Pages

Kedudukan Senaman Yoga Di Kalangan Umat Islam

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 yang bersidang pada 22 - 24 Oktober 2008 telah membincangkan Kedudukan Senaman Yoga Di Kalangan Umat Islam. Muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang muslim.
Oleh itu, Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam dingatkan wajib berhati-hati dalam berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim.
Seperti yang sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:
(1) kepercayaan atau keyakinan di hati.
(2) menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah.
(3) perbuatan.
Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka dari terhakis
Keterangan/Hujah: 
 
  1. Pengajaran Yoga berasal-usul daripada kitab suci agama Hindu ‘Bhagavad Gita’. Menurut kitab ini ‘Yoga’ memerihalkan satu pandangan bersatu, ketenangan fikiran, kemahiran bertindak, serta keupayaan untuk mengekalkan penyesuaian dengan kemuliaan Diri (Atman), dan yang mempunyai intipati yang sama dengan asas Kewujudan (Brahman). Tujuan Yoga (nirvana moksha) adalah untuk melepaskan diri daripada kitaran penjelmaan semula melalui kesedaran perpaduan dengan kebenaran muktamad.
     
  2. Tidak wujud yoga menurut agama Islam tetapi yoga wujud di dalam agama Hindu, Buddha, Yahudi dan Kristian.
     
  3. Maksud istilah yoga sendiri telah menjelaskan bahawa ia mengandungi unsur-unsur Hinduism. Masyarakat Hindu mengamalkan yoga sebagai satu cara untuk mendapatkan ketenangan dan bersatu dengan tuhan-tuhan mereka.
     
  4. Unsur-unsur pengaruh hindu yang dipromosikan secara halus melalui Trancendental Meditation dalam amalan yoga merupakan mantera agama hindu yang disebarkan untuk kegunaan semua penganut agama.
     
  5. Agama Islam yang disyariatkan oleh Allah s.w.t. telah menyediakan berbagai kaedah kerohanian kepada umatnya untuk mencari atau mencapai ketenangan diri dan umat Islam tidak perlu merujuk atau mengikut kepercayaan atau amalan agama lain.
     
  6. Amalan yoga adalah salah satu dakyah halus yang digunakan untuk mengembangkan pengaruh hindu.
     
  7. Yoga ini pada awalnya diperkenalkan di negara-negara barat kerana masyarakat sentiasa mengalami stress. Apabila ketenangan dapat dicapai melalui yoga, mereka mendapati produktiviti kerja semakin bertambah baik dan atas dasar ini yoga dianggap antara kaedah terbaik memulihkan kesihatan dan memajukan diri.
     
  8. Mengandungi unsur-unsur falsafah agama lain dan kesyirikan, adalah haram bagi umat Islam mengamalkannya.
     
  9. Singapura walaupun hanya mempunyai minoriti umat Islam telah mengharamkan yoga atas dasar mengandungi unsur-unsur syirik yang boleh merosakkan akidah orang Islam.
     
  10. Adalah wajar umat Islam dilarang daripada melakukan apa jua amalan atau senaman yang mempunyai kaitan dengan unsur syirik atau pemujaan agama lain.

Merokok Dari Pandangan Islam

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawamerokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Keterangan/Hujah: 
 

1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
 
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
 
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
 
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
 
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
 
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
 
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
 
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
 
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”.(Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
 
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
 
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
 
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
 
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
 
Antaranya seperti berikut:
 
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
 
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
 
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
 
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
 
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyahmenyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
 
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.

e-fatwa.

SYIAH bukan daripada jalur al-quran dan as-sunnah

SYIAH merupakan satu kelompok yang hampir kepada asas islam, namun secara langsung SYIAH BUKAN ISLAM, kerana asas-asas SYIAH bertentangan dengan jalur as-sunnah dan al-quran.

Malahan SYIAH telah menolak mushaf Al-Quran yang disepakati oleh jemaah islam (mushaf utsmani). Dengan mendakwa bahawa berlaku penyelewangan oleh para sahabat semasa pengumpulan Al-Quran. Oleh itu, seorang ulama syiah yang bernama  Al-Haji Mirza Hussain bin Muhammah Taqie An-nuri At-tabrasi, telah mengarang sebuah kitab yang diberi nama "Kata pemutus untuk membuktikan berlaku penyelewengan Kitab Suci Tuhan" di dalam kitab tersebut, ulama syiah berkenaan telah mengumpulkan beratus-ratus nas dan text tulisan serta pendapat para alim ulama dan mujtahid syiah dari berbagai zaman mengatakan bahawa kitab suci Al-Quran telah terlibat dengan penambahan dan pengurangan.

Di antara hujah yang dikemukan oleh At-Tabrasi mengenai berlakunya pindaan ke atas Kitab Suci Al-Quran itu ialah huraiannya di dalam halaman 180 kitab berkenaan dalam mana beliau telah mengemukakan suatu surah yang selalu disebut-sebut oleh orang syiah sebagai surah Al-Wilaayah.

Selain itu, SYIAH memiliki sebuah kitab hadis, yang mereka anggap setaraf dengan kitab hadis shahih Al-Bukhari, yang dikenali sebagai kitab hadis Al-Kaa-Fi.

SYIAH ini terkenal dengan sifat At-Taqiyyah (tipu muslihat), sebab itu lah tidak ada persefahaman yang dicapai dengan SYIAH. sifat ini dijadikan sebagai suatu kepercayaan dan pegangan hidup beragama yang membolehkan mereka menunjukkan sikap lahir yang berlainan daripada apa sebenarnya terpendam didalam hati dan jiwa mereka.

Hal ini, dapat kita lihat apabila mereka sendiri tidak mengikut imam yang mereka utamakan yaitu Sayyidina Ali kw. Sayyidina Ali kw merupakan khalifah umat islam selepas sayyidina Usman, bermaksud disini, pengumpulan Al-Quran berlaku semasa beliau belum lagi menjadi ketua pemimpin umat islam. Kesimpulannya, jikalaulah benar bahawa Al-Quran yang dikumpul oleh sayyidina usman itu berlaku dan terdapat penyelewengan dan pembohongan. Sudah pasti, sayyidina Ali akan menentangnya dan akan menghapuskannya disaat beliau menjadi khalifah. Terbukti disini, bahawa para ulama syiah lah yang melampaui batas.

Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar merupakan sahabat kanan Rasulullah SAW, yakni sahabat yang paling rapat dengan baginda, selain itu. Sayyidina Abu Bakar merupaka sahabat yang terawal memeluk islam dan beliau dikenali sebagai as-siddiq, kerana beliau membenarkan kata-kata Rasululullah semasa awal kerasulan sehinggalah baginda wafat. Dan beliau adalah khalifah umat islam selepas kewafatan rasulullah saw. Sayyidina Umar juga sama seperti Sayyidina Abu Bakar, sehingga rasulullah saw bersabda:

Telah menceritakan kepada kami Salamah bin Syabiib : Telah menceritakan kepada kami Al-Muqri’, dari Haiwah bin Syuraih, dari Bakr bin ‘Amru, dari Misyrah bin Haa’aan, dari ‘Uqbah bin ‘Aamir, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam : “Seandainya setelahku ada nabi, niscaya ia adalah ‘Umar bin Al-Khaththaab” [As-Sunan, no. 3686].

Dan beliau merupakan khalifah ketiga selepas kewafatan baginda rasulullah SAW.

Namun, SYIAH MENGHINA sahabat ini. malah mengutuk 2 khalifah ini. Mereka memanggil 2 khalifah ini dengan panggilan "Al-Jibt" ataupun "Syaitan" dan taghut. Malah ulama mereka berkata bahawa sesiapa yang menghormati dan mengiktiraf Sayyidina Abu Bakar & Sayyidina Umar sebagai pemimpin dan pemerintah yang sah bagi kaum muslimin, maka dia adalah seorang Naasib yang memusuhi kaum keluarga Rasulullah SAW.

Lihatlah betap teruknya mereka ini, dengan berlandaskan nafsu berkata sedemikian, sedangkan 2 sahabat ini merupakan manusia yang paling rapat dengan baginda Rasulullah SAW, dan Rasulullah SAW memuliakan mereka. Mereka ini merupakan orang mukminin. Orang yang beriman kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Bagaimana mereka ini boleh mengeluarkan perkataan sedemikian sedangkan Rasulullah SAW tidak bercakap mengenainya?. Inilah dia SYIAH!

Mereka ini mendakwa sebagai pencinta keluarga rasulullah SAW. Tetapi mereka ini melanggar suruhan Rasulullah SAW sendiri.

Rasulullah SAW telah berpesan,
Dari Thabit bin Dhahhak ra meriwayatkan bahawa baginda Nabi SAW bersabda : Melaknat seorang mukmin seperti menumpahkan darah. (Hr muslim).

Terdapat banyak pegangan-pegangan SYIAH yang bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Disini saya hanya memberi keutaman kepada hal mengenai mereka SYIAH melaknat para sahabat.
Sebagai seorang muslim maka ini adalah tanggungjawab saya untuk membela saudara muslim saya, Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar adalah sauadara muslim saya.

Dari Abu Darda ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :" Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah Taala untuk menghalang dia daripada api neraka jahanam pada hari kiamat kelak . (Hr Musnad Ahmad.)

Dari Muas bin Anas Juhani ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda :" Barangsiapa menghalang kehormatan saudaranya yang muslim daripada kejahatan orang munafik, Pada hari kiamat nanti Allah akan mengutuskan seorang malaikat untuk menjaga dirinya daripada api neraka. Dan barangsiapa menjatuhkan nama baik orang islam dan dia akan ditangkap ketika melintasi titian sirat, sehinggalah dia membersihkan segala tuduhannya. "(Hr Abu Daud)

Cukuplah dua hadis ini, untuk orang-orang islam, dan terutamanya SYIAH. wahai SYIAH sesungguhnya, semua orang islam wajib mencintai Rasulullah saw dan keluarganya. tidak tertumpu kepada satu golongan sahaja.

Sentiasalah berdoa kepada Allah SWT agar diberi petunjuk, dan pergilah menuntut ilmu kepada para ulama yang berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-sunnah.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...