Posted by
Unknown
Isu penipuan resit, pemalsuan nilai sebenar bukanlah
isu yang baru dan panas. Dari segi hukum, jelas sangat keharamannya,
1. Pemalsuan.
2. Tidak amanah & jujur.
3. Memakan hak orang.
Walaupun begitu jelas keharamannya, tetapi
masyarakat kini tidak memandangnya dengan serius, malah ada yang
mengamalkannya, atas tiket untuk simpanan program seterusnya dan ada juga yang
melakukan pemalsuan untuk DUIT FREE.
Duit adalah harta benda, dan setiap harta benda ada
pemiliknya/haknya, dan duit adalah perantaran untuk membeli & memiliki
harta benda termasuk makan dan minuman. Bagaimana, seorang itu memakan harta
yang bukan miliknya? Api neraka akan menyentuh dibahagian mana terdapatnya
benda HARAM.
Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu
memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan
(janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat
memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat)
dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 )
Tindakan buruk ini, bukan sahaja tercela kerana
memakan harta yang haram, harta yang bukan haknya dan secara langsung
berlakunya penipuan dan pemalsuan disitu, walaupun nilainya hanya RM 1. Islam,
amat mengambil berat akan soal ini, Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa,
Ertinya
: "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang
sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian
memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan
itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik
makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Mengapa
tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?!
barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)"
(Riwayat Muslim, 1/99)
Nabi SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang
apabila diharamkan memakan daging babi dan lain-lain, mereka membuat helah
dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya. Apabila Nabi mendapat
tahu lalu terus berkata :
Ertinya
: "Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini apabila Allah
mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), lalu
mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya" (
Riwayat Al-Bukhari no 2111, 2/775 ; Muslim, Baihaqi )
Apa yang saya pasti, hal ini berlaku disekeliling
kita dan sudah menjadi tangunggjawab kita untuk mencegah sedaya yang mampu.
Berdiam diri atau bersubahat adalah tindakan yang tidak sepatutnya, ancamana
yang keras turut menimpa,walaupun kita tidak memakan harta tersebut.
Ingatlah, bahawa kehidupan ini adalah satu ujian,
pengorbanan yang ikhlas tanpa melakukan tindakan penipuan resit, pasti
memperolehi ganjaran berlipat ganda. Dan, apabila kematian menjelma dan
menghadap Tuhan Yang Maha Esa di hari pengadilan kelak, pengorbanan ikhlas yang
dilakukan pasti memberi manfaat besar ketika itu. Bertaubatlah daripada
melakukan tidakan seperti ini dan cegahlah apabila berlaku dihadapan anda, jika
tidak, pasti Makamah akhirat akan turut mengadili anda.
Hanya berbekalkan keyakinan tanpa ilmu dan palsu,
mereka menghalalkan apa yang di haramkan oleh Allah SWT, semata-mata untuk kepuasan
dunia tanpa memikirkan bahawa tindakan ini menjadi punca doa ditolak dan tidak
dengar oleh Allah SWT. Oleh itu berhati-hatilah kamu sekalian insan.
Nabi Muhammad mengingatkan kesan harta haram terhadap munjat dan
doa seseorang :-
Ertinya
: menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang
jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan
ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram,
minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan
makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no
1015, 2/703 ; hadis sohih)
Semoga kita semua mengambil
iktibar dan berusaha untuk tidak bersekutu serta menjauhi tindakan-tindakan
yang boleh membawa padah dunia akhirat. Berlaku jujurlah, walaupun mengalami kerugian harta benda, kerana sebenarnya kejujuran dan pengorbanan yang ikhlas lebih bernilai daripada "DUIT FREE" sudahlah hak orang haram lagi!.
Sekian.
Mohd Qazar Bin Yusop
Abdullah Yusop Al-Zainal Abidin.
0 comments:
Post a Comment