Pages

"Muhammad" yang Agung.

Ramai dikalangan umat islam lelaki yang namanya bermula dengan muhammad/mohd/mohammad/muhd dan kemudian diikuti dengan nama yang berbeza dalam bahasa arab yang membawa maksud tersendiri. Secara logiknya, nama-nama ini hanyalah untuk pengenalan identiti manusia dan tidak membawa apa-apa kelebihan. Melainkan, seperti yang dipercayai oleh seluruh umat islam, nama yang mempunyai maksud yang baik membawa kepada kebaikan pada empunya nama, kerana sebutan adalah satu doa kepada Allah yang Maha Agung.

Kita sudah sinonim dengan panggilan muhammad, bahkan di negara kita, Malaysia, hampir separuh komuniti lelaki islam identitinya dimulai dengan panggilan muhammad. Bagi orang bukan islam, sudah tentu mereka percaya bahawa nama muhammad itu khusus untuk umat islam dan tidak ada kelebihan ataupun pangkat kepada nama muhammad itu.

Dunia kita telah melalui "masa" ratusan tahun bahkan alam ini sudah wujud jutaan tahun dahulu. Titisan darah, lakaran dakwat dan pahatan ukiran sudah wujud dan termaktub dalam buku-buku manusia. Apabila kita merungkai kembali sejarah yang terjadi pada dunia ini, kita menyedari sebuah hakikat, bahawa kehidupan ini dipenuhi dengan kejadian-kejadian yang telah mencorak dunia masakini. Peradaban demi peradaban dipelosok dunia yang membawa sejarah tersendiri dan ada yang telah ditelan masa tetapi banyak yang tercatit dilembaran suci yang terpelihara.

Pada helaian sejarah manusia, tercatit satu sejarah yang agung, tercatit pada helaian yang suci dan perbualan sejarah itu tidak terhenti pada zaman kejadiaannya tetapi terus hangat di lidah-lidah manusia hari ini. Dan, Muhammad adalah empunya sejarah yang agung itu.

Siapa Muhammad? Siapa dia yang bergelar muhammad? Apa yang dilakukannya sehingga sejarahnya tidak ditelan zaman dan namanya berada di senarai no 1 orang paling berpengaruh di dunia (100 most influential people in the world, by Michael H. Hast, 1992)?.




First Presidency (Spencer W.Kimbal) dalam ucapan beliau, menyebut Muhammad terlebih dahulu dan kemudian tokoh yang lain. Muhammad sebaris dengan tokoh agama yang lain tetapi, kehebatan muhammad mengatasi tokoh agamawan yang lain.

"My choice of Muhammad to lead the list of the world's most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels." (The Hundred: A Ranking of the Most Influential Persons in History," Michael H. Hart)

“Philosopher, orator, apostle, legislator, warrior, conqueror of ideas, restorer of rational dogmas, of a cult without images, the founder of twenty terrestrial empires and of one spiritual empire: that is MUHAMMAD. As regards all the standards by which human greatness may be measured, we may well ask is there any man greater than he?” (Alphonse de Lamartine, History of Turkey 1854)

Muhammad bukan sahaja berdakwah anutan kepercayaan kepada penduduk arab ketika itu, tetapi Muhammad juga telah berjaya mengubah sistem sedia-ada kehidupan masyarakat arab ketika itu dan sistem itu terus berlangsung sehingga sekarang.

Sebelum Muhammad menerima wahyu Tuhan untuk menyampaikan agama islam, Muhammad dikenali sebagai pemuda yang jujur & amanah. Bukan sahaja tampan dan perkasa, tetapi dengan kejujuran dan amanah yang ada pada diri Muhammad, membuatkan para ketua kabilah arab memanggil Muhammad untuk menyelesaikan pertelingkahan diantara mereka.

Muhammad mampu menentang sistem sedia ada dan telah berjaya mengubah sistem tersebut, dengan penuh kesabaran yang disertai oleh panduan daripada Allah SWT, Muhammad telah menjadi seorang insan yang telah menyampaikan agama islam dengan sempurna kepada seluruh masyarakat tanah arab ketika itu, bahkan Muhammad telah berjaya mendidik sahabatnya sehingga sahabatnya persis Muhammad dan melakukan kerja-kerja dakwah islamiyyah, mendidik generasi seterusnya berpandukan Al-Quran dan Hadis serta menunjukkan kepribadian yang terpuji sehingga menjadi ikutan para ilmuwan islam pada hari ini.

Kepimpinan Muhammad sebagai Ketua Negara, telah memberi keadilaan dan keamanan sejagat diantara orang islam dan bukan islam (yahudi & nasrani) ketika itu. Muhammad telah berjaya mengubah sistem perundangan masyarakat, tidak kira pembesar atau hamba bawahan, mereka semua diadili berpandukan wahyu suci Allah SWT. Meskipun, yang kafir itu tidak menganuti islam tetapi jika mereka tidak menentang akan agama islam, mereka wajib dilindungi. Muhammad berjaya membentuk sebuah piagam, dikenali sebagai piagam madinah dan merupakan piagam tertulis pertama didunia.

Berpandukan Al-Quran, Muhammad telah mengharamkan riba, tidak ada cukai tambahan atau cukai yang membebankan rakyat pada ketika itu. Larangan meminum arak telah dikeluaran, dan tidak ada seorang pun kaki arak pada ketika itu yang meminum arak dan wanita-wanita dikhawini mengikut hukum hakam islam dan tidak ada lagi perzinaan dan pergaulan bebas seperti sebelumnya, lantas nasab anak-anak masyarakat arab ketika itu diketahui. Sehingga keteguhan peradaban islam terus gah sehingga sekarang.

Itulah Muhammad, bukan sahaja pendakwah agama, tetapi seorang ketua negara yang sangat hebat dan pemimpin rakyat yang amat disanjungi dan disenangi. Kehadirannya membawa islam, telah menyinari bumi ini dengan sejuta kebaikan dan kepergiaanya meninggalkan tauladan. Semenjak hidup lagi, Muhammad menyedari akan masalah yang bakal melanda umat islam dan mengetahui akan musibah yang bakal menimpa umat islam. Seterusnya, Muhammad telah berwasiat, 

“Sesiapa di antara kamu yang panjang umurnya, nescaya kamu akan melihat perpecahan/perselisihan yang amat banyak sekali di kalangan umatku (akhir zaman). Maka wajiblah bagi kamu agar berpegang kepada sunnahku dan juga sunnah Khulafa’ Ar-Rasyidiin selepasku, genggamlah ia dengan gerahammu (ertinya pegang dengan kuat dan jangan sekali-kali meninggalkannya)”. (hadis sahih)

Itulah dia, Muhammad yang Agung, sejarah kehidupan dan bekas perbuatan sangat memberi kesan yang amat mendalam keatas dunia ini. Muhammad SAW, bukan sahaja utusan Tuhan tetapi juga rahmat alam.

Hari ini, ramai diantara kita yang bernama Muhammad. Namun, kita tidak seperti Muhammad yang Agung itu. Muhammad adalah seorang perkasa, tetapi kita lemah dan tidak bermaya. Muhammad seorang yang mengubah sistem dan menentang sistem yang membawa kerosakan kepada jiwa-jiwa manusia. Tetapi, kita pengikut sistem dan terus melaksanakan sistem-sistem yang merosakkan jiwa kita sendiri.

Nama Muhammad yang ada pada diri kita, bukan sekadar nama. Tetapi, nama itu harus dijaga akan kemasyhuran dan nama itu harus dipraktikan. Jangan kita jadi, seorang Muhammad pendusta, seorang Muhammad tamak haloba, seorang Muhammad penzina dan pemakan riba, Muhammad pembawa kejahatan, jangan.

Keadaan dunia ketika ini, kita amat memerlukan insan seperti Muhammad SAW, ramai yang bernama Muhammad tetapi sedikit sahaja yang meneladani Muhammad SAW. Sistem dunia yang diadakan oleh penjajah barat, tidak memberi keadilan yang saksama kepada penganut islam, sistem kewangan negara kita yang mengamalkan riba dan melaksanakan sistem percukaian menyebabkan rakyat terbeban dengan saraan hidup yang tinggi. Meskipun itu, ekonomi negara kita masih tenat. Kemajuan sistem pendidikan pada masa ini, tidak mampu mengubah moral dikalangan pelajar, kemusnahan sosial masyarakat dihancurkan sendiri oleh sistem sosial yang berpandukan barat. Umat islam, khususnya di Syria, Rohingya, Plastine dan Negara umat islam lain, amat memerlukan insan seperti Muhammad SAW untuk membela nasib mereka dan membantu mereka keluar daripada kesengsaraan para pembenci islam.

Semoga kita yang bernama Muhammad, dapat mengikuti jejak langkah Muhammad SAW. Seterusnya, kita mendapat kedudukan yang agung disisi Allah SWT dan kita dapat mewujudkan suasana yang harmoni dikalangan keluarga kita dan masyarakat kita. Bersama-samalah kita berusaha dan berdoa agar Allah SWT mengurniakan sifat Muhammad pada diri kita. Amin.

Muhammad SAW telah menyampaikan khabar berita bahawa ';

“Bila tidak tersisa dari dunia kecuali satu hari –Za’idah (salah seorang rawi) mengatakan dalam haditsnya- tentu Allah akan panjangkan hari tersebut, sehingga Allah utus padanya seorang lelaki dariku –atau dari keluargaku-. Namanya sesuai dengan namaku dan nama ayahnya seperti nama ayahku. Ia memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana sebelumnya telah dipenuhi dengan kedzaliman dan keculasan.” (Hasan Shahih, HR. Abu Dawud)


“Telah berkata Ali sambil memandang puteranya ­Hassan,” Sesungguhnya Puteraku ini ialah sayid sebagaimana yang telah dinamakan oleh Nabi SA W. Dari keturunannya akan lahir seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan bentuk.”( Al-Manawi)

Muhammad SAW memberitahu, diakhir zaman akan ada seorang pemimpin yang bernama Muhammad yang menyerupai akan kpribadiannya dan akan memimpin umat islam sebagaimana Muhammad SAW memimpin umat islam.

“Ketika kalian melihatnya (Imam Mahdi) maka ber-bai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak diatas salju kerana sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR. Ibnu Majah)-


Mohammad Qazar Yusop 

18 Rabiulawal 1438H


Yang disanjungi dan dikasihi,

Sayyidina Rasulillah Muhammad SAW
(12 Rabiulawal  Tahun Gajah.)




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...