Pages

“Hari Raya Idul Fitri, Kemenangan bermaruah”

“Hari Raya Idul Fitri, Kemenangan bermaruah”


Segala puji bagi Allah SWT. Tuhan yang Esa yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kita bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah, dan kita bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba & rasul-Nya.


Betapa besarnya hikmah kefardhuan puasa di bulan Ramadhan. Sedikit sebanyak memberi manfaat sekadar usaha yang kita curahkan semasa berpuasa dan Allah SWT jua lah yang Maha Mengetahui tahap kesabaran dan ketaqwaan kita semasa berpuasa. Sesungguhnya, puasa di bulan Ramadhan adalah wajib, dan jikalau terbatal puasa atau tidak dapat berpuasa pada suatu hari di bulan Ramadhan maka wajiblah kita menggantinya.


“Sesungguhnya Tuhanmu maha luas ampunan-Nya” An Najm: 32


Medan jihad hawa nafsu bakal berakhir, kewajipan berpuasa di siang hari bakal di mansuhkan untuk satu tempoh. Dan Ini adalah kemenangan, merupakan anugerah daripada Tuhan untuk hamba-hambaNya yang bersusah payah menahan lapar dan dahaga serta beramal dengan amalan yang luar biasa sepanjang tempoh sebulan Ramadhan. Bersyukur kita kepada Allah SWT, yang sentiasa bersikap adil kepada kita semua.


Hari raya idul fitri bukanlah adat masyarakat islam tetapi adalah suatu Hari yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sebagai hari kemenagan buat masyarakat islam setelah berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. Oleh demikian, saya nyatakan beberapa perkara untuk diambil perhatian semasa menyambut Hari raya idulfitri.


1. Dari Anas r.a katanya: “Biasanya, Rasulullah SAW, sebelum pergi solat idul fitri, terlebih dahulu baginda memakan beberapa biji buah kurma” (Hadis riwayat al Imam Bukhari)


2. Mungkin sudah kebiasaan sebilangan masyarakat islam melaksanakan solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu. Tetapi harus diketahui bahawa tiada solat sunat sebelum dan selepas solat idulfitri.


3. Sayyidina Ali KW pernah ditanya mengenai hari yang dianjurkan untuk mandi, sayyidina Ali berkata “mandi pada hari idulf fitri” (mandi sunat idul-fitri sebelum menunaikan solat`id ) -sunnah-


4. Para Sahabat Rasulullah SAW jika berjumpa antara satu sama lain pada hari raya, lalu satu sama lain mengucapkan,” Taqabbalallahu minna wa minka.”


5. Sebaiknya, kaum wanita memakai sarung tangan semasa menyambut tetamu ataupun semasa bertandang ke rumah sanak-saudara. Sebagai langkah persediaan kot lah terlepas salam saudara mara lelaki atau kawan-kawan lelaki.



1 syawal di pagi raya,
Hari raya hari mulia,
Ketupat rendang sudah terhidang,
Ingat-ingatlah orang belakang.

Perut kosong tidak tertahan,
Pandang kiri kanan tengok makanan,
Biskut papan dinampaknya ayam,
Bila makan jangan segan-segan,

Sopan santun melayu kita,
Jabat tangan amalan mulia,
Yang haram itu dipandang hina,
Yang baik itu dipandang mulia.

Pandang pakcik tua, pandang makcik tua,
Ada niat nak nikah jangan simpan lama-lama,
Hantar rombongan hari raya,
Boleh jadi tok kadi ada.

Takbir bergema hari raya,
Selamat hari raya Id.
Minal Aidzin Wal Faizin   -qazar yusop-






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...