Posted by
Unknown
comments (0)
Ramai mentafsir pelbagai definisi cinta, ada yang berbunga
ada yang berhempedu. Setiap manusia mempunyai presepsi dan tindak balas mengenai
cinta, maksud cinta, sifat cinta dan lain-lain mengenainya. Bahkan, hampir
separuh masa hidup manusia dipenuhi dengan elemen cinta, ada yang sibuk
mengurus cintanya, dan tidak kurang pula dengan manusia yang berusaha
mendapatkan cintanya. Dikala, jarum saat bergerak menghitung hari, putik putik
cinta antara manusia terus terjalin. Cinta amat sukar untuk dirungkai, ianya
bersifat sulit serta sukar mentafsir elemen-elemen yang terdapat dalam cinta.
Cinta adalah umum, ianya berkait rapat dengan sifat sayang
dan kasih yang tersemat dalam hati manusia. Keindahan dan kebahagiaan cinta itu
dapat dirasai melalui sejauhmana elemen percintaan itu dialami. Hidup diatas
muka bumi yang dipenuhi dengan pelbagai ciptaan Tuhan seperti haiwan &
tumbuh-tumbuhan dikelingi oleh elemen percintaan. Melalui elemen cinta,
terjalin ikatan sayang dan kasih atas ciptaan ini, seperti manusia memelihara haiwan
kesukaan dan menanam bunga-bungaan. Sudah pasti, rasa bahagia terjalin pada
keadaan tersebut dan ini ialah salah satu elemen cinta. Hati akan kosong
jikalau tidak semai dengan elemen percintaan, dan keikhlasan sudah pastinya
pudar, apatah lagi kebahagiaan, pasti tidak dapat dinikmati dengan sepenuhnya.
Hal ini, akan membuat jiwa rasa suram yang boleh mengakibatkan rasa lemah,
malas dan tekanan.
Kewujudan tahap cinta itu boleh diukur melalui sejauhmana
pengorbanan yang dilakukan pada cinta, kerana cinta itu memerlukan tindak balas
antara dua, tiga atau lebih yang terlibat. Terdapat golongan yang begitu taat
kepada perintah Tuhan, melapangkan masa mereka untuk melaksanakan segala
suruhan Tuhan dan menahan kehendak mereka daripada melanggar perintah Tuhan.
Ini adalah contoh, golongan yang mempunyai tahap cinta yang tinggi kepada
Tuhan. Selain itu, ada juga manusia yang berkorban melakukan apa sahaja untuk
membuktikan rasa cinta mereka kepada manusia yang mereka cintai. Kesan
daripada, setiap manusia mempunyai presepsi yang berbeza mengenai cinta dan
bagaimana untuk menikmatinya, mereka menghadapi serta melalui jalan cinta yang
berbeza. Ada yang berduka, ada yang gembira, ada yang terkandas, ada yang
hilang arah.
Pokoknya, cinta itu umum. Dan ianya adalah sifat semulajadi
yang ada pada setiap makhluk yang bernyawa. Cinta tidak tertumpu kepada satu
titik ruang kehidupan dan tidak terhad digarisan sempadan. Ianya boleh berlaku
secara spontan atau dirancang. Oleh kerana, cinta itu adalah sifat semulajadi
yang ada pada manusia, ianya bergantung penuh kepada amalan untuk kita mengatur
dan mengurus cinta. Ini adalah bukti mengapa dalam seruan agama, ilmu itu
membatasi segalanya. Kerana ilmu dapat membantu secara langsung kepada tindakan
dalam urusan percintaan. Manusia, yang bercinta tidak disertai oleh ilmu, sudah
pasti elemen percintaan akan pudar. Sebaliknya, apa yang dilakukannya adalah
perbuatan yang merosakkan jiwanya sendiri. Seperti manusia yang terlalu leka dibuai
keseronokkan nafsu, hanya akan mendapat kebinasaan seperti rosaknya moral dan
hilang tujuan hidup. Akhirnya, mereka mendakwa bahawa percintaan mereka gagal. Tetapi
sebenarnya, mereka tidak ada ilmu yang cukup dalam mengawal sifat cinta.
qazar.
Posted by
Unknown
comments (0)
Merdeka menurut pengertian Dewan Bahasa Dan Pustaka,
“(Merdeka) bebas (darrpada penjajahan, kurungan, naungan,
dll), lepas (daripada tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pada
yang lain.”
Kamus Dewan Edisi Keempat
Pada tahun 1957 bertarikh 31 Ogos, wakil Queen Elizabeth ll ,
Duke of Gloucester menyerahkan Watikah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra yang merupakan Perdana Menteri 1 Malaysia
seterusnya mewakili rakyat Malaysia ketika itu. Penyerahan watikah perlembagaan
ini menandakan bahawa Persekutuan Tanah Melayu tidak lagi bernaung dibawah
jajahan british dan berhak membentuk sebuah perlembangaan yang dilakar oleh
rakyat Malaysia seterusnya menjadi lambang kepada sebuah Negara yang Merdeka.
Sejarah menyatakan bahawa pada 31 Ogos 1957, adalah hari merdeka
Persekutuan Tanah Melayu, dan ketika itu nama Malaysia tidak terkandung dalam
dokumen kemerdekaan. Pada 27 Mei 1961, Perdana Menteri Pertama Persekutuan
Tanah Melayu, menggagaskan perlunya wujud kerjasama ekonomi dan politik antara
Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak, Brunei & Singapura
dan gagasan ini terima dalam Mesyuarat Parlimen Komenwel Tanah Melayu dan Borneo
yang bersidang di singapura pada 23 Julai 1961.
Hasil daripada babak rundingan gagasan kesatuan dan kerjasama
ekonomi-politik, sebuah perjanjian penting telah ditandatangani oleh
wakil-wakil Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah & Sarawak
bagi membentuk sebuah persekutuan bersama yang digelar sebagai Negara Malaysia
, di Pejabat Perhubungan Komenwell Di Malborough House, London. Dan akhirnya,
pada tanggal 16 September 1963, di Stadium Merdeka Kuala Lumpur berlangsung
Upacara pengisytiharan Malaysia oleh YTM Tunku Abdul Rahman di hadapan lebih
kurang 30 000 rakyat Malaysia. Namun, malang tidak berbau, pada tahun 1965 YTM
Tunku Abdul Rahman telah menyingkirkan Singapura daripada Malaysia atas sebab
konflik politik yang berlaku ketika itu.
Ini merupakan sejarah ringkas terwujudnya Negara Malaysia
yang berdaulat. Sememangnya, setiap negara yang merdeka mempunyai sistem eksekutif,
perundangan, & kehakiman yang termaktub dalam perlembagaan negara. Ini
termasuklah, hak-hak ekslusif rakyat jelata. Seperti yang terkandung dalam bab
4 perlembagan Malaysia, kebebasan asasi seperti;
1. Kebebasan diri
2. Keabdian dan kerja paksa
3. Kesamarataan di sisi undang-undang
4. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak
5. Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan
6. Kebebasan beragama
7. Kesamarataan dalam pelajaran
8. Hak untuk berharta
9 Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat
kuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang.
Perkara yang terkandung dalam bab 4 ini adalah antara salah
satu Kemerdekaan yang dikecapi oleh rakyat. Hal ini tidak akan berlaku di
negara-negara yang masih dibawah naugan penjajah kerana mereka tertakluk kepada
undang-undang penjajah.
Melihat kepada isu yang berlaku pada tahun ini, bolehlah kita
simpulkan bahawa tahun 2015 tahun gelap negara Malaysia, ini adalah kerana
sistem pentadbiran negara kelihatan goyah!, ekonomi negara berada dalam keadaan
yang membimbangkan! Dan kuasa kehakiman dipersoalkan! Nasib malang yang menimpa
negara Malaysia pada hari ini, jelas memberi kesan yang amat dalam kepada
perpaduan serta kesimbangan kehormonian rakyat Malaysia. Sudah pasti peristiwa
ini terlakar di sudut hati rakyat Malaysia.
Sebenarnya, Malaysia tidaklah menghadapi keadaan getir disebabkan
oleh keadaan politik dan ekonomi semata-mata. Tetapi, ada perkara yang sangat
mustahak dan lebih sulit untuk diperkatakan kerana ianya bersifat global dan
mendapat sokongan kuat daripada pihak luar. Sudah semestinya, hal ini mencabul 2
daripada 5 rukun negara iaitu, keluhuran perlembagaan & kedaulatan
undang-undang.
“
Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum
syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan
kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.”
“Beliau
turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang
membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun
mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh
Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.” [1]
“Mesyuarat merakamkan rasa dukacita
dan menentang sekeras-kerasnya cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama
(IFC) dan berharap pihak Kerajaan tidak akan membincangkan perkara ini dalam
Parlimen kerana ia akan menghakis hak dan kepentingan agama Islam dan orang
Islam.” [2]
“ Tuntutan-tuntutan
yang dibuat oleh Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) kepada Majlis Hak
Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dianggap tidak menghormati
kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.”
“Antara tuntutan yang dikemukakan Comango adalah hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak kesamarataan agama di negara ini.” [3]
“Antara tuntutan yang dikemukakan Comango adalah hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak kesamarataan agama di negara ini.” [3]
Berbalik kepada asas, apakah kita sudah merdeka? Ya! Sudah semestinya.
Namun, ramai antara kita yang tidak tahu menghargai erti kemerdekaan yang
sebenar, apa yang perlu dipelihara dalam sebuah negara yang merdeka, apa yang
perlu diperjuangan dalam sebuah negara merdeka. Persoalan ini, penulis
tinggalkan sebagai pertanyaan diminda para pembaca. Renungkanlah kembali, apa
yang kita lakukan dalam melestarikan pembangunan negara Malaysia yang berdaulat?
Penulis melihat, terlalu ramai golongan muda yang fokus dan taksub kepada
soal-soal politik negara, yang akhirnya penglibatan mereka sedikit sebanyak
membuka ruang kepada musuh-musuh negara menghancurkan keluhuran perlembangaan Malaysia.
Mohd Qazar Yusop
31 Ogos 2015