Pages

“28 kapsul holistic”

“Perilaku pintar”
“28 kapsul holistic”



01     Allah berkata dalam surah Muhammad, ayat 38, “Ingatlah kamu diseur supaya menderma dan membelanjakan sedikit harta benda dijalan Allah. tetapi ada antara kamu yang berlaku bakhil , sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil pada dirinya sendiri. ingatlah Allah itu Maha Kaya sedangkan kamu semua orang miskin. apabila kamu berpaling daripada beriman, bertaqwa dan menderma, dia menggantikan kamu dengan kaum yang lain yang tidak lagi berkeadaan seperti kamu.”
            punca bakhil adalah mencintai dunia secara berlebihan, takut miskin dan hati yang selalu runsing dan tidak bahagia. Akibatnya diri mudah diserang gangguan seperti nyanyuk dan sukar tidur. kesedihan yang berpanjangan menyebabkan kita mudah diserang penyakit paru-paru.
 

02      Marah adalah manifestasi kesedihan dan kesombongan. perasaan marah menyebabkan tangan menggeletar, wajah memerah dan jantung berdegup kencang. Perasaan marah membebankan otak, pembuluh dan jantung. Kemerahan yang berulang-ulang menunjukkan orang itu menderita penyakit hati. Dia juga terdedah kepada risiko penyakit darah tinggi, angin ahmar, kemurungan, penyakit saraf pusat, sakit jantung dan vertigo atau gayat.



03     Terdapat perbezaan antara pola pemikiran berasaskan perubatan nabi dan pola pemikiran berasaskan perubatan moden. As-Suyuthi menyatakan penyakit dapat disebabkan oleh beberapa perkara iaitu gangguan udara, salah makan ataupun minum, kekeliruan gerak, rehat yang sedikit atau berlebihan, respon emosi yang berlebihan, istirehat emosi yang berlebihan, tidur dan berjaga yang tidak seimbang, adanya cecair yang berlebihan serta gangguan pengeluaran cecair tubuh.


04     Rehat yang berlebihan dapat melemahkan jasmani dan jiwa dan menyebabkan terkumpulnya tenaga atau chi didalam tubuh. Akibatnya, nutrient makanan tidak dapat diserap dengan baik. Peredaran darah juga menjadi perlahan hingga menyebabkan gangguan pada jantung dan otak. Nabi ada mengajar sepotong doa. “Allahumma inni a`udzubika minal hammi wal hazn, wa a`dzubika minal ajzi wal kasal, wa`adzubika minal jubni wal bukhl, wa a`udzubika min gholibatid-dain wa qohri rijaal.”  Maksudnya, “Ya Allah, aku berlindung padamu daripada kegelisahan dan kesedihan. Aku berlindung padamu daripada kelemahan dan kemalasan. Aku berlindung padamu daripada ketakutan dan kikir dan aku berlindung padamu daripada terlilit hutang dan ditekan orang zalim.”


05      Menjaga kesihatan adalah melindungi diri daripada udara yang sejuk dan panas, menghindari angin terutama pada waktu malam dan meminumkan kesan pencemaran. pemakanan yang tidak seimbang sama ada kurang makan, makan secara berlebihan ataupun komposisi makanan yang tidak mengandungi semua nutrien yang diperlukan menganggu keseimbangan tubuh dan mendatangkan penyakit.



06      Tindakan membiarkan badan berada dalam kedudukan yang tidak ergonomic buat masa yang lama menyebabkan kerosakkan sendi. Pada masa yang sama, gerakan badan yang tidak dikawal dapat menyebabkan anggota badan terkehel, patah tulang dan lain-lain gangguan kepada gerakan badan. selain itu, gerakan yang berlebihan juga menyebabkan kerosakan otot, rawan dn kecederaan saraf. dalam jangka masa panjang pula, ia dapat menyebabkan pembengkakan jantung.




07      Nabi juga member panduan cara hidup yang betul. Cara tidur yang baik adalah dengan mengiringkan badan ke kanan manakala tangan kanan menyokong kepala. Mengiringkan badan kekiri semasa tidur dikhuatiri menekan perut. Ini menganggu proses penernaan. Ia juga menekan jantung hingga mempengaruhi kemampuan jantung, menganggu irama dan kemampuannya mengepam darah.




08      Udara juga dapat menyebabkan penyakit. Masyarakat umum memanggilnya masuk angin. Namun begitu, isitilah masuk angin tidak wujud dalam perubatan barat. meskipun demikian, apabila diperhatikan, penyakit dapat timbul akibat cuaca. Perubahan suhu yang melampau, angin yang berkelajuan tinggi dan pencemaran udara dapat menurunkan daya tahan tubuh kepada jangkitan. Ia juga menganggu metabolism tubuh.


09       Dalam masyarakat kita, terdapat ramai orang yang memerlukan bantuan kewangan. selain membayar zakat, kita digalakkan bersedekah bagi meringankan penderitaan yang dialami oleh golongan miskin. Nabi berkata, “sembuhkan penyakitmu dengan bersedekah.” Orang yang sedang sakit digalakkan bersedekah supaya Allah meringankan penderitaannya. Ini kerana dengan bersedekah, penyakit dapat dicegah, penderitaan diringankan dan penyembuhan dipercepatkan.


10       Berrwaspadalah dengan kesan penyakit hati kepada kesihatan saudara. Sifat dengki, sombong, suka memfitnah dan pendendam meningkatkan risiko dijangkiti barah dan hepatitis. Al-Ghazali menyatakan dendam menyababkan barah. Sifat dengki pula merosakkan beberapa organ utama dan menyebabkan gangguan hormone. ini seterusnya, menyebabkan timbulnya penyakit seperti kencing manis.



11       Apabila melaksanakan langkah-langkah berikut, kita memperolehi nikmat makan dan juga kesihatan, iaitu :
            1. Cuci tangan sebelum makan,
            2. Baca basamallah,
            3. Makan secukupnya,
            4. Berhenti makan sebelum kenyang.
            5. Tidak membazir. ini kerana Allah berkata, “ sesungguhnya orang yang pemboros itu sekutu syaitan.”
 '


12       Direkodkan oleh Bukhari, nabi berkata, “ sifat iri hati itu memakan kebaikan seperti api memakan sekam.” kebaikan disini bermaksud kebaikan yang dikehendaki manusia termasuklah kesihatan. Orang yang iri hati mudah diserang penyakit kencing manis, penyakit jantung, hyperthyroid, penyakit hati, sakit buah pinggang dan ulser kronik. Ini kerana iri hati menyebabkan penghasilan hormone koristol dan adrenalin. Kedua-dua hormone ini menyebabkan glukoneogenesis atau pembentukan gula didalam darah meningkat dan menganggu degepun jatung.



13       Penyakit hati adalah gejala yang menunujukkan sikap ataupun perilaku yang salah dalam kehidupan manusia. ia menimbulkan kesan buruk kapada kesihatan. Kata Ibn Qayyim, tiga factor yang menyebabkan penyakit hati adalah sering melakukan maksiat, gemar berfoya-foya dan mencintai dunia secara berlebihan. Quran menyebut dalam surah Ali Imran, ayat 14, enam perkara yang dicintai manusia hingga mereka lupaharga dirinya adalah wanita, anak, perhiasan, kuda ataupun kenderaan, ternakan ataupun pelaburan dan lading ataupun perniagaan.



17       Rasulullah berkata mengikut rekod Bukhari dan Muslim, “Tidak masuk syurga orang yang hatinya merasa sombong sebesar biji sawi. Sahabat bertanya, “Ya rasulullah, adakah orang yang memakai baju dan kasut yang cantik dianggap sombong?” Rasulullah menjawab “sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan. Sombong itu adalah menolak kebenaran dan menghina orang lain.” Menolak kebenaran menyebabkan gangguan jiwa. Menghina orang lain pula menyebabkan penyakit gangguan pencernaan, vertigo, angin ahmar, neuropati dan serangan jantung.



18       Nabi menggalakkan senaman. Senaman yang digalakkan nabi adalah berenang, menunggang kuda dan memanah. Berenang dapat menguatkan otot tanpa membebankan sendi secara berrlebihan. Menunggang kuda pula meningkatkan ketangkasan bergerak dan memberikan kepada kita kemampuan kepada kita memanfaatkan daya tuil (leverage) demi kepentingan hidup. Memanah pula meningkatkan kewaspadaan dan membantu membiasakan diri menumpukan perhatian.



19      Ramai orang mempunyai berat badan berlebihan dan mengalami kesukaran menurunkannya. Allah memberitahu prinsip diet yang luar biasa. Inilah dietbagi menangani segala penyakit dan bagi menurunkan berat badan, “Makan dan minumlah dan jangan berlebihan.” Para ulama mengatakan ayat ini memberikan separuh rahsia hidup sihat. Dalam ayat lain, Allah berkata, “ Makanalah rezeki Allah yang halal dan baik.



20      Ada enam jenis yang apabila dibiarkan akan memudaratkan kesihatan. Misalnya marah yang berlebihan dapat menyebabkan sakit jantung. Takut yang berlebihan menyebabkan kemurungan. Kebimbangan yang berlebihan memudaratkan buah pinggang. sedih yang berlebihan menyebabkan sakit pada paru-paru. Gembira yang berlebihan menyebabkan sakit jantung. Malu yang berlebihan menyebabkan penyakit seperti ulser dan penyakit hati. Maka dengan mengawal emosi, badan akan menjadi bertambah sihat.



21     Sering marah ataupun marah secara berlebihan dapat menyebabkan penyakit di dalam jantung dan pembuluh darah. Nabi berkata, “Marah berasal daripada syaitan dan syaitan terhasil daripada api. Maka padamkanlah kemarahanmu dengan berwuduk.” Nabi juga mengajar apabila marah dalam keadaan berdiri, maka duduklah. Apabila perasaan marah melanda ketika kita sedang duduk pula, maka berbaringlah. Baca istighfar kerana marah itu adalah gabungan sombong dan sedih. Ubat bagi sombong adalah istighfar. Kemudian, berwuduklah sebagaimana yang disarankan nabi.  



22      Rasa malu yang berlebihan kerana takut orang lain mengetahui aib sendiri dapat menyebabkan masalah lain seperti keinginan bunuh diri, mati pucuk, dan lemah ingatan. Cara mengubati rasa malu yang berlebihan adalah dengan melaksanakan solat taubat dan memperbanyakkan istighfar.




23     Adrenalin ialah hormone yang dihasilkan kelenjer adrenal, yang terletak di bahagian atas buah pinggang. Adrenalin mempercepatkan degupan jantung dan meningkatkan kewaspadaan. Bersama dengan hormone koristol, adrenalin dapat mempercepatkan pembentukan glukosa. Adrenalin terhasil melalui orang yang gembira secara berlebihan. Dalam jangka masa panjang, keadaan ini menyebabkan penyakit kencing manis, ulser, sakit jantung, lemah saraf dan otak.



24      Kehilangan perkara yang dicintai menyebabkan kita bersedih. Quran menyebut dalam surah Ali Imran, ayat 14, enam perkara yang dicintai manusia hingga mereka lupaharga dirinya adalah wanita, anak, perhiasan, kuda ataupun kenderaan, ternakan ataupun pelaburan dan lading ataupun perniagaan.” kesedihan  yang berpanjangan berpunca daripada rasa cinta yang berlebihan kepada duniawi. Ini seterusnya menyebabkan penyakit paru-paru, membebankan fungsi kelenjar dan menjejaskan kesimbangan hormone. jadi, perbanyakkanlah membaca surah al-insyirah ketika solat.



25      Salah satu penyebab penyakit adalah ketidak seimbangan emosi. Apabila emosi tidak mendapat rehat yang secukupnya, kita menjadi mudah tersinggung walaupun disebabkan perkara remeh. Dalam pada itu, apabila kita berada dalam zon selesa, emosi mendapat rehat. Pada waktu itu, fikiran bebas daripada segala beban pribadi dan social. Walaubagaimanapun, kerehatan emosi yang berlebihan menyebabkan kita tidak mengambil peduli perkara yang berlaku di sekeliling kita.


26      Salah satu kunci kesihatan adalah sentiasa bersangka baik kepada Allah, kerana ia menghasilakan banyak kebaikan. Berfikiran optimis yang penyembuhan akan tiba adalah sangka baik mukmin kepada Allah. Quran mengingatkan kepada kita sebanyak lima kali supaya tidak berputus asa dengan Rahmat Allah.




27      Tidur adalah proses fisiologi yang penting. Ini kerana semasa manusia tidur, organ-organ dicergaskan semula (revitalized). Kajian mendapati apabila kita lambat tidur, pencergasan semula organ terganggu. ini kerana pencergesan semula berlaku pada waktu tidur. Tidur yang panjang pula dapat memekatkan darah. Ini menambahkan risiko serangan jantung ataupun angin ahmar. Tidur yang menyihatkan adalah dua jam sesudah makan malam dan bangun antara jam tiga hingga empat pagi. Ini kerana serangan jantung dan angin ahmar sering berlaku antara jam tiga hingga enam pagi.



28       Allah berkata, “janganlah kamu berasa rendah diri dan jangan pula kamu berasa sedih. Sesungguhnya kedudukan kamu tinggi didepanku apabila kamu menjadi mukmin.” Ayat ini memberikan semangat kepada mukmin. Ini kerana seberat manapun ujian yang menimpa, ia begitu kecil apabila dibandingkan dengan kedudukan tinggi yang ditawarkan Allah. Jiwa yang diserapi pengharapan menggerakkan semangat. Semangat pula mewujudkan keghairahan hidup dan menyihatkan badan. Ini kerana gelora emosi dapat diseimbangkan hingga semangat hidup terpelihara.

sumber: 365 TIP SIHAT GAYA RASULULLAH “karangan Dr.Mohammad Ali Toha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...