Ramai dikalangan umat islam lelaki yang namanya bermula
dengan muhammad/mohd/mohammad/muhd dan kemudian diikuti dengan nama yang
berbeza dalam bahasa arab yang membawa maksud tersendiri. Secara logiknya,
nama-nama ini hanyalah untuk pengenalan identiti manusia dan tidak membawa
apa-apa kelebihan. Melainkan, seperti yang dipercayai oleh seluruh umat islam,
nama yang mempunyai maksud yang baik membawa kepada kebaikan pada empunya nama,
kerana sebutan adalah satu doa kepada Allah yang Maha Agung.
Kita sudah sinonim dengan panggilan muhammad, bahkan di
negara kita, Malaysia, hampir separuh komuniti lelaki islam identitinya dimulai
dengan panggilan muhammad. Bagi orang bukan islam, sudah tentu mereka percaya
bahawa nama muhammad itu khusus untuk umat islam dan tidak ada kelebihan
ataupun pangkat kepada nama muhammad itu.
Dunia kita telah melalui "masa" ratusan tahun
bahkan alam ini sudah wujud jutaan tahun dahulu. Titisan darah, lakaran dakwat
dan pahatan ukiran sudah wujud dan termaktub dalam buku-buku manusia. Apabila
kita merungkai kembali sejarah yang terjadi pada dunia ini, kita menyedari
sebuah hakikat, bahawa kehidupan ini dipenuhi dengan kejadian-kejadian yang
telah mencorak dunia masakini. Peradaban demi peradaban dipelosok dunia yang
membawa sejarah tersendiri dan ada yang telah ditelan masa tetapi banyak yang
tercatit dilembaran suci yang terpelihara.
Pada helaian sejarah manusia, tercatit satu sejarah yang
agung, tercatit pada helaian yang suci dan perbualan sejarah itu tidak terhenti
pada zaman kejadiaannya tetapi terus hangat di lidah-lidah manusia hari ini.
Dan, Muhammad adalah empunya sejarah yang agung itu.
Siapa Muhammad? Siapa dia yang bergelar muhammad? Apa yang
dilakukannya sehingga sejarahnya tidak ditelan zaman dan namanya berada di
senarai no 1 orang paling berpengaruh di dunia (100 most influential people in
the world, by Michael H. Hast, 1992)?.
First Presidency (Spencer W.Kimbal) dalam ucapan beliau,
menyebut Muhammad terlebih dahulu dan kemudian tokoh yang lain. Muhammad
sebaris dengan tokoh agama yang lain tetapi, kehebatan muhammad mengatasi tokoh
agamawan yang lain.
"My choice of Muhammad to lead the list of the world's
most influential persons may surprise some readers and may be questioned by
others, but he was the only man in history who was supremely successful on both
the religious and secular levels." (The Hundred: A Ranking of the Most Influential Persons in
History," Michael H. Hart)
“Philosopher, orator, apostle, legislator, warrior,
conqueror of ideas, restorer of rational dogmas, of a cult without images, the
founder of twenty terrestrial empires and of one spiritual empire: that is
MUHAMMAD. As regards all the standards by which human greatness may be
measured, we may well ask is there any man greater than he?” (Alphonse de Lamartine, History of Turkey 1854)
Muhammad bukan sahaja berdakwah anutan kepercayaan kepada
penduduk arab ketika itu, tetapi Muhammad juga telah berjaya mengubah sistem
sedia-ada kehidupan masyarakat arab ketika itu dan sistem itu terus berlangsung
sehingga sekarang.
Sebelum Muhammad menerima wahyu Tuhan untuk menyampaikan
agama islam, Muhammad dikenali sebagai pemuda yang jujur & amanah. Bukan
sahaja tampan dan perkasa, tetapi dengan kejujuran dan amanah yang ada pada
diri Muhammad, membuatkan para ketua kabilah arab memanggil Muhammad untuk
menyelesaikan pertelingkahan diantara mereka.
Muhammad mampu menentang sistem sedia ada dan telah berjaya
mengubah sistem tersebut, dengan penuh kesabaran yang disertai oleh panduan
daripada Allah SWT, Muhammad telah menjadi seorang insan yang telah
menyampaikan agama islam dengan sempurna kepada seluruh masyarakat tanah arab
ketika itu, bahkan Muhammad telah berjaya mendidik sahabatnya sehingga
sahabatnya persis Muhammad dan melakukan kerja-kerja dakwah islamiyyah,
mendidik generasi seterusnya berpandukan Al-Quran dan Hadis serta menunjukkan
kepribadian yang terpuji sehingga menjadi ikutan para ilmuwan islam pada hari ini.
Kepimpinan Muhammad sebagai Ketua Negara, telah memberi
keadilaan dan keamanan sejagat diantara orang islam dan bukan islam (yahudi
& nasrani) ketika itu. Muhammad telah berjaya mengubah sistem perundangan
masyarakat, tidak kira pembesar atau hamba bawahan, mereka semua diadili
berpandukan wahyu suci Allah SWT. Meskipun, yang kafir itu tidak menganuti
islam tetapi jika mereka tidak menentang akan agama islam, mereka wajib
dilindungi. Muhammad berjaya membentuk sebuah piagam, dikenali sebagai piagam madinah
dan merupakan piagam tertulis pertama didunia.
Berpandukan Al-Quran, Muhammad telah mengharamkan riba,
tidak ada cukai tambahan atau cukai yang membebankan rakyat pada ketika itu.
Larangan meminum arak telah dikeluaran, dan tidak ada seorang pun kaki arak
pada ketika itu yang meminum arak dan wanita-wanita dikhawini mengikut hukum
hakam islam dan tidak ada lagi perzinaan dan pergaulan bebas seperti
sebelumnya, lantas nasab anak-anak masyarakat arab ketika itu diketahui.
Sehingga keteguhan peradaban islam terus gah sehingga sekarang.
Itulah Muhammad, bukan sahaja pendakwah agama, tetapi
seorang ketua negara yang sangat hebat dan pemimpin rakyat yang amat disanjungi
dan disenangi. Kehadirannya membawa islam, telah menyinari bumi ini dengan
sejuta kebaikan dan kepergiaanya meninggalkan tauladan. Semenjak hidup lagi,
Muhammad menyedari akan masalah yang bakal melanda umat islam dan mengetahui
akan musibah yang bakal menimpa umat islam. Seterusnya, Muhammad telah
berwasiat,
“Sesiapa di antara kamu yang panjang umurnya, nescaya kamu
akan melihat perpecahan/perselisihan yang amat banyak sekali di kalangan umatku
(akhir zaman). Maka wajiblah bagi kamu agar berpegang kepada sunnahku dan juga
sunnah Khulafa’ Ar-Rasyidiin selepasku, genggamlah ia dengan gerahammu (ertinya
pegang dengan kuat dan jangan sekali-kali meninggalkannya)”. (hadis sahih)
Itulah dia, Muhammad yang Agung, sejarah kehidupan dan
bekas perbuatan sangat memberi kesan yang amat mendalam keatas dunia ini.
Muhammad SAW, bukan sahaja utusan Tuhan tetapi juga rahmat alam.
Hari ini, ramai diantara kita yang bernama Muhammad. Namun,
kita tidak seperti Muhammad yang Agung itu. Muhammad adalah seorang perkasa,
tetapi kita lemah dan tidak bermaya. Muhammad seorang yang mengubah sistem dan
menentang sistem yang membawa kerosakan kepada jiwa-jiwa manusia. Tetapi, kita
pengikut sistem dan terus melaksanakan sistem-sistem yang merosakkan jiwa kita
sendiri.
Nama Muhammad yang ada pada diri kita, bukan sekadar nama.
Tetapi, nama itu harus dijaga akan kemasyhuran dan nama itu harus
dipraktikan. Jangan kita jadi, seorang Muhammad pendusta, seorang Muhammad
tamak haloba, seorang Muhammad penzina dan pemakan riba, Muhammad pembawa
kejahatan, jangan.
Keadaan dunia ketika ini, kita amat memerlukan insan seperti
Muhammad SAW, ramai yang bernama Muhammad tetapi sedikit sahaja yang meneladani
Muhammad SAW. Sistem dunia yang diadakan oleh penjajah barat, tidak memberi
keadilan yang saksama kepada penganut islam, sistem kewangan negara kita yang
mengamalkan riba dan melaksanakan sistem percukaian menyebabkan rakyat terbeban
dengan saraan hidup yang tinggi. Meskipun itu, ekonomi negara kita masih tenat.
Kemajuan sistem pendidikan pada masa ini, tidak mampu mengubah moral dikalangan
pelajar, kemusnahan sosial masyarakat dihancurkan sendiri oleh sistem sosial
yang berpandukan barat. Umat islam, khususnya di Syria, Rohingya, Plastine dan
Negara umat islam lain, amat memerlukan insan seperti Muhammad SAW untuk
membela nasib mereka dan membantu mereka keluar daripada kesengsaraan para
pembenci islam.
Semoga kita yang bernama Muhammad, dapat mengikuti jejak
langkah Muhammad SAW. Seterusnya, kita mendapat kedudukan yang agung disisi
Allah SWT dan kita dapat mewujudkan suasana yang harmoni dikalangan keluarga
kita dan masyarakat kita. Bersama-samalah kita berusaha dan berdoa agar Allah
SWT mengurniakan sifat Muhammad pada diri kita. Amin.
Muhammad SAW telah menyampaikan khabar berita bahawa ';
“Bila tidak tersisa dari dunia kecuali satu hari –Za’idah
(salah seorang rawi) mengatakan dalam haditsnya- tentu Allah akan panjangkan
hari tersebut, sehingga Allah utus padanya seorang lelaki dariku –atau dari
keluargaku-. Namanya sesuai dengan namaku dan nama ayahnya seperti nama ayahku.
Ia memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana sebelumnya telah dipenuhi dengan
kedzaliman dan keculasan.” (Hasan Shahih, HR. Abu Dawud)
“Telah berkata Ali sambil memandang puteranya Hassan,”
Sesungguhnya Puteraku ini ialah sayid sebagaimana yang telah dinamakan oleh
Nabi SA W. Dari keturunannya akan lahir seorang lelaki yang namanya seperti
nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam perangai dan tidak menyerupai baginda
dalam rupa dan bentuk.”( Al-Manawi)
Muhammad SAW memberitahu, diakhir zaman akan ada seorang
pemimpin yang bernama Muhammad yang menyerupai akan kpribadiannya dan akan
memimpin umat islam sebagaimana Muhammad SAW memimpin umat islam.
“Ketika kalian melihatnya (Imam Mahdi) maka ber-bai’at-lah
dengannya walaupun harus merangkak-rangkak diatas salju kerana sesungguhnya dia
adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR. Ibnu Majah)-
Mohammad Qazar Yusop
18 Rabiulawal 1438H
Yang disanjungi dan dikasihi,
Sayyidina Rasulillah Muhammad SAW
(12 Rabiulawal Tahun Gajah.)
0 comments:
Post a Comment