Posted by
Unknown
comments (0)
#artikel3
Kehidupan
ditafsir dengan pelbagai tafsiran oleh para filosofi barat mahupun timur.
Meskipun begitu, kehidupan membuktikan sebuah satu keadaan yang tidak dapat
dijangkakan pengakhirannya. Pengakhiran disini bermaksud adalah masa, setiap
masa kehadapan tidak dapat ditilik dengan benar dan masa yang berlalu tidak
akan kembali lagi. Seterusnya, pusingan kehidupan terpacak oleh putaran yang
samar-samar masa hadapannya.
Segelintir
manusia, mempercayai bahawa kehidupan adalah kekal namun berbeza dalam keadaan
masa, zaman dan suasana. Sebagaimana kepercayaan umat islam, bahawa selepas
kehidupan di dunia akan digantikan oleh kehidupan akhirat serta keadaan dua
kehidupan tersebut adalah berbeza. Berbanding dengan kepercayaan umat budha,
mereka turut mempercayai wujud kehidupan selepas mati akan lahir semula sebagai
manusia yang berbeza identity dan mungkin juga dalam bentuk yang berbeza,
seperti menjadi haiwan dan lain-lain.
Bagaimana kita
mempercayai sesuatu perkara, hal itu akan mempengaruhi emosi dan jiwa kita.
Se-utuh manapun jiwa berdiri namun memerlukan jasad untuk bergerak.
Walaubagaimanapun, apabila jasad dan jiwa tidak sehaluan maka kekuatan akan
hilang. Pernah terfikir keadaan orang kurang waras, jasad mereka sempurna namun
tingkah laku mereka tidak siuman. Lantaran kesan daripada kehormonian antara
jiwa dan jasa yang tidak serasi.
Sejauhmana
kepercayaan kita terhadap sesuatu akan terpancar pada cara kehidupan. Kerana
jiwa sudah mempercayai hal itu, emosi yang akan menuruti dan jasad bertindak
sebagai pelaku. Setiap perlakuan ada balasannya, baik atau buruk itu pasti di
tangan. Lihat sahaja orang didalam kandang besi, jasad dan jiwa mereka bersama
didalam. Kerana, kesan atas perbuatan akan ditanggung oleh kedua-duanya.
Tuntasnya, emosi tidak dapat lari daripada jasad dan jasad pun sama. Kecuali
mati.
Dan mati adalah
pengakhiran kehidupan. Kehadapan, kebelakang, kiri atau kekanan apabila masa
mati itu tiba, jiwa dan jasad akan terpisah. Seterusnya, adakah masih kekuatan
pada selepas itu? Yang pasti, orang ramai melihat manusia yang mati dalam
keadaan yang statik, se-inchi pun tiada pergerakkan dan satu ayat pun tidak
kedengaran. Sebab itu pengakhiran. Ketika pengakhiran, semua perancangan tidak
lagi akan dapat dilakukan, segala keinginan tidak lagi akan dapat terpenuhi.
Dan ketika itu, tidak ada sesiapa yang tahu apa yang terbuku didalam fikiran
dan hati. Yang memilukan, pengakhiran itu tidak kita rancang dan tidak kita
ketahui.
Lantas, sekali
lagi tafsir kehidupan sentiasa berlegar-legar diruang fikiran sehingga satu
kepercayaan yang menceritakan keadaan kehidupan dan janji-janji selepas
pengakhiran kehidupan sudah dianuti. Maka, kepercayaan itu akan menjadi
pegangan sehinggalah pengakhiran dan berharap akan kebaikan selepas itu. Namun,
kerana kehidupan ini tidak mudah. Selain jiwa dan jasad, penghadang yang paling
besar antara keduanya ialah nafsu. Nafsu amat berpengaruh pada jiwa dan jasad,
boleh jadi nafsu merosakkan jiwa dan seterusnya merosakkan jasad. Yang
peliknya, apabila menerima hukuman, nafsu akan membiarkan kesan itu kepada jiwa
dan jasad. Sehingga begitu pengecutnya nafsu.
Kitaran masa,
terus membuatkan emosi, jasad dan nafsu bermain tanpa henti sehinggalah
pengakhirannya. Teringat satu nukilan mahfumnya, sesiapa kenal dirinya dia akan
kenal Tuhan nya. Yang pasti, nukilan ini benar di sisi orang yang berakal.