Pages

BANJIR & TANGGUNGJAWAB MASYARAKAT.


Saban tahun negara kita dilanda banjir dan sering kali berlaku dikawasan yang sama. Namun, penduduk setempat dikawasan tersebut hanya mampu menanti bantuan keselamatan dan kerugian harta benda terus berlaku. Secara kasarnya, keadaan hujan lebat yang berterusan dan takungan air yang penuh mendadak adalah tanda-tanda kedatangan banjir besar. Acapkali, kehadiran banjir mengakibatkan kerosakkan harta benda seperti peralatan elektrik, kenderaan dan perabot rumah. Juga tidak kurangnya, kepada para petani yang tanah perusahaan dan haiwan ternakan mereka musnah dan mati akibat pukulan arus banjir yang deras.

            Banjir merupakan fenomena alam yang tidak dapat dikawal keadaannya, kuantiti isipadu air yang banyak serta kelajuan pergerakkan air yang deras ialah antara punca sungai dan tadahan air seperti longkang gagal mengawal pergerakkan air. Punca banjir bukan sahaja daripada kesan hujan deras yang berterusan, aktiviti penerokaan hutan seperti pembalakan dan pembukaan kawasan pembinaan juga adalah punca banjir.

            Menurut, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, sistem saliran longkang jalan yang tidak efisien adalah punca aliran air tersekat sehingga menyebabkan banjir kilat di Kuala Lumpur. Selain itu, seperti yang berlaku di Cameron highland Pahang, pembangunan kawasan pertanian secara mendadak yang tidak sistematiik punca pergerakkan aliran air hujan ke sungai tersekat dan menyebabkan banjir, seperti dilaporkan oleh Datuk Seri G.Palanivel. Pepatah Melayu, sediakan payung sebelum hujan, individu atau masyarakat haruslah berkerjasama untuk mengambil langkah-langkah proaktif menghadapi bencana alam seperti banjir. Secara umumnya, kedatangan banjir besar dapat diramalkan. Tetapi, terdapat segelintir masyarakat tidak mengambil tindakan yang sewajarnya.

            Justeru itu, masyarakat harus mengambil pendekatan yang bersesuaian untuk mengurangkan risiko banjir. Tindakan usaha sama antara masyarakat dan pihak berkuasa merupakan solusi yang terbaik dalam permasalahan ini. Oleh itu, antara langkah-langkah untuk mengurangkan risiko banjir ialah seperti berikut.


1. Membersihkan sistem perparitan.

Masyarakat setempat, khususnya mereka yang tinggal dikawasan taman perumahan atau tanah persendirian, perlu mengambil tindakan bersama untuk memeriksa sistem perparitan sedia ada dikawasan sekeliling. Dan melaksanakan aktiviti seperti membuang sampah yang menyangkut dan terbenam di dalam longkang dan membuat sesuatu peralatan untuk menghalang sampah sarap berkumpul di struktur longkang. Serta, membuang mendapan tanah ditapak longkang, kerana mendapan tanah akan mengurangkan kapasiti longkang untuk menampung aliran air.



Sumber : Google


2. Menanam pokok di sekeliling kawasan perumahan.

Air merupakan sumber utama flora, tanpa air bumi kita akan seperti gurun sahara di utara afrika. Landskap hijau seperti menanam pokok atau bunga-bungaan di sekeliling kawasan rumah dan di sekitar taman perumahan, dapat mengurangkan risiko air bertakung. Hal ini kerana, fungsi tumbuh hijau yang menyerap air. Disamping itu, risiko tanah runtuh dapat dielakkan dan seterusnya, mengurangkan risiko banjir.



Sumber : Google


3. Membina kolam takungan.

Membina kolam takungan air adalah solusi yang terbaik untuk kawasan banjir. Selain untuk menampung air, kolam takungan ada potensi besar untuk aspek ekonomi dan pelancongan. Seperti, menternak ikan dan membina kelengkapan riadah untuk pengunjung. Namun, masyarakat harus berkerjasama untuk membeli tanah atau mewakafkan tanah untuk pembinaan kolam serta berganding bahu menampung kos pembinaan kolam tersebut.



Sumber : Google


4. Membina rumah bertiang di kawasan tanah rendah.


Sebelum merancang untuk membina rumah, eloklah mengenalpasti terlebih dahulu latar belakang kawasan tersebut. Jika tanah itu berada pada aras rendah ataupun terdapat laluan air, adalah lebih baik untuk mendirikan rumah bertiang. 



Sumber : Google





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...