Pages

Duhai para musuh islam dan pemimpin islam yang durjana, tunggulah malaikat maut merobek jiwa anda.

Dunia sudah mengalami gelombang perang keagamaan semenjak ribuan tahun lagi, tanpa henti peperangan terus berlanjutan dan sehingga ke hari ini tidak ada penamatnya, langsung tidak kelihatan bayangan kibaran bendera putih. sebaliknya, semangat pejuang keagamaan kian berkobar, kumpulan infantry terus bergerak jauh, gerakan elit menyelit ke kem-kem musuh tanpa was-was dan muncung sniper terus menghala menghentam musuh.

Penganut islam adalah target utama para penjenyah perang, penjenayah ekonomi dan penjenayah social. Tidak kira usia dan warna kulit, asalkan beragama islam, akan dilenyak sehingga kelubang cacing. Tindakan tanpa belas kasihan ini berlarutan sepanjang ratusan tahun, para musuh tidak pernah lelah dan merasa kesian terhadap mereka. Bedilan demi bedilan terus menghujani rumah penganut islam. Entah apakah salah mereka sehingga dilakukan demikian dan tidak cukup dengan itu para musuh tersebut berterusan menabur fitnah dengan pelbagai kaedah dan strategi sehingga dunia sonsang mengenali yang manakah mangsa, yang manakah penjenayah.





Acaman demi ancaman disuarakan, sesiapa yang membantu penganut islam diberi amaran dengan muncung senjata. Lihat sahajalah, dunia timur yang majoritinya penganut islam, dianiya tanpa henti dan jemu. Negara, tanah, rumah serta hak mereka dirampas dan mereka menjadi asing ditanah sendiri. Tidak ada bezanya dengan Negara islam namun pemimpinnya berhati sama dengan musuh islam. Mereka memimpin dengan penuh kejam, memimpin membelakangi agama, pentadbiran mereka ibarat duri dalam daging umat islam sendiri. Tidak ada rasa tanggungjawab, tidak ada sifat amanah dan dengan bangganya mereka masih melaungkan ayat-ayat suci al-Quran dalam syarahan-syarahan mereka.




Demi masa, sesungguhnya semua yang berlaku disaksikan alam dan kelak akan menjadi bukti pada hari pengadilan yang agung. Duhai para musuh islam dan pemimpin islam yang durjana, tunggulah malaikat maut merobek jiwa anda, dan ketika itu tidak akan ada pengampunan bagi kalian! Kamu tidak kurang dan tidak lebih menyerupai firaun laknatullah.

Bedah! MEGGI Z "Lebih Baik Sakit Gigi"

Ok, malam ini kita cuba merungkai setiap baris lirik lagu "lebih baik sakit gigi " oleh penyanyi lama indonesia yang popular yaitu, MEGGI Z.






Pertama kali saya mendengar lagu ini, ketika ayah memainkanya dalam kereta semasa menghantar saya ke sekolah. Dan, ceritanya. Malam ini saya nak bedah lagu ni!. Dulu syokk nya dengar, tapi tidak pernah ambil mesej daripada lagu ni. Apa-pun, ini adalah pendapat saya dan tidak ada kaitan pada orang dalam kubur mahupun atas tanah.

Lirik,

Putus lagi cintaku
putus lagi jalinan kasih-sayangku dengannya
cuma karena rupiah lalu engkau berpaling muka
tak mau menatap lagi

kecewa… kecewa hatiku
terluka… karena cinta

reff:
kalau terbakar api
kalau tertusuk duri
mungkin…
masih dapat kutahan
tapi ini sakit lebih sakit
kecewa… karena cinta

jangankan diriku
semut pun kan marah
bila terlalu… sakit begini

daripada sakit hati
lebih baik sakit gigi ini
biar tak mengapa

“rela” “rela” “rela” aku “relakan” [2X]

#Diskus [1]

>Disini penyanyi memberi tahu bahawa dia putus cinta.
Ok, ini normal.

>Penyanyi, mengatakan bahawa disebabkan rupiah (duit,harta) perempuan tersebut berpaling muka.
Aduh,, sakit jiwa saya dengar. Ini tidak normal.. Tapi, perkara ini adalah umum dikalangan masyarakat pada hari ini. Betapa ramai, wanita yang sanggup mengadai maruah kerana harta. Kebiasannya, di Universiti, pelajar lelaki yang memakai kereta mahal akan lebih ramai peminat. (Wlaupon tak hansem!).

-Pengajaran-

Sangat tidak patut buat wanita, untuk melakukan hal demikian. Janganlah disebabkan harta, kamu berpaling muka. (Kesian kat MEGGI Z.).Ini adalah sifat "kureng bermaruah", bergaya lah dengan penuh bermaruah! :D

#Diskus [2]

>Penyanyi mengadu bahawa, kalau terbakar api, tertusuk duri mungkin dia boleh tahan . Tapi kecewa sebab cinta, dia rasa sakit lebih sakit. (OMG)

Tidak dapat dinafikan, apa yang dinyatakan oleh penyanyi ada betulnya. Kita sering terbaca di dada-dada akhbar kes pembunuhan, bunuh diri dan yang paling menggerikan bunuh diri berpasangan. (Ape-lah). Bekas tunang, tikam bekas tunang perempuan, anak dara lari dari rumah. dan lain-lain kes lagi .

Tindakan akibat daripada kesan kecewa cinta,sememang tidak diduga. Sehingga kewarasan orang yang kecewa kerana cinta, tidak stabil. Dan ada yang sampai gila. (Yang ni memang betul ada)

-Pengajaran-

Sebagai makhluk yang bernama manusia, diciptakan dengan begitu cukup sempurna. Mampu membina tamadun, mampu melaksanakan kegiatan harian, mampu mengatur cara hidup dan hala tuju hidup. Janganlah, disebabkan kecewa kerana putus cinta, anda hilang arah, anda sanggup tidak makan seminggu, sanggup melukakan fizikal. No no no!

Kita kena fahami, bahawa hidup ini penuh dengan cubaan dan ujian. Cuba, kita ambil "putus cinta" ini sebagai alat pembakar semangat untuk kita menjadi yang lebih baik. Ya mungkin, wanita sekarang memilih harta daripada segala-galanya, jadi berusahalah sehingga berharta (Tunjuk balik kat dia), mungkin juga disebabkan anda bukan "best student" so you GF, leave you (berpaling muka) atas sebab itu, jangan jadi pengecut! Cuba berusaha, belajar bersungguh-sungguh sehingga anda jadi best student. (Biar EX menyesal).


#Diskus [3]

Akhirnya, penyanyi mengatakan bahawa dia rela sakit gigi daripada sakit hati sebab kecewa, dan dia relakan putus cintanya.

-Pengajaran-

Begitulah, setiap apa yang berlaku keatas diri kita, kita kena redha. Kita kena yakin bahawa, ini adalah semua ujian daripada Tuhan. Mungkin Tuhan hendak mengajar kita, menegur kita, agar kita menjadi hamba yang lebih baik daripada sebelumnya.

Usah dilayan, perasaan yang lara itu. Redha.. InsyaAllah, ketenangan pasti akan datang. Dan berdoalah, supaya Allah SWT menggantikan calon yang lebih baik dariapda sebelumnya :). Akhir riwayat, jangan mudah berputus dan belajar untuk hidup secara positif, kebaikan pasti akan datang :).


  “Apabila kamu bersyukur nescaya akan Aku tambahkan nikmat-Ku, dan apabila kamu kufur maka adzab-Ku sangat pedih” (Q.S. Ibrahim:7)

   “Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia buruk bagimu, dan Allah mengetahui dan kamu tidak mengetahui “ (Q.S. Al-Baqarah:216)

------------------------
Ok, sahabat sekalian, sampai sini sahaja diskus kita. Ambil yang jernih buang yang keruh. Okey.. :)

mohd qazar.

>>>bubye.


CINTA



Ramai mentafsir pelbagai definisi cinta, ada yang berbunga ada yang berhempedu. Setiap manusia mempunyai presepsi dan tindak balas mengenai cinta, maksud cinta, sifat cinta dan lain-lain mengenainya. Bahkan, hampir separuh masa hidup manusia dipenuhi dengan elemen cinta, ada yang sibuk mengurus cintanya, dan tidak kurang pula dengan manusia yang berusaha mendapatkan cintanya. Dikala, jarum saat bergerak menghitung hari, putik putik cinta antara manusia terus terjalin. Cinta amat sukar untuk dirungkai, ianya bersifat sulit serta sukar mentafsir elemen-elemen yang terdapat dalam cinta.

Cinta adalah umum, ianya berkait rapat dengan sifat sayang dan kasih yang tersemat dalam hati manusia. Keindahan dan kebahagiaan cinta itu dapat dirasai melalui sejauhmana elemen percintaan itu dialami. Hidup diatas muka bumi yang dipenuhi dengan pelbagai ciptaan Tuhan seperti haiwan & tumbuh-tumbuhan dikelingi oleh elemen percintaan. Melalui elemen cinta, terjalin ikatan sayang dan kasih atas ciptaan ini, seperti manusia memelihara haiwan kesukaan dan menanam bunga-bungaan. Sudah pasti, rasa bahagia terjalin pada keadaan tersebut dan ini ialah salah satu elemen cinta. Hati akan kosong jikalau tidak semai dengan elemen percintaan, dan keikhlasan sudah pastinya pudar, apatah lagi kebahagiaan, pasti tidak dapat dinikmati dengan sepenuhnya. Hal ini, akan membuat jiwa rasa suram yang boleh mengakibatkan rasa lemah, malas dan tekanan.

Kewujudan tahap cinta itu boleh diukur melalui sejauhmana pengorbanan yang dilakukan pada cinta, kerana cinta itu memerlukan tindak balas antara dua, tiga atau lebih yang terlibat. Terdapat golongan yang begitu taat kepada perintah Tuhan, melapangkan masa mereka untuk melaksanakan segala suruhan Tuhan dan menahan kehendak mereka daripada melanggar perintah Tuhan. Ini adalah contoh, golongan yang mempunyai tahap cinta yang tinggi kepada Tuhan. Selain itu, ada juga manusia yang berkorban melakukan apa sahaja untuk membuktikan rasa cinta mereka kepada manusia yang mereka cintai. Kesan daripada, setiap manusia mempunyai presepsi yang berbeza mengenai cinta dan bagaimana untuk menikmatinya, mereka menghadapi serta melalui jalan cinta yang berbeza. Ada yang berduka, ada yang gembira, ada yang terkandas, ada yang hilang arah.

Pokoknya, cinta itu umum. Dan ianya adalah sifat semulajadi yang ada pada setiap makhluk yang bernyawa. Cinta tidak tertumpu kepada satu titik ruang kehidupan dan tidak terhad digarisan sempadan. Ianya boleh berlaku secara spontan atau dirancang. Oleh kerana, cinta itu adalah sifat semulajadi yang ada pada manusia, ianya bergantung penuh kepada amalan untuk kita mengatur dan mengurus cinta. Ini adalah bukti mengapa dalam seruan agama, ilmu itu membatasi segalanya. Kerana ilmu dapat membantu secara langsung kepada tindakan dalam urusan percintaan. Manusia, yang bercinta tidak disertai oleh ilmu, sudah pasti elemen percintaan akan pudar. Sebaliknya, apa yang dilakukannya adalah perbuatan yang merosakkan jiwanya sendiri. Seperti manusia yang terlalu leka dibuai keseronokkan nafsu, hanya akan mendapat kebinasaan seperti rosaknya moral dan hilang tujuan hidup. Akhirnya, mereka mendakwa bahawa percintaan mereka gagal. Tetapi sebenarnya, mereka tidak ada ilmu yang cukup dalam mengawal sifat cinta.

qazar.



KEMERDEKAAN YANG DIANIYA.


Merdeka menurut pengertian Dewan Bahasa Dan Pustaka,

“(Merdeka) bebas (darrpada penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (daripada tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pada yang lain.”

Kamus Dewan Edisi Keempat

Pada tahun 1957 bertarikh 31 Ogos, wakil Queen Elizabeth ll , Duke of Gloucester menyerahkan Watikah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra yang merupakan Perdana Menteri 1 Malaysia seterusnya mewakili rakyat Malaysia ketika itu. Penyerahan watikah perlembagaan ini menandakan bahawa Persekutuan Tanah Melayu tidak lagi bernaung dibawah jajahan british dan berhak membentuk sebuah perlembangaan yang dilakar oleh rakyat Malaysia seterusnya menjadi lambang kepada sebuah Negara yang Merdeka.

Sejarah menyatakan bahawa pada 31 Ogos 1957, adalah hari merdeka Persekutuan Tanah Melayu, dan ketika itu nama Malaysia tidak terkandung dalam dokumen kemerdekaan. Pada 27 Mei 1961, Perdana Menteri Pertama Persekutuan Tanah Melayu, menggagaskan perlunya wujud kerjasama ekonomi dan politik antara Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak, Brunei & Singapura dan gagasan ini terima dalam Mesyuarat Parlimen Komenwel Tanah Melayu dan Borneo yang bersidang di singapura pada 23 Julai 1961.

Hasil daripada babak rundingan gagasan kesatuan dan kerjasama ekonomi-politik, sebuah perjanjian penting telah ditandatangani oleh wakil-wakil Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah & Sarawak bagi membentuk sebuah persekutuan bersama yang digelar sebagai Negara Malaysia , di Pejabat Perhubungan Komenwell Di Malborough House, London. Dan akhirnya, pada tanggal 16 September 1963, di Stadium Merdeka Kuala Lumpur berlangsung Upacara pengisytiharan Malaysia oleh YTM Tunku Abdul Rahman di hadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia. Namun, malang tidak berbau, pada tahun 1965 YTM Tunku Abdul Rahman telah menyingkirkan Singapura daripada Malaysia atas sebab konflik politik yang berlaku ketika itu.

Ini merupakan sejarah ringkas terwujudnya Negara Malaysia yang berdaulat. Sememangnya, setiap negara yang merdeka mempunyai sistem eksekutif, perundangan, & kehakiman yang termaktub dalam perlembagaan negara. Ini termasuklah, hak-hak ekslusif rakyat jelata. Seperti yang terkandung dalam bab 4 perlembagan Malaysia, kebebasan asasi seperti;
1. Kebebasan diri
2. Keabdian dan kerja paksa
3. Kesamarataan di sisi undang-undang
4. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak
5. Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan
6. Kebebasan beragama
7. Kesamarataan dalam pelajaran
8. Hak untuk berharta
9 Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang.
Perkara yang terkandung dalam bab 4 ini adalah antara salah satu Kemerdekaan yang dikecapi oleh rakyat. Hal ini tidak akan berlaku di negara-negara yang masih dibawah naugan penjajah kerana mereka tertakluk kepada undang-undang penjajah.

Melihat kepada isu yang berlaku pada tahun ini, bolehlah kita simpulkan bahawa tahun 2015 tahun gelap negara Malaysia, ini adalah kerana sistem pentadbiran negara kelihatan goyah!, ekonomi negara berada dalam keadaan yang membimbangkan! Dan kuasa kehakiman dipersoalkan! Nasib malang yang menimpa negara Malaysia pada hari ini, jelas memberi kesan yang amat dalam kepada perpaduan serta kesimbangan kehormonian rakyat Malaysia. Sudah pasti peristiwa ini terlakar di sudut hati rakyat Malaysia.

Sebenarnya, Malaysia tidaklah menghadapi keadaan getir disebabkan oleh keadaan politik dan ekonomi semata-mata. Tetapi, ada perkara yang sangat mustahak dan lebih sulit untuk diperkatakan kerana ianya bersifat global dan mendapat sokongan kuat daripada pihak luar. Sudah semestinya, hal ini mencabul 2 daripada 5 rukun negara iaitu, keluhuran perlembagaan & kedaulatan undang-undang.

“ Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.”
“Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.” [1]

“Mesyuarat merakamkan rasa dukacita dan menentang sekeras-kerasnya cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dan berharap pihak Kerajaan tidak akan membincangkan perkara ini dalam Parlimen kerana ia akan menghakis hak dan kepentingan agama Islam dan orang Islam.” [2]

“ Tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dianggap tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
“Antara tuntutan yang dikemukakan Comango adalah hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak kesamarataan agama di negara ini.” [3]

Berbalik kepada asas, apakah kita sudah merdeka? Ya! Sudah semestinya. Namun, ramai antara kita yang tidak tahu menghargai erti kemerdekaan yang sebenar, apa yang perlu dipelihara dalam sebuah negara yang merdeka, apa yang perlu diperjuangan dalam sebuah negara merdeka. Persoalan ini, penulis tinggalkan sebagai pertanyaan diminda para pembaca. Renungkanlah kembali, apa yang kita lakukan dalam melestarikan pembangunan negara Malaysia yang berdaulat? Penulis melihat, terlalu ramai golongan muda yang fokus dan taksub kepada soal-soal politik negara, yang akhirnya penglibatan mereka sedikit sebanyak membuka ruang kepada musuh-musuh negara menghancurkan keluhuran perlembangaan Malaysia.

Mohd Qazar Yusop

31 Ogos 2015

MAHASISWA PENCETUS REVOLUSI

MAHASISWA PENCETUS REVOLUSI

Mahasiswa/I merupakan golongan muda yang aktif dan bergerak secara sistematik mengikut bidang-bidang tertentu. Golongan ini terdiri daripada kaum muda sekitar 19-28 tahun atau middle-age yang giat mencorak ideologi dan matlamat dalam kalangan remaja. Mereka terkenal sebagai harapan negara dalam menentukan masa depan keadaan dan status negara. Dalam struktur pendidikan Malaysia, universiti merupakan peringkat tinggi pengajian pelajar, dimana mereka akan memegang sekalung sijil.  

Setiap mahasiswa/i bukan sahaja menjalankan peranan berdasarkan bidang yang diceburinya, tetapi juga membincangkan dan bertindak kepada isu-isu semasa terutama yang melibatkan mereka sendiri. Sejarah silam telah membuktikan bahawa pelajar di peringkat institusi pengajian tinggi mempunyai pengaruh yang besar dan mampu menentang kuasa autoriti yang mencetus kepada revolusi kepada sesebuah negara. Contohnya, kerajaan De Gaulle Perancis yang jatuh pada tahun 1968 disebabkan oleh gerakan mahasiswa/i yang bertindak melancarkan protest penentangan, para buruh dan seluruh lapisan masyarakat turut bangkit dan menyokong tindakan mahasiswa/i. Peristiwa ini merupakan sejarah terbesar di Perancis pada abad ke-20. Selain itu, tumbangnya kerajaan republik pertama autokratik Korea Selatan pada tahun  1960, yang dikenali sebagai peristiwa The April Revolution atau 19 April Movement juga diketuai oleh mahasiswa/i. Peristiwa ini menyebabkan peralihan kuasa kepada Republik kedua. Pada masa kini, Malaysia juga digegarkan oleh kelompok mahasiswa/i yang menentang secara terbuka bagi menuntut hak rakyat dan mempersoalkan kredibilit pemerintah. Peristiwa ini terjadi semasa kempen pilihanraya umum ke-13. Tuntasnya, ketiga-tiga peristiwa ini boleh menggambarkan bahawa mahasiswa/i sangat berpengaruh sama ada dalam soal sosio-ekonomi mahupun politik.

Para mahsiswa/i adalah kelompok yang bertanggungjawab kepada pencetus revolusi dan evolusi dunia moden, tindakan mereka berasaskan kaedah pengetahuan, menyebabkan pergerakkan mereka menerima tentangan secara terbuka daripada pihak pemerintah. Mengikut pemahaman islam, setiap manusia bertanggujawab keatas bumi yang dipijak kerena Allah SWT telah melantik manusia sebagai khalifah:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi...”  (al-Baqarah: 30).

Oleh kerana Tuhan telah melantik manusia sebagai khalifah, yakni pemimpin juga ketua di bumi, wajiblah keatas diri setiap mahasiswa/i untuk memakmurkan bumi. Maksud makmur mengikut Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), makmur bersinonim dengan mewah, kaya raya, kaya, maju, berjaya, berkembang, serba cukup, sejahtera, berhasil dan beruntung. Atas maksud itulah, mahasiswa/i harus memerah tenaga dan mengambil segala peluang, masa dan bidang yang diceburi untuk memakmurkan bumi ini. Sudah tentu perkara ini bukanlah usaha yang sia-sia,malah tindakan ini meningkatkan tahap prestasi mahasiswa/i disamping, menyemarakkan lagi semangat dikalangan mahasiswa/i untuk berbakti kepada negara,bangsa dan agama.

Setiap mahsiswa/i harus memperkasa potensi diri agar lebih berdaya saing dan menjadi produk yang berkualiti untuk menjana kemakmuran bumi. Rasa tangunggjawab untuk memakmurkan bumi harus ada dalam diri setiap mahasiswa/i, agar tenaga yang ada dapat disalurkan dengan berkesan dan otak dapat memikiran variasi kaedah dan sumbangan bagi memakmurkan  masyarakat, penguasaan apa jua bentuk ilmu yang bermanfaat harus dimonopoli oleh para mahasiswa/i. Di samping, para mahasiswa/i harus tampil sebagai wakil kepada masyarakat dalam isu-isu semasa samaada dalam forum ataupun diskusi antara mahasiswa bersama pemimpin negara.

 “ with realization of one`s own potential and self confience in one`s ability, one can build a better world”  Dalai Lama.


Mohd Qazar Yusop
UNITEN

13 RUKUN SOLAT WAJIB DI-KETAHUI.

Assalammualaikum,

Ramai sekali terlepas pandang mengenai pentingnya mengetahui rukun solat. Tambahan, disekolah subjek pendidikan islam tidaklah beberapa memberangsangkan minda para pelajar muslim, kerana suasana belajar pendidikan islam sama sahaja dengan suasana belajar subjek sains,sejarah,geografi & matematik. Sama-lah juga diperingkat Institusi pengajian tinggi, sudahlah tidak menyeluruh, keadaan pembelajaran pula tidak begitu menepati ciri-ciri yang diketengahkan dalam islam.

Sesi pembelajaran apa sahaja bidang ilmu agama tidaklah sama dengan bidang ilmu yang lain, terdapat disiplin yang harus dipatuhi dan dipraktikan semasa dalam pengajian agama. Agama islam adalah agama yang benar dan haq, sebab itu apabila mempelajari ilmu agama dengan tidak menepati kaedah yang dikehendaki, maka ilmu dan kesan pembelajaran agama itu sendiri tidak menyerap sepenuhnya ke jiwa rohani para pelajar.

Soal agama bukan soal dunia, berapa ramai pelajar islam yang menyimpang daripada jalan islam? terlalu ramai pelajar islam yang mengambil mudah akan ilmu islam. Hal ini, kerana sesi pembelajaran sekolah kerajaan, pendidikan agama tidak begitu di tekankan sedang peraturasan pelajar muslim adalah besar berbanding pelajar bukan islam.

"Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Surah Ali Imran, 3: 19)


Apabila pendidikan agama islam tidak anggap serius oleh kementerian pendidikan, lihatlah keruntuhan moral dikalangan remaja islam masa kini, bahkan diperingkat penjawat awam bilangan pekerja islam yang tidak amanah terlalu ramai berbanding bukan islam. Dimana silapnya? Ini semua berbalik kepada sejauh mana ilmu agama dan kefahamannnya kepada empunya badan.


Berbalik kepada satu perkara penting yang ingin saya ketengahkan, iaitu RUKUN SOLAT. Ramai orang tahu solat, tetapi apabila ditanya rukun solat mereka hanya tahu ada 13 perkara, tetapi tidak tahu apa perkara tersebut. Amat-lah penting sekali kita mengetahui rukun solat, agar solat yang dilakukan sempurna di-sisi Allah SWT dan memberi kesan yang baik pada kehidupan dunia dan akhirat.



Abu Hurairah R.A meriwayatkan ,Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda ,
’bayangkan di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu semua ada sebatang sungai.kemudian dia mandi di sungai itu lima kali sehari.adakah kotoran masih terlekat pada badannya?para sahabat menjawab ,tidak ada lagi kotoran yang terlekat pada badannya,’Baginda bersabda lagi,begitulah perumpamaan solat lima waktu.apabila ia dilakukan dengan sempurna ,Allah akan menghapuskan segala kesalahannya


-HR Bukhari dan Muslim-


Rasulullah SAW bersabda ,”sesungguhnya Allah memberikan rahmat dan malaikat NYA pula mendoakan bagi orang-orang yang solat pada saf yang pertama’

-H.R Ahmad dan Abu Daud-

Rasulullah SAW bersabda,”sesiapa yang solat berjemaah maka bagaikan beribadat sebanyak separuh malam dan pada esok paginya dia mengerjakan solat subuh secara berjemaah ,pahalanya bagaikan beribadat semalaman penuh”

-H.R Muslim dan Ahmad-






Mengikut Mazhab As-Syafie,  13 Rukun solat yaitu,

1. Niat.

2. Takbiratulihram.

3. Berdiri bagi yang mampu dalam solat fardhu.

4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.

5. Rukuk dengan toma`ninah, iaitu orang yang solat itu hendaklah tunduk sehingga dua tapak tangannya dapat mencapai dua lututnya dan berhenti diam seketika.

6. Iktidak dengan toma`ninah, iaitu berdiri semula dari rukuk dan berhenti diam seketika, disyaratkan jangan terlalu lama daripada bacaan yang ditetapkan di dalamnya.

7. Sujud dua kali dengan toma`ninah, sujud itu ialah meletakkan dahi di tempat sujud, disyaratkan hendaklah;

a. Orang yang sembahyang itu sujud di atas 7 anggota (dahi, dua tapak tangan, dua lutut, dan perut jari kedua kaki.)

b. Dan hendaklah ia meninggikan bahagian punggungnya dari bahagian kepalanya.

c. Jangan ada sesuatu seperti kain tudung yang bergerak bersamanya menghalang dahinya dari menyentuh tempat sujud. (jika ada kain yang menghalang, bermakna sujudnya tidak sah).

d. Hendaklah berhenti seketika (toma`ninah)

8. Duduk diantara 2 sujud dengan toma`ninah. Jangan terlalu lama sehingga melebihi waktu membaca bacaan yang ditetapkan di dalamnya.

9. Duduk tasyahhud akhir.

10. Membaca tahiyyat akhir.

11. Selawat atas nabi Muhammad SAW di dalam tahiyat akhir.

12. Memberi salam.

13. Tertib (iaitu yang dahulu didahulukan yang kemudian dikemudiankan.).

[Muhammad Khatib as-Syarbini, Mughni al-Muhtaj, Dar al-Makrifah Jilid 1, hal 206.]

Hanya sekadar tahu melakukan solat, tetapi tidak mengetahui apa rukunnya, itu adalah kesilapan besar. Kerana ilmu itu sangat penting, ibadah tanpa didasari ilmu maka ia tertolak. Sebagaiman, terdapat rukun islam & rukun iman, rukun solat juga ada.

Solat adalah perintah yang besar didalam islam, setiap manusia wajib melaksanakan, dalam melaksanakan wajiblah memeluk islam terlebih dahulu, baru lah belajar ilmu-ilmu mengenai solat. InsyaAllah semoga diterima Allah SWT, solat yang kita laksanakan.


“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Aku. Maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku”. (Thaha: 14).

“Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup”. (Maryam: 31)

“Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman”. (An-Nisa’: 103).

“Pada hal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan keta‘atan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat”. (Al-Bayyinah: 5)


Selamat menunaikan solat.

Mohd Qazar Yusop/Abdullah Ibnu Saiyari.





BAB NAZAR


Rujukan Terjemahan
HADIS SHAHIH MUSLIM


1. Perintah melaksanakan nazar

•      Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata: 
Sa`ad bin Ubadah meminta fatwa kepada Rasulullah saw. tentang nazar yang
pernah dinazarkan ibunya namun ia wafat sebelum menunaikannya. Rasulullah
saw. bersabda: Tunaikanlah nazar itu untuknya. (Shahih Muslim No.3092)


2. Larangan bernazar dan bahwa nazar itu tidak dapat menangkal sesuatu apa pun


•      Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra., ia berkata: 
Suatu hari Rasulullah saw. melarang kami bernazar, beliau bersabda:
Sesungguhnya nazar itu tidak dapat menangkal sesuatu apa pun tetapi hanya
untuk mengeluarkan sesuatu dari orang yang kikir. (Shahih Muslim No.3093)


          Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: 
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Janganlah kalian bernazar, karena nazar itu
tidak dapat menolak takdir sedikit pun juga, ia hanyalah untuk mengeluarkan
sesuatu dari orang yang kikir. (Shahih Muslim No.3096)


                   3. Denda nazar


·          Hadis riwayat `Uqbah bin `Amir
Bahawa Rasulullah saw bersabda: “Denda nazar sama dengan denda sumpah. (Shahih Muslim No.1629)





4. Bernazar dengan maksiat


·         Hadis Riwayat `Imran bin Hushain r.a
Katanya Rasulullah saw. Bersabda: “Tidak boleh melaksanakan nazar berupa maksiat, dan tidak boleh pula orang melaksanakannya.” Dan menurut riwayat Ibnu Hujr, “tidak boleh bernazar berupa maksiat kepada Allah.”
(Shahih Muslim 1625)




5. Orang bernazar berjalan kaki menuju Kakbah


•      Hadis riwayat Anas bin Malik ra.: 
Bahwa Nabi saw. melihat seorang yang telah lanjut usia dipapah kedua anaknya.
Maka beliau bertanya: Kenapa orang tua ini? Mereka menjawab: Ia bernazar
untuk berjalan kaki. Beliau bersabda: Sesungguhnya Allah tidak memerlukan
penyiksaan orang tua ini terhadap dirinya sendiri. Dan beliau memerintahkannya
untuk berkendaraan. (Shahih Muslim No.3100)



•      Hadis riwayat Uqbah bin Amir ra., ia berkata: 
Saudara perempuanku bernazar akan berjalan kaki menuju Baitullah tanpa alas
kaki. Lalu ia menyuruhku untuk menanyakan kepada Rasulullah saw., maka aku
pun menanyakannya. Beliau bersabda: Dia boleh berjalan kaki dan boleh pula berkendaraan.
(Shahih Muslim No.3102)


Dipetik dan Diperiksa  dari terjemahan kitab hadis SHAHIH MUSLIM.

"DUIT FREE"...NILAI SEBENAR & ATAS KERTAS TIDAK SAMA.

Isu penipuan resit, pemalsuan nilai sebenar bukanlah isu yang baru dan panas. Dari segi hukum, jelas sangat keharamannya,

1. Pemalsuan.
2. Tidak amanah & jujur.
3. Memakan hak orang.

Walaupun begitu jelas keharamannya, tetapi masyarakat kini tidak memandangnya dengan serius, malah ada yang mengamalkannya, atas tiket untuk simpanan program seterusnya dan ada juga yang melakukan pemalsuan untuk DUIT FREE.




Duit adalah harta benda, dan setiap harta benda ada pemiliknya/haknya, dan duit adalah perantaran untuk membeli & memiliki harta benda termasuk makan dan minuman. Bagaimana, seorang itu memakan harta yang bukan miliknya? Api neraka akan menyentuh dibahagian mana terdapatnya benda HARAM.

Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 )

Tindakan buruk ini, bukan sahaja tercela kerana memakan harta yang haram, harta yang bukan haknya dan secara langsung berlakunya penipuan dan pemalsuan disitu, walaupun nilainya hanya RM 1. Islam, amat mengambil berat akan soal ini, Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa,

Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99)

Nabi SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain-lain, mereka membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya. Apabila Nabi mendapat tahu lalu terus berkata :

Ertinya : "Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), lalu mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya" ( Riwayat Al-Bukhari no 2111, 2/775 ; Muslim, Baihaqi )

Apa yang saya pasti, hal ini berlaku disekeliling kita dan sudah menjadi tangunggjawab kita untuk mencegah sedaya yang mampu. Berdiam diri atau bersubahat adalah tindakan yang tidak sepatutnya, ancamana yang keras turut menimpa,walaupun kita tidak memakan harta tersebut.
Ingatlah, bahawa kehidupan ini adalah satu ujian, pengorbanan yang ikhlas tanpa melakukan tindakan penipuan resit, pasti memperolehi ganjaran berlipat ganda. Dan, apabila kematian menjelma dan menghadap Tuhan Yang Maha Esa di hari pengadilan kelak, pengorbanan ikhlas yang dilakukan pasti memberi manfaat besar ketika itu. Bertaubatlah daripada melakukan tidakan seperti ini dan cegahlah apabila berlaku dihadapan anda, jika tidak, pasti Makamah akhirat akan turut mengadili anda.

Hanya berbekalkan keyakinan tanpa ilmu dan palsu, mereka menghalalkan apa yang di haramkan oleh Allah SWT, semata-mata untuk kepuasan dunia tanpa memikirkan bahawa tindakan ini menjadi punca doa ditolak dan tidak dengar oleh Allah SWT. Oleh itu berhati-hatilah kamu sekalian insan.

Nabi Muhammad mengingatkan kesan harta haram terhadap munjat dan doa seseorang :-

Ertinya :  menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)



Semoga kita semua mengambil iktibar dan berusaha untuk tidak bersekutu serta menjauhi tindakan-tindakan yang boleh membawa padah dunia akhirat. Berlaku jujurlah, walaupun mengalami kerugian harta benda, kerana sebenarnya kejujuran dan pengorbanan yang ikhlas lebih bernilai daripada "DUIT FREE" sudahlah hak orang haram lagi!.

Sekian.

Mohd Qazar Bin Yusop

Abdullah Yusop Al-Zainal Abidin.

Antara Remaja, K-Pop & Jemaah Tabligh.

Assalammualaikum,

Minggu lepas, negara kita digemparkan dengan rakaman konsert k-pop yang memaparkan tindakan kurang sopan antara artis k-pop & remaja melayu yang lengkap menutup aurat dengan sempurna. Tidak kering lagi dengan isu-isu sensitif seperti "I want touch a dog" umat islam negara ini terus menerus dengan perilaku yang bertentangan dengan syariat islam. Malah, perilaku yang terbaru ini amat buruk di mata umat islam sendiri.

Berpelukan dan bersentuhan dengan lelaki yang boleh dinikahi merupakan tidakan yang amat dicegah dalam islam, apatahlagi dengan golongan kafir (bukan islam). Wanita islam tidak boleh berkhawin dengan lelaki kafir walaupun lelaki tersebut berjaya, berharta dan mampu melaksanakan tangunggjawab dengan sempurna, melainkan lelaki tersebut memeluk islam terlebih dahulu.

Islam adalah agama yang murni & suci serta menekankan penganutnya berpegang dengan prinsip-prinsip yang telah disyariatkan oleh Agama islam, dan ini adalah antara salah satu mengapa apabila berlaku sesuatu hal yang kurang bermoral dikalangan umat islam akan mendapat kencaman berat daripada pihak kafirin dan pihak islam itu sendiri.

Semua manusia adalah sama, sama dari segi naluri ingin berhibur dan berseronok, ia tidaklah ditegah dalam agama islam.  Namun Islam telah mengariskan panduan-panduan yang lengkap dan menyeluruh mengenai cara untuk berhibur dan berseronok agar moral dan maruah manusia itu sendiri terpelihara daripada kerosakkan seperti pergaulan bebas, bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang boleh berkhawin, dan melakukakan hubungan zina.


Seorang penganut islam yang sempurna pakaian menutup aurat adalah antara syarat yang wajib dipatuhi dan yang paling utama KEIMANAN (keyakinan) terhadap prinsip-prinsip islam. KEIMANAN adalah salah satu sifat yang menyakini 100% prinsip-prinsip islam, walaupun secara zahirnya ia sempurna islam tetapi dalamannya tidak menyakini prinsip-prinsip islam maka kesannya apa yang berlaku dikonsert k-pop baru-baru ini.


K-pop tidak boleh disalahkan secara keseluruhannya kerana mereka adalah bukan islam dan tidak peduli mengenai islam. Mereka membuat persembahan hiburan mengikut seperti apa yang dirancang dan itu matlamat mereka. Remaja islam yang sempurna fizikal dan mentalnya sepatutnya boleh berfikir perkara apakah dibenarkan dan yang dilarang untuk dilakukan. Ya!, amat penting sekali, remaja islam untuk mengerakkan akal mereka berfikir secara waras agar semua masalah-masalah yang bakal membelengu diri dapat dijauhi.


Maka disini jelaslah bahawa, punca penyakit kerosakkan moral yang dhadapi oleh para remaja islam masa kini adalah lunturnya keimanan pada jiwa-jiwa mereka terhadap prinsip-prinsip islam yang telah termaktub dalam Al-Quran & As-sunnah

Keimanan itu berkait rapat dengan ruhaniyyah, dimana ruhaniyyah itu terletak pada dalaman individu. Sejauh mana kekuatan ruhaniyyah seorang, sekuat itulah pengenangannya terhadap prinsip-prinsip islam yang murni. Dan kekuatan ruhaniyyah itu bergantung kepada praktis amalan islam dalam kehidupan seharian, seperti Solat, Zikr, Baca Quran dan Dakwah (mengajak kebaikan mencegah kemungkaran).

Oleh itu, saya melihat JEMAAH TABLIGH yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia, mempunyai method yang terbaik dalam melatih keimanan individu islam. Semua individu islam pada peringat usia kanak sehinggalah tua dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti jemaah tabligh, aktiviti-aktiviti yang dipraktikan jemaah ini adalah syariat islam itu sendiri.

Rasulullah SAW dan para sahabat sudahpun melakukannya terlebih dahulu, dan lesap ketika berada zaman keruntuhan empayar islam sehinggalah digerakkan semula oleh seorang ulama islam dibenua india yang bernama Maulana Muhammad Ilyaz Al-Khandalavi.

Apa yang menariknya mengenai pergerakkan jemaah ini, adalah pergerakkan mereka adalah selaras bahkan sama seperti yang telah digariskan dalam syariat islam. Berasaskan Al-Quran & As-Sunnah mereka bergerakkan keseluruh tempat melaksanakan aktivi Dakwah, mengajak kepada yang benar/baik dan mengajak mencegah kemungkaran dan tidak radikal.

Yang halusnya, pergerakkan mereka menekankan soal keimanan pada hati setiap individu dalam kalangan mereka, mereka mengadakan majlis bacaan hadis Rasulullah SAW mengenai kelebihan-kelebihan beramal dengan tujuan meningkatkan keimanan lalu wujudnya kekuatan untuk melaksanakan ibadah & syariat islam dan meninggalkan perbuatan-perbuatan maksiat.

Saya telah bersama jemaah ini dalam tempoh lebih 5 tahun, dan saya melihat inilah jemaah yang amat berdisiplin dalam melatih diri untuk melaksanakkan seruan-seruan agama. Dan apa yang menariknnya, terdapat ketua-ketua yang dipangil syura dan amir saf yang terdiri daripada kalangan ulama, ustaz dan individu yang sudah lama bergiat aktif, sebagai penasihat dan tempat rujukan/aduan jika terdapat persoalan/masalah yang timbul dikalangan jemaah.


 Dari ‘Amr bin Abasah r.a meriwayatkan bahawa dia bertanya iman apakah yang lebih afdhal? Baginda SAW menjawab:

"  Iman yang mana disertai dengan hijrah. Beliau bertanya: Apakah hijrah itu? Baginda SAW menjawab: Hijrah daripada meninggalkan kejahatan." 

 (HR Musnad Ahmad)


Mereka tidaklah meninggalkan dunia dan hanya fokus kepada akhirat, kerana mereka perlu bergerak keserata dunia untuk melakukan kerja-kerja dakwah yang memerlukkan tahap ilmu yang tinggi seperti penguasaan bahasa asing,pengusahaan duit untuk menampung perbelanjaan dan pengurusan strategi masa untuk membahagi bahagikan tugas seharian sebagai, contohnya ketua keluarga & pelajar. Dan inilah pengorbanan untuk menegakkan syariat islam dan kesan baiknya amatlah besar pada kehidupan dunia & akhirat.


Firman Allah SWT:

 "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka." (At-Talaq: 2-3)


Ahli keluarga terutamanya Ayah dan lelaki sepatutnya mengaktifkan diri mereka dalam jemaah islam yang dapat membantu mereka untuk mendidik keluarga terutamanya kaum wanita. Tangunggjawab terhadap kaum wanita digalas oleh lelaki, seperti suami, abang, & datuk. Bagi kaum ibu pula, islam tidak meletakkan kejayaan kaum ibu itu pada kejayaan sains & teknologi dan politik,sebaliknya didalam mendidik anak-anak sehingga menjadi hamba Allah yang bertaqwa dan berilmu.


Kesimpulannya, setiap individu islam harus meletakkan diri mereka pada keadaan yang boleh membantu mereka dalam menghadapi keruntuhan moral pada abad ini, menghadiri majlis-majlis ilmu, mengamalkan seruan-seruan agama islam seperti berdakwah. Maka, kekuatan iman akan bertambah dan seterusnya dapat membantu diri untuk melaksanakan perkara baik dan menjauhi perkara mungkar. Terus tetap melaksanakan dan mengajak orang lain turut serta untuk melakukan kebaikan pasti akan dapat mewujudkan sebuah komuniti islam yang harmoni dan tulen serta tidak menunding jari kepada mana-mana pihak yang tidak berkaitan apabila sesuatu perkara buruk berlaku dilkalangan umat islam.


" Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak,(semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu "


(Surah Al Hadid : 20)





-Mohd Qazar Bin Yusop-
Abdullah Yusop Al Zainal Abidin.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...