Posted by
Unknown
Keindahan Nabi
Muhammad SAW
Bahawa
sudah cukup jelas, bahawa nabi kita Muhammad SAW di kurniakan Allah Azza
Wajallah, seluruh sifat- sifat yang indah dan terpuji, namun semua sifat- sifat
yang indah itu sangat bertalian dengan dua hal yang besar, pertama Keagungan
dari sifat- sifat itu. Dan kedua Pancaran cahaya yang meliputinya,
kerana
itu keindahan paras muka Baginda yang bersinar itu, tidak membawa akibat
negative, bagi yang melihatnya.
Imam Ali Ka pernah berkata : Siapa
yang melihatnya sepintas lalu. Pasti akan terpegun kerana kewibawaannya.
Sedang sahabat- sahabat lain berkata: Adalah
Rasulullah Saw yang paling tenang, penuh wibawa, bila berada di suatu majlis.
Menurut riwayat Abu Daud.
Ibnu Majah meriwayatkan,
bahawa seorang datang menghadap Nabi Saw dengan menggigil ketakutan, maka
berkata tidak mengapa, tenanglah hati anda..
Tatkala Amer
Bin Ash menghadap Nabi untuk pertama kalinya ia berkata: Tak sanggup aku
menatap wajahnya, kalau sekiranya orang bertanya kepadaku, tentang sifat- sifat
beliau, rasanya tak sanggup aku menceritakannya, kerana mataku tak sepenuhnya
dapat melihatnya. (Riwayat Muslim)
At- Tirmizi meriwayatkan
dari Ibnu Abi Halah, bahawa bila Nabi S.a.w tengah berbicara, maka semua
sahabat yang berada sekelilingnya tenang, sambil menundukkan kepala seolah-
olah kepala mereka sedang di hinggapi burung.
Memang
sahabat Nabi, tidak dapat memandang wajah Baginda dengan tajam, kerana
keagungan dan wibawanya, yang dapat menceritakan dan mengambarkan sifat dan
rupa beliau, adalah mereka yang masih kecil atau yang berada di bawah asuhannya
sebelum masa kenabiannya, seperti Hindun Bin Abi Halah, dan Imam Ali ka.
Kerana
keagungan dan kewibawaan itulah kirannya, maka siapapun yang duduk
mendampinginya akan berdebar hatinya, terpengaruh oleh kewibawaan yang memancar
dari pribadi agung nya, dan sebab itu, beliau selalu beramah tamah dan bersikap
lemah lembut. Sekadar menenangkan dan menteramkan hati mereka.
Seorang
wanita bernama Qiblah Binti Makram. Bercerita : Pernah aku melihat Rasulullah
Saw duduk dengan tekunnya, tiba- tiba rasa takut menyelinap dalam hatinya. dan
aku pun menggigil, kemudian terdengar suara orang berkata, Ya rasulullah
kasihan benar wanita itu, ia menggigil takut akan engkau, maka beliau tampa
melihatku, kerana aku berada di belakangnya berkata : kasihan benar ia,
tenangkanlah hatimu; setelah ku dengar itu, segera lenyap rasa takut dari
hatiku.
Dan Abi
Mas`Ud Albadriy, menceritakan apa yang pernah dialaminya, ia berkata : Tatkala
aku sedang mengajar(memarahi) seorang budakku tiba- tiba aku dengar suara dari
arah belakang, mulanya aku tidak mempedulikannya, kerana amarahku sedang meluap.
Rupanya itulah Rasulullah Saw dan ku melihatnya, maka cemeti yang ku pegang
jatuh ke tanah, dan beliau berkata kepadaku : Demi Allah, tuhan dapat berbuat
kepada dirimu, lebih dari apa yang engkau lakukan sekarang, maka dengan suara
terkedu aku berkata : ya Rasulullah demi Allah aku tidak akan mengajar(merotani)
lagi budakku sesudah ini.
Adapun pancaran nurani yang menghias Keindahan
dan Keagungan Nabi Saw sebagai yang tersebut pada sifat- sifat dan gambaran wajahnya,
maka itupun dalam erti yang hakiki, dan cahaya baginda adalah pertama yang
dijadikan oleh Allah, seperti yang diriwayatkan oleh Hadis Jabir, dan menurut Azzarqani,
hadis itu juga diriwayatkan oleh Al-Naihagiy, dan tidak bertentangan dengan
hadis riwayat At-Tirmizi, bahawa makhluk pertama yang dijadikan Allah adalah Alqalam
sebab antara keduanya dapat disesuaikan pengertiannya, Hadis Jabir yang
meriwayatkan, bahawa Nur Muhammad lah yang pertama dijadikan oleh Allah,
bererti bahawa Allah yang menjadikan segala jenis cahaya, menciptakan Nur Muhammad,
sebelum cahaya- cahaya lainnya.
Dan yang dapat memperkuatkan tentang Nur
Muhammad ini, ialah hadis yang diriwayatkan oleh Ali Bin Husain Ra dari ayahnya
Ali Bin Abi Thalib Ra bahawa Nabi Saw bersabda :
“Dahulunya aku ini cahaya di hadapan Tuhanku”.
Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnul Qathaan, seorang ahli dalam ilmu hadis yang
terkenal sangat cermat dalam meneliti riwayat dalam sanad hadis, Allah Swt
Berfirman
Sesungguhnya telah datang kepadaku
cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkan
(Al Quran Surah Al Ma`Idah : 15)
Sebahagian ulama menafsirkan cahaya
dalam ayat ini, ialah Muhammad, demikian dalam tafsir Athabariy, Ibnu Abi Hatim,
dan Alqurtubiy yang mengutip tafsiran Qatadah.
Di samping itu, riwayat- riwayat yang
cukup banyak, disaat kelahiran Nabi Saw di mana, ditambah lagi dengan hadis
riwayat At-Thabarani; kami melihat cahaya memancar dari padanya.
Dan hadis Riwayat Ibnu Abbas : Bila
Rasulullah berbicara bagaikan cahaya bersinar dari arah mulutnya ( Riwayat
At-Tirmizi dan Addarimizy) demikian juga Ibnu Abi Halah menurut riwayat At-Tirmizi
yang lain dalam menceritakan sifat- sifat Nabi Saw berkata- ia diliputi oleh
sinar cahaya, dan Aisyah berkata sedang aku duduk bersama Nabi Saw yang tengah
memperbaiki sepatunya, maka ku lihat keringat beliau membasahi keningnya, dan
kulihat keringat itu berkilauan, aku pun hairan tercengang, lalu Nabi Saw berkata
kepadaku : mengapa engkau tercengan hai Aisyah? .Kerana keningmu yang
berkeringat menyinarkan cahaya jawabku cepat.
Memang ada segelintir orang, yang
memahami erti Nur Muhammad bahawa nabi adalah cahaya, sehingga dibayangkan
olehnya, seolah- olah baginda itu seperti pelita yang menyorotkan cahaya, pada
hal Nabi Saw jauh lebih mulia dan agung, dari anggapan yang demikian, ada
kalanya memang cahaya dalam erti hakiki nampak terlihat dari padanya, seperti
cahaya yang memancar dari benda yang bersinar lainnya, namun itu tidak selalu terjadi,
hanya dalam rangka Mu`Jizat- Mu`Jizat Baginda Saw. Bahkan hal itu pernah
terjadi sementara pada diri sahabat Nabi Saw.
IndaHnya
Rasulullah SAW kita (^_^).
alfikirummat.blogspot.com
Kami
merinduimu YA RASULULLAH
di adaptasi dan sumber dari kitab Insan Kamil (Muhammad SAW) karangan As-sayyid muhammad alwy al-maliki.
0 comments:
Post a Comment