Posted by
Unknown
1. Menderhakai ibu bapa.
Abdullah Bin Amru Al As melaporkan,
Rasulullah saw menerangkan, “ Antara dosa besar adalah menyeketukan Allah,
menderhakai ibu bapa, membunuh orang, dan bersumpah bohong”. ( Hr Bukhari)
2. Melanggar perintah Allah SWT & Rasulnya.
Al- Buruj : 12
“Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang
yang ingkar) terlalu berat.”
3. Bergaul secara bebas.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, ia
berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Tiga jenis orang yang Allah tidak mengajak
berbicara pada hari kiamat, tidak mensucikan mereka, tidak melihat kepada
mereka, dan bagi mereka adzab yang pedih: Orang yang berzina, penguasa yang
pendusta, dan orang miskin yang sombong,” (HR Muslim)
4. Lelaki menyerupai wanita.
Riwayat Abu Hurairah bahawa, “Rasulullah
melaknat orang lelaki yang memakai pakaian orang perempuan, dan orang perempuan
berlagak seperti orang lelaki”.
(Hr Bukhari)
5.
Meniru
cara hidup orang kafir.
Mahfum sabdaan Rasulullah saw.
“Sesiapa yang menyerupai suatu golongan itu,
maka ia tergolong daripada
golongan berkenaan.”
Riwayat imam abu daud.
6. Wanita tidak menutup aurat.
Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah saw
bersabda “ ada 2 golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku
melihat mereka. …..Keduan Perempuan yang
berpakaian tetapi telanjang…”
(Hr Muslim)
7. Tidak bertaubat.
“Dan hendaklah kamu memohon ampun
kepada Allah.
Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
An nisaak: 106
Mohd Qazar Bin Yusop Al-Zainal abidin
0 comments:
Post a Comment