Pages

"Ya Ilahi, alam ini adalah taman Engkau"










Hazrat Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, " Seorang penyeru akan menyeru pada hari kiamat, di manakah mereka yang bijak?" Orang ramai bertanya, "Siapakah yang dimaksudkan orang bijak?" Jawab Baginda SAW, "Mereka itu ialah orang yang mengingati Allah SWT sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring (yakni dalam setiap keadaan mereka mengingati Allah SWT). Dan mereka memikiran tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata, "Ya Allah, tidaklah Engkau mencipta ini (semua) dengan sia-sia. Maha Suci Engkau maka peliharalah kami daripada siksaan api neraka," Satu bendera akan disediakan untuk mereka. Mereka semua akan mengikuti bendera itu dan dikatakan kepada mereka, "Masuklah ke dalam syurga untuk selama-lamanya." (Targhib)

Penjelasan oleh Sheikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya RAH.

"Memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi" bermaksud memikirkan mengenai tanda-tanda kekuasaan Allah SWTT dan keajaiban hikmah-hikmahnya. Perkara ini akan meneguhkan lagi makrifatNya.

"Ya Ilahi, alam ini adalah taman Engkau"

Ibnu Abidunia rah. meriwayatkan sebuah hadith mursal bahawa pada suatu ketika Rasulullah saw pergi kepada sekumpulan para sahabat ra yang sedang duduk berdiam diri. Rasulullah SAW bertanya, "Apakah yang kamu fikirkan?" Mereka menjawab, "Kami memikirkan tentang ciptaan Allah SWT."Rasulullah SAW bersabda, "Baik. Jangan sekali-kali memikirkan tentang zat Allah SWT (kerana zatNya itu tidak dapat difikirkan) tetapi fikirkanlah tentang ciptaanNya."

Sekali seorang sahabat ra berkata kepada Hazrat Aisyah rh, "Ceritakanlah tentang mana-mana amalan Baginda SAW yang aneh." Beliau berkata, "Tidak ada amalan Baginda SAW yang tidak aneh. Sekali peristiwa Rasulullah SAW datang ke tempat tidur lalu baring dan berselimut bersamaku. Kemudian Baginda SAW berkata, "Biarkanlah aku beribadat kepada Tuhanku".,Baginda SAW pun bangun lalu berwuduk dan mendirikan solat sambil menangis sehingga air mata mengalir membasahi dadanya. Begitulah juga keadaan Baginda SAW ketika rukuk dan sujud. Sepanjang malam begitulah keadaan Baginda SAW sehingga Bilal ra datang memanggil Baginda SAW untuk solat subuh. Saya berkata, "Ya Rasulullah tidakkah telah dijamin keampunan untukmu? Tetapi, mengapa Tuan menangis begitu sekali?"Rasulullah SAW bersabda,"Tidakkah sepatutnya aku menjadi seorang hamba Allah yang bersyukur?" Kemudian Baginda SAW bersabda lagi "Mengapa tidak aku menangis sedangkan pada hari ini telah diturunkan ayat-ayat berikut,

A190


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
(A-li'Imraan 3:190)


A191

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
(A-li'Imraan 3:191


Seterusnya Rasulullah SAW bersabda, "Kebinasaan bagi orang yang membaca ayat-ayat tersebut tetapi tidak merenung dan memikirkan tentangnya."

Amir bin Abdi Q`ais rah.berkata bahawa beliau mendengar daripada sahabat, bukan hanya daripada seorang, dua atau tiga orang tetapi daripada sebilangan besar para sahabat bahawa, merenung dan berfikir akan ciptaan Allah SWT adalah nur dan cahaya iman.

Hazrat Abu Hurairah ra meriwayat daripada rasulullah SAW bahawa terdapat seorang yang berbaring di bumbung rumahnya( biasannya rumah orang arab berbumbung landai) sambil memandang le langit dan bintang-bintang lalu berkata, "Demi Allah, aku yakin bahawa ada zat yang menciptakan semua ini. Ya Allah, ampunilah aku."Maka rahmat Allah tertumpu kepadanya lalu dia diampuni.

Hazrat Ibnu` Abbas ra berkata bahawa berfikir seketika adalah lebih daripada beribadat sepanjang malam. Demikian juga diriwayatkan dariada Hazrat Abu Dard ra dan Anas ra.

Diriwayatkan juga kepada Hazrat Anas ra bahawa berfikir seketika (tentang kejadian-kejadian Allah) adalah lebih baik daripada beribadat selama lapan puluh tahun. Seorang bertanya kepada Ummi Darda tentang ibadat Hazrat Abu Darda ra yang paling afdal. Jawabnya, "Merenung dan berfikir (tentang kejadian-kejadian Allah).

Hazrat Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,"Berfikir seketika adalah lebih baik daripada beribadat selama enam puluh tahun".

Walaubagaimanapun riwayat-riawat di atas bukanlah menunjukkan bahawa ibadat-ibadat yang lain tidak perlu dikerjakan. Setiap ibadat mempunyai kedudukan dan kepentingan yang tersendiri, sama ada ibadat fardu,sunat ataupun harus. Apabila mana-mana satu daripada ibadat-ibadat itu ditinggalkan maka balasan azab yang dikenakan setimpal dengan kedudukan ibadat itu.

Imam Ghazali rah. telah menulis bahawa merenung dan berfikir dikatakan ibadat yang paling afdal kerana hakikat zikir sudah sememangnya tersirat dalam perbuatan itu. Melalui merenung dan berfikir dua manfaat lagi akan diperoleh. 1. "Makrifatullah"(Mengenali Allah SWT) yakni merenung dan berfikir adalah kunci makrifat. 2., cinta kepada Allah SWT, akan tercapai melalui berfikir. Merenung dan berfikir inilah yang dikatakan muraqabah oleh para ulama tasawuf dan banyak hadith membuktikan kelebihan muraqabah.

Dalam kitab Musnad Abu Ya`la diriwayatkan dairpada Hazrat Aisah rah bahawa beliau berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa zikir khafi (zikir di dalam hati) yang tidak didengar oleh malaikat pun menghasilkan ganjaran tujuh puluh kali ganda".
Apabila Allah SWT menghimpunkan seluruh manusia pada hari kiamat untuk dihisab dan malaikat Kiraman Katibin membawa buku buku amalan manusia maka Allah SWT akan  berfirman kepadanya,"Periksalah amalan si fulan kalau-kalau masih ada yang tertinggal?" Malaikat menjjawab, "Tiada sesuatu amalan pun yang kami tidak catit dan semua amalan disimpan rapi." Allah SWT akan berfirman. "Ada lagi amal kebajikannya di sisi Kami yang kamu tidak mengetahuinya iaitu zikir khafinya (zikir dalam hatinya)".
Imam Baihaqi rah. juga meriwayatkan hadith ini daripada Hazrat Aishah rah di dalam kitab "Shu`ab" bahawa zikir yang tidak didengar oleh malaikat adalah tujuh puluh lebih afdal daripada zikir yang didengar ileh malaikat. Inilah yang dimaksudkan oleh satu ungkapan syair,.

"Terdapat rahsia anata 'asyik (pencinta) dan maksyuk (yang dicintai) yang malaikat (Kiraman Katibin) pun tidak mengetahuinya"


Maka alangkah bahagianya mereka yang sesaat pun tidak lali (daripada mengingati Allah). Ibadat-ibadat zahir mereka tetap mendapat ganjaran pahala. Tambahan pula zikir dan fikir yang dilakukan pada setiap masa dan dalam setiap keadaan dalam seluruh hidupnya akan mendatangkan ganjaran yang tujuh puluh kali ganda itu. Inilah perkara yang sangat-sangat mendukan syaitan.

Diriwayatkan daripada Junid rah. bahawa beliau telah bermimpi. Dalam mimpinya itu beliau melihat syaitan berada dalam keadaan berbogel. Beliau bertanya kepadanya,"Tidakkah engkau malu berbogel di hadapan manusia?" Dia menjawab, "Adakah mereka itu manusia? Manusia yang sebenarnya ialah mereka yang sedang berada di Masjid Syuniziah yang telah menyebabkan badanku kurus dan telah menghanguskan hatiku."
Hazrat Junaid rah. berkata, "setelah itu aku pun pergi ke Masjid Syuniziah. Di sana aku dapati beberapa orang yang duduk bertongkat dagu (dalam keadaan bermuraqabah). Apabila mereka melihat daku, mereka berkata "Jangalah engkau terpedaya dengan kata-kata syaitan yang terkutuk itu."

Kisah yang hampir-hampir sama diriwayatkan dairpada Masuih rah. Beliau telah melihat syaitan yang berada dalam keadaan berbogel. Beliau bertanya kepadanya,"Tidakkah engkau malu berjalan di tengah-tengah manusia dalam keadan berbogel?"
Dia menjawab ,"Demi Allah, ini bukanlah manusia. Sekiranya mereka ini manusia maka sudah tentu aku tidak bermain dengan mereka seperti kanak-kanak bermain bola. Manusia yang sebenarnya ialah mereka yang menyebabkan badanku sakit." Sambil menunjuk kepada segolongan ahli-ahli sufi.

Abu Sa`id Khazzar rah. berkata, "Aku melihat dalam mimpi syaitan menyerang aku. Akupun memukulnya dengan kayu tetapi dia tidak menghiraukannya sama sekali. Tiba-tiba aku terdengar satu suara ghaib yang mengatakan bahawa dia tidak takut dengan benda itu tetapi dia takut hanya dengar nur hati (yakni ia tidak dapat dihalau dengan kayu tetapi ia dapat dihalau dengan nur iman)."

Hazrat Sa`ad ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik-baik zikir ialah zikir khafi dan sebaik-baik rezeki ialah yang mencukupi (yakni tidak kurang, sehingga tidak memadai untuk hidup dan tidak lebih sehingga mendatangkan takabur dan dihabiskan dalam kejahatan)." Ibnu Habban dan Abu Ya`la rah. berkata bahawa hadith tersebut adalah sahih.

Diriwayatkan dalam sebuah hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda,"Hendaklah kamu mengingati Allah dengan zikir 'khamil'."Seorang bertanya, "Apakah yang dimaksudkan dengan zikir 'khamil' itu? Jawab Baginda, "Ialah zikir khafi (zikir yang dilakukan secara bersunyi diri)".

Melalui hadith-hadith tersebut di atas dapat diketahui kelebihan berzikir khafi walhal hadith-hadith yang menerangkan mengenai zikir jihri atau zikir dengan suara yang nyaring sehingga orang mengatakan gila terhadap orang-orang yang berzikir seperti ini, juga telah disebutkan sebelum ini (dalam kitab fadhail amal bab zikr). Kedua-dua zikir yang dinyatakan adalah amalan yang berlainan. Kepentingan kedua-dua zikir itu berbeza mengikut keadaan seseorang. Guru yang merusyid yang akan menentukan zikir yang sesuai mengikut orang-orang yang tertentu dan pada waktu--waktu tertentu bersesuaian dengan keadaan orang itu.


Disalin dari Kitab Fadhilat Amal "Seikhul Hadith Hazrat Maulana Zakariya RAH."

Biodata ringkas mengenai Seikhul Hadith Hazrat Maulana Zakariya RAH.

Gelaran > Shaykh al-Hadith Qutb al-Aqrab Barakat al-`Asr.

Keturunan > Keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Ra.

> 2/2/1898 - 24/5/1982. (84tahun) <









0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...