Pages

Ikhtiar.


Mengikut kamus pelajar edisi ke 2.  Ikhtiar bermaksud.

" Daya usaha yang dilakukan untuk mencapai sesuatu: Bermacam-macam ~ telah dilakukan tetapi penyakitnya belum juga sembuh. berikhtiar mencari jalan untuk mendapatkan sesuatu; berusaha: Kerajaan sekarang sedang ~ utk menolong petani-petani. mengikhtiarkan mengusahakan sesuatu supaya berhasil; mencari akal: Mereka berjanji akan ~ pengumpulan wang utk membantu pelajar itu meneruskan pelajarannya.

Berdasakan penjelasan daripada kamus pelajar edisi ke 2, secara jelas dinyatakan bawah ikhtiar adalah satu perbuatan yang memerlukan daya usaha. Selagi berkeupayaan maka usaha tetap dijalankan, tidak ada alasan bagi manusia yang sempurna fizikal dan akal untuk diam menunggu bulan jatuh ke riba. Kecuali bagi mereka yang kurang upaya dan tidak sempurna akal.



Menyerah kalah dan bergantung kepada takdir adalah salah satu prinsip yang salah, prinsip yang membantutkan kegemilangan dan meletakkan seorang terus menerus dalam keadaan mat jenin, yakni panjang angan-angan.

Seorang manusia yang suka meminta-minta adalah amat ditegah, sebaliknya dia seharusnya berikhtiar untuk mendapatkan sesuatu yang di inginkannya. Walapun hasil ikhtiarnya tidak seperti yang di jangkannya, tetapi itu adalah yang terbaik. Terbaik daripada meminta-minta.

Diriwayatkan dari Sahabat ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiyallahu 'anhuma, ia berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Seseorang sentiasa meminta-minta kepada orang lain sehingga ia akan datang pada hari Kiamat dalam keadaan tidak ada sekerat daging pun di wajahnya"    Muttafaqun ‘alaihi.

Abdullah bin Amru melaporkan, Nabi Muhammad menjelaskan, "Bahagialah orang yang masuk Islam dan diberi reziki yang mencukupi keperluannya tanpa dia perlu meminta-minta daripada orang lain. Serta Allah memberikannya rasa cukup dan puas atas apa yang diberikan oleh Allah kepadanya."   Hr Muslim.

Seorang manusia haruslah memulakan perbuatan yang baik, kerana ikhtiar yang berlandaskan kebaikan menghasilkan ganjaran pahala. Bertentangan dengan ikhtiar yang didasari dengan kelicikan pasti memudaratkan dan dicatit padanya dosa.

Nabi Muhammad SAW menjelaskan, "Sesiapa yang memulakan perbuatan yang baik, dia mendapat pahala daripada perbuatannya itu, dan juga pahala orang yang mencontohi perbuatannya itu, tanpa mengurangi sedikit pun pahala yang mereka terima. Sesiapa yang memulakan perbuatan jahat, dia mendapat dosa daripada perbuatannya itu, dan juga dosa orang yang mencontohi perbuatannya itu, tanpa mengurangi sedikit pun dosa yang mereka terima.".   Hr Muslim.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dunia ini luas, peluang-peluang kejayaan menanti di hadapan, terdapat banyak jalan dan keadah untuk mencapai setiap matlamat yang di idam-idamkan. Apabila ikhtiar mula difikirkan maka angan-angan akan berkurangan, seterusnya akan wujud tenaga dalaman yang menoloknya untuk melaksanakan ikhtiar bagi mencapai matlamat tersebut.

Mari kita renungkan firman Allah Taala,

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. "   Surah ar-Ra`ad ,ayat 11

Firman Allah Taala ini memberi erti seseorang hamba yang mengharapkan nasib yang baik perlulah mereka menjalankan usaha ikhtiarnya. Kalau tidak berbuat demikian, sudah pasti mereka tidak mencapai segala apa yang dicita-citakan.

Firman Allah Taala ini juga memberi erti Allah s.w.t menyuruh dan menggalakkan hamba-Nya bekerja dan berusaha tanpa berpeluk tubuh dan berpangku diri sahaja. Dalam al-Quran terdapat beberapa ayat yang menunjukkan bahawa nasib seseorang hamba itu adalah mengikut usaha dan ikhtiar mereka sendiri.

Firman Allah Taala,

" Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya, bagi mereka balasan apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula balasan apa yang kamu usahakan, dan kamu tidak ditanya (atau dipertanggungjawabkan ) tentang apa yang mereka telah lakukan."   Surah Al-Baqarah, ayat 134.

Firman Allah Taala,

" Orang -orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, (maka berusahalah kamu)." Surah an-Nisa, ayat 32.

" Dan sesiapa yang melakukan sesuatu dosa, maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana) yang menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah!) Allah sentiasa mengetahui, lagi Maha Bijaksana" Surah ar-Ra`d , ayat 111.


Maka, apabila anda berikhtiar untuk memperolehi sebuah kejayaan pasti bulan akan jatuh ke riba. Sewaktu berikhtiar amat digalakkan untuk kita bertawakkal kepada Allah SWT.

 " Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan memberikan baginya jalan ke luar (bagi semua urusannya). Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (segala keperluan)nya” Surah ath-Thalaaq , Ayat 2-3.

Setelah berusaha kita serahkan keputusan usaha tersebut kepada Allah SWT, dalam keadaan yakin kepadaNya, JanjiNya pasti Dia tunaikan, yakni mencukupkan segala keperluan-keperluan kita.

Berputus asa daripada berusaha atapun malas untuk mengubah nasib adalah suatu kerugian yang amat besar ia merupaka kezaliman yang dilakukan keatas diri. Sedangkan, bumi ini begitu luas dan langit amatlah tinggi tambahan pula seruan berikhtiar amat digalakkan. Janganlah meletakkan diri dalam keadaan posisi tercerot, hanya memandang dan tumpang gembira atas kejayaan orang lain. Detik manis ialah apabila kita mencapai kejayaan hasil daripada daya usaha yang kita curahkan. Oleh itu, tidak ada alasan untuk gagal dalam hidup.



Mohd Qazar/Abdulllah ibnu saiyari.

Isteri anugerah Terindah.


Seorang lelaki yang sah bernikah dengan seorang wanita, dipanggil pasangan suami isteri. Di antara mereka tidak ada hijab yang membatalkan setiap tingkah laku mereka bersama asalkan hukum syarak dipatuhi. Malahan, setiap pemberian kebajikan termasuk nafkah zahir & batin suami kepada isteri menghasilkan ganjaran pahala. Pahala yang menyeburkan perasaan kasih & sayang diantara keduanya.



Namun, sejak akhir ini. Kes pertelingkahan,pergaduhan dan ketidaksefahaman pasangan suami isteri sehingga ke dewan mahkamah kian berlaku. Tidak sampai sebulan sudah ada pasangan yang memfailkan cerai. Masalah ini, adalah rumit untuk ditangani. Kerana ehwal rumah tangga tangunggjawab pasangan sepenuhnya. Detik bahagai & derita dipandu oleh pasangan suami isteri.

Lelaki adalah pemimpin kepada pasangannya. lelaki bertanggungjawab sepenuhnya mendidik & mengurus isterinya sebaik mungkin, bagi menjamin kesejahteraan rumah tangga. Jika lelaki lalai, keberangkalian pasangannya akan lebih lalai dari menunaikan kewajipannya.

Sepatutnya lelaki, tidak berhenti dari mencari ikhtiar dan tidak terus memilih jalan singkat yakni bercerai. Sebaiknya suami terus berusaha tidak apa dalam apa jua bentuk usaha asalkan tidak menyalahi syarak. Ini kerana syarak adalah panduan dan sempadan tatacara & tatatertib islam.



" Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda “Hendaklah kamu saling meminta nasihat tentang perkara-perkara kebaikan kepada kaum wanita kerana sesungguhnya kaum wanita dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk ialah yang paling atas. Jika kamu membetulkan dengan kekerasan nescaya ia akan patah, jika ditinggalkan (dibiarkan tanpa nasihat) nescaya kekal ia dalam keadaan bengkok maka saling menasihatilah dengan penuh kesabaran dan berlemah lembut”.


Maka apabila lelaki menuinakan tanggungjawabnya dengan baik, dan mendidik serta mengurus isterinya dengan hikmah. Terbinalah sifat tangunggjawab didalam diri isteri kepada suami, wujudlah keadaan yang damai dan bahagia.



" Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar." 

Surah : An- Nisaa  Ayat :34


Kepada pasangan-pasangan yang berada diluar sana, hidup adalah satu anugerah ilahi. Bukan semua manusia yang dapat menikmati hidup berpasangan. Ada yang membujang seumur hidup, ada pula yang sampai ajal terlebih dahulu. Hargailah setiap nikmat-nikmat Allah SWT yang kurniakan. Nescaya rahmat akan melimpah limpah keatas kamu.



" Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai, dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang yang beriman."

Surah : AL-BAQARAH   Ayat : 223







" Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasang-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda-benda yang baik lagi halal maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?"

Surah : AN-NAHL          Ayat : 72



" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."

   Surah : AR-RUUM           Ayat : 21


Elakkan penceraian, Dapatkan kebahagian :)


"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),maka pasti azab-Ku sangat berat."

Surah : IBRAHIM   Ayat : 14


Mohd Qazar/Abdullah ibnu Saiyari. (16/2/14)





"Ya Ilahi, alam ini adalah taman Engkau"










Hazrat Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, " Seorang penyeru akan menyeru pada hari kiamat, di manakah mereka yang bijak?" Orang ramai bertanya, "Siapakah yang dimaksudkan orang bijak?" Jawab Baginda SAW, "Mereka itu ialah orang yang mengingati Allah SWT sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring (yakni dalam setiap keadaan mereka mengingati Allah SWT). Dan mereka memikiran tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata, "Ya Allah, tidaklah Engkau mencipta ini (semua) dengan sia-sia. Maha Suci Engkau maka peliharalah kami daripada siksaan api neraka," Satu bendera akan disediakan untuk mereka. Mereka semua akan mengikuti bendera itu dan dikatakan kepada mereka, "Masuklah ke dalam syurga untuk selama-lamanya." (Targhib)

Penjelasan oleh Sheikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya RAH.

"Memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi" bermaksud memikirkan mengenai tanda-tanda kekuasaan Allah SWTT dan keajaiban hikmah-hikmahnya. Perkara ini akan meneguhkan lagi makrifatNya.

"Ya Ilahi, alam ini adalah taman Engkau"

Ibnu Abidunia rah. meriwayatkan sebuah hadith mursal bahawa pada suatu ketika Rasulullah saw pergi kepada sekumpulan para sahabat ra yang sedang duduk berdiam diri. Rasulullah SAW bertanya, "Apakah yang kamu fikirkan?" Mereka menjawab, "Kami memikirkan tentang ciptaan Allah SWT."Rasulullah SAW bersabda, "Baik. Jangan sekali-kali memikirkan tentang zat Allah SWT (kerana zatNya itu tidak dapat difikirkan) tetapi fikirkanlah tentang ciptaanNya."

Sekali seorang sahabat ra berkata kepada Hazrat Aisyah rh, "Ceritakanlah tentang mana-mana amalan Baginda SAW yang aneh." Beliau berkata, "Tidak ada amalan Baginda SAW yang tidak aneh. Sekali peristiwa Rasulullah SAW datang ke tempat tidur lalu baring dan berselimut bersamaku. Kemudian Baginda SAW berkata, "Biarkanlah aku beribadat kepada Tuhanku".,Baginda SAW pun bangun lalu berwuduk dan mendirikan solat sambil menangis sehingga air mata mengalir membasahi dadanya. Begitulah juga keadaan Baginda SAW ketika rukuk dan sujud. Sepanjang malam begitulah keadaan Baginda SAW sehingga Bilal ra datang memanggil Baginda SAW untuk solat subuh. Saya berkata, "Ya Rasulullah tidakkah telah dijamin keampunan untukmu? Tetapi, mengapa Tuan menangis begitu sekali?"Rasulullah SAW bersabda,"Tidakkah sepatutnya aku menjadi seorang hamba Allah yang bersyukur?" Kemudian Baginda SAW bersabda lagi "Mengapa tidak aku menangis sedangkan pada hari ini telah diturunkan ayat-ayat berikut,

A190


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
(A-li'Imraan 3:190)


A191

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
(A-li'Imraan 3:191


Seterusnya Rasulullah SAW bersabda, "Kebinasaan bagi orang yang membaca ayat-ayat tersebut tetapi tidak merenung dan memikirkan tentangnya."

Amir bin Abdi Q`ais rah.berkata bahawa beliau mendengar daripada sahabat, bukan hanya daripada seorang, dua atau tiga orang tetapi daripada sebilangan besar para sahabat bahawa, merenung dan berfikir akan ciptaan Allah SWT adalah nur dan cahaya iman.

Hazrat Abu Hurairah ra meriwayat daripada rasulullah SAW bahawa terdapat seorang yang berbaring di bumbung rumahnya( biasannya rumah orang arab berbumbung landai) sambil memandang le langit dan bintang-bintang lalu berkata, "Demi Allah, aku yakin bahawa ada zat yang menciptakan semua ini. Ya Allah, ampunilah aku."Maka rahmat Allah tertumpu kepadanya lalu dia diampuni.

Hazrat Ibnu` Abbas ra berkata bahawa berfikir seketika adalah lebih daripada beribadat sepanjang malam. Demikian juga diriwayatkan dariada Hazrat Abu Dard ra dan Anas ra.

Diriwayatkan juga kepada Hazrat Anas ra bahawa berfikir seketika (tentang kejadian-kejadian Allah) adalah lebih baik daripada beribadat selama lapan puluh tahun. Seorang bertanya kepada Ummi Darda tentang ibadat Hazrat Abu Darda ra yang paling afdal. Jawabnya, "Merenung dan berfikir (tentang kejadian-kejadian Allah).

Hazrat Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,"Berfikir seketika adalah lebih baik daripada beribadat selama enam puluh tahun".

Walaubagaimanapun riwayat-riawat di atas bukanlah menunjukkan bahawa ibadat-ibadat yang lain tidak perlu dikerjakan. Setiap ibadat mempunyai kedudukan dan kepentingan yang tersendiri, sama ada ibadat fardu,sunat ataupun harus. Apabila mana-mana satu daripada ibadat-ibadat itu ditinggalkan maka balasan azab yang dikenakan setimpal dengan kedudukan ibadat itu.

Imam Ghazali rah. telah menulis bahawa merenung dan berfikir dikatakan ibadat yang paling afdal kerana hakikat zikir sudah sememangnya tersirat dalam perbuatan itu. Melalui merenung dan berfikir dua manfaat lagi akan diperoleh. 1. "Makrifatullah"(Mengenali Allah SWT) yakni merenung dan berfikir adalah kunci makrifat. 2., cinta kepada Allah SWT, akan tercapai melalui berfikir. Merenung dan berfikir inilah yang dikatakan muraqabah oleh para ulama tasawuf dan banyak hadith membuktikan kelebihan muraqabah.

Dalam kitab Musnad Abu Ya`la diriwayatkan dairpada Hazrat Aisah rah bahawa beliau berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa zikir khafi (zikir di dalam hati) yang tidak didengar oleh malaikat pun menghasilkan ganjaran tujuh puluh kali ganda".
Apabila Allah SWT menghimpunkan seluruh manusia pada hari kiamat untuk dihisab dan malaikat Kiraman Katibin membawa buku buku amalan manusia maka Allah SWT akan  berfirman kepadanya,"Periksalah amalan si fulan kalau-kalau masih ada yang tertinggal?" Malaikat menjjawab, "Tiada sesuatu amalan pun yang kami tidak catit dan semua amalan disimpan rapi." Allah SWT akan berfirman. "Ada lagi amal kebajikannya di sisi Kami yang kamu tidak mengetahuinya iaitu zikir khafinya (zikir dalam hatinya)".
Imam Baihaqi rah. juga meriwayatkan hadith ini daripada Hazrat Aishah rah di dalam kitab "Shu`ab" bahawa zikir yang tidak didengar oleh malaikat adalah tujuh puluh lebih afdal daripada zikir yang didengar ileh malaikat. Inilah yang dimaksudkan oleh satu ungkapan syair,.

"Terdapat rahsia anata 'asyik (pencinta) dan maksyuk (yang dicintai) yang malaikat (Kiraman Katibin) pun tidak mengetahuinya"


Maka alangkah bahagianya mereka yang sesaat pun tidak lali (daripada mengingati Allah). Ibadat-ibadat zahir mereka tetap mendapat ganjaran pahala. Tambahan pula zikir dan fikir yang dilakukan pada setiap masa dan dalam setiap keadaan dalam seluruh hidupnya akan mendatangkan ganjaran yang tujuh puluh kali ganda itu. Inilah perkara yang sangat-sangat mendukan syaitan.

Diriwayatkan daripada Junid rah. bahawa beliau telah bermimpi. Dalam mimpinya itu beliau melihat syaitan berada dalam keadaan berbogel. Beliau bertanya kepadanya,"Tidakkah engkau malu berbogel di hadapan manusia?" Dia menjawab, "Adakah mereka itu manusia? Manusia yang sebenarnya ialah mereka yang sedang berada di Masjid Syuniziah yang telah menyebabkan badanku kurus dan telah menghanguskan hatiku."
Hazrat Junaid rah. berkata, "setelah itu aku pun pergi ke Masjid Syuniziah. Di sana aku dapati beberapa orang yang duduk bertongkat dagu (dalam keadaan bermuraqabah). Apabila mereka melihat daku, mereka berkata "Jangalah engkau terpedaya dengan kata-kata syaitan yang terkutuk itu."

Kisah yang hampir-hampir sama diriwayatkan dairpada Masuih rah. Beliau telah melihat syaitan yang berada dalam keadaan berbogel. Beliau bertanya kepadanya,"Tidakkah engkau malu berjalan di tengah-tengah manusia dalam keadan berbogel?"
Dia menjawab ,"Demi Allah, ini bukanlah manusia. Sekiranya mereka ini manusia maka sudah tentu aku tidak bermain dengan mereka seperti kanak-kanak bermain bola. Manusia yang sebenarnya ialah mereka yang menyebabkan badanku sakit." Sambil menunjuk kepada segolongan ahli-ahli sufi.

Abu Sa`id Khazzar rah. berkata, "Aku melihat dalam mimpi syaitan menyerang aku. Akupun memukulnya dengan kayu tetapi dia tidak menghiraukannya sama sekali. Tiba-tiba aku terdengar satu suara ghaib yang mengatakan bahawa dia tidak takut dengan benda itu tetapi dia takut hanya dengar nur hati (yakni ia tidak dapat dihalau dengan kayu tetapi ia dapat dihalau dengan nur iman)."

Hazrat Sa`ad ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik-baik zikir ialah zikir khafi dan sebaik-baik rezeki ialah yang mencukupi (yakni tidak kurang, sehingga tidak memadai untuk hidup dan tidak lebih sehingga mendatangkan takabur dan dihabiskan dalam kejahatan)." Ibnu Habban dan Abu Ya`la rah. berkata bahawa hadith tersebut adalah sahih.

Diriwayatkan dalam sebuah hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda,"Hendaklah kamu mengingati Allah dengan zikir 'khamil'."Seorang bertanya, "Apakah yang dimaksudkan dengan zikir 'khamil' itu? Jawab Baginda, "Ialah zikir khafi (zikir yang dilakukan secara bersunyi diri)".

Melalui hadith-hadith tersebut di atas dapat diketahui kelebihan berzikir khafi walhal hadith-hadith yang menerangkan mengenai zikir jihri atau zikir dengan suara yang nyaring sehingga orang mengatakan gila terhadap orang-orang yang berzikir seperti ini, juga telah disebutkan sebelum ini (dalam kitab fadhail amal bab zikr). Kedua-dua zikir yang dinyatakan adalah amalan yang berlainan. Kepentingan kedua-dua zikir itu berbeza mengikut keadaan seseorang. Guru yang merusyid yang akan menentukan zikir yang sesuai mengikut orang-orang yang tertentu dan pada waktu--waktu tertentu bersesuaian dengan keadaan orang itu.


Disalin dari Kitab Fadhilat Amal "Seikhul Hadith Hazrat Maulana Zakariya RAH."

Biodata ringkas mengenai Seikhul Hadith Hazrat Maulana Zakariya RAH.

Gelaran > Shaykh al-Hadith Qutb al-Aqrab Barakat al-`Asr.

Keturunan > Keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Ra.

> 2/2/1898 - 24/5/1982. (84tahun) <









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...