Posted by
Unknown
Wasiat Terhadap Wanita.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. dia berkata, "telah
bersabda Rasullullah s.a.w.", Berwasiat-lah kamu kepada wanita dengan
wasiat yang baik. Sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk dan
tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atasnya. Oleh kerana itu jika
kamu meluruskannya dengan paksa maka ia akan patah, tetapi jika kamu biarkan ia
akan tetap bengkok, maka berwasiat-lah kamu terhadap wanita dengan wasiat yang
baik. (Muttafa' Alaihi)
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. ia berkata, "telah
bersabda Rasulullah s.a.w." "Janganlah seorang mukmin (suami)
membenci seorang mukminah (isteri), kerana apabila ada perangainya yang ia
tidak sukai, maka ia akan menyukai perangainya yang lain". : Atau beliau
bersabda: " Ada orang lain yang menyukainya." (H.R. Muslim)
Diriwayatkan dari Amr bin Al Ahwash Al Husyamy r.a. bahawa
ia pernah mendengar Rasulullah s.a.w. berkhutbah pada haji wada', setelah
baginda memuji Allah s.w.t., Baginda memberi peringatan dan nasihat, kemudian
Baginda bersabda, "Ingatlah, berwasiat-lah kamu terhadap para wanita
dengan wasiat yang baik. Kerana sesungguhnya mereka memerlukan perlindunganmu.
Jangan kamu berlaku semena-mena terhadap
mereka, kecuali jika mereka terbukti membuat perlanggaran. Jika mereka
membuat perlanggaran, maka janganlah kamu temani tidur mereka dan pukullah
mereka dengan pukulan yang tidak melukai. Bila mereka telah mentaati kamu, maka
janganlah kamu mencari jalan untuk menyakiti mereka. Ingatlah bahawa
sesungguhnya kamu mempunyai hak ke atas isteri, demikian pula isterimu memiliki
hak atas dirimu. Adapun hak hak kamu atas isteri isterimu; mereka tidak boleh
memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam kamar peribadi mu, dan mereka
tidak mengizinkan orang lain memasuki rumahmu tanpa izin darimu. sedangkan hak
hak mereka atas kamu adalah agar kamu memberi pakaian dan makanan yang baik
kepada mereka." (H.R Tarmizi )
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. ia berkata, "telah
bersabda Rasulullah s.a.w." Orang Mukmin yang paling sempurna imannya
adalah orang yang paling baik budi pekertinya. Dan orang yang paling baik di
antara kamu adalah orang yang paling baik pada isterinya." (H.R. Tarmizi)
Diriwayatkan dari Iyas Bin Abdullah Bin Abu Dzubab r.a. ia
berkata, "Telah bersabda Rasulullah s.a.w. " Janganlah kamu memukul
kaum wanita." Kemudian datanglah Umar r.a. mengadap Rasulullah s.a.w. lalu
berkata, " Para isteri sekarang telah berani kepada para suaminya."
Lalu Baginda memberikan keringanan kepada para suami untuk memukul isteri
isterinya. Selanjutnya banyak para wanita mendatangani Rasulullah s..a.w. untuk
mengadukan perlakuan suaminya, maka Baginda bersabda, " Sungguh telah
banyak para wanita yang datang ke rumah Muhammad, untuk mengadukan perlakuan
suami suami mereka, maka mereka ( para suami itu) bukanlah orang orang yang
terbaik di antara kamu." (H.R. Abu Daud dengan isnad yang shahih)
Diriwayatkan dari
Abdullah bin Amr bin Ash r.a. bahawasanya Rasulullah s.a..w. pernah bersabda;
"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik baik perhiasan dunia adalah wanita
solehah" (HR Muslim)
kitab SHAHIH RIYADHUS SHALIHIN karya Imam An
Nawawi.
0 comments:
Post a Comment