Posted by
Unknown
comments (0)
BICARA IMAN
Allah
telah memuliakan kita dengan IMAN
IMAN ini
menjadikan kita bernilai disisi Allah
IMAN yang Allah
berikan kepada kita sangat tinggi nilainya.
Jika
kita kembali kepada Allah dengan membawa
IMAN sebesar
Zarah
nescaya Allah akan menukarkan iman itu dengan syurga yang seluas 10 kali ganda
dunia ini.
Kalimah
IMAN jika ditimbang dengan 7 petala bumi dan 7 petala langit, nescaya berat
lagi kalimah IMAN.
IMAN
inilah yang akan kita bawa apabila kita tinggalkan dunia ini.
Semua
milik kita akan kita tinggalkan melainkan IMAN.
Di
saat- saat genting kita hendak meninggalkan dunia ini IMAN sangat- sangat diperlukan.
Hanya
yang mati dengan kalimah IMAN akan
selamat dan berjaya.
Soalan
pertama didalam kubur ialah mengenai IMAN.
Di
neraca timbangan kalimah IMAN akan
memberatkan neraca kebaikan.
Di
titian siratul mustaqim kalimah IMAN
akan mencayahai kegelapannya.
Nilai
syurga adalah IMAN.
Rasulullah
SAW telah dihantar ke dunia ialah untuk usaha atas IMAN manusia.
Selama
13 tahun para Sahabat Ra usaha atas IMAN dengan pengorbanan.
Rasulullah
Saw adalah guru IMAN yang terbaik
Para
Sahabat Ra ialah murid IMAN yang
terbaik.
Jika
kita usaha atas IMAN, IMAN akan
meningkat.
Tanda IMAN meningkat ialah amal kita akan
meningkat
Jika
IMAN kita lemah, amal kita juga
lemah.
Didunia
syaitan dan nafsu berusaha merosakkan
IMAN kita.
Untuk
itu kita harus wujudkan mauhul IMAN.
Bila
ada mauhul IMAN, umat akan muda
ta`at perintah Allah.
Mauhul
IMAN akan hidup dengan 5 amal.
1.
Tiga hari setiap bulan (72 jam duduk dalam
suasana usaha atas IMAN)
2.
Dua gash setiap minggu ( 1 ditempat
kita, 1 di tempat jiran)
3.
Dua taklim setiap hari (1 di rumah
kita, 1 di masjid)
4.
Dua setengah jam setiap hari ( buat
usaha bina mauhul iman di tempat/ masjid kita.)
5.
Fikir harian. (fikir bagaimana
wujudkan/ kuatkan mauhul IMAN)
Dan pada malam hari kita bangun berdoa menangis
ke hadrat ilahi memohon IMAN dan diwujudkan mauhul IMAN di tempat kita dan di
seluruh alam.
Mutiara Para
Dai, Abu Basyir Ad-Daiki Al-Jawi
******Iman amat bernilai dan berharga pada kita
semua, iman ini lah yang menentukan masa depan kita. Jikalau cerah iman kita,
mantap iman kita dan suci iman kita, maka segala perkara- perkara baik akan
datang pada kita.
Jika saudara / saudari tidak dapat duduk dalam 5
amal buat lah dakwah, jumpa manusia dan cerita kebesaran Allah, kehebatan Allah
dan keagungan Allah.. bangunlah time tengah malam doa dan nangis depan Allah
minta Allah beri kita hidayah dan taufik… insya Allah…
Allah sentiasa mendengar rintihan hamba- hambaNya
dan mengkabulkannya. Yakin lah pada Allah, nescaya kamu akan rasa 1 hal yang
luar biasa pada hati kamu dan kehidupan kamu..
Posted by
Unknown
comments (0)
KESEMPURNAAN AKAL FIKIRAN
NABI SAW
Akal yang sempurna, adalah pokok pangkal segala sifat terpuji
dan pendoroang kepada tingkah laku yang terpuji dan pendorong kepada tingkah
laku yang terarh, dengan petunjuk akal, dapat dibezakan antara yang baik dan
yang buruk, serta membawa seorang mencapai sesuatu yang lebih utama.
Sebagaimana kisahmasuknya Khalid bin walid ke dalam agama islam, tatkala ia
dating menghadap nabu saw setelah ia mengucapkan salam, berkata : yaa
rasulullah, aku menyasikkan bahawa tiada tuhan selain Allah, dan bahwa engkau
adalah utusannya, nabi lalu mempersilakannya masuk dan duduk, kemudian nabi
berkata kepadanya; segala puji bagi allah yang telah member petunjuk kepadamu,
memang aku melihat engkau seorang yang berakal sihat, maka aku harap kiranya
akal itu tidak akan membawamu melainkan kepada segala baik.
At-
Thabarani Meriwayatkan dari Gurrah Bin Hurairah bahawa tatkala Khalid datang
menghadap Nabi Muhammad Saw berkata kepadanya : Kami yang selama ini: menyembah
berhala sebagai tuhan, berseru memanggilnya namun benda itu mati, tidak sanggup
menjawab, dan kami mencuba meminta daripadanya, akan tetapi tidak pernah ia
memberi sesuatu kepada kami, lalu Allah memberi petunjuk dan hidayatNya, kami
sekarang menyembah hanya kepada Allah semata -mata, maka Nabi menyambut dengan
sabdanya: Bahagia benar siapa yang dikurniakan akal oleh Tuhan.
Dan bahawa akal fikiran Nabi Muhammad Saw telah
mencapai puncak kesempurnaan yang tidak pernah dicapai oleh siapapun juga,
sebagai nikmat kurnia Tuhan kepadanya hal itu telah ditegaskan oleh Allah dalam
Firmannya :
Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis, berkat nikmat Tuhanmu,(Muhammad)
sekali- kali bukan orang gila.
(Al-Quran surah Al-Qalam 1-2)
Ertinya engkau wahai Rasulullah, akal
fikiranmu berada di tingkat yang tertinggi, tuhan yang bersumpah dengan Nun,
yang bererti limpahan kurnia ilahi, dan bersumpah lagi dengan Al-Qalam, pena
yang berada di alam tertinggi, dan pernah suaranya didengar oleh nabi, tatkala
menuliskan segala sesuatu, yang ada, yang sedang, dan yang akan terjadi, Allah
bersumpah dengan makhluk- makhluk yang agung itu, untuk menegaskan kelas dan cerdas
akal fikiran Nabi Saw dan bahawa baginda jauh daripada sifat hilang atau
kekurangan akal.
Dia
adalah yang berakal sempurna, berilmu yang luas, betapa tidak bukanlah Allah
memberikan kepadanya nikmat dan kurnia kenabian dan kerasulan, dan kepadanya
Al-Quran wahyu ilahi yang penuh berisi segala ilmu pengetahuan yang tidak
mungkin diemban melainkan oleh yang dikurnai tuhan sesempurna- sempurna akal
dan fikiran.
Oleh kerana ia bukan seorang yang
kehilangan atau kekurangan akal fikiran, ayat itu dengan tegas dan jelas membantah
apa yang dituduhkan oleh lawan- lawanya, yang kafir dan ingkar kepadanya, kerana
sungguh tidak logik dan tidak dapat digambarkan, bahawa seorang yang datang
membawa Al-Quran yang penuh berisi Hikmat, Ilmu, dan pengetahuan itu sedang ia
sendiri tidak berakal dan berfikir sempurna.
Waheb bin muhabbih, seorang tabi`in, dan
dari padanya, Al-Bukhari dan Muslim, juga menerima riwayat beberapa hadis,
bahawa ia berkata : aku telah membaca tujuh puluh satu kitab, yang diturunkan
Allah dahulu kepada para nabiNya, dalam semuanya, aku dapati bahawa
perbandingan akal fikiran yang dikurniakan Allah kepada manusia, dengan akal
fikiran Muhammad S.A.W, ibarat sebutir dibandignkan dengan pasir- pasir yang
ada di dunia ini, demikianlah yang tersebut dalam Syarhul Mawahib.
Dan kesempurnaan akal Nabi Saw serta pandangan yang jauh,
jelas terlihat, dalam sikapnya menghadapi masyarakat sekelilingnya, yang tengah
dilanda kemelut jahiliah dalam semua segi kehidupannya, akal manusia yang telah
sesat itu, tidak mudah diubah menjadi akal budi yang lurus, benar, dan sihat,
untuk itu memerlukan seorang pimpinan yang berpandangan jauh, berfikiran jernih,
dan tidak ragu lagi bahawa ajaran yang ditegakkan oleh baginda itu,
bersumberkan wahyu Tuhan seru sekalian alam, akan tetapi ajaran tuhan itu
mencukupi akal fikiran yang cemerlang, dan sudah disempurnakan secara khusus
bagi yang mengembangkan tugas berat itu.
Kesempurnaan akal Nabi Saw juga terlihat,
pada cara baginda berdialog dengan penyembah- penyembah berhala, dan dalih-
dalih mantap yang dikemukakan terhadap golongan Yahudi dan Nasrani, yang tidak
terbantahkan dan tak sanggup disangkal atau dingkari.
Demikian juga akal fikiran baginda,
terbukti kesempurnaannya dalam cara pengarahannya kepada pemuda yang datang,
meminta izin agar ia diperkenankan melakukan zina atau perbuatan terlarang, Nabi
Saw lalu bertanya kepadanya, sukakah perbuatan keji itu dilakukan orang
terhadap ibumu? Atau terhadap saudara perempuanmu? Atau puterimu sendiri?
Pemuda itu menjawab tegas tidak, demikian juga setiap orang tidak ada yang
menyukai perbuatan itu dilakukan terhadap keluarganya, sambung Nabi Saw
menjelaskan, maka timbullah kesedaran dan keinsafan dalam hati pemuda itu,
kemudian ia berkata: Saksikanlah ya Rasulullah, bahawa aku benar- benar
bertaubat, dari perbuatan durjana itu!
Dan kesempurnaan akal fikiran Nabi Saw tampak
juga dalam mengambil sesuatu keputusan secara tepat dan bijaksana, seperti yang
terjadi ketika suku Quraisy terlibat dalam pertentangan dan saling sengketa,
tentang siapakah yang berhak melatakkan hajar aswad ke tempatnya semula di
ka`bah Baitullah?
Hubairah bin waheb menceritakan peristiwa itu sebagai berikut
: setelah suku Quraisy, selesai memugar Ka`Bah, maka timbullah perselisihan
siapakah yang paling layak mengembalikan Hajar Aswad ke tempatnya semula?
Setiap kabilah dan setiap kelompok sama mengingininya, kerana hal itu dipandang
sebagai kehormatan dan kemulian yang tiada taranya, sehingga terjadi
persahabatan dan pertentangan yang sengit, bahkan suasana semakin panas, dan
mengarah kepada suatu pertumpuhan darah dan perang saudara, dengan segala
akibatnya yang menyedihkan, suasana yang semakin lama semakin tegang itu,
berlangsung empat atau lima hari, kemudian mereka bermusyawarah di Masjid Al
Haram, dan bersepakat bulat, memutuskan : Bahawa siapapun yang datang pertama
kali dan memasuki masjid hari itu dialah yang akan diserahkan untuk memutus
perkara yang pelik itu, dan semuanya sama berikrar dan berjanji, akan mematuhi
keputusan itu, secara kebetulan Nabi Saw lah yang pertama datang dan masuk
pintu masjid hari itu, maka semua merasa gembira, dan serentak berkata : Tepat
sekali dialah seorang yang jujur (Al-amien), kita semua akan menerima dengan
senang hati, segala keputusan yang akan diambilnya, maka Nabi Saw mengambil
sehelai serban yang dibentang dan meminta agar setiap ketua kabilah, memegang
hujung serban yang telah terbentang itu, dimana Hajar Aswad sudah diletakkam di
atas rentangan serban, kemudian serban itu diangkat bersama-sama, setelah sampai dekat tempatnya
semula, maka baginda sendiri meletakkannya, dengan keputusan yang bijaksana
itu, maka kemulut yang nyaris membawa kemusnahan dan pergaduhan itu dapat
diselesaikan, memutuskan semua pihak yang berselisih, dan diterima dengan
perasaan lega.
Kami merinduimu YA RASULULLAH
di adaptasi dan sumber dari kitab Insan Kamil (Muhammad SAW) karangan As-sayyid muhammad alwy al-maliki.
Posted by
Unknown
comments (0)
Keindahan Nabi
Muhammad SAW
Bahawa
sudah cukup jelas, bahawa nabi kita Muhammad SAW di kurniakan Allah Azza
Wajallah, seluruh sifat- sifat yang indah dan terpuji, namun semua sifat- sifat
yang indah itu sangat bertalian dengan dua hal yang besar, pertama Keagungan
dari sifat- sifat itu. Dan kedua Pancaran cahaya yang meliputinya,
kerana
itu keindahan paras muka Baginda yang bersinar itu, tidak membawa akibat
negative, bagi yang melihatnya.
Imam Ali Ka pernah berkata : Siapa
yang melihatnya sepintas lalu. Pasti akan terpegun kerana kewibawaannya.
Sedang sahabat- sahabat lain berkata: Adalah
Rasulullah Saw yang paling tenang, penuh wibawa, bila berada di suatu majlis.
Menurut riwayat Abu Daud.
Ibnu Majah meriwayatkan,
bahawa seorang datang menghadap Nabi Saw dengan menggigil ketakutan, maka
berkata tidak mengapa, tenanglah hati anda..
Tatkala Amer
Bin Ash menghadap Nabi untuk pertama kalinya ia berkata: Tak sanggup aku
menatap wajahnya, kalau sekiranya orang bertanya kepadaku, tentang sifat- sifat
beliau, rasanya tak sanggup aku menceritakannya, kerana mataku tak sepenuhnya
dapat melihatnya. (Riwayat Muslim)
At- Tirmizi meriwayatkan
dari Ibnu Abi Halah, bahawa bila Nabi S.a.w tengah berbicara, maka semua
sahabat yang berada sekelilingnya tenang, sambil menundukkan kepala seolah-
olah kepala mereka sedang di hinggapi burung.
Memang
sahabat Nabi, tidak dapat memandang wajah Baginda dengan tajam, kerana
keagungan dan wibawanya, yang dapat menceritakan dan mengambarkan sifat dan
rupa beliau, adalah mereka yang masih kecil atau yang berada di bawah asuhannya
sebelum masa kenabiannya, seperti Hindun Bin Abi Halah, dan Imam Ali ka.
Kerana
keagungan dan kewibawaan itulah kirannya, maka siapapun yang duduk
mendampinginya akan berdebar hatinya, terpengaruh oleh kewibawaan yang memancar
dari pribadi agung nya, dan sebab itu, beliau selalu beramah tamah dan bersikap
lemah lembut. Sekadar menenangkan dan menteramkan hati mereka.
Seorang
wanita bernama Qiblah Binti Makram. Bercerita : Pernah aku melihat Rasulullah
Saw duduk dengan tekunnya, tiba- tiba rasa takut menyelinap dalam hatinya. dan
aku pun menggigil, kemudian terdengar suara orang berkata, Ya rasulullah
kasihan benar wanita itu, ia menggigil takut akan engkau, maka beliau tampa
melihatku, kerana aku berada di belakangnya berkata : kasihan benar ia,
tenangkanlah hatimu; setelah ku dengar itu, segera lenyap rasa takut dari
hatiku.
Dan Abi
Mas`Ud Albadriy, menceritakan apa yang pernah dialaminya, ia berkata : Tatkala
aku sedang mengajar(memarahi) seorang budakku tiba- tiba aku dengar suara dari
arah belakang, mulanya aku tidak mempedulikannya, kerana amarahku sedang meluap.
Rupanya itulah Rasulullah Saw dan ku melihatnya, maka cemeti yang ku pegang
jatuh ke tanah, dan beliau berkata kepadaku : Demi Allah, tuhan dapat berbuat
kepada dirimu, lebih dari apa yang engkau lakukan sekarang, maka dengan suara
terkedu aku berkata : ya Rasulullah demi Allah aku tidak akan mengajar(merotani)
lagi budakku sesudah ini.
Adapun pancaran nurani yang menghias Keindahan
dan Keagungan Nabi Saw sebagai yang tersebut pada sifat- sifat dan gambaran wajahnya,
maka itupun dalam erti yang hakiki, dan cahaya baginda adalah pertama yang
dijadikan oleh Allah, seperti yang diriwayatkan oleh Hadis Jabir, dan menurut Azzarqani,
hadis itu juga diriwayatkan oleh Al-Naihagiy, dan tidak bertentangan dengan
hadis riwayat At-Tirmizi, bahawa makhluk pertama yang dijadikan Allah adalah Alqalam
sebab antara keduanya dapat disesuaikan pengertiannya, Hadis Jabir yang
meriwayatkan, bahawa Nur Muhammad lah yang pertama dijadikan oleh Allah,
bererti bahawa Allah yang menjadikan segala jenis cahaya, menciptakan Nur Muhammad,
sebelum cahaya- cahaya lainnya.
Dan yang dapat memperkuatkan tentang Nur
Muhammad ini, ialah hadis yang diriwayatkan oleh Ali Bin Husain Ra dari ayahnya
Ali Bin Abi Thalib Ra bahawa Nabi Saw bersabda :
“Dahulunya aku ini cahaya di hadapan Tuhanku”.
Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnul Qathaan, seorang ahli dalam ilmu hadis yang
terkenal sangat cermat dalam meneliti riwayat dalam sanad hadis, Allah Swt
Berfirman
Sesungguhnya telah datang kepadaku
cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkan
(Al Quran Surah Al Ma`Idah : 15)
Sebahagian ulama menafsirkan cahaya
dalam ayat ini, ialah Muhammad, demikian dalam tafsir Athabariy, Ibnu Abi Hatim,
dan Alqurtubiy yang mengutip tafsiran Qatadah.
Di samping itu, riwayat- riwayat yang
cukup banyak, disaat kelahiran Nabi Saw di mana, ditambah lagi dengan hadis
riwayat At-Thabarani; kami melihat cahaya memancar dari padanya.
Dan hadis Riwayat Ibnu Abbas : Bila
Rasulullah berbicara bagaikan cahaya bersinar dari arah mulutnya ( Riwayat
At-Tirmizi dan Addarimizy) demikian juga Ibnu Abi Halah menurut riwayat At-Tirmizi
yang lain dalam menceritakan sifat- sifat Nabi Saw berkata- ia diliputi oleh
sinar cahaya, dan Aisyah berkata sedang aku duduk bersama Nabi Saw yang tengah
memperbaiki sepatunya, maka ku lihat keringat beliau membasahi keningnya, dan
kulihat keringat itu berkilauan, aku pun hairan tercengang, lalu Nabi Saw berkata
kepadaku : mengapa engkau tercengan hai Aisyah? .Kerana keningmu yang
berkeringat menyinarkan cahaya jawabku cepat.
Memang ada segelintir orang, yang
memahami erti Nur Muhammad bahawa nabi adalah cahaya, sehingga dibayangkan
olehnya, seolah- olah baginda itu seperti pelita yang menyorotkan cahaya, pada
hal Nabi Saw jauh lebih mulia dan agung, dari anggapan yang demikian, ada
kalanya memang cahaya dalam erti hakiki nampak terlihat dari padanya, seperti
cahaya yang memancar dari benda yang bersinar lainnya, namun itu tidak selalu terjadi,
hanya dalam rangka Mu`Jizat- Mu`Jizat Baginda Saw. Bahkan hal itu pernah
terjadi sementara pada diri sahabat Nabi Saw.
IndaHnya
Rasulullah SAW kita (^_^).
alfikirummat.blogspot.com
Kami
merinduimu YA RASULULLAH
di adaptasi dan sumber dari kitab Insan Kamil (Muhammad SAW) karangan As-sayyid muhammad alwy al-maliki.