Posted by
Unknown
comments (0)
Dari Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Allah Tabaraka wa Taala mempunyai para malaikat yang ditugaskan mencari majlis
zikir, sebaik saja mereka menjumpai majlis zikir, maka mereka akan duduk bersama
orang-orang yang sedang berzikir serta memanggil malaikat-malaikat yang lain.
Mereka akan datang berkerumun mengelilingi orang-orang yang sedang berzikir itu
dengan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang antara mereka dengan langit
dunia.
Apabila majlis berzikir itu tamat, maka para malaikat akan naik
kembali ke langit. Lalu Allah SWT bertanya mereka: "Wahai para malaikatKu, dari
manakah kamu semua?" Berkata para Malaikat: "Ya Tuhan kami, kami baru saja
pulang dari memeriksa hamba-hambaMu di bumi, mereka bertasbih, takbir, talil dan
tahmid serta memohon kepadaMu." Sebenarnya Allah SWT lebih mengetahui tentang
perbuatan mereka dan semua makhluk ciptaannya. Setelah Allah SWT mendengar
kata-kata para malaikatNya, maka Allah SWT pun berfiman: "Wahai para malaikatku,
apakah yang mereka minta kepadaKu?" Berkata para malaikat: "Hamba-hambamu itu
memohon syurga dariMu." Allah SWT bertanya lagi: "Pemahkah mereka melihat akan
syurga itu?" Berkata para malaikat lagi: "Mereka tidak pernah melihat syurga
itu."
Berfiman Allah SWT: "Hamba-hambaKu memohon syurga padahal mereka
tidak melihatnya dan apalagi kalau mereka melihat syurga itu." Berkata para
malaikat: "Mereka juga memohon kebebasan." Allah SWT bertanya: "Mohon bebas dari
apa?" Berkata para malaikat: "HambaMu itu memohon kepadaMu supaya mereka itu
dibebaskan dari neraka jahanam." Allah SWT bertanya para malaikat lagi:
"Pernahkah hamba-hambaKu melihatkan nerakaKu itu?" Berkata para malaikat: "Tidak
ya Allah." Allah SWT berfirman: "Hamba-hambaKu itu tidak pemah melihat neraka
jahanam, tapi mereka memohon supaya dibebaskan darinya, apalagi kalau mereka
melihatnya."
(kitab shahih Muslim, bab ad-Dzikr wa ad-Du’a wa at-Taubah wa al-Istighfar)