Pages

Nasihat keduabelas

Setelah mengamalkan ilmu baru mengetahui hakikatnya.
Wahai anakku yang tercinta:
Dan ketahuilah bahwasanya sebahagian daripada masalah yang engkau tanyakan kepada aku itu tidak dapat dijawab dengan tulisan ataupun perkataan. Tetapi bila engkau telah sampai kepada hakikat halnya maka barulah engkau akan faham. Kalau engkau belum sampai kesana maka engkau belum mengetahuinya, kerana masalah-masalah itu adalah masalah “zukiyyah” yaitu masalah yang tidak dapat difaham dengan sebenarnya kecuali setelah dirasai oleh seseorang akan hakikatnya, maka masalah-masalah yang seperti ini tidak dapat hanya disifatkan dengan perkataan tetapi dengan dijawab dan dirasai, seperti manisnya sesuatu yang manis dan pahitnya sesuatu yang pahit, maka hal ini tidak dapat diketahui kecuali dengan dirasai (bukan dengan perkataan atau tulisan).

Rujukan: Buku wahai anakku yang tercinta, karangan al-imam hujjatul islam abu hamid Muhammad bin Muhammad alghzali ra.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...