Pages

Artikel.

#artikel3


Kehidupan ditafsir dengan pelbagai tafsiran oleh para filosofi barat mahupun timur. Meskipun begitu, kehidupan membuktikan sebuah satu keadaan yang tidak dapat dijangkakan pengakhirannya. Pengakhiran disini bermaksud adalah masa, setiap masa kehadapan tidak dapat ditilik dengan benar dan masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Seterusnya, pusingan kehidupan terpacak oleh putaran yang samar-samar masa hadapannya.


Segelintir manusia, mempercayai bahawa kehidupan adalah kekal namun berbeza dalam keadaan masa, zaman dan suasana. Sebagaimana kepercayaan umat islam, bahawa selepas kehidupan di dunia akan digantikan oleh kehidupan akhirat serta keadaan dua kehidupan tersebut adalah berbeza. Berbanding dengan kepercayaan umat budha, mereka turut mempercayai wujud kehidupan selepas mati akan lahir semula sebagai manusia yang berbeza identity dan mungkin juga dalam bentuk yang berbeza, seperti menjadi haiwan dan lain-lain.


Bagaimana kita mempercayai sesuatu perkara, hal itu akan mempengaruhi emosi dan jiwa kita. Se-utuh manapun jiwa berdiri namun memerlukan jasad untuk bergerak. Walaubagaimanapun, apabila jasad dan jiwa tidak sehaluan maka kekuatan akan hilang. Pernah terfikir keadaan orang kurang waras, jasad mereka sempurna namun tingkah laku mereka tidak siuman. Lantaran kesan daripada kehormonian antara jiwa dan jasa yang tidak serasi.


Sejauhmana kepercayaan kita terhadap sesuatu akan terpancar pada cara kehidupan. Kerana jiwa sudah mempercayai hal itu, emosi yang akan menuruti dan jasad bertindak sebagai pelaku. Setiap perlakuan ada balasannya, baik atau buruk itu pasti di tangan. Lihat sahaja orang didalam kandang besi, jasad dan jiwa mereka bersama didalam. Kerana, kesan atas perbuatan akan ditanggung oleh kedua-duanya. Tuntasnya, emosi tidak dapat lari daripada jasad dan jasad pun sama. Kecuali mati.


Dan mati adalah pengakhiran kehidupan. Kehadapan, kebelakang, kiri atau kekanan apabila masa mati itu tiba, jiwa dan jasad akan terpisah. Seterusnya, adakah masih kekuatan pada selepas itu? Yang pasti, orang ramai melihat manusia yang mati dalam keadaan yang statik, se-inchi pun tiada pergerakkan dan satu ayat pun tidak kedengaran. Sebab itu pengakhiran. Ketika pengakhiran, semua perancangan tidak lagi akan dapat dilakukan, segala keinginan tidak lagi akan dapat terpenuhi. Dan ketika itu, tidak ada sesiapa yang tahu apa yang terbuku didalam fikiran dan hati. Yang memilukan, pengakhiran itu tidak kita rancang dan tidak kita ketahui.


Lantas, sekali lagi tafsir kehidupan sentiasa berlegar-legar diruang fikiran sehingga satu kepercayaan yang menceritakan keadaan kehidupan dan janji-janji selepas pengakhiran kehidupan sudah dianuti. Maka, kepercayaan itu akan menjadi pegangan sehinggalah pengakhiran dan berharap akan kebaikan selepas itu. Namun, kerana kehidupan ini tidak mudah. Selain jiwa dan jasad, penghadang yang paling besar antara keduanya ialah nafsu. Nafsu amat berpengaruh pada jiwa dan jasad, boleh jadi nafsu merosakkan jiwa dan seterusnya merosakkan jasad. Yang peliknya, apabila menerima hukuman, nafsu akan membiarkan kesan itu kepada jiwa dan jasad. Sehingga begitu pengecutnya nafsu.


Kitaran masa, terus membuatkan emosi, jasad dan nafsu bermain tanpa henti sehinggalah pengakhirannya. Teringat satu nukilan mahfumnya, sesiapa kenal dirinya dia akan kenal Tuhan nya. Yang pasti, nukilan ini benar di sisi orang yang berakal.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...