Posted by
Unknown
comments (0)
Kali
pertama bercinta, bukan bermaksud itu terakhir. Suatu hari, pasti yang pertama
itu apabila ditanya oleh cinta kedua, pasti jawapannya “Itu cinta monyet lah! “. Tidak pun, jawapannya “Masa itu belum matang lagilah!” Lelaki atau perempuan, bila lidah
sudah tajam, syair pun bole jadi mentera sihir.
Oleh
kerana, emosi kehadapan daripada akal. Kematangan hati untuk bercinta
menjangkau usia, akal terperangkap dalam kandang mainan emosi yang dipelihara
oleh cinta. Dibelai sehingga jinak dan manja dengan emosi cinta, lihat sahaja
keadaan budak sekolah rendah sekarang. Umur Setahun Jagung, Darah Setampuk Pinang
tetapi sudah berangan berdiri diatas pentas pelaminan untuk memotong kek
perkhawinan yang bertingkat – bertingkat tingginya. Kerancakan bercinta terus
bermain dengan emosi dan akhirnya samaada selamat maruahnya ataupun pembukaan
kepada lorong dosa-dosa.
Cinta
amat meluas skopnya, definisinya merentasi benua, rentaknya sedalam lautan.
Jikalau dibahaskan cinta, senaskah buku tidak dapat menerangkannya, adapun
penerangan itu matlamatnya mengajak kepada cinta ilahi, cinta yang abadi. Cinta
abadi itu umum, budak tadika pun tahu mencintai Tuhan itu wajib dan mencintai
manusia berlandaskan syariat Allah SWT itu ialah jalan benar. Namun, tipisnya
iman dan rapatnya bisikan syaitan, berapa ramai diantara kita yang menuruti
jalan itu? semuanya kelaut.
Dek
kerana drama bersiar pada paparan kaca di rumah, banyak romantiknya. Jadinya,
tercuit emosi dengan lakonan cinta yang bersiar itu, walaupun mata melihat
tetapi fikiran sudah terbang melayang merentasi gunung lalu jatuh ke lembah
keghairahan cinta. Seterusnya, jiwa merelakan keberadaan rasa cinta itu
meracuni akal sihat dan bakal merebak dengan pantas terus ke lubuk hati yang
paling dalam. Keberkesanan lakonan emosi cinta yang dimainkan oleh pelakon
drama, telah berjaya merasuk hati. Apabila jiwa sudah terusik, manisnya madu
tidak dapat menandingi manisnya cinta.
Permulaan
duka pada cinta monyet itu, ialah amaran daripada guraun emosi. Pada peringkat
pertama, amaran tersebut tidaklah merobek jiwa. Sekadar alasan kepada kegagalan
keserasian perhubungan cinta yang sedang terjalin ketika itu. Namun, gurau
senda emosi tidak terhenti, tetap dan terus membuak bagaikan luapan centusan
gunung berapi yang lavanya terus menerus mengalir membalut tubuh gunung
sehingga tidak kelihatan lagi struktur batuannya. Begitu juga pada hati
manusia, akar – akar cinta terus membalut hati, mengenggam jiwa dan bakal
mencerut nafsu. Tidak mungkin, duka pertama itu parah, kerana emosi cinta akan
terus menghambat jiwa. Pasti, jiwa lara pada duka pertama itu terus
mengangan-angankan kebahagiaan cinta. Hasrat itu, bakal menyapa kedukaan yang
kedua, ketiga, seterusnya.. dan kehampaan yang sekian kalinya.