Posted by
Unknown
comments (0)
Gerbang Syabaan bakal tertutup bagi membuka laluan
untuk Gerbang Ramadhan untuk Hijriyah yang ke 1437. Pada masa yang sama,
kerajaan langit sedang bersiap siaga, barisan para Malaikat yang lengkap dengan
kehebatan luar biasa sedang menanti arahan dari Tuhan Yang Maha Agung,
menggempur kubu-kubu para Syaitan laknatullah untuk menghukum mereka selama
Gerbang Ramadhan terbuka. Para Malaikat neraka sedang menanti bilakah masanya
Pintu Neraka ditutup yang bakal dilakukan oleh Ketua mereka yaitu, Malaikat
Malik, bagi memberi laluan kepada Malaikat Ridhwan, penjaga pintu syurga, yang
patuh setia kepada Allah, untuk membuka pintu Syurga.
Maka bila kejadiaan ini berlaku, Allah SWT
membuka pintu rahmat seluas-luasnya, sejauh mata memandang, tidak dapat diukur,
tidak dapat dihitung bilangan rahmat itu. Ibarat, raja membuka kubu hartanya
kepada rakyat, untuk rakyat mengambil dan memanfaatkan secara percuma. Rakyat
tidak perlu bayar, hanya perlu mengikut undang-undang untuk masuk ke kubu
tersebut. Walaupun, gambaran ini tidak setanding dengan apa yang Allah SWT
lakukan, tetapi secara kasarnya sangat hampir. Dan kejadiaan ini, bakal berlaku
dalam masa beberapa hari lagi.
Sebagai manusia, hamba Allah, rakyat Allah dan
ciptaan Allah. Sesungguhnya, Allah SWT dan para malaikat-Nya sudah bersiap
sedia untuk membuka gerbang Ramadhan. Persoalannya, sudahkah kita bersedia
untuk masuk ke dalam Ramadhan? untuk tahun yang 1437 H ini. Saya tinggalkan
persoalan itu pada para pembaca, kerana jawapan anda tidak dapat saya lihat,
kerana ia berada di sudut yang paling dalam, di dalam hati anda.
Saya tegaskan 2 amalan yang mudah dan ringan
untuk para membaca untuk dipraktikan sepanjang Ramadhan yang diberkati. Seperti
berikut :
1. Sujud.
Selain daripada solat, kita juga boleh melakukan
sujud tanpa mengikut arah kiblat seperti solat fardhu. Sujud ini dikenali
sebagai sujud syukur. Kita sujud dengan penuh rasa rendah diri dihadapan Allah
SWT, meletakkan dahi diatas lantai, membuka jiwa dan hati yang disertai sejuta
pengharapan belas ihsan kepada Allah SWT.
Lakukanlah Sujud syukur sebanyak yang mampu anda
lakukan ketika bulan ramadahn berlangsung. Jangan bermalas-malasan, kerana ia
adalah sifat syaitan. Para Ulama juga mengatakan bahawa, manusia sangat hampir
kepada Allah SWT ketika sujud. Dan sujud juga adalah antara perbuatan
menunjukan syukur kepada Allah SWT.
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu
kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu
amatlah keras". Ibrahim 14:7
2. Doa,
Semua manusia sangat memerlukan pertolongan
Allah SWT dalam apa jua keadaan. Namun kadangkala kita lupa untuk meminta
kepada Allah,terutamanya dalam keadaan yang senang. Apakan daya kita manusia
yang bersifat pelupa kepada Pencipta kita.
Tetapi itu, bukanlah alasan untuk kita
berpaling daripada Allah SWT. Kerana, Allah SWT sangat menyukai hamba Nya yang
berdoa kepada Nya.
Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya Rabb-mu (Allah) Ta’ala adalah maha
pemalu lagi maha mulia, Dia malu terhadap hamba-Nya (yang berdoa dengan)
mengangkat kedua tangannya kepada-Nya kemudian Dia menolaknya dengan hampa” (Hr Abu Daud, at Tarmizi, ibnu Majah & ibnu Hibban)
Oleh itu, pada bulan Ramdhan yang bakal tiba
beberapa hari lagi. Keraplah berdoa kepada Allah SWT. Kalau boleh berdoalah
kepada Allah setiap selang 15 minit, 30 minit atau mengikut kesenangan para
pembaca, Mintalah kepada Allah, agar hati kita dipancari nur iman, taufik dan
hidayat diberikan, anggota badan kuat mengamalkan perintah Tuhan dan Mati dalam
iman.
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada
Mahasiswa/i Islam, UNITEN.
Ramadhan 1437H.
alfikirummat.blogspot.com