Pages

Khalifah Umar Bin Khattab

Khalifah Umar Bin Khattab


Beliau adalah Khalifah kedua sepeninggal Rasulullah S.A.W beliau lahir dari pasangan seorang ayah bernama Khattab Bin Nufail Al-Qurasy Al-`Adwi dan ibunya Hantamah Binti Hisyam. Pada zaman jahiliyah (sebelum islam) Umar Bin Khattab adalah termasuk orang yang berkedudukan teratas di Suku Quraisy, yang mana beliau ikut mengurus masalah kesukuan.
Beliau juga terkenal sebagai ahli perniagaan yang amanah dan bermuamalah dengan baik. Kerjaya sebagai peniaga tetap beliau jalankan hingga pada ketika beliau dinobatkan sebagai khalifah.
Pada zaman jahiliyah Umar Bin Khattab dikenal sebagai orang yang tegas, terhormat, keras terhadap kesalaahan, lalu Allah memuliakan kaum muslimin dengan member hidayah padanya melalui keislamannya. Orang- orang islam pada awalnya menjadikan hunian Al-Arqom (Darul Arqom) tempat berkumpul dengan sembunyi- sembunyi kerana takut terhadap kekejaman orang- orang Quraisy.
Setelah umar menyatakan keislamanannya, beliau berkata kepada Rasulullah Saw : “wahai Rasulullah, atas dasar apa kita sembunyi- sembunyikan agama kita, sementara kita adalah benar, sedangkan mereka yang kita waspadai adalah salah?”
Mendengar yang demikian Rasulullah Saw. Menjawab : “kita sedikit, dan engkau sendiri sudah menyaksikan penderitaan yang kami terima”. Umar  menjawab : “demi yang telah mengutus engkau atas kebenaran, nanti tidak ada lagi tempat yang mulanya engkau datangi selama ini dengan tidak menampakkan keimanan, sekarang engkau terang- terangan menyatakan keimanan”.
Kemudia Rasulullah Saw berjalan dengan didampingi dua orang sahabat; Hamzah Bin Abu Thalib & Umar Bin Khattab hingga mereka berdua masuk kelingkungan Ka`bah. Orang- orang Quraisy melihat ada Hamzah dan Umar bersama Rasulullah Saw, yang membuat mereka tercengang dan merasa sangat kesal. Semenjak hari itu Rasulullah menggelar Umar dengan nama Al-Farouq yang ertinya seorang pemisah, yakni yang berani menyatakan dengan tindakan perbezaan yang hak dan batil. Orang-orang musyrik hanya pandai berkata, “Orang- orang kita telah terbagi dua”
Umar Bin Khattab termasuk sahabat Rasulullah Saw yang sangat tulus dalam menolong perjuangan beliau dan juga termasuk teman paling setia bagi Rasulullah. Beliau sangat kuat membela islam. Ini merupakan sikap yang tidak meungkin ada kecuali bagi orang yang dibukakan Allah dadanya lebar- lebar menerima islam dan beliau dipenuhi cahaya dari Tuhannya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...