Pages

Antara Remaja, K-Pop & Jemaah Tabligh.

Assalammualaikum,

Minggu lepas, negara kita digemparkan dengan rakaman konsert k-pop yang memaparkan tindakan kurang sopan antara artis k-pop & remaja melayu yang lengkap menutup aurat dengan sempurna. Tidak kering lagi dengan isu-isu sensitif seperti "I want touch a dog" umat islam negara ini terus menerus dengan perilaku yang bertentangan dengan syariat islam. Malah, perilaku yang terbaru ini amat buruk di mata umat islam sendiri.

Berpelukan dan bersentuhan dengan lelaki yang boleh dinikahi merupakan tidakan yang amat dicegah dalam islam, apatahlagi dengan golongan kafir (bukan islam). Wanita islam tidak boleh berkhawin dengan lelaki kafir walaupun lelaki tersebut berjaya, berharta dan mampu melaksanakan tangunggjawab dengan sempurna, melainkan lelaki tersebut memeluk islam terlebih dahulu.

Islam adalah agama yang murni & suci serta menekankan penganutnya berpegang dengan prinsip-prinsip yang telah disyariatkan oleh Agama islam, dan ini adalah antara salah satu mengapa apabila berlaku sesuatu hal yang kurang bermoral dikalangan umat islam akan mendapat kencaman berat daripada pihak kafirin dan pihak islam itu sendiri.

Semua manusia adalah sama, sama dari segi naluri ingin berhibur dan berseronok, ia tidaklah ditegah dalam agama islam.  Namun Islam telah mengariskan panduan-panduan yang lengkap dan menyeluruh mengenai cara untuk berhibur dan berseronok agar moral dan maruah manusia itu sendiri terpelihara daripada kerosakkan seperti pergaulan bebas, bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang boleh berkhawin, dan melakukakan hubungan zina.


Seorang penganut islam yang sempurna pakaian menutup aurat adalah antara syarat yang wajib dipatuhi dan yang paling utama KEIMANAN (keyakinan) terhadap prinsip-prinsip islam. KEIMANAN adalah salah satu sifat yang menyakini 100% prinsip-prinsip islam, walaupun secara zahirnya ia sempurna islam tetapi dalamannya tidak menyakini prinsip-prinsip islam maka kesannya apa yang berlaku dikonsert k-pop baru-baru ini.


K-pop tidak boleh disalahkan secara keseluruhannya kerana mereka adalah bukan islam dan tidak peduli mengenai islam. Mereka membuat persembahan hiburan mengikut seperti apa yang dirancang dan itu matlamat mereka. Remaja islam yang sempurna fizikal dan mentalnya sepatutnya boleh berfikir perkara apakah dibenarkan dan yang dilarang untuk dilakukan. Ya!, amat penting sekali, remaja islam untuk mengerakkan akal mereka berfikir secara waras agar semua masalah-masalah yang bakal membelengu diri dapat dijauhi.


Maka disini jelaslah bahawa, punca penyakit kerosakkan moral yang dhadapi oleh para remaja islam masa kini adalah lunturnya keimanan pada jiwa-jiwa mereka terhadap prinsip-prinsip islam yang telah termaktub dalam Al-Quran & As-sunnah

Keimanan itu berkait rapat dengan ruhaniyyah, dimana ruhaniyyah itu terletak pada dalaman individu. Sejauh mana kekuatan ruhaniyyah seorang, sekuat itulah pengenangannya terhadap prinsip-prinsip islam yang murni. Dan kekuatan ruhaniyyah itu bergantung kepada praktis amalan islam dalam kehidupan seharian, seperti Solat, Zikr, Baca Quran dan Dakwah (mengajak kebaikan mencegah kemungkaran).

Oleh itu, saya melihat JEMAAH TABLIGH yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia, mempunyai method yang terbaik dalam melatih keimanan individu islam. Semua individu islam pada peringat usia kanak sehinggalah tua dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti jemaah tabligh, aktiviti-aktiviti yang dipraktikan jemaah ini adalah syariat islam itu sendiri.

Rasulullah SAW dan para sahabat sudahpun melakukannya terlebih dahulu, dan lesap ketika berada zaman keruntuhan empayar islam sehinggalah digerakkan semula oleh seorang ulama islam dibenua india yang bernama Maulana Muhammad Ilyaz Al-Khandalavi.

Apa yang menariknya mengenai pergerakkan jemaah ini, adalah pergerakkan mereka adalah selaras bahkan sama seperti yang telah digariskan dalam syariat islam. Berasaskan Al-Quran & As-Sunnah mereka bergerakkan keseluruh tempat melaksanakan aktivi Dakwah, mengajak kepada yang benar/baik dan mengajak mencegah kemungkaran dan tidak radikal.

Yang halusnya, pergerakkan mereka menekankan soal keimanan pada hati setiap individu dalam kalangan mereka, mereka mengadakan majlis bacaan hadis Rasulullah SAW mengenai kelebihan-kelebihan beramal dengan tujuan meningkatkan keimanan lalu wujudnya kekuatan untuk melaksanakan ibadah & syariat islam dan meninggalkan perbuatan-perbuatan maksiat.

Saya telah bersama jemaah ini dalam tempoh lebih 5 tahun, dan saya melihat inilah jemaah yang amat berdisiplin dalam melatih diri untuk melaksanakkan seruan-seruan agama. Dan apa yang menariknnya, terdapat ketua-ketua yang dipangil syura dan amir saf yang terdiri daripada kalangan ulama, ustaz dan individu yang sudah lama bergiat aktif, sebagai penasihat dan tempat rujukan/aduan jika terdapat persoalan/masalah yang timbul dikalangan jemaah.


 Dari ‘Amr bin Abasah r.a meriwayatkan bahawa dia bertanya iman apakah yang lebih afdhal? Baginda SAW menjawab:

"  Iman yang mana disertai dengan hijrah. Beliau bertanya: Apakah hijrah itu? Baginda SAW menjawab: Hijrah daripada meninggalkan kejahatan." 

 (HR Musnad Ahmad)


Mereka tidaklah meninggalkan dunia dan hanya fokus kepada akhirat, kerana mereka perlu bergerak keserata dunia untuk melakukan kerja-kerja dakwah yang memerlukkan tahap ilmu yang tinggi seperti penguasaan bahasa asing,pengusahaan duit untuk menampung perbelanjaan dan pengurusan strategi masa untuk membahagi bahagikan tugas seharian sebagai, contohnya ketua keluarga & pelajar. Dan inilah pengorbanan untuk menegakkan syariat islam dan kesan baiknya amatlah besar pada kehidupan dunia & akhirat.


Firman Allah SWT:

 "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka." (At-Talaq: 2-3)


Ahli keluarga terutamanya Ayah dan lelaki sepatutnya mengaktifkan diri mereka dalam jemaah islam yang dapat membantu mereka untuk mendidik keluarga terutamanya kaum wanita. Tangunggjawab terhadap kaum wanita digalas oleh lelaki, seperti suami, abang, & datuk. Bagi kaum ibu pula, islam tidak meletakkan kejayaan kaum ibu itu pada kejayaan sains & teknologi dan politik,sebaliknya didalam mendidik anak-anak sehingga menjadi hamba Allah yang bertaqwa dan berilmu.


Kesimpulannya, setiap individu islam harus meletakkan diri mereka pada keadaan yang boleh membantu mereka dalam menghadapi keruntuhan moral pada abad ini, menghadiri majlis-majlis ilmu, mengamalkan seruan-seruan agama islam seperti berdakwah. Maka, kekuatan iman akan bertambah dan seterusnya dapat membantu diri untuk melaksanakan perkara baik dan menjauhi perkara mungkar. Terus tetap melaksanakan dan mengajak orang lain turut serta untuk melakukan kebaikan pasti akan dapat mewujudkan sebuah komuniti islam yang harmoni dan tulen serta tidak menunding jari kepada mana-mana pihak yang tidak berkaitan apabila sesuatu perkara buruk berlaku dilkalangan umat islam.


" Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak,(semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu "


(Surah Al Hadid : 20)





-Mohd Qazar Bin Yusop-
Abdullah Yusop Al Zainal Abidin.










0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...