Pages

Teruslah Berbuat Baik Kepada Sesama Manusia

Teruslah Berbuat Baik Kepada Sesama Manusia
eramuslim/indonesia version
Redaksi menyampaikan terimakasih, jazakumullah khairu jaza’ kepada seluruh pembaca eramuslim, yang selalu setia mengikuti informasi dan berita dan rubrik-rubrik di media dengan tekun. Semoga media tetap akan bermanfaat dan menjadi rujukkan umah, di tengah-tengah kehidupan yang semakin sekuler dan jauh dari niai-nilai Islam.
Melalui sekelumit kata ini, eramuslim mengajak seluruh umah untuk terus meningkatkan ‘hablum minannas dan hablum minallah, sehingga hidup ini menjaid selalu seimbang ‘tawazun’, dan mempunyai makna yang berarti.
Di abad ini dan abad mendatang manusia akan terus dihadapkan pada pilihan-pilihan yang harus melakukan sikap pilihan. Tidak dapat tidak memilih dalam hidup ini. Harus memilih. Pilihan itu akan menentukan akhir kehidupan manusia.
Apakah akan bergabung dengan orang-orang yang beriman atau berada dalam barisan orang-orang yang memusuhi Allah Azza Wa Jalla. Masing-masing pilihan pilihan akan memiliki konsekwensi atas pilihan itu. Bersama barisan orang-orang yang menjadi musuh Allah Rabbul Alamin, hanyalah akan membinasakan kehidupan itu sendiri. Sepanjang sejarah telah membuktikan secara empirik terhadap pilihan yang dilakukan oleh manusia.
Sadarilah setiap ganti tahun, berarti itu mengurrangi umur kita, dan akan semakin dekat dengan kematian. Renugkanlah ini. Adakah esok, Jumaat 18 Febuari 2011, masih adakah kita akan melihat matahari pagi? Atau kematian menjemput di penghujung awal tahun ini?
Semoga masih dapat menapaki kehidupan baru, dan kita akan lebih banyak melakukan sesuatu yang dapat bermanfaat bagi manusia yang lain. Baginda Rasulullah Shallahu Alaihi Wa Sallam, menyampaikan , “Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat bagi manusia lainnya” . Semoga. Allahu'alam.


20 Perkara Jangan..





Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati di antara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH




1) Jangan sengaja lewatkan solat.  Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

2) Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau2 terbawa keluar  najis, mengotori seluruh rumah kita

3) Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan



4) Jangan biarkan pinggan mangkuk yang  telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi  kepapan

5) Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)



6) Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan

7) Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan

8) Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan

9) Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa

10) Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya

11) Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa

12) Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah

13) Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia

14) Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula

15) Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita

16) Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

17) Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri2 munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita

18)  Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan  ALLAH

19) Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

20) Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan  kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya..



^sLmt BraML^

16 tips pemakanan pintar

16 tips “pemakanan pintar” (part 1)



*     Allah berkata dalam surah al-anbiyak, “ Aku jadikan makhluk hidup dari air.” Kajian mendapati air adalah komponen terbesar dalam semua makhluk hidup. Manusia sendiri dibentuk oleh 70% air. Inilah puncanya kekurangan air menggangu keharmonian tubuh, dan seterusnya ini menjejaskan kesihatan manusia. Banyak penyakit berlaku disebabkan kekurangan air dan pengambilan air tercemar.



*     sebenarnya madu asli tidak mudah rosak. Bagi mengekalkan kualitinya, simpan madu didalam kaca kedap udara dan pada suhu bilik. Selain itu, jauhkan ia daripada sinar matahari dan lain-lain sinar. Dengan demikian, daya antibiotic dan enzim yang ada di dalamnya tidak mudah rosak. Apabila enzim rosak, maka meminum madu tidak ada bezanya dengan meminum air gula biasa. Salah satu kegunaan madu ialah bagi merawat cirit birit kronik.



*     Segelas yogurt mengandungi  700 miligram kalsium yang membantu menguatkan tulang. Bakteria probiotik di dalam yogurt menjaga keseimbangan bacteria di dalam saluran pencernaan. Ini mencegah jangkitan bacteria dan kulat didalam saluran pencernaan.



*     Antioksida dalam strawberi dapat mengurangkan radikal bebas didalam badan. Radikal bebas ialah unpair electrone yang sering merosakkan sel, dapat menyebabkan penuaan sebelum masa dan dapat menyebabkan penyakit degenerative seperti arthritis, kencing manis, pelemakan hati dan juga barah.



*     Yogurt ialah susu masam bebas lemak, berprotein tinggi dan mempunyai kandungan bacteria probotik serta dos kalsium yang tinggi. Strawberi pula mengandungi kadar antioksida yang tinggi malah lebih tinggi daripada anggur. Dengan meminum campuran yogurt dan jus strawberi sebelum bersarapan setiap hari, badan menjadi sihat. Insya Allah.



*     Cara yang betul bagi menguji keaslian madu adalah dengan mengukur keasidannya. PH bagi madu asli  antara 3.4 dan 4.5 . Apabila ia dititiskan ke atas kertas akhbar, ia tidak mudah diserap manakala yang sebaliknya berlaku bagi madu tiriuan.
*     Madu dapat menyumbuhkan luka. Ini kerana madu bersifat higroskopis iaitu dapat menyerap kotoron nanah atau serum. Antibiotik yang terkandung didalam madu dapat membunuh kuman dalam luka. Cara menggunakannya adalah dengan :
1. Membersihkan luka dengan air suam
2. Sapu madu pada luka
3. Biarkan sekurang-kurangnya dua jam
Madu juga dapat mengeringkan bisul. Bagi luka dengan kehilangan jaringan granulose, madu terbukti dapat merangsangkan pertumbuhan jaringan granulose.



*     Nabi menyarankan supaya kita mengambil bijian. Ini kerana ia mengandungi kandungan mineral dan vitamin yang tinggi. Bijian adalah bijian yang kaya dengan zink. Zink membantu menyuburkan system pembiakan. Selain itu, bijian kaya dengan zat besi yang penting bagi pembentukan hemoglobin dan kalsium yang berperanan bagi pertumbuhan tulang dan gigi. Sebaik-baiknya makanlah bijian secara berterusan bagi meningkatkan kesuburan, mencegah anemia, menguatkan tulangdan gigi serta mencegah osteoporosis.

*     
Halia adalah minuman ahli syurga sebagaimana pesan Allah dalam surah al-insan, ayat 17, “Didalam syurga itu mereka diberikan segelas minuman yang campurannya ialah halia.” Dalam perubatan tradisional islami, halia adalah makanan panas peringkat ke 3. Ia bermanfaat mencairkan kahak, mengubati penyakit pencernaan dan meningkatkan stamina seksual.



*     sebelum menjamah hidangan utama, kita disarankan nabi supaya memakan buah pic. Dalam perubatan tradisional islami, pic pelawas yang baik kerana sifatnya yang sejuk menengkan perut. Sebaik-baiknya, ia dimakan bersama makanan yang bersifat panas. Apabila pic sukar diperolehi, ia dapat digantikan dengan pear atapun tembikai.



*     Madu mengandungi pelbagai enzim yang bermanfaat bagi menjaga kesihatan dalah mengubati penyakit. Antara enzim itu adalah :

1. Diastase yang bermanfaat mengubah polisakadira menjadi monosakarida.
2. Invertase mengubah sukrosa menjadi glukosa dan fruktosa.
3.Glukosa akside mengubah glukosa menjadi asid peroksid.
4. peroksidase menjalankan proses oksidasi metabolic.
5. Lipase memecahkan lemak kompleks menjadi asid lemak.

secara kesuluruhannya, semua enzim itu bermanfaat bagi tubuh. Namun begitu, bagi memastikan enzim didalam madu tidak rosak, pastikan saudara menyimpan madu dengan betul.



*     Ibn sina berpendapat mereka yang berusia melebihi  45 tahun patut diwajibkan mengambil madu secara teratur. Beliau menyarankan pengambilan madu bersama dengan buah yang isinya keras seperti salak dan buah zaitun.



*     Dalam bukunya Ath-thiib an-Nabawi, As-Suyuthi berkata air sejuk berbahaya bagi pencernaan. Elakkan meminum air sejuk kerana air sejuk menganggu fungsi enzim-enzim pencernaan. Ini melambatkan proses pencernaan. Air sejuk juga memudaratkan organ pernafasan terutamanya sesudah memakan makanan bersifat panas, makanan yang bersuhu panas, makanan manis dan sesudah mandi air panas.



*     Para pengamal perubatan islami menyimpulkan apabila kita minum semasa makan, fungsi enzim pencernaan terganggu. Bagi mengelakkan penyahidratan semasa makan, minumlah air kira-kira 20minit sebelum makan. Ini menyihatkan pencernaan.




*     Memakan pisang adalah kebiasaan yang baik. Pisang mengandungi lemak sayuran yang baik bagi kesihatan pembuluh darah. Pisang juga kaya dengan serat. Ini memudahkan kita membuang air besar. Selain itu, Pisang menandungi kalium semula jadi yang baik bagi kesihatan jantung. Secara puratanya, setiap 100 gram pisang mengandungi 400 miligram kalium. Ini cukup bagi memenuhi keperluan kalium orang dewasa.




*     Dalam surah al-baqarah, ayat 57, Allah menjelaskan dia menganugerahkan makanan yang baik kepada kaum israil. Makanan itu diturunkan dari langit ia itu manna was salwa. Dalam rekod, ada diterangkan al-manna ialah buah yang kaya dengan karborhidrat.  As-salwa pula ialah burung kecil yang kaya dengan protein. Ini member gambaran makanan yang mengandungi karbohidrat sebaik-baiknya dimakan dengan makanan yang mengandungi protein.

{sumber: 365 TIP SIHAT GAYA RASULULLAH “karangan Dr.Mohammad Ali Toha”}

PERKAHWINAN CAMPUR UNTUK KEHARMONIAN KAUM

GALAKKAN PERKAHWINAN CAMPUR UNTUK KEHARMONIAN KAUM

8 Dec 2010
Kahwin boleh menjadi salah satu faktor mendekatkan hubungan antara dua pihak, bahkan antara kaum. Dalam sejarah bukan sedikit perkahwinan telah menjadi faktor perdamaian dan interaksi harmoni antara budaya dan kaum. ‘Kahwin campur’ ataupun kahwin rentas kaum adalah kahwin antara pasangan yang berbeza kaum, seperti kahwin antara melayu dengan cina, atau melayu dengan india atau selainnya. Dalam konteks negara seperti Malaysia, saya berpendapat kita amat wajar menggalakkan perkahwinan yang seperti ini. Ini kerana ia boleh mendekatkan antara kaum dalam negara ini. Namun, perkahwinan tersebut perlu memastikan nilai-nilai yang berikut;

1. Bagi muslim, hendaklah dipastikan keislamannya terpelihara. Bahkan dia wajar menunjukkan contoh pegangan dan akhlak yang baik kepada pasangannya. Sikap dan teladan yang buruk akan menyebabkan salahfaham terhadap Islam.
2. Perkahwinan antara kaum hendaklah tidak bersifat menghapuskan budaya dan nilai positif yang dimiliki oleh sesuatu kaum. Setiap pasangan berhak mengekalkan budaya dan adat resam kaumnya yang baik. Hendaklah setiap pasangan meraikan warisan dan budaya pasangannya yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip yang dipegang. Memaksa seorang cina menjadi ‘melayu’ atau melayu menjadi ‘cina’ selepas perkahwinan adalah tindakan yang salah dan tidak membawa keharmonian kaum.

- Gambar Hiasan
3. Perkahwinan antara kaum patut dijadikan kesempatan memahami dan mempelajari nilai-nilai mulia yang dimiliki oleh setiap kaum bukan menghapuskan identiti kaum. Dengan itu, setiap kaum akan hormati dan cuba memahami kelebihan dan kekurangan yang dimiliki lantas melaksanakan apa yang Allah firman: (maksudnya):
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).
4. Fahaman agama yang sempit seperti menghalang pasangan yang menganut Islam berhubung dan berbuat baik kepada keluarga asalnya, menziarahi mereka atau menafikan nama keluarga seperti menukar nama ‘bapa’ adalah sesuatu yang tidak diajar oleh Islam. Bahkan nas-nas Islam menyanggahi hal tersebut. Ia adalah ‘kesempitan pemikiran setempat’ yang patut digugurkan dari masyarakat kita. Ia antara penghalang keharmonian kaum dan agama.
5. Perkahwinan campur hendaklah bebas dari anggapan bahawa sesuatu kaum lebih mulia dari kaum yang lain hanya atas faktor keturunan semata. Sabda Nabi s.a.w
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Maka, tidak boleh ada dalam perkahwinan campur itu pemaksaan budaya sesuatu kaum terhadap kaum yang lain.
Jika hal-hal ini dihayati, perkahwinan campur boleh membantu mengeratkan hubungan antara kaum. Justeru itu, kita patut menggalakkan ia berlaku. Golongan berpengaruh dan kerajaan hendaklah menggalakkan hal ini. Bahkan insentif tertentu patut diberikan kepada pasangan yang ingin berkahwin rentas kaum seperti ini.

PENGARUH WANITA DALAM KEHIDUPAN LELAKI

PENGARUH WANITA DALAM KEHIDUPAN LELAKI

drmaza.com
PENGARUH WANITA DALAM KEHIDUPAN LELAKI
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)

Al-Quran tidak pernah meletakkan kesalahan Adam yang melanggar perintah Allah dalam syurga atas bahu isterinya Hawa. Sekalipun Bible dan riwayat-riwayat Israiliyyat dalam sesetengah buku tafsir menyatakan Hawa adalah punca yang menyebabkan Adam memakan buah larangan dalam syurga, namun al-Quran tidak pernah menyatakan demikian.

Menurut al-Quran, kesalahan tersebut ditanggung oleh kedua belah pihak. Sementara Bible (Genesis 3:6-17) menceritakan Hawa (Eve) telah mempengaruhi Adam, dengan itu Tuhan telah menghukum Hawa dengan diberikan kesakitan ketika melahirkan anak. Hal ini juga disebut oleh riwayat-riwayat Israiliyyat yang sering dibaca oleh sesetengah penceramah di masjid dan surau. Namun, para pengkaji hadis mendapati riwayat-riwayat itu tidak boleh dijadikan pegangan dan bercanggahan dengan apa yang disebut dalam a-Quran.

Al-Quran menyebut:
“dan Kami berfirman: “Wahai Adam! Menetaplah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua suka, dan janganlah kamu berdua hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada dalamnya dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)”. (Surah al-Baqarah: 35-36).
Dalam Surah Taha pula Allah berfirman:
“dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka pun sujud, kecuali Iblis, dia enggan sujud. Maka, Kami berfirman: “Wahai Adam! Sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari syurga, kerana dengan itu nanti kamu akan menderita. Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa kamu tidak akan lapar dalam syurga dan tidak akan bertelanjang. Dan sesungguhnya kamu juga tidak akan dahaga dalamnya, dan tidak akan merasa panas matahari”. Kemudian, syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya (Adam), dengan berkata: “Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan kekal hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?”. Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mula menutupnya dengan daun-daun dari syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). (Surah Taha: 116-121).
Ayat-ayat ini jelas bahawa kesalahan Adam yang membuatkan manusia tercampak ke bumi, bukanlah berpunca daripada isterinya Hawa, sebaliknya berpunca dari kelemahan Adam sendiri yang ditipu oleh Iblis, yang akhirnya dia dan isterinya terlibat bersama dalam kesalahan tersebut. Ini berbeza dengan Bible. Berbeza juga dengan cerita-cerita sesetengah penceramah agama yang mengutip kisah Adam dan Hawa dari riwayat Israiliyyat, ataupun Bible atau diwarisi cerita dari satu ustaz ke satu ustaz tanpa dibandingkan dengan apa yang terkandung dalam al-Quran.
Lebih buruk lagi, kononnya Iblis masuk ke syurga melalui perut ular dan pelbagai lagi episod ‘kartun’ yang dimuatkan. Cerita Hawa yang dipergunakan oleh Iblis sehingga mengeluarkan manusia dari syurga adalah unsur luaran yang dimasukkan ke dalam pemikiran umat Islam. Kata Dr Abu Syahbah:
“Semuanya ini dari sumber Bani Israil yang mereka tokok tambah dan mencampurkan antara yang benar dan yang batil”.(Dr. Muhammad Abu Syahbah, al-Israiliyyat wa al-Maudu’at fi Kutub al-Tafasir, 179. Kaherah: Maktabah al-Sunnah).
Maka, umat Islam atau lelaki muslim tidak akan menganggap bahawa punca kejatuhan lelaki kesemuanya bermula dari wanita. Walaupun wanita itu memang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas lelaki, seperti mana pengaruh lelaki terhadap wanita, namun kejatuhan lelaki atau wanita dari kelemahan diri sendiri yang kadang-kala dieksploitasi oleh pasangannya.
suami-soleh-isteri-solehah.jpg
Muslihat Wanita
Namun masa yang sama, al-Quran juga menyatakan kehebatan ‘usikan’ wanita atau lebih jelas ‘muslimat’ mereka jika mereka bermaksud ingin melakukan ‘perancangan halus’. Wanita jika kena gaya memang boleh menjadikan lelaki ‘mengidaminya’ angau dan terpengaruh atas segala kehendaknya. Perancangan atau ‘plot’ wanita begitu hebat sehingga al-Quran merakamkan ungkapan yang ditujukan kepada isteri Menteri Mesir (riwayat Israiliyyat konon menamakannya Zulaikha) dalam kisah Yusuf:
“Ini adalah perancangan kamu (kaum wanita), dan sesungguhnya perancangan kamu (kaum wanita) itu hebat”. (Surah Yusuf: 28).
Perkataan Arab yang al-Quran gunakan dalam ayat berkenaan ialah Kaid yang bermaksud perancangan yang mempunyai unsur licik dan muslihat. Sebab itu Louay Fatoohi dalam bukunya The Prophet Joseph menterjemahkan perkataan Kaid sebagai scheme yang bermaksud tindakan yang licik dan perancangan sulit yang kadang-kala membabitkan tipu daya. Kata beliau: “..this word, which I have translated as scheme means guile and plotting that could involve lies, as in this case”. (ms 86. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust).
Maka, atas kelicikan itu, ramai lelaki yang tewas. Wanita ada kuasa ‘licin’ dan licik. Walaupun Nabi Yusuf tidak tewas, tetapi ramai lelaki selain nabi yang tewas dengan ‘kaid’ atau perancangan halus dan ‘sulit’ wanita. Senjata rahsia wanita pada tubuh, bahasanya dan jelingannya. Walaupun bukan semua mereka ada kelebihan itu, namun bagi yang berkelebihan jika perangkapnya mengena, sukar untuk lelaki terlepas daripadanya, kecuali mereka yang memenangkan takwanya atau godaan atau kaid tersebut.
Nabi s.a.w pernah bersabda:
“Aku tidak tinggal cubaan yang lebih hebat ke atas lelaki lebih dari wanita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Sabda baginda juga:
“Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau dan Allah menjadikan kalian berketurunan di atasnya. Allah melihat apa yang kalian perbuat. Takutlah kamu kepada (fitnah) dunia dan takutlah kamu kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya” (Riwayat Muslim).
Maka, tidak hairan berapa ramai pemimpin yang gagah, tetapi ditewaskan oleh wanita idamannya, atau isteri kesayangannya. Betapa banyak reputasi pemimpin dirosakkan disebabkan isteri mereka, sehingga rakyat membenci seseorang pemimpin kerana gelagat isterinya. Dalam negara tertentu, kerenah wanita yang memakai gelaran ‘first lady’ boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik seorang pemimpin negara. Demikian kerenah isteri pemimpin di pelbagai peringkat.
Elena Ceausescu
Maka, tidak hairanlah jika Elena Ceausescu, isteri bekas diktator Romania Nocolae Ceausescu dihukum mati bersama suaminya oleh rakyat Romania disebabkan peranannya dalam pemborosan harta negara dan kezaliman kuasa. Maka, jika suami tidak berperanan sebagai pembimbing dan pengawal yang soleh terhadap isteri mereka maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku atas kemahiran wanita dalam perancangan atau kaid mereka.
Perhiasan Terindah
Namun wanita itu apabila solehah, mereka kadang-kala lebih baik daripada lelaki. Kehidupan yang buruk seseorang lelaki boleh diubah dengan kehalusan budi dan nilai yang ada pada seorang wanita. Nama baik seorang lelaki bertambah indah dengan kebaikan isterinya. Wanita benar-benar hiasan kehidupan lelaki. Lelaki tanpa wanita adalah lelaki yang cacat tabiatnya. Allah menjadikan wanita pasangan lelaki. Mereka tempat lelaki bermanja dan mendambakan perasaan kelakian. Nabi s.a.w bersabda:
“Dunia perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah” (Riwayat Muslim).
Ada harta tiada wanita dalam kehidupan tiada ertinya. Ada rupa, tiada wanita tiada maknanya. Namun, wanita bagaimana yang lelaki perlukan dalam hidupnya dalam mengharungi bahtera kehidupan? Ya, wanita solehah yang membahagiakan suami, menjaga nama baik dirinya dan suaminya. Sabda Nabi s.a.w:
“Sebaik-baik wanita dia mengembirakan suami apabila engkau melihat kepadanya, mentaatinya apabila menyuruhnya, tidak menyanggahi suami dalam diri dan hartanya” (Riwayat al-Nasai, Ahmad dan al-Hakim, dinilai hasan oleh al-Albani).
Sabda Nabi s.a.w juga:
“Tiga dari kebahagiaan: “Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau” (Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)
.
Untuk menjadikan wanita itu berfungsi dengan baik, suaminya juga hendaklah baik. Jika tidak, kebaikan wanita akan hilang pada padangan suami yang songsang, seperti mana hilangnya kebaikan Asiah di mata firaun yang zalim. Suami yang baik juga, tidak akan dapat dilihat kemuliaannya di mata isteri yang jahat seperti isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut a.s.

kelompok yang menentang Hosni 'Mubarak"

Antara kelompok yang menentang kepimpinan Hosni Mubarak di Mesir ialah:
 
Gerakan Pemuda 6 Aprilmerupakan kelompok yang bergabung dalam laman sosial facebook yang menyokong mogok pekerja pada 6 April 2008. Kelompok ini dianggotai oleh kumpulan anak muda Mesir yang berhadapan dengan masalah pengangguran, sebahagian besar daripada mereka mempunyai pendidikan tinggi. Mereka turut menuntut agar peraturan darurat ditamatkan dan mendesak seluruh menteri dalam cabinet Hosni Mubarak melepaskan jawatan. Turut diperjuangkan ialah kadar upah minimum.
Ikhwanul Muslimin (IM)- ditubuhkan sejak tahun 1928 dan pernah diharamkan beberapa kali, termasuk menangkap dan memenjarakan beberapa orang pemimpin utamanya, misalnya Hassan al-Banna (pengasas) dan Syed Qutb. Kini telah dipimpin oleh Mohammed Badie dan merupakan kumpulan pembangkang yang terbesar. Pengaruhnya menjalar hampir ke seluruh negara Islam. Mendapat sokongan 20 peratus pengundi Mesir sebelum kehilangan hampir semua wakilnya dalam pilihan raya parlimen pada awal Disember 2010 yang lalu. Keahlian kumpulan ini merupakan canpuran antara aktivis dan pekerja sosial, dan prinsip perjuangan mereka ialah menolak penggunaan kekerasan dan berhasrat membentuk negara berdasarkan hukum Islam.
Penyatuan Kebangsaan Untuk Perubahankelompok ini digerak dan dibentuk pada tahun lalu oleh pemenang hadiah nobel, iaitu bekas Ketua Pemeriksa Badan Tenaga Atom Antarabangsa, Mohamed ElBaradei. Prinsip asas perjuangan kumpulan ini ialah mempromosikan demokrasi dan menghapuskan amalan rasuah. Ia turut disokong oleh penyokong parti liberal dan Islam, dan tuntutan kumpulan ini ialah agar Hosni Mubarak membubarkan parlimen sejak tahun lalu. Kelompok ini menganggap Mubarak sedang menubuhkan kerajaan peralihan dengan harapan akan kembali berkuasa selepas keadaan menjadi tenang.
Parti Ward – merupakan kelompok parti liberal yang dipimpin oleh Al-Sayed al-Badawi. Parti ini merupakan blok pembangkang terbesar dalam parlimen baru setelah memenangi kerusi pada awal Disember lalu, namun bagi pusingan kedua pilihan raya bercadang untuk memboikotnya kerana menganggap pilihan raya berlangsung dalam keadaan yang kurang adil, meluasnya penyelewengan kuasa telah digunakan oleh Hosni Mubarak.
Parti al-Ghad – juga merupakan parti liberal yang dipimpin oleh Ayman Nour dan telah ditekan dengan kerasnya apabila mencabar Hosni Mubarak dalam pilihan raya presiden pada tahun 2005.

Peningkatan umat Islam dua kali lebih cepat

WASHINGTON: Populasi umat Islam di dunia akan bertambah dua kali lebih cepat daripada penganut agama lain dalam tempoh 20 tahun akan datang, menurut satu kajian yang menjangkakan dalam tempoh satu generasi umat Islam akan mencatat lebih satu perempat daripada penduduk dunia.

Berdasarkan kadar kelahiran, kematian dan angka perpindahan, pengkaji di Forum Pew mengenai Agama dan Kehidupan Masyarakat mendapati dunia Islam mencatat kira-kira 1.5 peratus pertambahan penduduk dalam setahun berbanding hanya 0.7 peratus pertambahan setiap tahun bagi penganut agama lain.

Kajian yang bertajuk ‘Masa Depan Populasi Umat Islam Sedunia’ menjangkakan pada 2030, umat Islam akan mencatat 26.4 peratus daripada penduduk dunia iaitu kira-kira 8.3 bilion orang. - AFP

“28 kapsul holistic”

“Perilaku pintar”
“28 kapsul holistic”



01     Allah berkata dalam surah Muhammad, ayat 38, “Ingatlah kamu diseur supaya menderma dan membelanjakan sedikit harta benda dijalan Allah. tetapi ada antara kamu yang berlaku bakhil , sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil pada dirinya sendiri. ingatlah Allah itu Maha Kaya sedangkan kamu semua orang miskin. apabila kamu berpaling daripada beriman, bertaqwa dan menderma, dia menggantikan kamu dengan kaum yang lain yang tidak lagi berkeadaan seperti kamu.”
            punca bakhil adalah mencintai dunia secara berlebihan, takut miskin dan hati yang selalu runsing dan tidak bahagia. Akibatnya diri mudah diserang gangguan seperti nyanyuk dan sukar tidur. kesedihan yang berpanjangan menyebabkan kita mudah diserang penyakit paru-paru.
 

02      Marah adalah manifestasi kesedihan dan kesombongan. perasaan marah menyebabkan tangan menggeletar, wajah memerah dan jantung berdegup kencang. Perasaan marah membebankan otak, pembuluh dan jantung. Kemerahan yang berulang-ulang menunjukkan orang itu menderita penyakit hati. Dia juga terdedah kepada risiko penyakit darah tinggi, angin ahmar, kemurungan, penyakit saraf pusat, sakit jantung dan vertigo atau gayat.



03     Terdapat perbezaan antara pola pemikiran berasaskan perubatan nabi dan pola pemikiran berasaskan perubatan moden. As-Suyuthi menyatakan penyakit dapat disebabkan oleh beberapa perkara iaitu gangguan udara, salah makan ataupun minum, kekeliruan gerak, rehat yang sedikit atau berlebihan, respon emosi yang berlebihan, istirehat emosi yang berlebihan, tidur dan berjaga yang tidak seimbang, adanya cecair yang berlebihan serta gangguan pengeluaran cecair tubuh.


04     Rehat yang berlebihan dapat melemahkan jasmani dan jiwa dan menyebabkan terkumpulnya tenaga atau chi didalam tubuh. Akibatnya, nutrient makanan tidak dapat diserap dengan baik. Peredaran darah juga menjadi perlahan hingga menyebabkan gangguan pada jantung dan otak. Nabi ada mengajar sepotong doa. “Allahumma inni a`udzubika minal hammi wal hazn, wa a`dzubika minal ajzi wal kasal, wa`adzubika minal jubni wal bukhl, wa a`udzubika min gholibatid-dain wa qohri rijaal.”  Maksudnya, “Ya Allah, aku berlindung padamu daripada kegelisahan dan kesedihan. Aku berlindung padamu daripada kelemahan dan kemalasan. Aku berlindung padamu daripada ketakutan dan kikir dan aku berlindung padamu daripada terlilit hutang dan ditekan orang zalim.”


05      Menjaga kesihatan adalah melindungi diri daripada udara yang sejuk dan panas, menghindari angin terutama pada waktu malam dan meminumkan kesan pencemaran. pemakanan yang tidak seimbang sama ada kurang makan, makan secara berlebihan ataupun komposisi makanan yang tidak mengandungi semua nutrien yang diperlukan menganggu keseimbangan tubuh dan mendatangkan penyakit.



06      Tindakan membiarkan badan berada dalam kedudukan yang tidak ergonomic buat masa yang lama menyebabkan kerosakkan sendi. Pada masa yang sama, gerakan badan yang tidak dikawal dapat menyebabkan anggota badan terkehel, patah tulang dan lain-lain gangguan kepada gerakan badan. selain itu, gerakan yang berlebihan juga menyebabkan kerosakan otot, rawan dn kecederaan saraf. dalam jangka masa panjang pula, ia dapat menyebabkan pembengkakan jantung.




07      Nabi juga member panduan cara hidup yang betul. Cara tidur yang baik adalah dengan mengiringkan badan ke kanan manakala tangan kanan menyokong kepala. Mengiringkan badan kekiri semasa tidur dikhuatiri menekan perut. Ini menganggu proses penernaan. Ia juga menekan jantung hingga mempengaruhi kemampuan jantung, menganggu irama dan kemampuannya mengepam darah.




08      Udara juga dapat menyebabkan penyakit. Masyarakat umum memanggilnya masuk angin. Namun begitu, isitilah masuk angin tidak wujud dalam perubatan barat. meskipun demikian, apabila diperhatikan, penyakit dapat timbul akibat cuaca. Perubahan suhu yang melampau, angin yang berkelajuan tinggi dan pencemaran udara dapat menurunkan daya tahan tubuh kepada jangkitan. Ia juga menganggu metabolism tubuh.


09       Dalam masyarakat kita, terdapat ramai orang yang memerlukan bantuan kewangan. selain membayar zakat, kita digalakkan bersedekah bagi meringankan penderitaan yang dialami oleh golongan miskin. Nabi berkata, “sembuhkan penyakitmu dengan bersedekah.” Orang yang sedang sakit digalakkan bersedekah supaya Allah meringankan penderitaannya. Ini kerana dengan bersedekah, penyakit dapat dicegah, penderitaan diringankan dan penyembuhan dipercepatkan.


10       Berrwaspadalah dengan kesan penyakit hati kepada kesihatan saudara. Sifat dengki, sombong, suka memfitnah dan pendendam meningkatkan risiko dijangkiti barah dan hepatitis. Al-Ghazali menyatakan dendam menyababkan barah. Sifat dengki pula merosakkan beberapa organ utama dan menyebabkan gangguan hormone. ini seterusnya, menyebabkan timbulnya penyakit seperti kencing manis.



11       Apabila melaksanakan langkah-langkah berikut, kita memperolehi nikmat makan dan juga kesihatan, iaitu :
            1. Cuci tangan sebelum makan,
            2. Baca basamallah,
            3. Makan secukupnya,
            4. Berhenti makan sebelum kenyang.
            5. Tidak membazir. ini kerana Allah berkata, “ sesungguhnya orang yang pemboros itu sekutu syaitan.”
 '


12       Direkodkan oleh Bukhari, nabi berkata, “ sifat iri hati itu memakan kebaikan seperti api memakan sekam.” kebaikan disini bermaksud kebaikan yang dikehendaki manusia termasuklah kesihatan. Orang yang iri hati mudah diserang penyakit kencing manis, penyakit jantung, hyperthyroid, penyakit hati, sakit buah pinggang dan ulser kronik. Ini kerana iri hati menyebabkan penghasilan hormone koristol dan adrenalin. Kedua-dua hormone ini menyebabkan glukoneogenesis atau pembentukan gula didalam darah meningkat dan menganggu degepun jatung.



13       Penyakit hati adalah gejala yang menunujukkan sikap ataupun perilaku yang salah dalam kehidupan manusia. ia menimbulkan kesan buruk kapada kesihatan. Kata Ibn Qayyim, tiga factor yang menyebabkan penyakit hati adalah sering melakukan maksiat, gemar berfoya-foya dan mencintai dunia secara berlebihan. Quran menyebut dalam surah Ali Imran, ayat 14, enam perkara yang dicintai manusia hingga mereka lupaharga dirinya adalah wanita, anak, perhiasan, kuda ataupun kenderaan, ternakan ataupun pelaburan dan lading ataupun perniagaan.



17       Rasulullah berkata mengikut rekod Bukhari dan Muslim, “Tidak masuk syurga orang yang hatinya merasa sombong sebesar biji sawi. Sahabat bertanya, “Ya rasulullah, adakah orang yang memakai baju dan kasut yang cantik dianggap sombong?” Rasulullah menjawab “sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan. Sombong itu adalah menolak kebenaran dan menghina orang lain.” Menolak kebenaran menyebabkan gangguan jiwa. Menghina orang lain pula menyebabkan penyakit gangguan pencernaan, vertigo, angin ahmar, neuropati dan serangan jantung.



18       Nabi menggalakkan senaman. Senaman yang digalakkan nabi adalah berenang, menunggang kuda dan memanah. Berenang dapat menguatkan otot tanpa membebankan sendi secara berrlebihan. Menunggang kuda pula meningkatkan ketangkasan bergerak dan memberikan kepada kita kemampuan kepada kita memanfaatkan daya tuil (leverage) demi kepentingan hidup. Memanah pula meningkatkan kewaspadaan dan membantu membiasakan diri menumpukan perhatian.



19      Ramai orang mempunyai berat badan berlebihan dan mengalami kesukaran menurunkannya. Allah memberitahu prinsip diet yang luar biasa. Inilah dietbagi menangani segala penyakit dan bagi menurunkan berat badan, “Makan dan minumlah dan jangan berlebihan.” Para ulama mengatakan ayat ini memberikan separuh rahsia hidup sihat. Dalam ayat lain, Allah berkata, “ Makanalah rezeki Allah yang halal dan baik.



20      Ada enam jenis yang apabila dibiarkan akan memudaratkan kesihatan. Misalnya marah yang berlebihan dapat menyebabkan sakit jantung. Takut yang berlebihan menyebabkan kemurungan. Kebimbangan yang berlebihan memudaratkan buah pinggang. sedih yang berlebihan menyebabkan sakit pada paru-paru. Gembira yang berlebihan menyebabkan sakit jantung. Malu yang berlebihan menyebabkan penyakit seperti ulser dan penyakit hati. Maka dengan mengawal emosi, badan akan menjadi bertambah sihat.



21     Sering marah ataupun marah secara berlebihan dapat menyebabkan penyakit di dalam jantung dan pembuluh darah. Nabi berkata, “Marah berasal daripada syaitan dan syaitan terhasil daripada api. Maka padamkanlah kemarahanmu dengan berwuduk.” Nabi juga mengajar apabila marah dalam keadaan berdiri, maka duduklah. Apabila perasaan marah melanda ketika kita sedang duduk pula, maka berbaringlah. Baca istighfar kerana marah itu adalah gabungan sombong dan sedih. Ubat bagi sombong adalah istighfar. Kemudian, berwuduklah sebagaimana yang disarankan nabi.  



22      Rasa malu yang berlebihan kerana takut orang lain mengetahui aib sendiri dapat menyebabkan masalah lain seperti keinginan bunuh diri, mati pucuk, dan lemah ingatan. Cara mengubati rasa malu yang berlebihan adalah dengan melaksanakan solat taubat dan memperbanyakkan istighfar.




23     Adrenalin ialah hormone yang dihasilkan kelenjer adrenal, yang terletak di bahagian atas buah pinggang. Adrenalin mempercepatkan degupan jantung dan meningkatkan kewaspadaan. Bersama dengan hormone koristol, adrenalin dapat mempercepatkan pembentukan glukosa. Adrenalin terhasil melalui orang yang gembira secara berlebihan. Dalam jangka masa panjang, keadaan ini menyebabkan penyakit kencing manis, ulser, sakit jantung, lemah saraf dan otak.



24      Kehilangan perkara yang dicintai menyebabkan kita bersedih. Quran menyebut dalam surah Ali Imran, ayat 14, enam perkara yang dicintai manusia hingga mereka lupaharga dirinya adalah wanita, anak, perhiasan, kuda ataupun kenderaan, ternakan ataupun pelaburan dan lading ataupun perniagaan.” kesedihan  yang berpanjangan berpunca daripada rasa cinta yang berlebihan kepada duniawi. Ini seterusnya menyebabkan penyakit paru-paru, membebankan fungsi kelenjar dan menjejaskan kesimbangan hormone. jadi, perbanyakkanlah membaca surah al-insyirah ketika solat.



25      Salah satu penyebab penyakit adalah ketidak seimbangan emosi. Apabila emosi tidak mendapat rehat yang secukupnya, kita menjadi mudah tersinggung walaupun disebabkan perkara remeh. Dalam pada itu, apabila kita berada dalam zon selesa, emosi mendapat rehat. Pada waktu itu, fikiran bebas daripada segala beban pribadi dan social. Walaubagaimanapun, kerehatan emosi yang berlebihan menyebabkan kita tidak mengambil peduli perkara yang berlaku di sekeliling kita.


26      Salah satu kunci kesihatan adalah sentiasa bersangka baik kepada Allah, kerana ia menghasilakan banyak kebaikan. Berfikiran optimis yang penyembuhan akan tiba adalah sangka baik mukmin kepada Allah. Quran mengingatkan kepada kita sebanyak lima kali supaya tidak berputus asa dengan Rahmat Allah.




27      Tidur adalah proses fisiologi yang penting. Ini kerana semasa manusia tidur, organ-organ dicergaskan semula (revitalized). Kajian mendapati apabila kita lambat tidur, pencergasan semula organ terganggu. ini kerana pencergesan semula berlaku pada waktu tidur. Tidur yang panjang pula dapat memekatkan darah. Ini menambahkan risiko serangan jantung ataupun angin ahmar. Tidur yang menyihatkan adalah dua jam sesudah makan malam dan bangun antara jam tiga hingga empat pagi. Ini kerana serangan jantung dan angin ahmar sering berlaku antara jam tiga hingga enam pagi.



28       Allah berkata, “janganlah kamu berasa rendah diri dan jangan pula kamu berasa sedih. Sesungguhnya kedudukan kamu tinggi didepanku apabila kamu menjadi mukmin.” Ayat ini memberikan semangat kepada mukmin. Ini kerana seberat manapun ujian yang menimpa, ia begitu kecil apabila dibandingkan dengan kedudukan tinggi yang ditawarkan Allah. Jiwa yang diserapi pengharapan menggerakkan semangat. Semangat pula mewujudkan keghairahan hidup dan menyihatkan badan. Ini kerana gelora emosi dapat diseimbangkan hingga semangat hidup terpelihara.

sumber: 365 TIP SIHAT GAYA RASULULLAH “karangan Dr.Mohammad Ali Toha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...