalam sanad hadis, Allah Swt Berfirman
Sesungguhnya telah datang kepadaku cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkan
(Al Quran Surah Al Ma`Idah : 15)


Sebahagian ulama menafsirkan cahaya dalam ayat ini, ialah Muhammad, demikian dalam tafsir Athabariy, Ibnu Abi Hatim, dan Alqurtubiy yang mengutip tafsiran Qatadah.
Di samping itu, riwayat- riwayat yang cukup banyak, disaat kelahiran Nabi Saw di mana, ditambah lagi dengan hadis riwayat At-Thabarani; kami melihat cahaya memancar dari padanya.


Dan hadis Riwayat Ibnu Abbas : Bila Rasulullah berbicara bagaikan cahaya bersinar dari arah mulutnya ( Riwayat At-Tirmizi dan Addarimizy) demikian juga Ibnu Abi Halah menurut riwayat At-Tirmizi yang lain dalam menceritakan sifat- sifat Nabi Saw berkata- ia diliputi oleh sinar cahaya, dan Aisyah berkata sedang aku duduk bersama Nabi Saw yang tengah memperbaiki sepatunya, maka ku lihat keringat beliau membasahi keningnya, dan kulihat keringat itu berkilauan, aku pun hairan tercengang, lalu Nabi Saw berkata kepadaku : mengapa engkau tercengan hai Aisyah? .Kerana keningmu yang berkeringat menyinarkan cahaya jawabku cepat.





Memang ada segelintir orang, yang memahami erti Nur Muhammad bahawa nabi adalah cahaya, sehingga dibayangkan olehnya, seolah- olah baginda itu seperti pelita yang menyorotkan cahaya, pada hal Nabi Saw jauh lebih mulia dan agung, dari anggapan yang demikian, ada kalanya memang cahaya dalam erti hakiki nampak terlihat dari padanya, seperti cahaya yang memancar dari benda yang bersinar lainnya, namun itu tidak selalu terjadi, hanya dalam rangka Mu`Jizat- Mu`Jizat Baginda Saw. Bahkan hal itu pernah terjadi sementara pada diri sahabat Nabi Saw.


IndaHnya Rasulullah SAW kita (^_^).
alfikirummat.blogspot.com

Kami merinduimu YA RASULULLAH
di adaptasi dan sumber dari kitab Insan Kamil (Muhammad SAW) karangan As-sayyid muhammad alwy al-maliki.

Keharusan Menjaga Solat


Keharusan menjaga solat lima waktu dan mengimani kewajipannya.

94. Dari Abu Hurairah, ia berkata : “saya mendengar Rasulullah Saw bersabda: “Bagaimana pendapat kamu sekelian sekiranya sebuah sungai di depan pintu rumah seseorang diantara kamu, ia mandi setiap hari di sungai itu lima kali. Apakah masih akan tersisa kotoran pada dirinya ?” mereka menjawab: “Tidak.” Lalu sabdanya: “Begitu pula perumpamaan solat lima kali, Allah menghapuskan segala dosa- dosanya dengan solat- solatnya itu.”
(Hr : Bukhari Dan Muslim).

Dan Ibnu Majah meriwayatkan dari hadith Utsman, begitu juga Muslim meriwayatkan hadith semakna dengan ini dari Jabir.

Penjelasan:
Orang yang mengerjakan solat wajib yang lima bererti dia telah membersihkan dirinya dari dosa- dosanya antara dua masa solat. Dengan demikian solat wajib yang lima yang setiap hari dilakukan oleh seorang muslim menjadi alat penebus dosa yang bersangkutan

Rujukkan : At-Targheib Wat-Tarhieb (galakan dan gesaan) , pedoman bertaqarrub kepada allah. Jilid 1. Karangan :Al Imam Hafiz Al-Mundziri. Terjemahan: Drs.M.Thalib. Penerbit : Darul Nu`Man.

Tambahan.
Betapa besarnya kurnia Allah Swt terhadap hamba-hambaNYA yang melaksanakan solat lima waktu seperti yang dilaksanakan oleh Rasulullah Saw. Sehingga solat di ibaratkan sebatang sungai yang mengalir sehingga membersihkan segala kotoran. Maka apakah lagi, hal/ perbuatan yang ada setanding solat ini?. Namun kita masih berlengah- lengah untuk melaksanakan solat, sebab itu kehidupan kita bertambah dhaif dan sarat oleh kemurangan dan kegagalan. Tambahan Iman semakin terkikis.

Terlepas ke dari hukuman?


:salam

kalau hukum berzina disebat sebanyak 100 kali,
jadi bagaimana pula mereka yang telah terlanjur....
maksud sy dlm konteks perlaksanaam undang2 syariah di malaysia...,
sekiranya terlepas drpd hukuman dan penzina tersebut mahu kembali
ke pangkal jalan apa yang patut dia lakukan....???
mohon pencerahan drpd panel....shukran jazilan.. :wassalam

Jawapan:
by al-jawhar »
Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :


Hukuman bagi setiap kesalahan jenayah termasuk kesalahan zina mengikut peruntukan undang-undang syariah di Malaysia adalah tertakluk dibawah peruntukan undang-undang seperti berikut :

“Hukuman maksimum yang diperuntukan Enakmen tidak melebihi Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000.00) atau penjara bagi tempoh yang tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali”

Berdasarkan kepada keadaan semasa di Malaysia yang tidak menggunapakai peruntukan undang-undang Islam sebagaimana yang termaktub dalam Al-Quran dan Al-Sunnah Rasulullah saw , maka dalam keadaan sebegini , segalanya terserah kepada Allah swt untuk menentukannya..

Apa yang perlu dilakukan ialah hendaklah segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa yang pernah dilakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali melakukannya. Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan siapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji tersebut. Dengan demikian diharapkan Allah akan menerima taubat itu dan mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan, dan ingatlah, tidak ada istilah ‘putus asa’ dalam mencari rahmat Allah.

Firman Allah swt dalam surah Al-Furqan ayat 68 , 69 dan 70 :


"Dan orang-orang yang tidak menyembah ilah yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka mereka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. " 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...