Posted by
Unknown
Sepanjang kehidupan
manusia di alam ini, kita dapat melihat suatu peninggalan yang tidak dapat
dilupuskan apatahlagi di sembunyikan. Acap kali, kita mendengar berita kematian
dan menerima jemputan untuk menghadiri majlis pengemubumian manusia yang mati itu.
Memberi penghormatan terakhir, menatap wajah buat yang terakhir dan
melaksanakan sesuatu perbuatan baik untuk manusia yang mati itu seperti,
mendirikan solat jenazah baginya dan memberikan sedekah atas namanya. Usai
sahaja majlis itu, kita akan bersama-sama saudarannya, rakannya dan hartanya
untuk mengusung dia ke suatu tempat yang menghimpunkan manusia-manusia yang
telah mati iaitu tanah perkuburan. Inilah tempat yang tidak dapat dilupuskan
dan disembunyikan.
Manusia daripada latar
belakang berbeza disatukan dan dihimpunkan di kawasan itu. Kuburan mereka
disusun mengikut baris menghadap kiblat dengan selang jarak kurang daripada 1
meter, tidak kira bekas seorang panglima, pengarah dan professor, mereka yang
telah meninggal itu tidak ada keistimewaan seperit lot khas ataupun pondok khas
di tanah perkuburan. Pada kubur mereka, diletak satu atau dua batu atau kayu
yang terukir nama mereka dan tarikh kematian mereka sebagai penanda bahawa itu
kubur mereka dan untuk memudahkan manusia yang hidup menziarahi kubur mereka.
Menangisi kepergian manusia meninggalkan bumi, itu adalah lumrah manusia. Orang
yang menyangi dan menyanjungi mereka yang telah mati, pasti memberi impak
kepada jiwa dan emosi orang tersebut, dan ini adalah normal. Melalui
tanah-tanah perkuburan, kita dapat melihat kuburan yang sudah berusia puluhan
tahun, bahkan ratusan tahun. Ada yang umur hidupnya hanya kurang daripada 60
tahun tetapi kuburannya sudah berusia 80 tahun daripada hari kematiannya.
Begitu lama manusia yang telah mati itu diperkuburan. Apakah nasib mereka dan
apakah sedang berlaku kepada mereka.
Merenung kembali
kehidupan ini, setiap manusia melalui kehidupan yang sama tetapi berbeza pada
hal pribadi. Berkerja untuk membeli makanan untuk meneruskan kehidupan, semua
manusia melakukannya. Menyimpan harta tetapi tidak dapat dinikmati lagi selepas
kematian. Orang yang disayangi tidak dapat lagi dtatap selepas kematian.
Dikala kita menjalani
kehidupan, hampir seluruh qudrat kita, kita gunakan untuk mencari wang. Ayah
dan Ibu berkerja keras mencari wang untuk menyara anak-anaknya. Wujud juga
manusia, berkerja keras mengumpul wang untuk membeli apa yang dia hajati,
seperti kereta mewah dan rumah mewah. Tidak lupa juga, manusia yang bergadai
maruah dan harga diri demi wang. Hampir
semua manusia itu sama, berkerja dan melakukan sesuatu untuk penghasilan wang.
Mana kan tidak, no money no talk! kerja menyampaikan ilmu pun kena bayar tau.
Bukan murah kerja tu, sejam Ringgit Malaysia 200 tu harga biasa. Tidak ada
silap tidak ada salah, masing-masing empunya hati untuk berniat dan tangan yang
berkerja.
Namun, apabila mati,
manusia yang berkerja keras untuk wang, bagaimana kehidupan mereka di kuburan
sana kelak.
Apa yang kita percayai,
bahawa kehidupan kubur ialah permulaan kepada kehidupan yang sebenarnnya.
Mengikut akal logik kita, akal kita tidak dapat sampai ke tahap dapat
mengetahui dan mengesahkan apa yang sebenarnya berlaku dialam kubur. Semuanya,
setiap penganut agama, mempercayai kehidupan kubur berdasarkan kepercayaan
masing-masing.
Saya, sebagai penganut
islam mempercayai bahawa kehidupan alam kubur adalah kehidupan yang realiti.
Berdasarkan kitab suci Al-Quran dan Hadis yang disampaikan oleh Rasulullah SAW,
bahawa kehidupan di kubur, suasananya ialah berdasarkan amal perbuatan semasa kehidupan
di dunia ini. Bagi mereka yang melakukan perkara yang tidak baik dan mati tanpa
bertaubat atas perbuatannya yang tidak baik itu, maka kehidupannya di kubur
adalah kehidupan yang menyesakkan. Jikalau dikubur sudah terseksa, apatahlagi
di akhirat nanti? Hari dimana Tuhan membangkitkan seluruh manusia untuk
pengadilan.
Gambar : Sumber ( http://www.jejakwaris.com/sejarah.html)
Mengimbas kembali,
mengenai perihal kita yang berkerja keras demi wang itu. Adakah ianya satu
perbuatan baik?
Menurut Hadis rasulullah
SAW yang bermaksud;
Daripada Amirul Mukminin
Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab R.A. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah
SAW bersabda:
"Bahawa sesungguhnya
setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap
orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan
RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya
kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan
yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya
itu." (Hadis shahih)
Apa yang pernah saya
pelajari bahawa, niat kita sentiasa perlu diperbetulkan pada awal perbuatan,
pertengahan perbuatan dan akhir perbuatan. Apabila, Niat sudah lari, maka
cepat-cepat beristighfar kepada Allah, memohon keampunanNya.
Namun ,
Habib Ali Zainal Abidin,
menjelaskan mengenai hal niat tidak menghalalkan cara,
“ Niat Tidak Menghalalkan
Cara , kita boleh mengambil iktibar daripada sejarah peperangan Uhud yang mana
dalam peperangan uhud seramai 700 orang muslimin melawan 3000 tentera musuh
dari kaum musrikin. Ketika peperangan Uhud, Rasulullah saw telah memerintahkan
kepada 50 orang pemanah supaya tidak berganjak dari bukit Uhud. Oleh kerana 50
orang pemanah melupai perintah Rasulullah, sebahagian besar pemanah berganjak
dari bukit iaitu turun dari bukit Uhud untuk mendapatkan harta rampasan perang
yang mengakibatkan pasukan Muslimin dikepung dan kalah. Seramai 70 tentera
Muslimin mati syahid. Namun Allah telah memaafkan mereka.
Cuba bayangkan peristiwa
ini, jika Allah berikan kemenangan kepada tentera Muslimin pada ketika itu, apa
yang terjadi? Ya memang menang, tetapi kesan yang buruk untuk jangka masa yang
panjang. Oleh itu, pengajaran yang Allah ingin tunjukkan kepada kita ialah
Islam tidak boleh menang dengan pelanggaran dan kemungkaran.
Sebab itulah, dalam Islam
apa-apa hal yang berkaitan Islam jangan harap kita mencapai kemenangan dengan
cara munkar, dengan cara kebatilan, Allah telah tunjuk buktinya dalam
peperangan Uhud.
Tidak kiralah ketika
dalam politik, pemerintahan, membuat atau melakukan tujuan yang baik, menjawab
peperiksaan, dan sebagainya. “Tujuan untuk mencapai perkara yang benar mesti
menggunakan wasilah yang benar”. Barulah kita akan mencapai keredhaan Allah.
Jika tetap menggunakan wasilah yang salah, namun kemenangan tercapai juga,
ingatlah kemenangan itu tidak akan kekal lama, kerana Allah tidak benarkan
mereka mencapai tujuan yang baik dengan cara yang salah.”
sumber : ( https://youtu.be/aKrA49M6ysc?list=PLFLKZVxBkICyZeaT7jtYxylrEt26GZ7kO )
Sampai di sini sahaja
saya akhiri, jika anda benar-benar ingin mengetahuinya secara mendalam, sila
lah pergi berjumpa orang yang lebih memahami perihal kubur dan kehidupan
selepas mati.
Qazar Yusop
0 comments:
Post a Comment