Posted by
Unknown
Ramai mentafsir pelbagai definisi cinta, ada yang berbunga
ada yang berhempedu. Setiap manusia mempunyai presepsi dan tindak balas mengenai
cinta, maksud cinta, sifat cinta dan lain-lain mengenainya. Bahkan, hampir
separuh masa hidup manusia dipenuhi dengan elemen cinta, ada yang sibuk
mengurus cintanya, dan tidak kurang pula dengan manusia yang berusaha
mendapatkan cintanya. Dikala, jarum saat bergerak menghitung hari, putik putik
cinta antara manusia terus terjalin. Cinta amat sukar untuk dirungkai, ianya
bersifat sulit serta sukar mentafsir elemen-elemen yang terdapat dalam cinta.
Cinta adalah umum, ianya berkait rapat dengan sifat sayang
dan kasih yang tersemat dalam hati manusia. Keindahan dan kebahagiaan cinta itu
dapat dirasai melalui sejauhmana elemen percintaan itu dialami. Hidup diatas
muka bumi yang dipenuhi dengan pelbagai ciptaan Tuhan seperti haiwan &
tumbuh-tumbuhan dikelingi oleh elemen percintaan. Melalui elemen cinta,
terjalin ikatan sayang dan kasih atas ciptaan ini, seperti manusia memelihara haiwan
kesukaan dan menanam bunga-bungaan. Sudah pasti, rasa bahagia terjalin pada
keadaan tersebut dan ini ialah salah satu elemen cinta. Hati akan kosong
jikalau tidak semai dengan elemen percintaan, dan keikhlasan sudah pastinya
pudar, apatah lagi kebahagiaan, pasti tidak dapat dinikmati dengan sepenuhnya.
Hal ini, akan membuat jiwa rasa suram yang boleh mengakibatkan rasa lemah,
malas dan tekanan.
Kewujudan tahap cinta itu boleh diukur melalui sejauhmana
pengorbanan yang dilakukan pada cinta, kerana cinta itu memerlukan tindak balas
antara dua, tiga atau lebih yang terlibat. Terdapat golongan yang begitu taat
kepada perintah Tuhan, melapangkan masa mereka untuk melaksanakan segala
suruhan Tuhan dan menahan kehendak mereka daripada melanggar perintah Tuhan.
Ini adalah contoh, golongan yang mempunyai tahap cinta yang tinggi kepada
Tuhan. Selain itu, ada juga manusia yang berkorban melakukan apa sahaja untuk
membuktikan rasa cinta mereka kepada manusia yang mereka cintai. Kesan
daripada, setiap manusia mempunyai presepsi yang berbeza mengenai cinta dan
bagaimana untuk menikmatinya, mereka menghadapi serta melalui jalan cinta yang
berbeza. Ada yang berduka, ada yang gembira, ada yang terkandas, ada yang
hilang arah.
Pokoknya, cinta itu umum. Dan ianya adalah sifat semulajadi
yang ada pada setiap makhluk yang bernyawa. Cinta tidak tertumpu kepada satu
titik ruang kehidupan dan tidak terhad digarisan sempadan. Ianya boleh berlaku
secara spontan atau dirancang. Oleh kerana, cinta itu adalah sifat semulajadi
yang ada pada manusia, ianya bergantung penuh kepada amalan untuk kita mengatur
dan mengurus cinta. Ini adalah bukti mengapa dalam seruan agama, ilmu itu
membatasi segalanya. Kerana ilmu dapat membantu secara langsung kepada tindakan
dalam urusan percintaan. Manusia, yang bercinta tidak disertai oleh ilmu, sudah
pasti elemen percintaan akan pudar. Sebaliknya, apa yang dilakukannya adalah
perbuatan yang merosakkan jiwanya sendiri. Seperti manusia yang terlalu leka dibuai
keseronokkan nafsu, hanya akan mendapat kebinasaan seperti rosaknya moral dan
hilang tujuan hidup. Akhirnya, mereka mendakwa bahawa percintaan mereka gagal. Tetapi
sebenarnya, mereka tidak ada ilmu yang cukup dalam mengawal sifat cinta.
qazar.
0 comments:
Post a Comment