Pages

Laluan Ramadhan.






Keindahan hidup sebagai manusia yang mempercayai bahawa Allah SWT itu ialah Tuhan yang Satu dan Dia sahaja yang layak untuk di sembah, diserikan dengan suatu perintah Allah SWT yaitu berpuasa sepanjang bulan ramadhan. Bukan sahaja melaksanankan ibadah berpuasa, tetapi juga ibadah- ibadah yang lain seperti solat sunat tarawih, qiamulail, bersedekah dan berzikir.

Sebelum tibanya, bulan ramadhan. Bulan rejab bertandang terlebih dahulu, kemudiannya bulan syaban hadir sebagai tanda bulan ramadhan akan tiba. Kehadiran bulan ramadhan, memberi peluang yang tidak ternilai kepada umat islam untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. Takwa secara asasnya bermaksud, taat pada perintah Allah SWT sesungguhnya dengan penuh keikhlasan.

Peluang berada di bulan ramadhan, adalah satu anugerah yang tidak ternilai. Allah SWT membuka seluasnya rahmatnya keatas orang- orang islam tanpa mengira dosa- dosa mereka lakukan sebelum ramadhan. Dosa apa yang tidak terampun oleh Allah SWT? Melainkan mensyirikanNya. Pada bulan ini, orang islam mempunyai peluang untuk mensucikan hati daripada amalan yang tidak baik, perbuatan- perbuatan dosa dan peluang untuk meningkatkan tahap keimanan kepadanNya.

Walaupun di bulan Ramadhan kumpulan syaitan di rantai. Tetapi dugaan untuk melaksanakan ibadah juga masih berat. Hal ini disebabkan, nafsu sudah menguasai diri, nafsu sudah bertakhta di hati dan sikap diri sudah terbiasa dengan sikap yang tidak baik seperti dengki, mengumpat dan malas. Kebiasan diri mengikuti nafsu telah menjerat ramai manusia.

Oleh itu, sebelum datangnya bulan ramadhan dan insyaAllah masih hidup lagi, di bulan rejab ini dan bulan syaban yang akan datang sebelum bulan ramadhan. Sebaiknya, kita harus melakukan sesuatu sebagai persediaan untuk mensucikan hati dibulan ramadhan. Antara persediaan yang boleh diamalkan sebelum kedatangan ramadhan ialah ;

1. Mengurangkan kuantiti makanan. Kurangkan kuantiti makanan, amalkan pemakanan sekadar untuk mengisi perut kosong. Selain itu, cuba bersarapan awal, sebolehnya sebelum solat subuh. Hal ini kerana, akan memudahkan kita untuk melaksanakan ibadah puasa.

2. Membaca Al- Quran pada masa- masa terluang, walaupun sekadar satu muka surat. Tidak perlu menunggu masa sesuai untuk membaca Al-Quran, tetapi jika ada masa terluang, bacalah Al-Quran ataupun baca tafsir Al-Quran dan ambil masa 2 - 5minit untuk menghayati maksud ayat tersebut. Hal ini kerana, setiap saat di bulan Ramadhan amat bernilai dan teramat rugi jika dibiarkan berlalu begitu sahaja.

3. Berdiam diri, sebaliknya dalam diam amalkan zikir. Berdiam diri itu bermaksud, tidak banyak berkata- kata. Dan bersuara jika ada hal yang penting sahaja. Bercakap banyak tetapi kosong, itu hanya merugikan apatahlagi, bercakap banyak tetapi membicarakan hal- hal yang mengundang dosa seperti mengumpat dan menipu. Hal ini kerana, di bulan ramadhan kita digalakkan untuk berzikir dan tidak banyak bicara soal kedunian.

Selain daripada 3 perkara ini, banyak perkara lagi harus diamalkan seperti memperbanyakkan solat sunat dan sedekah. Namun, tiga perkara asas diatas mampu membantu kita untuk menghadapi bulan puasa dengan baik. Semoga, kita semua diberi peluang untuk menunaikan ibadah puasa wajib di bulan ramadhan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...