Posted by
Unknown
Saban tahun negara kita dilanda banjir dan sering kali
berlaku dikawasan yang sama. Namun, penduduk setempat dikawasan tersebut hanya
mampu menanti bantuan keselamatan dan kerugian harta benda terus berlaku. Secara
kasarnya, keadaan hujan lebat yang berterusan dan takungan air yang penuh mendadak adalah tanda-tanda kedatangan banjir besar. Acapkali, kehadiran banjir
mengakibatkan kerosakkan harta benda seperti peralatan elektrik, kenderaan dan
perabot rumah. Juga tidak kurangnya, kepada para petani yang tanah perusahaan
dan haiwan ternakan mereka musnah dan mati akibat pukulan arus banjir yang
deras.
Banjir
merupakan fenomena alam yang tidak dapat dikawal keadaannya, kuantiti isipadu
air yang banyak serta kelajuan pergerakkan air yang deras ialah antara punca
sungai dan tadahan air seperti longkang gagal mengawal pergerakkan air. Punca
banjir bukan sahaja daripada kesan hujan deras yang berterusan, aktiviti
penerokaan hutan seperti pembalakan dan pembukaan kawasan pembinaan juga adalah
punca banjir.
Menurut, Datuk
Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, sistem saliran longkang jalan yang
tidak efisien adalah punca aliran air tersekat sehingga menyebabkan banjir
kilat di Kuala Lumpur. Selain itu, seperti yang berlaku di Cameron highland
Pahang, pembangunan kawasan pertanian secara mendadak yang tidak sistematiik
punca pergerakkan aliran air hujan ke sungai tersekat dan menyebabkan banjir,
seperti dilaporkan oleh Datuk Seri G.Palanivel. Pepatah
Melayu, sediakan payung sebelum hujan, individu atau masyarakat haruslah
berkerjasama untuk mengambil langkah-langkah proaktif menghadapi bencana alam
seperti banjir. Secara umumnya, kedatangan banjir besar dapat diramalkan. Tetapi, terdapat segelintir masyarakat tidak mengambil tindakan yang sewajarnya.
Justeru itu,
masyarakat harus mengambil pendekatan yang bersesuaian untuk mengurangkan
risiko banjir. Tindakan usaha sama antara masyarakat dan pihak berkuasa
merupakan solusi yang terbaik dalam permasalahan ini. Oleh itu, antara
langkah-langkah untuk mengurangkan risiko banjir ialah seperti berikut.
1. Membersihkan sistem
perparitan.
Masyarakat setempat, khususnya mereka yang tinggal dikawasan
taman perumahan atau tanah persendirian, perlu mengambil tindakan bersama untuk
memeriksa sistem perparitan sedia ada dikawasan sekeliling. Dan melaksanakan
aktiviti seperti membuang sampah yang menyangkut dan terbenam di dalam longkang
dan membuat sesuatu peralatan untuk menghalang sampah sarap berkumpul di
struktur longkang. Serta, membuang mendapan tanah ditapak longkang, kerana
mendapan tanah akan mengurangkan kapasiti longkang untuk menampung aliran air.
Sumber : Google
2. Menanam pokok di
sekeliling kawasan perumahan.
Air merupakan sumber utama flora, tanpa air bumi kita akan
seperti gurun sahara di utara afrika. Landskap hijau seperti menanam pokok atau
bunga-bungaan di sekeliling kawasan rumah dan di sekitar taman perumahan, dapat
mengurangkan risiko air bertakung. Hal ini kerana, fungsi tumbuh hijau yang
menyerap air. Disamping itu, risiko tanah runtuh dapat dielakkan dan seterusnya,
mengurangkan risiko banjir.
Sumber : Google
3. Membina kolam
takungan.
Membina kolam takungan air adalah solusi yang terbaik untuk
kawasan banjir. Selain untuk menampung air, kolam takungan ada potensi besar
untuk aspek ekonomi dan pelancongan. Seperti, menternak ikan dan membina
kelengkapan riadah untuk pengunjung. Namun, masyarakat harus berkerjasama untuk
membeli tanah atau mewakafkan tanah untuk pembinaan kolam serta berganding bahu
menampung kos pembinaan kolam tersebut.
Sumber : Google
4. Membina rumah
bertiang di kawasan tanah rendah.
Sebelum merancang untuk membina rumah, eloklah mengenalpasti
terlebih dahulu latar belakang kawasan tersebut. Jika tanah itu berada pada
aras rendah ataupun terdapat laluan air, adalah lebih baik untuk mendirikan rumah
bertiang.
Sumber : Google
0 comments:
Post a Comment