Pages

BICARA IMAN


BICARA IMAN

Allah telah memuliakan kita dengan IMAN
IMAN ini menjadikan kita bernilai disisi Allah
IMAN yang Allah berikan kepada kita sangat tinggi nilainya.


Jika kita kembali kepada Allah dengan membawa IMAN sebesar
Zarah nescaya Allah akan menukarkan iman itu dengan syurga yang seluas 10 kali ganda dunia ini.


Kalimah IMAN jika ditimbang dengan 7 petala bumi dan 7 petala langit, nescaya berat lagi kalimah IMAN.

IMAN inilah yang akan kita bawa apabila kita tinggalkan dunia ini.
Semua milik kita akan kita tinggalkan melainkan IMAN.


Di saat- saat genting kita hendak meninggalkan dunia ini IMAN sangat- sangat diperlukan.
Hanya yang mati dengan kalimah IMAN akan selamat dan berjaya.


Soalan pertama didalam kubur ialah mengenai IMAN.
Di neraca timbangan kalimah IMAN akan memberatkan neraca kebaikan.
Di titian siratul mustaqim kalimah IMAN akan mencayahai kegelapannya.
Nilai syurga adalah IMAN.



Rasulullah SAW telah dihantar ke dunia ialah untuk usaha atas IMAN manusia.
Selama 13 tahun para Sahabat Ra usaha  atas IMAN dengan pengorbanan.


Rasulullah Saw adalah guru IMAN yang terbaik
Para Sahabat Ra ialah murid IMAN yang terbaik.


Jika kita usaha atas IMAN, IMAN akan meningkat.
Tanda IMAN meningkat ialah amal kita akan meningkat
Jika IMAN kita lemah, amal kita juga lemah.


Didunia syaitan dan nafsu berusaha merosakkan IMAN kita.
Untuk itu kita harus wujudkan mauhul IMAN.
Bila ada mauhul IMAN, umat akan muda ta`at perintah Allah.
Mauhul IMAN akan hidup dengan 5 amal.


1.         Tiga hari setiap bulan (72 jam duduk dalam suasana usaha atas IMAN)
2.       Dua gash setiap minggu ( 1 ditempat kita, 1 di tempat jiran)
3.       Dua taklim setiap hari (1 di rumah kita, 1 di masjid)
4.       Dua setengah jam setiap hari ( buat usaha bina mauhul iman di tempat/ masjid kita.)
5.       Fikir harian. (fikir bagaimana wujudkan/ kuatkan mauhul IMAN)

Dan pada malam hari kita bangun berdoa menangis ke hadrat ilahi memohon IMAN dan diwujudkan mauhul IMAN di tempat kita dan di seluruh alam.

Mutiara Para Dai, Abu Basyir Ad-Daiki Al-Jawi


******Iman amat bernilai dan berharga pada kita semua, iman ini lah yang menentukan masa depan kita. Jikalau cerah iman kita, mantap iman kita dan suci iman kita, maka segala perkara- perkara baik akan datang pada kita.





Jika saudara / saudari tidak dapat duduk dalam 5 amal buat lah dakwah, jumpa manusia dan cerita kebesaran Allah, kehebatan Allah dan keagungan Allah.. bangunlah time tengah malam doa dan nangis depan Allah minta Allah beri kita hidayah dan taufik… insya Allah…
Allah sentiasa mendengar rintihan hamba- hambaNya dan mengkabulkannya. Yakin lah pada Allah, nescaya kamu akan rasa 1 hal yang luar biasa pada hati kamu dan kehidupan kamu..



Kesempurnaan Akal Fikiran Rasulullah SAW



KESEMPURNAAN AKAL FIKIRAN NABI SAW

Akal yang sempurna, adalah pokok pangkal segala sifat terpuji dan pendoroang kepada tingkah laku yang terpuji dan pendorong kepada tingkah laku yang terarh, dengan petunjuk akal, dapat dibezakan antara yang baik dan yang buruk, serta membawa seorang mencapai sesuatu yang lebih utama. Sebagaimana kisahmasuknya Khalid bin walid ke dalam agama islam, tatkala ia dating menghadap nabu saw setelah ia mengucapkan salam, berkata : yaa rasulullah, aku menyasikkan bahawa tiada tuhan selain Allah, dan bahwa engkau adalah utusannya, nabi lalu mempersilakannya masuk dan duduk, kemudian nabi berkata kepadanya; segala puji bagi allah yang telah member petunjuk kepadamu, memang aku melihat engkau seorang yang berakal sihat, maka aku harap kiranya akal itu tidak akan membawamu melainkan kepada segala baik.

                At- Thabarani Meriwayatkan dari Gurrah Bin Hurairah bahawa tatkala Khalid datang menghadap Nabi Muhammad Saw berkata kepadanya : Kami yang selama ini: menyembah berhala sebagai tuhan, berseru memanggilnya namun benda itu mati, tidak sanggup menjawab, dan kami mencuba meminta daripadanya, akan tetapi tidak pernah ia memberi sesuatu kepada kami, lalu Allah memberi petunjuk dan hidayatNya, kami sekarang menyembah hanya kepada Allah semata -mata, maka Nabi menyambut dengan sabdanya: Bahagia benar siapa yang dikurniakan akal oleh Tuhan.

Dan bahawa akal fikiran Nabi Muhammad Saw telah mencapai puncak kesempurnaan yang tidak pernah dicapai oleh siapapun juga, sebagai nikmat kurnia Tuhan kepadanya hal itu telah ditegaskan oleh Allah dalam Firmannya :
Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis, berkat nikmat Tuhanmu,(Muhammad) sekali- kali bukan orang gila.
 (Al-Quran surah Al-Qalam 1-2)

Ertinya engkau wahai Rasulullah, akal fikiranmu berada di tingkat yang tertinggi, tuhan yang bersumpah dengan Nun, yang bererti limpahan kurnia ilahi, dan bersumpah lagi dengan Al-Qalam, pena yang berada di alam tertinggi, dan pernah suaranya didengar oleh nabi, tatkala menuliskan segala sesuatu, yang ada, yang sedang, dan yang akan terjadi, Allah bersumpah dengan makhluk- makhluk yang agung itu, untuk menegaskan kelas dan cerdas akal fikiran Nabi Saw dan bahawa baginda jauh daripada sifat hilang atau kekurangan akal.

                Dia adalah yang berakal sempurna, berilmu yang luas, betapa tidak bukanlah Allah memberikan kepadanya nikmat dan kurnia kenabian dan kerasulan, dan kepadanya Al-Quran wahyu ilahi yang penuh berisi segala ilmu pengetahuan yang tidak mungkin diemban melainkan oleh yang dikurnai tuhan sesempurna- sempurna akal dan fikiran.

Oleh kerana ia bukan seorang yang kehilangan atau kekurangan akal fikiran, ayat itu dengan tegas dan jelas membantah apa yang dituduhkan oleh lawan- lawanya, yang kafir dan ingkar kepadanya, kerana sungguh tidak logik dan tidak dapat digambarkan, bahawa seorang yang datang membawa Al-Quran yang penuh berisi Hikmat, Ilmu, dan pengetahuan itu sedang ia sendiri tidak berakal dan berfikir sempurna.

Waheb bin muhabbih, seorang tabi`in, dan dari padanya, Al-Bukhari dan Muslim, juga menerima riwayat beberapa hadis, bahawa ia berkata : aku telah membaca tujuh puluh satu kitab, yang diturunkan Allah dahulu kepada para nabiNya, dalam semuanya, aku dapati bahawa perbandingan akal fikiran yang dikurniakan Allah kepada manusia, dengan akal fikiran Muhammad S.A.W, ibarat sebutir dibandignkan dengan pasir- pasir yang ada di dunia ini, demikianlah yang tersebut dalam Syarhul Mawahib.

Dan kesempurnaan akal Nabi Saw serta pandangan yang jauh, jelas terlihat, dalam sikapnya menghadapi masyarakat sekelilingnya, yang tengah dilanda kemelut jahiliah dalam semua segi kehidupannya, akal manusia yang telah sesat itu, tidak mudah diubah menjadi akal budi yang lurus, benar, dan sihat, untuk itu memerlukan seorang pimpinan yang berpandangan jauh, berfikiran jernih, dan tidak ragu lagi bahawa ajaran yang ditegakkan oleh baginda itu, bersumberkan wahyu Tuhan seru sekalian alam, akan tetapi ajaran tuhan itu mencukupi akal fikiran yang cemerlang, dan sudah disempurnakan secara khusus bagi yang mengembangkan tugas berat itu.

Kesempurnaan akal Nabi Saw juga terlihat, pada cara baginda berdialog dengan penyembah- penyembah berhala, dan dalih- dalih mantap yang dikemukakan terhadap golongan Yahudi dan Nasrani, yang tidak terbantahkan dan tak sanggup disangkal atau dingkari.

Demikian juga akal fikiran baginda, terbukti kesempurnaannya dalam cara pengarahannya kepada pemuda yang datang, meminta izin agar ia diperkenankan melakukan zina atau perbuatan terlarang, Nabi Saw lalu bertanya kepadanya, sukakah perbuatan keji itu dilakukan orang terhadap ibumu? Atau terhadap saudara perempuanmu? Atau puterimu sendiri? Pemuda itu menjawab tegas tidak, demikian juga setiap orang tidak ada yang menyukai perbuatan itu dilakukan terhadap keluarganya, sambung Nabi Saw menjelaskan, maka timbullah kesedaran dan keinsafan dalam hati pemuda itu, kemudian ia berkata: Saksikanlah ya Rasulullah, bahawa aku benar- benar bertaubat, dari perbuatan durjana itu!

Dan kesempurnaan akal fikiran Nabi Saw tampak juga dalam mengambil sesuatu keputusan secara tepat dan bijaksana, seperti yang terjadi ketika suku Quraisy terlibat dalam pertentangan dan saling sengketa, tentang siapakah yang berhak melatakkan hajar aswad ke tempatnya semula di ka`bah Baitullah?

Hubairah bin waheb menceritakan peristiwa itu sebagai berikut : setelah suku Quraisy, selesai memugar Ka`Bah, maka timbullah perselisihan siapakah yang paling layak mengembalikan Hajar Aswad ke tempatnya semula? Setiap kabilah dan setiap kelompok sama mengingininya, kerana hal itu dipandang sebagai kehormatan dan kemulian yang tiada taranya, sehingga terjadi persahabatan dan pertentangan yang sengit, bahkan suasana semakin panas, dan mengarah kepada suatu pertumpuhan darah dan perang saudara, dengan segala akibatnya yang menyedihkan, suasana yang semakin lama semakin tegang itu, berlangsung empat atau lima hari, kemudian mereka bermusyawarah di Masjid Al Haram, dan bersepakat bulat, memutuskan : Bahawa siapapun yang datang pertama kali dan memasuki masjid hari itu dialah yang akan diserahkan untuk memutus perkara yang pelik itu, dan semuanya sama berikrar dan berjanji, akan mematuhi keputusan itu, secara kebetulan Nabi Saw lah yang pertama datang dan masuk pintu masjid hari itu, maka semua merasa gembira, dan serentak berkata : Tepat sekali dialah seorang yang jujur (Al-amien), kita semua akan menerima dengan senang hati, segala keputusan yang akan diambilnya, maka Nabi Saw mengambil sehelai serban yang dibentang dan meminta agar setiap ketua kabilah, memegang hujung serban yang telah terbentang itu, dimana Hajar Aswad sudah diletakkam di atas rentangan serban, kemudian serban itu diangkat  bersama-sama, setelah sampai dekat tempatnya semula, maka baginda sendiri meletakkannya, dengan keputusan yang bijaksana itu, maka kemulut yang nyaris membawa kemusnahan dan pergaduhan itu dapat diselesaikan, memutuskan semua pihak yang berselisih, dan diterima dengan perasaan lega.



Kami merinduimu YA RASULULLAH
di adaptasi dan sumber dari kitab Insan Kamil (Muhammad SAW) karangan As-sayyid muhammad alwy al-maliki.

Keindahan Nabi Muhammad SAW


Keindahan Nabi Muhammad SAW


Bahawa sudah cukup jelas, bahawa nabi kita Muhammad SAW di kurniakan Allah Azza Wajallah, seluruh sifat- sifat yang indah dan terpuji, namun semua sifat- sifat yang indah itu sangat bertalian dengan dua hal yang besar, pertama Keagungan dari sifat- sifat itu. Dan kedua Pancaran cahaya yang meliputinya,
kerana itu keindahan paras muka Baginda yang bersinar itu, tidak membawa akibat negative, bagi yang melihatnya.

Imam Ali Ka pernah berkata : Siapa yang melihatnya sepintas lalu. Pasti akan terpegun kerana kewibawaannya.


Sedang sahabat- sahabat lain berkata: Adalah Rasulullah Saw yang paling tenang, penuh wibawa, bila berada di suatu majlis. Menurut riwayat Abu Daud.


Ibnu Majah meriwayatkan, bahawa seorang datang menghadap Nabi Saw dengan menggigil ketakutan, maka berkata tidak mengapa, tenanglah hati anda..


Tatkala Amer Bin Ash menghadap Nabi untuk pertama kalinya ia berkata: Tak sanggup aku menatap wajahnya, kalau sekiranya orang bertanya kepadaku, tentang sifat- sifat beliau, rasanya tak sanggup aku menceritakannya, kerana mataku tak sepenuhnya dapat melihatnya. (Riwayat Muslim)


At- Tirmizi meriwayatkan dari Ibnu Abi Halah, bahawa bila Nabi S.a.w tengah berbicara, maka semua sahabat yang berada sekelilingnya tenang, sambil menundukkan kepala seolah- olah kepala mereka sedang di hinggapi burung.


Memang sahabat Nabi, tidak dapat memandang wajah Baginda dengan tajam, kerana keagungan dan wibawanya, yang dapat menceritakan dan mengambarkan sifat dan rupa beliau, adalah mereka yang masih kecil atau yang berada di bawah asuhannya sebelum masa kenabiannya, seperti Hindun Bin Abi Halah, dan Imam Ali ka.
Kerana keagungan dan kewibawaan itulah kirannya, maka siapapun yang duduk mendampinginya akan berdebar hatinya, terpengaruh oleh kewibawaan yang memancar dari pribadi agung nya, dan sebab itu, beliau selalu beramah tamah dan bersikap lemah lembut. Sekadar menenangkan dan menteramkan hati mereka.


Seorang wanita bernama Qiblah Binti Makram. Bercerita : Pernah aku melihat Rasulullah Saw duduk dengan tekunnya, tiba- tiba rasa takut menyelinap dalam hatinya. dan aku pun menggigil, kemudian terdengar suara orang berkata, Ya rasulullah kasihan benar wanita itu, ia menggigil takut akan engkau, maka beliau tampa melihatku, kerana aku berada di belakangnya berkata : kasihan benar ia, tenangkanlah hatimu; setelah ku dengar itu, segera lenyap rasa takut dari hatiku.


Dan Abi Mas`Ud Albadriy, menceritakan apa yang pernah dialaminya, ia berkata : Tatkala aku sedang mengajar(memarahi) seorang budakku tiba- tiba aku dengar suara dari arah belakang, mulanya aku tidak mempedulikannya, kerana amarahku sedang meluap. Rupanya itulah Rasulullah Saw dan ku melihatnya, maka cemeti yang ku pegang jatuh ke tanah, dan beliau berkata kepadaku : Demi Allah, tuhan dapat berbuat kepada dirimu, lebih dari apa yang engkau lakukan sekarang, maka dengan suara terkedu aku berkata : ya Rasulullah demi Allah aku tidak akan mengajar(merotani) lagi budakku sesudah ini.


Adapun pancaran nurani yang menghias Keindahan dan Keagungan Nabi Saw sebagai yang tersebut pada sifat- sifat dan gambaran wajahnya, maka itupun dalam erti yang hakiki, dan cahaya baginda adalah pertama yang dijadikan oleh Allah, seperti yang diriwayatkan oleh Hadis Jabir, dan menurut Azzarqani, hadis itu juga diriwayatkan oleh Al-Naihagiy, dan tidak bertentangan dengan hadis riwayat At-Tirmizi, bahawa makhluk pertama yang dijadikan Allah adalah Alqalam sebab antara keduanya dapat disesuaikan pengertiannya, Hadis Jabir yang meriwayatkan, bahawa Nur Muhammad lah yang pertama dijadikan oleh Allah, bererti bahawa Allah yang menjadikan segala jenis cahaya, menciptakan Nur Muhammad, sebelum cahaya- cahaya lainnya.





Dan yang dapat memperkuatkan tentang Nur Muhammad ini, ialah hadis yang diriwayatkan oleh Ali Bin Husain Ra dari ayahnya Ali Bin Abi Thalib Ra bahawa Nabi Saw bersabda :


“Dahulunya aku ini cahaya di hadapan Tuhanku”. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnul Qathaan, seorang ahli dalam ilmu hadis yang terkenal sangat cermat dalam meneliti riwayat dalam sanad hadis, Allah Swt Berfirman
Sesungguhnya telah datang kepadaku cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkan
(Al Quran Surah Al Ma`Idah : 15)


Sebahagian ulama menafsirkan cahaya dalam ayat ini, ialah Muhammad, demikian dalam tafsir Athabariy, Ibnu Abi Hatim, dan Alqurtubiy yang mengutip tafsiran Qatadah.
Di samping itu, riwayat- riwayat yang cukup banyak, disaat kelahiran Nabi Saw di mana, ditambah lagi dengan hadis riwayat At-Thabarani; kami melihat cahaya memancar dari padanya.


Dan hadis Riwayat Ibnu Abbas : Bila Rasulullah berbicara bagaikan cahaya bersinar dari arah mulutnya ( Riwayat At-Tirmizi dan Addarimizy) demikian juga Ibnu Abi Halah menurut riwayat At-Tirmizi yang lain dalam menceritakan sifat- sifat Nabi Saw berkata- ia diliputi oleh sinar cahaya, dan Aisyah berkata sedang aku duduk bersama Nabi Saw yang tengah memperbaiki sepatunya, maka ku lihat keringat beliau membasahi keningnya, dan kulihat keringat itu berkilauan, aku pun hairan tercengang, lalu Nabi Saw berkata kepadaku : mengapa engkau tercengan hai Aisyah? .Kerana keningmu yang berkeringat menyinarkan cahaya jawabku cepat.





Memang ada segelintir orang, yang memahami erti Nur Muhammad bahawa nabi adalah cahaya, sehingga dibayangkan olehnya, seolah- olah baginda itu seperti pelita yang menyorotkan cahaya, pada hal Nabi Saw jauh lebih mulia dan agung, dari anggapan yang demikian, ada kalanya memang cahaya dalam erti hakiki nampak terlihat dari padanya, seperti cahaya yang memancar dari benda yang bersinar lainnya, namun itu tidak selalu terjadi, hanya dalam rangka Mu`Jizat- Mu`Jizat Baginda Saw. Bahkan hal itu pernah terjadi sementara pada diri sahabat Nabi Saw.


IndaHnya Rasulullah SAW kita (^_^).
alfikirummat.blogspot.com

Kami merinduimu YA RASULULLAH
di adaptasi dan sumber dari kitab Insan Kamil (Muhammad SAW) karangan As-sayyid muhammad alwy al-maliki.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...