Posted by
Unknown
Seorang lelaki yang sah bernikah dengan seorang wanita, dipanggil pasangan suami isteri. Di antara mereka tidak ada hijab yang membatalkan setiap tingkah laku mereka bersama asalkan hukum syarak dipatuhi. Malahan, setiap pemberian kebajikan termasuk nafkah zahir & batin suami kepada isteri menghasilkan ganjaran pahala. Pahala yang menyeburkan perasaan kasih & sayang diantara keduanya.
Namun, sejak akhir ini. Kes pertelingkahan,pergaduhan dan ketidaksefahaman pasangan suami isteri sehingga ke dewan mahkamah kian berlaku. Tidak sampai sebulan sudah ada pasangan yang memfailkan cerai. Masalah ini, adalah rumit untuk ditangani. Kerana ehwal rumah tangga tangunggjawab pasangan sepenuhnya. Detik bahagai & derita dipandu oleh pasangan suami isteri.
Lelaki adalah pemimpin kepada pasangannya. lelaki bertanggungjawab sepenuhnya mendidik & mengurus isterinya sebaik mungkin, bagi menjamin kesejahteraan rumah tangga. Jika lelaki lalai, keberangkalian pasangannya akan lebih lalai dari menunaikan kewajipannya.
Sepatutnya lelaki, tidak berhenti dari mencari ikhtiar dan tidak terus memilih jalan singkat yakni bercerai. Sebaiknya suami terus berusaha tidak apa dalam apa jua bentuk usaha asalkan tidak menyalahi syarak. Ini kerana syarak adalah panduan dan sempadan tatacara & tatatertib islam.
" Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda
“Hendaklah kamu saling meminta nasihat tentang perkara-perkara kebaikan kepada
kaum wanita kerana sesungguhnya kaum wanita dijadikan daripada tulang rusuk dan
sebengkok-bengkok tulang rusuk ialah yang paling atas. Jika kamu membetulkan
dengan kekerasan nescaya ia akan patah, jika ditinggalkan (dibiarkan tanpa
nasihat) nescaya kekal ia dalam keadaan bengkok maka saling menasihatilah
dengan penuh kesabaran dan berlemah lembut”.
Maka apabila lelaki menuinakan tanggungjawabnya dengan baik, dan mendidik serta mengurus isterinya dengan hikmah. Terbinalah sifat tangunggjawab didalam diri isteri kepada suami, wujudlah keadaan yang damai dan bahagia.
" Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang
bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan
orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan,
dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah)
sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah
yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya
dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan
pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu
bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka,
dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga
mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan
mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu
mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi,
lagi Maha Besar."
Surah : An- Nisaa Ayat :34
Kepada pasangan-pasangan yang berada diluar sana, hidup adalah satu anugerah ilahi. Bukan semua manusia yang dapat menikmati hidup berpasangan. Ada yang membujang seumur hidup, ada pula yang sampai ajal terlebih dahulu. Hargailah setiap nikmat-nikmat Allah SWT yang kurniakan. Nescaya rahmat akan melimpah limpah keatas kamu.
" Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh
itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai, dan sediakanlah
(amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertaqwalah kepada Allah serta
ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak). Dan
berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang yang beriman."
" Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri
pasang-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak
dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda-benda yang baik lagi
halal maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah
(penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?"
Surah
: AN-NAHL Ayat : 72
" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan
rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri
dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya,
dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas
kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang
menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."
Surah : AR-RUUM Ayat : 21
Elakkan penceraian, Dapatkan kebahagian :)
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),maka pasti azab-Ku sangat berat."
Surah : IBRAHIM Ayat : 14
Mohd Qazar/Abdullah ibnu Saiyari. (16/2/14)
0 comments:
Post a Comment