Pages

Merenung Hidup.


Sepanjang kehidupan manusia di alam ini, kita dapat melihat suatu peninggalan yang tidak dapat dilupuskan apatahlagi di sembunyikan. Acap kali, kita mendengar berita kematian dan menerima jemputan untuk menghadiri majlis pengemubumian manusia yang mati itu. Memberi penghormatan terakhir, menatap wajah buat yang terakhir dan melaksanakan sesuatu perbuatan baik untuk manusia yang mati itu seperti, mendirikan solat jenazah baginya dan memberikan sedekah atas namanya. Usai sahaja majlis itu, kita akan bersama-sama saudarannya, rakannya dan hartanya untuk mengusung dia ke suatu tempat yang menghimpunkan manusia-manusia yang telah mati iaitu tanah perkuburan. Inilah tempat yang tidak dapat dilupuskan dan disembunyikan.

Manusia daripada latar belakang berbeza disatukan dan dihimpunkan di kawasan itu. Kuburan mereka disusun mengikut baris menghadap kiblat dengan selang jarak kurang daripada 1 meter, tidak kira bekas seorang panglima, pengarah dan professor, mereka yang telah meninggal itu tidak ada keistimewaan seperit lot khas ataupun pondok khas di tanah perkuburan. Pada kubur mereka, diletak satu atau dua batu atau kayu yang terukir nama mereka dan tarikh kematian mereka sebagai penanda bahawa itu kubur mereka dan untuk memudahkan manusia yang hidup menziarahi kubur mereka. Menangisi kepergian manusia meninggalkan bumi, itu adalah lumrah manusia. Orang yang menyangi dan menyanjungi mereka yang telah mati, pasti memberi impak kepada jiwa dan emosi orang tersebut, dan ini adalah normal. Melalui tanah-tanah perkuburan, kita dapat melihat kuburan yang sudah berusia puluhan tahun, bahkan ratusan tahun. Ada yang umur hidupnya hanya kurang daripada 60 tahun tetapi kuburannya sudah berusia 80 tahun daripada hari kematiannya. Begitu lama manusia yang telah mati itu diperkuburan. Apakah nasib mereka dan apakah sedang berlaku kepada mereka.

Merenung kembali kehidupan ini, setiap manusia melalui kehidupan yang sama tetapi berbeza pada hal pribadi. Berkerja untuk membeli makanan untuk meneruskan kehidupan, semua manusia melakukannya. Menyimpan harta tetapi tidak dapat dinikmati lagi selepas kematian. Orang yang disayangi tidak dapat lagi dtatap selepas kematian.

Dikala kita menjalani kehidupan, hampir seluruh qudrat kita, kita gunakan untuk mencari wang. Ayah dan Ibu berkerja keras mencari wang untuk menyara anak-anaknya. Wujud juga manusia, berkerja keras mengumpul wang untuk membeli apa yang dia hajati, seperti kereta mewah dan rumah mewah. Tidak lupa juga, manusia yang bergadai maruah dan harga diri demi wang.  Hampir semua manusia itu sama, berkerja dan melakukan sesuatu untuk penghasilan wang. Mana kan tidak, no money no talk! kerja menyampaikan ilmu pun kena bayar tau. Bukan murah kerja tu, sejam Ringgit Malaysia 200 tu harga biasa. Tidak ada silap tidak ada salah, masing-masing empunya hati untuk berniat dan tangan yang berkerja.

Namun, apabila mati, manusia yang berkerja keras untuk wang, bagaimana kehidupan mereka di kuburan sana kelak.

Apa yang kita percayai, bahawa kehidupan kubur ialah permulaan kepada kehidupan yang sebenarnnya. Mengikut akal logik kita, akal kita tidak dapat sampai ke tahap dapat mengetahui dan mengesahkan apa yang sebenarnya berlaku dialam kubur. Semuanya, setiap penganut agama, mempercayai kehidupan kubur berdasarkan kepercayaan masing-masing.

Saya, sebagai penganut islam mempercayai bahawa kehidupan alam kubur adalah kehidupan yang realiti. Berdasarkan kitab suci Al-Quran dan Hadis yang disampaikan oleh Rasulullah SAW, bahawa kehidupan di kubur, suasananya ialah berdasarkan amal perbuatan semasa kehidupan di dunia ini. Bagi mereka yang melakukan perkara yang tidak baik dan mati tanpa bertaubat atas perbuatannya yang tidak baik itu, maka kehidupannya di kubur adalah kehidupan yang menyesakkan. Jikalau dikubur sudah terseksa, apatahlagi di akhirat nanti? Hari dimana Tuhan membangkitkan seluruh manusia untuk pengadilan.



Gambar : Sumber ( http://www.jejakwaris.com/sejarah.html)


Mengimbas kembali, mengenai perihal kita yang berkerja keras demi wang itu. Adakah ianya satu perbuatan baik?

Menurut Hadis rasulullah SAW yang bermaksud;

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab R.A. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu." (Hadis shahih)

Apa yang pernah saya pelajari bahawa, niat kita sentiasa perlu diperbetulkan pada awal perbuatan, pertengahan perbuatan dan akhir perbuatan. Apabila, Niat sudah lari, maka cepat-cepat beristighfar kepada Allah, memohon keampunanNya.

Namun ,

Habib Ali Zainal Abidin, menjelaskan mengenai hal niat tidak menghalalkan cara,

“ Niat Tidak Menghalalkan Cara , kita boleh mengambil iktibar daripada sejarah peperangan Uhud yang mana dalam peperangan uhud seramai 700 orang muslimin melawan 3000 tentera musuh dari kaum musrikin. Ketika peperangan Uhud, Rasulullah saw telah memerintahkan kepada 50 orang pemanah supaya tidak berganjak dari bukit Uhud. Oleh kerana 50 orang pemanah melupai perintah Rasulullah, sebahagian besar pemanah berganjak dari bukit iaitu turun dari bukit Uhud untuk mendapatkan harta rampasan perang yang mengakibatkan pasukan Muslimin dikepung dan kalah. Seramai 70 tentera Muslimin mati syahid. Namun Allah telah memaafkan mereka.
Cuba bayangkan peristiwa ini, jika Allah berikan kemenangan kepada tentera Muslimin pada ketika itu, apa yang terjadi? Ya memang menang, tetapi kesan yang buruk untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, pengajaran yang Allah ingin tunjukkan kepada kita ialah Islam tidak boleh menang dengan pelanggaran dan kemungkaran.

Sebab itulah, dalam Islam apa-apa hal yang berkaitan Islam jangan harap kita mencapai kemenangan dengan cara munkar, dengan cara kebatilan, Allah telah tunjuk buktinya dalam peperangan Uhud.
Tidak kiralah ketika dalam politik, pemerintahan, membuat atau melakukan tujuan yang baik, menjawab peperiksaan, dan sebagainya. “Tujuan untuk mencapai perkara yang benar mesti menggunakan wasilah yang benar”. Barulah kita akan mencapai keredhaan Allah. Jika tetap menggunakan wasilah yang salah, namun kemenangan tercapai juga, ingatlah kemenangan itu tidak akan kekal lama, kerana Allah tidak benarkan mereka mencapai tujuan yang baik dengan cara yang salah.” 

sumber : ( https://youtu.be/aKrA49M6ysc?list=PLFLKZVxBkICyZeaT7jtYxylrEt26GZ7kO )


Sampai di sini sahaja saya akhiri, jika anda benar-benar ingin mengetahuinya secara mendalam, sila lah pergi berjumpa orang yang lebih memahami perihal kubur dan kehidupan selepas mati.

Qazar Yusop

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...