Pages

Senyum Itu Sedekah...=)

Senyum menjadi 1001 Penawar duka dikala kesedihan, tiada siapa tahu disebalik senyuman itu...
Itulah sedekah yang paling mudah, tak perlu nak kena bayar pun.
Ia menjadi rutin di setiap pagi, apabila matahari mula menampakkan dirinya dan ia tidak lupa untuk melakar senyuman manis dengan sinar cahayanya yang dapat memberi rahmat dan manfaat kepada seluruh alam ini. Subhanallah yang menciptakanNya.
Senyum itu anugerah.
Begitu juga dengan manusia, Allah SWT telah menganugerahkan senyuman, maka lakarkanlah senyuman selalu sebagai tanda bersyukur di atas anugerah itu. Hidup ini menjadi lebih indah dan berseri sekiranya kita tidak kedekut dan sentiasa melakar senyuman terutamanya kepada orang-orang tersayang dan dekat dengan kita iaitu ibu bapa, suami, isteri, anak-anak, jiran tetangga dan kawan-kawan.
Bayangkan hidup ini tanpa senyuman atau ketawa, adakah kehidupan ini menjadi indah?
Islam dan agama lain juga mengalakkan kita senyum. Sabda Rasulullah SAW : Senyum itu adalah sedekah. Hadis ini memberi motivasi kepada kita bahawasanya senyuman itu umpama kita bersedekah. Paling mudah dan senang untuk dilakukan. Tetapi tidak semua mengetahui apakah rahsia disebalik senyuman itu terutama dari segi kesihatan. Tak begitu ????
uncle smile, pakcik senyum, mari senyum, let smile,
Bila ditanya apakah kelebihan dan istimewanya senyuman anda itu ? Ermm ada yang menjawab, ia boleh merapatkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan, menghilangkan stress dan sebagainya. Jawapan yang diberi itu memang betul, tetapi tahukah anda senyuman juga boleh menjadi penawar terbaik pada kesihatan terutama kepada jantung kita.
Senyum pasti akan menyerlah kejernihan dan keindahan semua pabila orang sekeliling memandang kearah kita. InsyaAllah…Senyuman itu juga kadang kala memberi satu kebaikan kepada setiap mata yang memandang. 

Sekali senyum curiga hilang. Dua kali senyum jadi sahabat. Tiga kali senyum hati penuh damai. Empat kali senyum beban jadi ringan. Lima kali senyum rezeki datang. Enam kali senyum keluarga bahagia. Lebih dari tuh, sye tak tahu,  fikir-fikir lah sendiri yaaa...!!!
Pepatah english ada beritahu…
Smile will certainly make others happy.
Smile will make your face turn brighter.
Smile will make your soul cleaner.
And smile will make you lovelier by end of the day



 cat smile, smile cat, share pictures of cat smile, smile cat, share video of cat smile, smile , kucing senyum,
baby smile, budak kecil senyum, kompilasi budak kecil, baby compilation , budak kecik gambar, budak kecil senyum, bayi kecil senyum
Haiwan pun senyum??
Yang pasti, jangan biarkan anak-anak ini, terus menangis. Senyuman mereka ini, menjadi penawar duka dikala kesusahan yang melanda. Ada manisnya. Selamat bersenyum anda semua...(n_n)

P/s : Senyum-senyumlah selalu, InsyaAllah hati akan tenang juga selalu…(^_^)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...