Pages

CINTA



Ramai mentafsir pelbagai definisi cinta, ada yang berbunga ada yang berhempedu. Setiap manusia mempunyai presepsi dan tindak balas mengenai cinta, maksud cinta, sifat cinta dan lain-lain mengenainya. Bahkan, hampir separuh masa hidup manusia dipenuhi dengan elemen cinta, ada yang sibuk mengurus cintanya, dan tidak kurang pula dengan manusia yang berusaha mendapatkan cintanya. Dikala, jarum saat bergerak menghitung hari, putik putik cinta antara manusia terus terjalin. Cinta amat sukar untuk dirungkai, ianya bersifat sulit serta sukar mentafsir elemen-elemen yang terdapat dalam cinta.

Cinta adalah umum, ianya berkait rapat dengan sifat sayang dan kasih yang tersemat dalam hati manusia. Keindahan dan kebahagiaan cinta itu dapat dirasai melalui sejauhmana elemen percintaan itu dialami. Hidup diatas muka bumi yang dipenuhi dengan pelbagai ciptaan Tuhan seperti haiwan & tumbuh-tumbuhan dikelingi oleh elemen percintaan. Melalui elemen cinta, terjalin ikatan sayang dan kasih atas ciptaan ini, seperti manusia memelihara haiwan kesukaan dan menanam bunga-bungaan. Sudah pasti, rasa bahagia terjalin pada keadaan tersebut dan ini ialah salah satu elemen cinta. Hati akan kosong jikalau tidak semai dengan elemen percintaan, dan keikhlasan sudah pastinya pudar, apatah lagi kebahagiaan, pasti tidak dapat dinikmati dengan sepenuhnya. Hal ini, akan membuat jiwa rasa suram yang boleh mengakibatkan rasa lemah, malas dan tekanan.

Kewujudan tahap cinta itu boleh diukur melalui sejauhmana pengorbanan yang dilakukan pada cinta, kerana cinta itu memerlukan tindak balas antara dua, tiga atau lebih yang terlibat. Terdapat golongan yang begitu taat kepada perintah Tuhan, melapangkan masa mereka untuk melaksanakan segala suruhan Tuhan dan menahan kehendak mereka daripada melanggar perintah Tuhan. Ini adalah contoh, golongan yang mempunyai tahap cinta yang tinggi kepada Tuhan. Selain itu, ada juga manusia yang berkorban melakukan apa sahaja untuk membuktikan rasa cinta mereka kepada manusia yang mereka cintai. Kesan daripada, setiap manusia mempunyai presepsi yang berbeza mengenai cinta dan bagaimana untuk menikmatinya, mereka menghadapi serta melalui jalan cinta yang berbeza. Ada yang berduka, ada yang gembira, ada yang terkandas, ada yang hilang arah.

Pokoknya, cinta itu umum. Dan ianya adalah sifat semulajadi yang ada pada setiap makhluk yang bernyawa. Cinta tidak tertumpu kepada satu titik ruang kehidupan dan tidak terhad digarisan sempadan. Ianya boleh berlaku secara spontan atau dirancang. Oleh kerana, cinta itu adalah sifat semulajadi yang ada pada manusia, ianya bergantung penuh kepada amalan untuk kita mengatur dan mengurus cinta. Ini adalah bukti mengapa dalam seruan agama, ilmu itu membatasi segalanya. Kerana ilmu dapat membantu secara langsung kepada tindakan dalam urusan percintaan. Manusia, yang bercinta tidak disertai oleh ilmu, sudah pasti elemen percintaan akan pudar. Sebaliknya, apa yang dilakukannya adalah perbuatan yang merosakkan jiwanya sendiri. Seperti manusia yang terlalu leka dibuai keseronokkan nafsu, hanya akan mendapat kebinasaan seperti rosaknya moral dan hilang tujuan hidup. Akhirnya, mereka mendakwa bahawa percintaan mereka gagal. Tetapi sebenarnya, mereka tidak ada ilmu yang cukup dalam mengawal sifat cinta.

qazar.



KEMERDEKAAN YANG DIANIYA.


Merdeka menurut pengertian Dewan Bahasa Dan Pustaka,

“(Merdeka) bebas (darrpada penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (daripada tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pada yang lain.”

Kamus Dewan Edisi Keempat

Pada tahun 1957 bertarikh 31 Ogos, wakil Queen Elizabeth ll , Duke of Gloucester menyerahkan Watikah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra yang merupakan Perdana Menteri 1 Malaysia seterusnya mewakili rakyat Malaysia ketika itu. Penyerahan watikah perlembagaan ini menandakan bahawa Persekutuan Tanah Melayu tidak lagi bernaung dibawah jajahan british dan berhak membentuk sebuah perlembangaan yang dilakar oleh rakyat Malaysia seterusnya menjadi lambang kepada sebuah Negara yang Merdeka.

Sejarah menyatakan bahawa pada 31 Ogos 1957, adalah hari merdeka Persekutuan Tanah Melayu, dan ketika itu nama Malaysia tidak terkandung dalam dokumen kemerdekaan. Pada 27 Mei 1961, Perdana Menteri Pertama Persekutuan Tanah Melayu, menggagaskan perlunya wujud kerjasama ekonomi dan politik antara Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak, Brunei & Singapura dan gagasan ini terima dalam Mesyuarat Parlimen Komenwel Tanah Melayu dan Borneo yang bersidang di singapura pada 23 Julai 1961.

Hasil daripada babak rundingan gagasan kesatuan dan kerjasama ekonomi-politik, sebuah perjanjian penting telah ditandatangani oleh wakil-wakil Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah & Sarawak bagi membentuk sebuah persekutuan bersama yang digelar sebagai Negara Malaysia , di Pejabat Perhubungan Komenwell Di Malborough House, London. Dan akhirnya, pada tanggal 16 September 1963, di Stadium Merdeka Kuala Lumpur berlangsung Upacara pengisytiharan Malaysia oleh YTM Tunku Abdul Rahman di hadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia. Namun, malang tidak berbau, pada tahun 1965 YTM Tunku Abdul Rahman telah menyingkirkan Singapura daripada Malaysia atas sebab konflik politik yang berlaku ketika itu.

Ini merupakan sejarah ringkas terwujudnya Negara Malaysia yang berdaulat. Sememangnya, setiap negara yang merdeka mempunyai sistem eksekutif, perundangan, & kehakiman yang termaktub dalam perlembagaan negara. Ini termasuklah, hak-hak ekslusif rakyat jelata. Seperti yang terkandung dalam bab 4 perlembagan Malaysia, kebebasan asasi seperti;
1. Kebebasan diri
2. Keabdian dan kerja paksa
3. Kesamarataan di sisi undang-undang
4. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak
5. Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan
6. Kebebasan beragama
7. Kesamarataan dalam pelajaran
8. Hak untuk berharta
9 Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang.
Perkara yang terkandung dalam bab 4 ini adalah antara salah satu Kemerdekaan yang dikecapi oleh rakyat. Hal ini tidak akan berlaku di negara-negara yang masih dibawah naugan penjajah kerana mereka tertakluk kepada undang-undang penjajah.

Melihat kepada isu yang berlaku pada tahun ini, bolehlah kita simpulkan bahawa tahun 2015 tahun gelap negara Malaysia, ini adalah kerana sistem pentadbiran negara kelihatan goyah!, ekonomi negara berada dalam keadaan yang membimbangkan! Dan kuasa kehakiman dipersoalkan! Nasib malang yang menimpa negara Malaysia pada hari ini, jelas memberi kesan yang amat dalam kepada perpaduan serta kesimbangan kehormonian rakyat Malaysia. Sudah pasti peristiwa ini terlakar di sudut hati rakyat Malaysia.

Sebenarnya, Malaysia tidaklah menghadapi keadaan getir disebabkan oleh keadaan politik dan ekonomi semata-mata. Tetapi, ada perkara yang sangat mustahak dan lebih sulit untuk diperkatakan kerana ianya bersifat global dan mendapat sokongan kuat daripada pihak luar. Sudah semestinya, hal ini mencabul 2 daripada 5 rukun negara iaitu, keluhuran perlembagaan & kedaulatan undang-undang.

“ Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.”
“Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.” [1]

“Mesyuarat merakamkan rasa dukacita dan menentang sekeras-kerasnya cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dan berharap pihak Kerajaan tidak akan membincangkan perkara ini dalam Parlimen kerana ia akan menghakis hak dan kepentingan agama Islam dan orang Islam.” [2]

“ Tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dianggap tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
“Antara tuntutan yang dikemukakan Comango adalah hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak kesamarataan agama di negara ini.” [3]

Berbalik kepada asas, apakah kita sudah merdeka? Ya! Sudah semestinya. Namun, ramai antara kita yang tidak tahu menghargai erti kemerdekaan yang sebenar, apa yang perlu dipelihara dalam sebuah negara yang merdeka, apa yang perlu diperjuangan dalam sebuah negara merdeka. Persoalan ini, penulis tinggalkan sebagai pertanyaan diminda para pembaca. Renungkanlah kembali, apa yang kita lakukan dalam melestarikan pembangunan negara Malaysia yang berdaulat? Penulis melihat, terlalu ramai golongan muda yang fokus dan taksub kepada soal-soal politik negara, yang akhirnya penglibatan mereka sedikit sebanyak membuka ruang kepada musuh-musuh negara menghancurkan keluhuran perlembangaan Malaysia.

Mohd Qazar Yusop

31 Ogos 2015

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...