Posted by
Unknown
“Hari Raya
Idul Fitri, Kemenangan bermaruah”
Segala puji
bagi Allah SWT. Tuhan yang Esa yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kita
bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah, dan kita
bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba & rasul-Nya.
Betapa
besarnya hikmah kefardhuan puasa di bulan Ramadhan. Sedikit sebanyak memberi
manfaat sekadar usaha yang kita curahkan semasa berpuasa dan Allah SWT jua lah
yang Maha Mengetahui tahap kesabaran dan ketaqwaan kita semasa berpuasa.
Sesungguhnya, puasa di bulan Ramadhan adalah wajib, dan jikalau terbatal puasa
atau tidak dapat berpuasa pada suatu hari di bulan Ramadhan maka wajiblah kita
menggantinya.
“Sesungguhnya Tuhanmu maha luas ampunan-Nya” An Najm:
32
Medan jihad hawa nafsu bakal berakhir, kewajipan berpuasa di
siang hari bakal di mansuhkan untuk satu tempoh. Dan Ini adalah kemenangan,
merupakan anugerah daripada Tuhan untuk hamba-hambaNya yang bersusah payah
menahan lapar dan dahaga serta beramal dengan amalan yang luar biasa
sepanjang tempoh sebulan Ramadhan. Bersyukur kita kepada Allah SWT, yang
sentiasa bersikap adil kepada kita semua.
Hari raya idul fitri bukanlah adat masyarakat islam tetapi
adalah suatu Hari yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sebagai hari kemenagan
buat masyarakat islam setelah berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. Oleh demikian,
saya nyatakan beberapa perkara untuk diambil perhatian semasa menyambut Hari
raya idulfitri.
1. Dari Anas r.a katanya:
“Biasanya, Rasulullah SAW, sebelum pergi solat idul fitri, terlebih dahulu
baginda memakan beberapa biji buah kurma” (Hadis riwayat al Imam Bukhari)
2. Mungkin sudah kebiasaan sebilangan masyarakat islam
melaksanakan solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu. Tetapi harus
diketahui bahawa tiada solat sunat sebelum dan selepas solat idulfitri.
3. Sayyidina Ali KW pernah ditanya mengenai hari yang
dianjurkan untuk mandi, sayyidina Ali berkata “mandi pada hari idulf fitri”
(mandi sunat idul-fitri sebelum menunaikan solat`id ) -sunnah-
4. Para Sahabat Rasulullah SAW jika berjumpa antara satu sama
lain pada hari raya, lalu satu sama lain mengucapkan,” Taqabbalallahu minna wa minka.”
5. Sebaiknya, kaum wanita memakai sarung tangan semasa
menyambut tetamu ataupun semasa bertandang ke rumah sanak-saudara. Sebagai
langkah persediaan kot lah terlepas salam saudara mara lelaki atau
kawan-kawan lelaki.
1 syawal di pagi raya,
Hari raya hari mulia,
Ketupat rendang sudah terhidang,
Ingat-ingatlah orang belakang.
Perut kosong tidak tertahan,
Pandang kiri kanan tengok makanan,
Biskut papan dinampaknya ayam,
Bila makan jangan segan-segan,
Sopan santun melayu kita,
Jabat tangan amalan mulia,
Yang haram itu dipandang hina,
Yang baik itu dipandang mulia.
Pandang pakcik tua, pandang makcik tua,
Ada niat nak nikah jangan simpan lama-lama,
Hantar rombongan hari raya,
Boleh jadi tok kadi ada.
Takbir bergema hari raya,
Selamat hari raya Id.
Minal Aidzin Wal Faizin -qazar yusop-
0 comments:
Post a Comment