Posted by
Unknown
MAHASISWA PENCETUS REVOLUSI
Mahasiswa/I merupakan
golongan muda yang aktif dan bergerak secara sistematik mengikut bidang-bidang
tertentu. Golongan ini terdiri daripada kaum muda sekitar 19-28 tahun atau middle-age
yang giat mencorak ideologi dan matlamat dalam kalangan remaja. Mereka terkenal
sebagai harapan negara dalam menentukan masa depan keadaan dan status negara.
Dalam struktur pendidikan Malaysia, universiti merupakan peringkat tinggi pengajian
pelajar, dimana mereka akan memegang sekalung sijil.
Setiap mahasiswa/i bukan
sahaja menjalankan peranan berdasarkan bidang yang diceburinya, tetapi juga membincangkan dan
bertindak kepada isu-isu semasa terutama yang melibatkan mereka sendiri. Sejarah
silam telah membuktikan bahawa pelajar di peringkat institusi pengajian tinggi
mempunyai pengaruh yang besar dan mampu menentang kuasa autoriti yang mencetus
kepada revolusi kepada sesebuah negara. Contohnya, kerajaan De
Gaulle Perancis yang jatuh pada tahun 1968 disebabkan oleh gerakan mahasiswa/i
yang bertindak melancarkan protest penentangan, para buruh dan seluruh lapisan
masyarakat turut bangkit dan menyokong tindakan mahasiswa/i. Peristiwa ini
merupakan sejarah terbesar di Perancis pada abad ke-20. Selain itu, tumbangnya
kerajaan republik pertama autokratik Korea Selatan pada tahun 1960,
yang dikenali sebagai peristiwa The April Revolution atau 19
April Movement juga diketuai oleh mahasiswa/i. Peristiwa ini
menyebabkan peralihan kuasa kepada Republik kedua. Pada masa kini, Malaysia
juga digegarkan oleh kelompok mahasiswa/i yang menentang secara terbuka bagi
menuntut hak rakyat dan mempersoalkan kredibilit pemerintah. Peristiwa ini
terjadi semasa kempen pilihanraya umum ke-13. Tuntasnya, ketiga-tiga peristiwa
ini boleh menggambarkan bahawa mahasiswa/i sangat berpengaruh sama ada dalam
soal sosio-ekonomi mahupun politik.
Para mahsiswa/i adalah
kelompok yang bertanggungjawab kepada pencetus revolusi dan evolusi dunia
moden, tindakan mereka berasaskan kaedah pengetahuan, menyebabkan pergerakkan
mereka menerima tentangan secara terbuka daripada pihak pemerintah. Mengikut
pemahaman islam, setiap manusia bertanggujawab keatas bumi yang dipijak kerena
Allah SWT telah melantik manusia sebagai khalifah:
“Dan
(ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di bumi...” (al-Baqarah: 30).
Oleh
kerana Tuhan telah melantik manusia sebagai khalifah, yakni pemimpin juga ketua
di bumi, wajiblah keatas diri setiap mahasiswa/i untuk memakmurkan bumi. Maksud
makmur mengikut Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), makmur bersinonim
dengan mewah, kaya raya, kaya, maju, berjaya, berkembang, serba cukup, sejahtera,
berhasil dan beruntung. Atas maksud itulah, mahasiswa/i harus memerah tenaga
dan mengambil segala peluang, masa dan bidang yang diceburi untuk memakmurkan
bumi ini. Sudah tentu perkara ini bukanlah usaha yang sia-sia,malah tindakan
ini meningkatkan tahap prestasi mahasiswa/i disamping, menyemarakkan lagi
semangat dikalangan mahasiswa/i untuk berbakti kepada negara,bangsa dan agama.
Setiap
mahsiswa/i harus memperkasa potensi diri agar lebih berdaya saing dan menjadi
produk yang berkualiti untuk menjana kemakmuran bumi. Rasa tangunggjawab untuk
memakmurkan bumi harus ada dalam diri setiap mahasiswa/i, agar tenaga yang ada
dapat disalurkan dengan berkesan dan otak dapat memikiran variasi kaedah dan sumbangan
bagi memakmurkan masyarakat, penguasaan apa jua bentuk
ilmu yang bermanfaat harus dimonopoli oleh para mahasiswa/i. Di samping, para mahasiswa/i harus tampil sebagai wakil kepada masyarakat dalam isu-isu
semasa samaada dalam forum ataupun diskusi antara mahasiswa bersama pemimpin negara.
“ with realization
of one`s own potential and self confience in one`s ability, one can build a
better world” Dalai Lama.
Mohd Qazar Yusop
UNITEN
0 comments:
Post a Comment