Posted by
Unknown
Khalifah Umar Bin Khattab
Beliau adalah Khalifah kedua sepeninggal Rasulullah
S.A.W beliau lahir dari pasangan seorang ayah bernama Khattab Bin Nufail
Al-Qurasy Al-`Adwi dan ibunya Hantamah Binti Hisyam. Pada zaman jahiliyah
(sebelum islam) Umar Bin Khattab adalah termasuk orang yang berkedudukan
teratas di Suku Quraisy, yang mana beliau ikut mengurus masalah kesukuan.
Beliau juga terkenal
sebagai ahli perniagaan yang amanah dan bermuamalah dengan baik. Kerjaya
sebagai peniaga tetap beliau jalankan hingga pada ketika beliau dinobatkan
sebagai khalifah.
Pada zaman jahiliyah Umar
Bin Khattab dikenal sebagai orang yang tegas, terhormat, keras terhadap
kesalaahan, lalu Allah memuliakan kaum muslimin dengan member hidayah padanya
melalui keislamannya. Orang- orang islam pada awalnya menjadikan hunian
Al-Arqom (Darul Arqom) tempat berkumpul dengan sembunyi- sembunyi kerana takut
terhadap kekejaman orang- orang Quraisy.
Setelah umar menyatakan
keislamanannya, beliau berkata kepada Rasulullah Saw : “wahai Rasulullah, atas
dasar apa kita sembunyi- sembunyikan agama kita, sementara kita adalah benar,
sedangkan mereka yang kita waspadai adalah salah?”
Mendengar yang demikian Rasulullah
Saw. Menjawab : “kita sedikit, dan engkau sendiri sudah menyaksikan penderitaan
yang kami terima”. Umar menjawab : “demi
yang telah mengutus engkau atas kebenaran, nanti tidak ada lagi tempat yang
mulanya engkau datangi selama ini dengan tidak menampakkan keimanan, sekarang
engkau terang- terangan menyatakan keimanan”.
Kemudia Rasulullah Saw
berjalan dengan didampingi dua orang sahabat; Hamzah Bin Abu Thalib & Umar
Bin Khattab hingga mereka berdua masuk kelingkungan Ka`bah. Orang- orang
Quraisy melihat ada Hamzah dan Umar bersama Rasulullah Saw, yang membuat mereka
tercengang dan merasa sangat kesal. Semenjak hari itu Rasulullah menggelar Umar
dengan nama Al-Farouq yang ertinya seorang pemisah, yakni yang berani
menyatakan dengan tindakan perbezaan yang hak dan batil. Orang-orang musyrik
hanya pandai berkata, “Orang- orang kita telah terbagi dua”
Umar Bin Khattab termasuk
sahabat Rasulullah Saw yang sangat tulus dalam menolong perjuangan beliau dan
juga termasuk teman paling setia bagi Rasulullah. Beliau sangat kuat membela
islam. Ini merupakan sikap yang tidak meungkin ada kecuali bagi orang yang
dibukakan Allah dadanya lebar- lebar menerima islam dan beliau dipenuhi cahaya
dari Tuhannya.
0 comments:
Post a Comment