Pages

MAHASISWA PENCETUS REVOLUSI

MAHASISWA PENCETUS REVOLUSI

Mahasiswa/I merupakan golongan muda yang aktif dan bergerak secara sistematik mengikut bidang-bidang tertentu. Golongan ini terdiri daripada kaum muda sekitar 19-28 tahun atau middle-age yang giat mencorak ideologi dan matlamat dalam kalangan remaja. Mereka terkenal sebagai harapan negara dalam menentukan masa depan keadaan dan status negara. Dalam struktur pendidikan Malaysia, universiti merupakan peringkat tinggi pengajian pelajar, dimana mereka akan memegang sekalung sijil.  

Setiap mahasiswa/i bukan sahaja menjalankan peranan berdasarkan bidang yang diceburinya, tetapi juga membincangkan dan bertindak kepada isu-isu semasa terutama yang melibatkan mereka sendiri. Sejarah silam telah membuktikan bahawa pelajar di peringkat institusi pengajian tinggi mempunyai pengaruh yang besar dan mampu menentang kuasa autoriti yang mencetus kepada revolusi kepada sesebuah negara. Contohnya, kerajaan De Gaulle Perancis yang jatuh pada tahun 1968 disebabkan oleh gerakan mahasiswa/i yang bertindak melancarkan protest penentangan, para buruh dan seluruh lapisan masyarakat turut bangkit dan menyokong tindakan mahasiswa/i. Peristiwa ini merupakan sejarah terbesar di Perancis pada abad ke-20. Selain itu, tumbangnya kerajaan republik pertama autokratik Korea Selatan pada tahun  1960, yang dikenali sebagai peristiwa The April Revolution atau 19 April Movement juga diketuai oleh mahasiswa/i. Peristiwa ini menyebabkan peralihan kuasa kepada Republik kedua. Pada masa kini, Malaysia juga digegarkan oleh kelompok mahasiswa/i yang menentang secara terbuka bagi menuntut hak rakyat dan mempersoalkan kredibilit pemerintah. Peristiwa ini terjadi semasa kempen pilihanraya umum ke-13. Tuntasnya, ketiga-tiga peristiwa ini boleh menggambarkan bahawa mahasiswa/i sangat berpengaruh sama ada dalam soal sosio-ekonomi mahupun politik.

Para mahsiswa/i adalah kelompok yang bertanggungjawab kepada pencetus revolusi dan evolusi dunia moden, tindakan mereka berasaskan kaedah pengetahuan, menyebabkan pergerakkan mereka menerima tentangan secara terbuka daripada pihak pemerintah. Mengikut pemahaman islam, setiap manusia bertanggujawab keatas bumi yang dipijak kerena Allah SWT telah melantik manusia sebagai khalifah:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi...”  (al-Baqarah: 30).

Oleh kerana Tuhan telah melantik manusia sebagai khalifah, yakni pemimpin juga ketua di bumi, wajiblah keatas diri setiap mahasiswa/i untuk memakmurkan bumi. Maksud makmur mengikut Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), makmur bersinonim dengan mewah, kaya raya, kaya, maju, berjaya, berkembang, serba cukup, sejahtera, berhasil dan beruntung. Atas maksud itulah, mahasiswa/i harus memerah tenaga dan mengambil segala peluang, masa dan bidang yang diceburi untuk memakmurkan bumi ini. Sudah tentu perkara ini bukanlah usaha yang sia-sia,malah tindakan ini meningkatkan tahap prestasi mahasiswa/i disamping, menyemarakkan lagi semangat dikalangan mahasiswa/i untuk berbakti kepada negara,bangsa dan agama.

Setiap mahsiswa/i harus memperkasa potensi diri agar lebih berdaya saing dan menjadi produk yang berkualiti untuk menjana kemakmuran bumi. Rasa tangunggjawab untuk memakmurkan bumi harus ada dalam diri setiap mahasiswa/i, agar tenaga yang ada dapat disalurkan dengan berkesan dan otak dapat memikiran variasi kaedah dan sumbangan bagi memakmurkan  masyarakat, penguasaan apa jua bentuk ilmu yang bermanfaat harus dimonopoli oleh para mahasiswa/i. Di samping, para mahasiswa/i harus tampil sebagai wakil kepada masyarakat dalam isu-isu semasa samaada dalam forum ataupun diskusi antara mahasiswa bersama pemimpin negara.

 “ with realization of one`s own potential and self confience in one`s ability, one can build a better world”  Dalai Lama.


Mohd Qazar Yusop
UNITEN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...